Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESSIONAL

Praktikum merupakan subsistem dari perkuliahan bagi pelajar-pelajar


IPG. Praktikum juga dikenali sebagai satu aktiviti terstruktur dan terjadual
yang bertujuan untuk memberi pengalaman yang nyata dalam rangka
meningkatkan pemahaman guru-guru pelatih tentang pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan. Pemikiran pelajar yang berbeza-beza
tahap kematangannya memerlukan berbagai pendekatan berbeza. Guru
dapat mempelbagaikan cara dan teknik di bilik darjah yang akhirnya
mewujudkan budaya suka belajar dalam kalangan pelajar.
Saya sebagai guru pelatih dari Kampus Tun Hussein Onn diarahkan
menjalani praktikum saya di Sekolah Kebangsaan Bagan, Batu Pahat. Saya
dimaklumkan oleh guru pembimbing saya bahawa praktikum berfokuskan
mata pelajaran major dan minor saya. Seterusnya, saya juga mendapat tahu
bahawa bilangan waktu mengajar minimum adalah 8 masa dan maksimum 12
masa bagi guru-guru pelatih yang menjalani aktiviti praktikum.
Bukan itu sahaja, semasa menjalankan praktikum di sekolah guru-guru
pelatih dikehendaki membuat beberapa perkara dengan tujuan membantu
untuk melaksanakan aktiviti tersebut berjalan dengan lebih lancar. Di samping
mengajar, saya diwajibkan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) setiap hari sebelum saya memulakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di kelas saya. Format yang dimestikan memerlukan saya
memperuntukkan lebih banyak masa menyediakannya. Ini adalah kerana
saya perlu memikirkan pelbagai faktor. Selain menuliskan perkara berkenaan
mata pelajaran pelbagai pendekatan yang dirancangkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran perlu juga dinyatakan dengan lebih spesifik.
Contohnya, membuat set induksi.
Pada masa yang sama, sepanjang tempoh praktikum saya juga perlu
melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. Misalnya, pada hari Sabtu yang lepas (16 Julai 2011), sekolah saya
telah melangsungkan Hari Kantin. Selain itu, saya juga perlu melengkapkan
semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-

Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum.
Tambahan pula, saya juga perlu menjalin hubungan baik dengan semua
warga sekolah saya tanpa mengira status. Saya juga berperanan mengajar
murid-murid yang mempunyai berbagai-bagai karenah. Pemikiran murid yang
berbeza-beza tahap kematangannya memerlukan berbagai pendekatan
berbeza . Maka, saya perlu mempelbagaikan cara dan teknik di bilik darjah
yang akhirnya mewujudkan budaya suka belajar dalam kalangan pelajar.
Malahan, saya seharusnya membiasakan diri dengan suasana sekolah
tersebut.
Namun demikian, saya juga perlu berada dalam keadaan bersedia
pada setiap masa untuk pemantauan pensyarah pembimbing saya. Hal ini
kerana saya boleh dipantau oleh guru pembimbing saya pada bila-bila masa
sahaja. Oleh itu, saya harus memastikan RPH saya sentiasa lengkap dengan
set induksi yang mantap supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Walau apa pun cabaran saya hadapi, saya masih
bertekad bagi menjalani praktikum ini dengan sebaik-baiknya.

Anda mungkin juga menyukai