Anda di halaman 1dari 10

SKRIP CERITA TAHAP 2

SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI

Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil,
ha...ha....ha......, ketawa Sang Harimau.
Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang
Harimau rayu Sang Kancil.
Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya?
Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk Sang Kancil dengan Tali Pinggang Sakti.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada barisan
Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil yang cerdik lagi bijaksana.
Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari makanannya, tiba-tiba dia ternampak Sang Ular
yang besar sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.
Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau ia terjaga habislah aku dimakannya
nanti, bisik Sang Kancil di dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang Kancil pun beredar
dari tempat itu.
Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk mencari makanan,
tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang di dalam hutan itu.

Lari.... lari......... lari Sang Kancil, Sang Harimau hendak makan kita, jerit Sang
Arnab dan Sang Monyet sambil berlari lintang pukang. Belum sempat Sang Kancil melarikan
diri, tiba-tiba Sang Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang Kancil mengigil dan
menangis ketakutan.
Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil,
ha...ha....ha......, ketawa Sang Harimau.
Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang Harimau
rayu Sang Kancil.
Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan dirinya dan dia teringat akan Sang Ular yang
sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.
Wahai Sang Harimau, aku mempunyai sebuah tali pinggang sakti yang ku simpan di bawah
sebatang pokok, jika engkau memakainya sudah tentu semua binatang akan tunduk dan
hormat pada engkau, kata Sang Kancil.
Apa... tali pinggang sakti?! Di manakah tali pinggang sakti itu?! tanya Sang
Harimau. Tali pinggang sakti itu ada ku simpan di bawah sebatang pokok tetapi engkau
mestilah melepaskan aku dahulu, kata Sang Kancil. Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan
engkau, tapi ingat!! Kalau kau tipu aku siaplah engkau!!, herdik Sang Harimau. Sang Kancil
pun membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi.
Ha..itulah tali pinggang yang ku katakan tadi, bisik Sang Kancil kepada Sang Harimau.

Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun terus memegang badan Sang Ular yang
sedang tidur nyenyak tadi dan melilitkan badan Sang Ular itu ke pinggangnya.
Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini! Ha..ha...sekarang akulah raja di rimba ini, semua
binatang akan takut kepada aku, ha....ha.....ha....., ketawa Sang Harimau.
Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga apabila terdengar suara Sang Harimau itu
tadi. Apalagi Sang Ular berasa sangat marah lalu terus membelit pinggang Sang Harimau
dengan kuat.
Sang Harimau pun menjerit memnita tolong. Tolong.... tolong.... tolong.... Sang
Harimau meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. Cis, berani engkau menipu aku Sang
Kancil, siaplah engkau, marah Sang Harimau.
Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang Ular. Selamatlah Sang Kancil daripada
dimakan oleh Sang Harimau. Semua haiwan yang tinggal di dalam rimba itu mengucapkan
terima kasih kepada Sang Kancil kerana telah menyelamatkan nyawa mereka.

....Selesailah sudah... Kisah Sang Kancil... Yang Sangat cerdik lagi bijaksanaberjaya
menumpas musuh yang ganasHidupan hutan Aman dan gembira.Hai kawan-kawan,
Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan bahawa setiap masalah
yang kita hadapi pasti ada penyelesaian, jika kita menggunakan akal seperti Sang Kancil
tadi.

Sekian, terima kasih.

SKRIP CERITA TAHAP 1


SI TANGGANG ANAK DERHAKA

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak
sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.
Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!
Para hadirin sekelian,
Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah Si
Tanggang Anak Derhaka yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.
Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga yang
miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si
Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi, makan pagi, kais
petang, makan petang. Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang
menyapu di halaman rumah... Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah
Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan
mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...
Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya
itu. Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu... jangan
tinggalkan ibu, Tanggang...

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung
sendirian.
Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang, beliau
telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah
berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada kemewahan dunia
yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di
kampung.
Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan anak-anak
kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah
berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang
telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita
kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi
berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk
berjumpa anak kesayangannya itu.
Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu
semenjak kepemergianmu nak...

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada
isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si
Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.
Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak
sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.
Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!
Kerana terlalu ced, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak
kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak
Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan; Oh,
Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari sususku ini dan yang
ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang
durhaka!!!Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turn. Kilat dan guruh
memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah
di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....
Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....
Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin
hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada
penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....
Para hadirin sekelian;
Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka kepada
kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke
dewasa.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Nama saya Nur Fathihah
Fathiyah binti Mohd Hafis daripada Sek. Keb. Felda Tementi. Berdirinya saya disini adalah
ingin meyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Joe Kitar Semula

Jalan ke sini, kutip-kutip Jalan ke sana, pungut-pungut.


Itulah gelagat dan tindak tanduk seorang anak muda tanpa rasa malu dan jemu. Joe Lepak
atau nama sebenarnya Johari Ismail menjadi terkenal kerana hobinya yang luar biasa.

Apakah

hobi

Joe

Lepak

yang

membuatkan

dia

menjadi

terkenal

disitu?

Hobi Joe Lepak ialah mengumpul tiket bas. Setiap hari, dia akan mengutip tiket-tiket bas
yang ditemuinya di sekitar kawasan stesen bas. Joe Lepak tidak sedikit pun berasa malu
mengutip tiket-tiket bas. Hobi ini tidak mengganggu orang ramai, dan sekali gus pula dapat
membersihkan kawasan itu.

Bagi Joe Lepak, dia tidak peduli tanggapan orang ramai. Mereka mudah benar menghina
orang-orang seperti aku, tetapi mereka tidak berusaha untuk membantu golongan kami
yang melepak.

"Eh,

Joe!

Untuk

apa

kau

kutip

tiket-tiket

bas?"

tanya

rakannya,

Mail

Tempang.

Joe Lepak tersenyum mendengar pertanyaan Mail Tempang. Sebenarnya sudah lama Mail
Tempang mahu mengajukan pertanyaan itu kepada Joe Lepak, tetapi baru sekarang
mulutnya tergerak untuk bertanya."Jangan kau tidak tahu pula, tiket-tiket bas yang aku kutip
itu boleh menjadi duit," jelas Joe Lepak.

"Boleh jadi duit?" Mail Tempang ketawa. Barangkali rakan aku ini sudah gila. Setahu Mail
Tempang, hanya tukang sihir sahaja yang boleh menukarkan kertas menjadi wang.

"Kalau kau hendak tahu Mail, tiket-tiket bas itu adalah untuk dijual. Tiket-tiket boleh
dikitar semula," jelas Joe Lepak. Mail Tempang mulai faham tentang tujuan Joe Lepak
mengutip tiket-tiket bas. Mail Tempang berasa kagum terhadap Joe Lepak yang berusaha
untuk mencari wang.

"Sebenarnya Mail, aku bukan mengutip tiket-tiket bas sahaja. Di kampung aku, aku juga
mengutip tin-tin minuman, besi buruk, bahan-bahan

daripada aluminium, tembaga, dan

lain-lain lagi," jelas Joe Lepak kepada Mail Tempang.

Mail Tempang terdiam seperti orang bodoh dan sememangnya Mail Tempang berasa dirinya
bodoh. Makan disuap ibu-bapa. Malas bekerja dan melepak di stesen bas pada setiap hari
minggu.

Sampai bila dia mahu menyusahkan ibu-bapanya? Sampai bila dia mahu hidup di dalam
dunia pengangguran? Sampai bila mahu melepak sahaja? Mail Tempang

harus sedar,

terdapat berbagai-bagai kerja yang boleh dilakukan, asalkan rajin.

Itu perbuatan yang memalukan. Nampak sangat generasi muda Melayu tidak melakukan
kerja-kerja yang bermanfaat. Asyik melepak dan mengganggu gadis-gadis yang melintas di
depan mereka.

Dia merenung Mail Tempang yang sedang berdiri di depannya. Mail Tempang juga perlu
menggubah nasibnya sendiri, fikir Joe Lepak. "Buatlah apa sahaja kerja yang boleh
mendapat duit, asalkan kerja itu halal," kata Joe Lepak lagi, menasihati Mail Tempang.

Mail Tempang menggenggam tangan Joe Lepak. Matanya digenangi air."Terima kasih, Joe!
Kau telah menyedarkan aku daripada perbuatan yang tidak baik, tidak berfaedah," kata Mail
Tempang. Mail Tempang terus menggenggam tangan Joe Lepak.

"Dan aku

tidak akan memanggil kau Joe lepak lagi, tetapi dengan gelaran Joe Kitar

Semula," kata Mail Tempang lagi. Joe Lepak tersenyum mendengar kata-kata Mail Tempang
itu. Joe Lepak dan Mail Tempang melangkah perlahan-lahan meninggalkan kaki lima
kedai. Mereka berdua telah mendapat petunjuk yang baik untuk mengubah nasib masingmasing.
Pengajarannya ialah kita hendaklah berusaha bersungguh sungguh untuk memajukan diri
sendiri . Benarlah kata pepatah ini kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai