Anda di halaman 1dari 29

UNIVERSITI MALAYA

PXGZ6101
PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
DR. GHAZALI DARUSALAM
TUGASAN 2

DISEDIAKAN OLEH :
SITI HASYA YUSOF PGJ130004

TARIKH HANTAR : 22 NOVEMBER 2013


PERSEPSI GURU SAINS TERHADAP PENERAPAN KREATIVITI DI
DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS

BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Kreativiti adalah satu elemen yang telah lama diperkenalkan namun baru
ditekankan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Penekanan ke atas kemahiran ini
diperkenalkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui Elemen
Merentas Kurikulum (EMK) di mana kreativiti merupakan salah satu elemen yang
perlu diterapkan di dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, sebuah modul khas;
Modul Kreativiti dan Inovasi (MKI) telah dibangunkan oleh guru-guru Sains untuk
guru-guru Sains supaya mereka boleh mempraktikkannya di sekolah dalam usaha
memupuk kemahiran kreativiti di sekolah. Keseriusan langkah ini adalah bagi
memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Sains (FP Sains) itu sendiri yang
mendukung inspirasi melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif (Dokumen
Standard KSSR Dunia Sains dan Teknologi (DST), 2011).
Terdahulu, melalui Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), PdP guruguru lebih memberi penekanan ke atas pembangunan Kemahiran Berfikir secara
Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Kemahiran Proses Sains (KPS) sahaja (Huraian
Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4). Namun kini, melalui KSSR, bukan sahaja KBKK
dan KPS yang perlu diterapkan malahan juga kemahiran kreativiti murid. Amerika
menyedari kurangnya kreativiti pada rakyat mereka apabila mereka ketinggalan dalam
pembangunan kapal angkasa di belakang Rusia pada 1950 (Cropley, 2001). Jadi,
Malaysia juga perlu melihat di manakah letaknya rakyat kita dalam segi kreativiti
apabila melalui Global Innovation Index 2013 (GII 2013), kita berada di kedudukan
32 manakala Singapura di tangga kelapan. Kedudukan ini masih jauh untuk

meletakkan rakyat Malaysia setara dengan Singapura terutamanya dalam kreativiti


dan inovasi. Memandangkan indeks in menilai mengenai kreativiti dan inovasi rakyat
Malaysia, boleh disimpulkan, kreativiti dan inovasi di Malaysia masih jauh
ketinggalan berbanding Negara-negara maju yang lain. Hakikat ini mesti diketahui
oleh semua guru bagi memastikan mereka memahami kepentingan
memperlengkapkan anak-anak dengan kemahiran kreativiti ini. Pemahaman yang
mendalam akan membolehkan guru-guru komited dan bersungguh-sungguh dalam
usaha menerapkan kreativiti dalam diri anak-anak.
Tindakan guru semasa merancang PdP sememangnya bergantung kepada objektif
pembelajaran pada hari tersebut. Kesedaran mengenai kreativiti akan membolehkan
guru memasukkan aktiviti yang menggalakkan kreativiti dan menyokong objektif
pembelajaran pada hari tesebut. Kaedah ini dipanggil pengajaran kreatif. Kaedah ini
tidak mengenepikan mana-mana kaedah pengajaran lain seperti inkuiri,
konstruktivisme, pembelajaran berasaskan masalah dan sebagainya. Namun,
pengajaran kreatif ini membolehkan guru mengintegrasikan kaedah pembelajaran
sedia ada dengan aktiviti yang menggalakkan kreativiti disamping KBKK dan KPS.
Persepsi dan pengetahuan guru mempengaruhi keputusan dan amalan pengajaran
yang dipilih oleh guru tersebut (Putnam & Borko, 1996). Dengan itu, persepsi guru
mengenai kreativiti harus didalami bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil
supaya kesedaran mengenai kreativiti benar-benar memberi impak kepada guru dan
mampu mendidik anak-anak supaya menjadi lebih kreatif pada masa hadapan.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Melalui Buku Panduan Kreativiti yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), sebab-sebab kreativiti mesti diterapkan di dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) juga diperjelaskan dengan mendalam. Buku ini menekankan bahawa
penerapan kreativiti semasa PdP amat penting. Ini kerana, murid-murid perlu didedah
dan dibekalkan dengan alat dan kemahiran yang membolehkan mereka mengguna dan
mengembangkan kreativiti mereka dan menjadi individu kreatif. Kebanyakan ahli
psikologi seperti Della dan Gaier, Dacey dan Eysenck, kesemua mereka bersetuju
yang individu kreatif adalah individu yang mempunyai sikap berdikari, dominan,
keterbukaan, fleksibel, menerima keadaan diri sendiri, yakin diri, intuisi dan berani
mengambil risiko (Cropley, 2001).
Malahan, Modul Kreativi dan Inovasi juga diterbitkan untuk menyokong Modul
Kreativiti yang boleh membimbing guru melaksanakan pengajaran kreatif dengan

menggunakan Pengajaran Kreatif Terarah. Telah diterbitkan sejak 2010, modul ini
telah diedarkan ke setiap sekolah supaya boleh digunakan sebagai panduan kepada
guru-guru supaya pelaksanaan penerapan kreativiti ini dapat dilaksanakan di sekolah
dengan mudah. Modul ini boleh diintegrasikan dengan pelbagai kaedah pengajaran
seperti inkuiri penemuan, konstruktivisme, pembelajaran berasaskan masalah,
membuat keputusan dan pembelajaran berasaskan projek. Dengan menggunakan
empat fasa PdP, guru-guru akan melaksanakan fasa Persediaan, Imaginasi,
Perkembangan dan akhir sekali Tindakan. Fasa Persediaan adalah set induksi yang
merangkumi proses induksi dan analisis, seterusnya Imaginasi; di mana pada proses
ini murid akan menjana dan mensistesis idea. Fasa ketiga pula adalah Perkembangan,
di mana pada proses ini murid akan membuat penambahbaikan dan menilai idea dan
akhir sekali melalui proses Tindakan, murid akan melaksanakan dan guru perlu
memastikan pembelajaran sepanjang hayat berlangsung di dalam kelas.
1.3 ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN
Dengan mengambil kira FP Sains dan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 20132025 dan Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10) yang sangat
menitikberatkan modal insan yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif. Malahan
Wawasan 2020 juga melahirkan matlamat yang sama yang jelas menunjukkan
kepentingan untuk kita merealisasikan hasrat tersebut. Memandangkan Wawasan
2020 semakin hampir RMK 10 juga bakal berakhir, modal insan yang seimbang ini
masih jauh dari jangkauan memandangkan kebanyakan tenaga kerja mahir kita masih
kekurangan kreativiti dan inovasi seandainya dilihat secara kritis hasil laporan GII
2013. Hanya 23% tenaga kerja mahir sedangkan kita memerlukan 35% menjelang
2020 (Lim Kok Wing, 2012). Angka ini masih jauh dan sesuatu perlu dilakukan untuk
merealisasikannya. Kaedah terbaik adalah melalui pendidikan dan langkah ini
semestinya memerlukan kerjasama guru sepenuhnya (Azhar dan Othman, 2010).
Terutamanya melalui matapelajaran Sains kerana subjek ini merangkumi bidang
teknologi dan inovasi yang semestiya berkait rapat dengan kreativiti (Cropley, 2001).
Memandangkan kreativiti boleh diterap dan dikembangkan (NACCE,1999) melalui
pembelajaran maka peranan guru Sains sangat besar dalam usaha penyediaan modal
insan yang dilengkapi dengan kemahiran, kreatif dan inovatif (BPK, 2010).
Sebagai langkah menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
20132025, guru Sains perlu mengambil langkah awal dengan memahami hasrat dan
tujuan kerajaan dan juga FP Sains (BPK, 2011). Seterusnya melaksanakannya dalam
PdP dengan menerapkan kreativiti melalui aktiviti dan tugasan disamping KBKK dan

KPS. Di dalam Sains, kreativiti meliputi penyelesaian masalah, membuat keputusan,


merekabentuk ujikaji, mengenalpasti pembolehubah, membuat inferens dan
merekabentuk projek dan banyak lagi (Anne, 2006 dan Cropley, 2001). Dengan itu,
kaedah pengajaran lama boleh membunuh minat murid terhadap Sains (Anne, 2006)
kerana kurang menarik dan terlalu berpandukan peperiksaan yang tidak membantu
perkembangan murid samada di dalam kreativiti atau Sains sendiri (Anne, 2006).
Dengan itu, kebijaksanaan guru mengintegrasikan kesemua elemen ini dalam PdP
dapat membantu untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkualiti dan
menarik seterusnya melahirkan modal insan yang memenuhi impian dan hasrat FP
Sains dan seterusnya mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (BPK,
2010). Panduan lengkap pelaksanaannya di dalam kelas telah disediakan melalui
Modul Kreativiti dan Inovasi, dengan itu, adalah sangat perlu bagi guru merujuk dan
melaksanakannya (BPK, 2011). Namun begitu, matlamat melahirkan insan kreatif dan
inovatif sangat bergantung kepada amalan pengajaran guru yang menyokong
perkembangan kreativiti murid (Anne, 2006).
Memandangkan persepsi guru sememangnya mempengaruhi pelaksanaan PdP
yang berkesan (Borko & Putnam, 1996), maka persepsi guru terhadap kepentingan
penerapan kreativiti di dalam diri murid akan menjadi asas dalam setiap aktiviti yang
disusun untuk pembelajaran berlaku. Dengan itu, kajian kuantitatif dibuat bagi
mengenalpasti persepsi guru Sains terhadap penerapan kreativiti serta amalan
pengajaran yang menyokong proses penerapan dan perkembangan kreativiti murid di
dalam kelas di Selangor.
1.4 KERANGKA TEORI KAJIAN

Active
Experimentation
Doing

Processing

Converging
(think and do)
AC/AE

how we

how we think about things

Perception
Continuum

Kolbs Experiential Learning Style (ELT) membincangkan mengenai bagaimana


Concrete
pembelajaran boleh berlaku. Menurut
Kolb, pembelajaran boleh berlaku melalui
Experience
Feeling
empat cara iaitu; diverging, assimilating, converging dan accommodating. Melalui
kaedah diverging, individu belajar secara merasa dan melihat, manakala assimilating
pula, individu akan belajar secara berfikir dan melihat. Dengan kaedah converging
Accommodatin
Diverging
pula, individu belajar secara
melalui
kaedah accommodating,
g berfikir dan buat dan(feel
and watch)
CE/RO
(feel and do)
individu belajar secara merasa
dan buat.
CE/AE
continuum
do things

Abstract
Conceptualisation
Thinking

Assimilating
(think and watch)
AC/RO

Reflective Observation
Watching

Rajah 2 : Teori Pembelajaran Kolb


Dengan merujuk kepada kerangka teori beliau, dapat diperhatikan ruang persepsi
seseorang dipengaruhi oleh fikiran dan perasaan. Dengan itu, berdasarkan kerangka
Kolb ini, dan disesuaikan dengan tujuan kajian dilaksanakan, iaitu memperihalkan
persepsi guru dan amalan pengajaran melibatkan penerapan kreativiti di dalam PdP
Sains, maka kerangka kajian adalah seperti berikut;

Pengajaran

Konsep
Abstrak
mengenai
kreativiti

Amalan

Kaedah Pengajaran

Persepsi Guru

Refleksi
Pengajaran

Rajah 3 : Kerangka Persepsi Guru Sains ke atas Kreativiti


1.5 SIGNIFIKAN KAJIAN

Pengalaman
Konkrit
mengenai
kreativiti

Guru adalah pemangkin utama yang boleh menjadi wadah pemupukan dan
pengembangan kemahiran kreatif di dalam diri murid seterusnya membantu dalam
usaha melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif.
Persepsi guru pula akan menentukan arah tuju pengajaran yang akan dilaksanakan di
kelas. Dengan itu, mengenalpasti persepsi guru dapat menentukan sebab tindakan
diambil oleh guru tersebut. Dengan memahami persepsi guru Sains ke atas penerapan
kreativiti, fakta ini dapat menjelaskan PdP yang dilaksanakan oleh guru tersebut
samada mendukung atau menolak teori penerapan kreativiti melalui PdP. Hasil
dapatan kajian akan menjadi platform kepada mana-mana pihak untuk lebih
memahami misi dan visi pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan
berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif dan seterusnya mengekspresikannya melalui
proses PdP. Langkah yang sewajarnya harus diambil supaya lebih ramai guru
memahami kepentingan kreativiti kepada individu dan Negara di masa akan datang.
Guru memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan dan melahirkan
hasrat FPK melalui pendidikan.
1.6 TUJUAN KAJIAN
Guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan FP Sains, FPK,
Wawasan 2020, PPPM 20132025 yang hasrat untuk semua adalah melahirkan modal
insan yang kreatif dan inovatif. Kefahaman guru Sains terhadap kreativiti juga perlu
jelas bagi memastikan cita-cita dan matlamat untuk melahirkan insan yang lebih
kreatif dan inovatif dapat dicapai menjelang Wawasan 2020. Kefahaman guru akan
membolehkan mereka memahami hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
20132025 dan seterusnya menyokong dengan melaksanakan Pengajaran Kreatif
Terarah di dalam kelas.
Dengan itu, kajian ini akan mengkaji mengenai;
i)
ii)

Persepsi guru Sains terhadap penerapan kreativiti semasa PdP Sains.


Amalan pengajaran guru Sains terhadap penerapan kreativiti semasa PdP
Sains.

1.7 OBJEKTIF KAJIAN


Dengan merujuk kepada tujuan dan kerangka kajian, beberapa objektif kajian

telah dikenalpasti iaitu;


1.8.1

Persepsi guru Sains terhadap penekanan kreativiti di dalam proses PdP


Sains.
i) Pemahaman guru Sains terhadap kreativiti secara umum.
ii) Pengalaman guru Sains yang membolehkan guru tersebut berkreatif.

1.8.2

Amalan pengajaran yang dilakukan oleh guru untuk menerapkan


kreativiti di dalam PdP Sains.
i)
Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk penerapan
kreativiti.
ii)
Refleksi pengajaran guru setelah melaksanakan aktiviti tersebut di
dalam kelas.

1.8 PERSOALAN KAJIAN


Dengan merujuk kepada objektif kajian, beberapa persoalan kajian yang akan
dikaji ialah;
1.8.1

Persepsi guru Sains terhadap penekanan kreativiti di dalam proses PdP


Sains.
i) Apakah pemahaman guru Sains terhadap kreativiti secara umum?
ii) Apakah pengalaman guru Sains yang membolehkan guru tersebut
berkreatif?

1.8.2

Amalan pengajaran yang dilakukan oleh guru untuk menerapkan


kreativiti di dalam PdP Sains.
i) Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk penerapan
kreativiti?
ii) Apakah refleksi pengajaran guru setelah melaksanakan aktiviti tersebut di
dalam kelas?

1.9 LIMITASI KAJIAN


Kajian kuantitatif ini dilaksanakan untuk memperihalkan persepsi guru Sains
dalam penerapan kreativiti di dalam PdP. Selain itu, kajian ini juga bertujuan
mengenalpasti amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Sains untuk
menerapkan kreativiti semasa PdP. Persepsi ini amat penting bagi mengetahui samada

guru berdiri di belakang kerajaan dalam usaha melahirkan modal insan berkemahiran
tinggi yang kreatif dan inovatif juga merealisasikan Wawasan 2020. Dengan itu kajian
ini;
i)
ii)
iii)

iv)
v)

dibuat di satu kawasan perumahan yang mempunyai dua sekolah


menengah dan dua sekolah rendah di sebuah daerah di Selangor.
melibatkan hanya guru Sains yang mengajar di sekolah tersebut seramai
30 orang sahaja.
fokus kajian hanya bertumpu kepada kemahiran kreativiti sahaja dan
tidak melibatkan kemahiran lain seperti KBKK, Higher Order Thinking
Skills (HOTS) dan KPS.
tidak dapat dilaksanakan untuk semua guru Sains di Malaysia kerana
kekangan masa, wang dan jarak yang jauh.
dapatan hanyalah merujuk kepada guru Sains di empat buah sekolah
tersebut dan tidak boleh mewakili populasi guru seluruhnya.

1.10 DAFTAR ISTILAH


Istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian ini adalah;
i)

ii)

iii)

iv)

Persepsi :
Adalah tanggapan terhadap sesuatu secara profesiaonal dan di dalam
kajian ini adalah tanggapan guru Sains terhadap penerapan kreativiti di
dalam kelas.
Kreativiti
Adalah satu kemahiran mencipta dan ciptaan tersebut adalah unik.
Kreativiti membolehkan seseorang itu berimaginasi dan mencari
penyelesaian ke atas sesuatu permasalahan.
Pengajaran kreatif
Adalah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dengan
mengintegrasikannya dengan kaedah pengajaran seperti inkuiri,
konstruktivisme, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran
erasaskan projek dan sebagainya tanpa mengenepikan KBKK dan KPS
sebaliknya mendukung antara satu sama lain seperti nyanyian, lukisan,
lakonan dan sebagainya.
Penerapan kreativiti
Adalah mengenai aktiviti di dalam kelas yang telah dirancang oleh guru
dan aktiviti tersebut seharusnya boleh merangsang kreativiti murid

v)

seterusnya dikembangkan supaya murid bertambah kreatif di akhir


pembelajaran dan tidak hanya bergantung kepada guru dalam usaha
menyelesaikan masalah atau mencipta aksi untuk sesuatu persembahan.
Amalan pengajaran
Adalah meliputi keseluruhan proses PDP bermula daripada peringkat
perancangan sehingga kepada pelaksanaan. Ini termasuk objektif
pembelajaran, set induksi, aktiviti dan arahan semasa PDP. Di dalam
kajian ini, hanya aspek perancangan PDP yang dikaji.

1.11 PENUTUP
Diharap kajian ini dapat berjalan dengan baik dan dilaksanakan dengan jayanya
supaya segala objektif kajian tercapai dan langkah seterusnya dapat diambil bagi
memastikan hasrat FPK, FP Sains dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
20132025 tercapai.

BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN
Bab ini membincangkan mengenai kajian literatur yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ini. Perbincangan melibatkan kefahaman mengenai kreativiti
dan penerapan kreativiti serta amalan pengajaran guru iaitu kaedah pengajaran dan
pembelajaran denagn menggunakan pengajaran kreatif. Perbincangan mengenai
kajian lepas melibatkan persepsi guru terhadap penerapan kreativiti dalam
pembelajaran dan pengajaran turut dibincangkan.
2.2 SKOP DAN FOKUS KAJIAN
Kajian dibuat untuk memperihalkan persepsi guru Sains terhadap penerapan
kreativiti dalam pembelajaran dan pengajaran Sains. Dengan itu, beberapa kajian telah
dijadikan panduan dan rujukan dalam usaha memastikan kajian dapat dilaksanakan
dengan baik. Dengan itu, kajian literatur akan membincangkan mengenai kreativi,
penerapan kreativiti dan pengajaran kreatif.
2.2.1

Kreativiti
Apakah itu kreativiti? Cendekiawan banyak membincangkan mengenai

kreativiti dan setiap interpretasi mengenai kreativiti adalah berbeza-beza. Berikut


adalah beberapa takrifan kreativiti;
i)

Mengikut Arthur J Cropley (2001)


Kreativiti adalah sebab, kesan dan interaksi. Di mana sebab adalah
merujuk kepada mereka yang kreatif. Manakala kesan merujuk kepada
ciri-ciri produk yang dihasilkan dan interaksi merujuk kepada ketulenan,
pengiktirafan dan galakan.

ii)

Mengikut NACCE (1999)


Kreativiti adalah
Imaginative activity fashioned as to produce outcomes that are both
original and of value
Kreativiti mempunyai empat ciri iaitu menggunakan imaginasi,
mempunyai sebab, ketulenan dan boleh dinilai.

iii)

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (2011)


Kreativiti adalah kebolehan seseorang menghasil atau mencipta sesuatu,
menyelesaikan masalah, menggunakan imaginasi dan pemikiran kreatif,
idea yang tulen dan asli dan hasil kreativiti mempunyai nilai.

iv)

Mengikut E Paul Torrance (1998)


Makna kreativiti boleh didefinisikan kepada tiga pengertian iaitu definisi
secara penyelidikan, definisi secara artistik dan definisi secara survival.
Secara penyelidikan melibatkan proses untuk menyelesaikan masalah
manakala artistik pula meletakkan kreativiti dalam analogi sebagai
contoh; kreativiti seperti masuk ke laut dalam atau kreativiti seperti
mendapat bola dan survival pula menyatakan penyelesaian kreatif tidak
boleh diajar tetapi mesti dikenalpasti.

v)

Mengiku Thomas Keith Sawyer (2011)


Kreativiti didefinisikan dengan dua pengetian iaitu secara individu dan
sosiobudaya. Secara individu, kreativiti mestilah diutarakan dan
dihasilkan kepada dunia dimana ianya bukan mimpi atau perkongsian
idea sahaja, mesti baru dan mempunyai pelbagai gabungan konsep.
Manakala sosiobudaya pula adalah produk baru yang dihasilkan di dalam
sesebuah organisasi.

Dengan merujuk kepada definisi yang diberikan oleh para ilmuwan kreativiti,
didapati kesemua mereka bersetuju bahawa kreativiti adalah;
i)
ii)
iii)

menghasilkan produk baru yang tulen


melibatkan imaginasi
mampu menyelesaikan masalah

Walaupun ramai yang menyatakan bahawa kreativiti hanya untuk mereka yang
berbakat sahaja, namun, NACCE menyokong aktiviti pengajaran kreatif yang
menggalakkan penerapan kreativiti di dalam PdP kerana berpendapat bahawa
kreativiti boleh diperoleh oleh mereka yang bukan berbakat dengan syarat kreativiti
mereka dirangsang dan dikembangkan melalui PdP. Tambahan pula, kreativiti tidak
hanya digunakan di dalam seni dan muzik sahaja sebaliknya turut digunakan di dalam
Sains, Matematik, Teknologi, politik dan perniagaan (Cropley, 2001 dan
NACCE,1999). Persepsi mengenai kreativiti di dalam pendidikan Sains perlu diubah
kerana tidak hanya KBKK dan KPS yang perlu ditekankan malahan juga kreativiti
kerana perkaitan yang rapat boleh dilihat antara kreativiti dan inovasi (BPK, 2010).
Yayasan Inovasi Malaysia menyatakan bahawa inovasi adalah pengaplikasian kepada
kreativiti.
2.2.2

Penerapan Kreativiti

Memahami kreativiti boleh membantu guru untuk terus berusaha menerapkannya


pada murid. Usaha ini membolehkan matlamat Wawasan 2020 dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 direalisasikan dengan jaya. Penerapan
kreativiti boleh berlaku di dalam kelas dengan guru melaksanakan aktiviti yang
mendorong murid menggunakan kreativiti di dalam kelas samada melalui arahan,
soalan atau tugasan (NACCE, 1999). Aktiviti di dalam kelas semestinya aktiviti yang
berpusatkan murid dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing di
dalam kelas (Azhar & Othman, 2012 dan NACCE, 1999). Malahan, dengan bahan
bantu mengajar yang menarik juga boleh dijadikan sebagai salah satu alat untuk
merangsang kreativiti murid semasa PDP (Lucas, 2007). Aktiviti yang boleh menarik
minat murid untuk terus belajar dan diselakan dengan permainan, lakonan dan muzik
pasti mampu merangsang kreativiti murid (Anne, 2006).
Namun begitu, terdapat pelbagai halangan dalam usaha melaksanakan penerapan
dan pengembangan kreativiti di sekolah seperti kekangan masa untuk menamatkan
silibus dan penerapan kemahiran menjawab soalan bahagian subjektif untuk

memastikan murid boleh menjawab soalan tersebut (Mohsin & Yunus, 2008).
Permasalahan nampak mudah, namun ianya memberi impak besar dalam usaha
menerapkan kreativiti kerana masa adalah salah satu perkara yang boleh
mempengaruhi proses pengembangan kreativiti (NACCE, 1999).
Mohsin dan Nasrudin di dalam kajian mereka mengenai penerapan kreativiti oleh
guru mengenai sebuah kajian yang dibuat di China untuk mengesan samada benar
kreativiti boleh dikembangkan melalui pembelajaran. Kajian itu dibuat dengan
membahagikan sapel kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama diarahkan untuk
membuat kolaj tanpa sebarang arahan tambahan lain. Kumpulan yang kedua pula
diarahkan membuat kolaj dengan kreatif manakala kumpulan ke tiga pula diajar
secara terperinci kaedah untuk menghasilkan kolaj yang kreatif. Di akhir
pembelajaran, didapati hasil paling kreatif dihasilkan oleh kumpulan ke tiga yang
telah diberi panduan untuk menghasilkan kolaj yang kreatif manakala kumpulan satu
menghasilkan kolaj yang sangat tidak kreatif berbanding du akumpulanyang lain. Ini
menunjukkan, kreativiti sememangnya boleh diterap dan dikembangkan semasa
pembelajaran.
2.2.3

Pengajaran Kreatif

Guru Sains yang berdedikasi semestinya akan mengamalkan amalan pengajaran


yang efektif dan berkesan bagi memastikan PDP berjalan dengan jayanya. Selain
memastikan objektif tercapai, aspek sampingan seperti elemen KBKK, KPS dan
kreativiti seharusnya menjadi panduan dalam proses penyediaan dan pelaksanaan
seterusnya refleksi yang dibuat ke atas PDP yang telah dijalankan (BPK. 2010).
Disamping multiple intelligences dan jenis pelajar juga seharusnya diambil kira di
dalam penyusunan aktiviti semasa PDP bagi membolehkan murid memberikan
tumpuan yang sepenuhnya semasa pembelajaran (NACCE, 1999).
Modul Kreativiti dan Inovasi yang diterbitkan oleh BPK pada 2010 adalah
modul yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengajaran kreatif ini di sekolah.
Di dalam modul ini, guru diberi panduan untuk merancang pembelajaran dan
pengajaran dengan indikator aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru pada fasa-fasa
pembelajaran dan pengajaran. Dengan hanya menggunakan empat fasa di dalam PdP,
pengisian bagi setiap fasa bergantung kepada kaedah pengajaran yng diintegrasikan
dalam pengajaran kreatif ini seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan, pembelajaran
berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek dan membuat keputusan.

Menurut Cropley (2001), seseorang guru yang menerapkan kreativiti di dalam


PdPnya mempunyai ciri-ciri berikut;
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
vii)
viii)
ix)

menggalakkan murid untuk belajar secara bebas


saling bekerjasama dengan murid dan bersepadu secara social
memotivasikan murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan dijadikan
sebagai asas untuk pemikiran divergen
tidak terus menilai idea murid kecualii setelah idea tersebut diteliti dan
diungkapkan dengan jelas
menggalakkan murid berfikir secara fleksibel
menggalakkan murid melakukan penilaian kendiri ke atas idea yang
diberikan
mengambil segala cadangan dan soalan murid secara serius dan
bersungguh-sungguh
menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan
dengan menggunakan pelbagai bahan dalam pelbagai keadaan
membantu pelajar bagaimana untuk mengahadapi kekecewaan supaya
pelajar tabah dan terus mencuba sesuatu yang baru

Di dalam buku Creative Teaching Toolkit, Thomas, Brin dan Will mencadangkan
supaya guru-guru memahami apakah visi guru dalam usaha meningkat kreativiti di
dalam kelas. Penetuan visi ini akan membantu guru, dengan lebih mudah, menentukan
aktiviti yang ingin dilakukan semasa PdP. Anne pula mengatakan, pengajaran kreatif
bukannya menolak kepentingan mengajar fakta dan teori Sains, tetapi menyediakan
pelajar ke arah pemebelajaran yang lebih bermakna tanpa mengenepikan sebarang
ilmu pengetahuan dan kemahiran saintifik yang perlu dikuasai. Malahan menurut
Mohsin dan Nasrudin, pengajaran Sains pada masa kini telah berpatah kembali
kepada kaedah pengajaran yang berpusatkan guru sedangkan guru diminta unutk
melaksanakan PdPyang berpusatkan murid.
2.3 LANDASAN TEORI / KERANGKA KONSEPTUAL
Kolbs Experiential Learning Style (ELT) membincangkan mengenai bagaimana
pembelajaran boleh berlaku. Menurut Kolb, pembelajaran boleh berlaku melalui
empat cara iaitu; diverging, assimilating, converging dan accommodating. Melalui
kaedah diverging, individu belajar secara merasa dan melihat, manakala assimilating
pula, individu akan belajar secara berfikir dan melihat. Dengan kaedah converging
pula, individu belajar secara berfikir dan buat dan melalui kaedah accommodating,

how we think about things

individu belajar secara merasa dan buat.

Active
Experimentation
Doing

Perception
Continuum

Concrete
Experience
Feeling

Accommodatin
g
(feel and do)
CE/AE
Processing

Converging
(think and do)
AC/AE

Diverging
(feel and watch)
CE/RO

continuum

how we

do things

Reflective Observation
Watching

Assimilating
(think and watch)
AC/RO

Abstract
Conceptualisation
Thinking

Rajah 2 : Teori Pembelajaran Kolb


Dengan merujuk kepada kerangka teori beliau, dapat diperhatikan ruang persepsi
seseorang dipengaruhi oleh fikiran dan perasaan. Dengan itu, berdasarkan kerangka
Kolb ini, dan disesuaikan dengan tujuan kajian dilaksanakan, iaitu memperihalkan
persepsi guru dan amalan pengajaran melibatkan penerapan kreativiti di dalam PdP
Sains, maka kerangka kajian adalah seperti berikut;

Pengajaran

Konsep
Abstrak
mengenai
kreativiti

Amalan

Kaedah Pengajaran

Persepsi Guru

Pengalaman
Konkrit
mengenai
kreativiti

Refleksi
Pengajaran

Rajah 2 : Kerangka Persepsi Guru Sains ke atas Kreativiti

2.4 KAJIAN-KAJIAN YANG BERKAITAN


Menjelang Wawasan 2020, salah satu elemen yang ditekankan adalah Malaysia
mempunyai modal seimbang yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif. Malahan,
di dalam era globalisasi di abad ke-21 ini, ekonomi kreatif adalah ekonomi yang bakal
menerajui Negara (Lim Kok Wing, 2012). Malahan, Negara yang mempunyai sumber
kreativiti yang baik, adalah Negara yang boleh menguasai ekonomi dunia (Lim Kok
Wing, 2012). Sehubungan dengan itu, mengetahui pendirian guru dalam usaha
meyokong dan merealisasikan hasrat melahirkan modal insan kreatif ini.
Memandangkan tempoh persekolahan yang panjang, sememangnya guru adalah
golongan yang paling sesuai membantu menerapkan kreativiti dalam diri murid.
Menurut Mohsin dan Nasruddin, pengajaran kreatif boleh berlaku seandainya guru
dan murid berhubung secara dua hala di dalam kelas.
Pelbagai kajian mengenai perspektif telah dijalankan samada di Korea Selatan,
kanada dan Amerika Syarikat. Kajian-kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengetahui perspektif guru terhadap penerapan kreativiti serta pengajaran yang
diamaalkan oleh guru tersebut untuk menerap dan mengembangkan kreativiti.
Menurut Humaira Irfan Khan di dalam kajiannya mengenai persepsi guru di dalam
penulisan kreatif Bahasa Inggeris, kebanyakan guru memahami dengan baik makna
kreativiti malahan juga bersetuju yang guru-guru kebanyakannya adalah kreatif.
Manakala menurut Catharine Dishke Hondzel, guru-guru di Ontario pula
mengatakan bahawa kreativit dikaitkan dengan muzik dan lukisan. Malahan, mereka
juga berpendapat bahawa murid yang bermasalah samada sikap dan disiplin
mempunyai kemahiran kreatif yang tinggi berbanding murid yang biasa disebabkan
mereka sentiasa mencari jalan untuk meletakkan diri standing dengan murid yang
lain. Manakala menurut Katie Field Olivant, informan berpendapat tbahawa kreativiti
lenih terarah kepada aktivit sehari-hari dan bukannya produk dan idea semata. Guruguru juga didapati mengamalkan kreativiti di rumah dan kurang melaksanakannya di
sekolah kerana kekangan masa.
2.5 PENUTUP
Dengan kajian literatur yang dibentangkan, fokus kajian lebih difahami dan
kajian dapat dibuat dengan lebih teratur. Kajian lepas sememangnya membantu dalam
usaha mengenalpasti varian yang terlibat juga item yang boleh digunakan untuk

dibincangkan. Mengenal pasti literatur yang berkaitan amat penting supaya kajian
tidak menyimpang jauh daripada yang sepatutnya. Bab seterusnya akan
membincangkan mengenai metodologi kajian.

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan mengenai metodologi kajian merangkumi
rekabentuk, sampel, pengumpulan dan analisis data serta instrumen yang digunakan.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Kajian untuk memperihalkan perspektif guru terhadap penerapan kreativiti ini
adalah kajian kuantitatif dengan rekabentuk survey. Menurut Creswell, dapatan kajian
kuantitatif boleh dijadikan sebagai rujukan kepada semua memandangkan dapatan
kajian boleh mewakili sesebuah populasi dan di dalam kajian ini populasi tersebut
adalah guru. Rekabentuk ini dipilih kerana, pendapat dan pandangan boleh didapatkan
dalam masa yang singkat dengan jumlah responden yang agak ramai (Creswell,
2012).
3.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN
Sampel yang telah dipilih tidak boleh mewakili populasi guru kerana tidak
mencukupi untuk mewakilkan dapatan kepada populasi. Dengan itu, sampel telah
dipilih secara purposive sampling kerana memberi fokus hanya kepada guru Sains
tanpa mengira jenis sekolah yang diajar. Jumlah keseluruhan guru Sains di empatempat buah sekolah ini adalah 30 orang tanpa mengira gender lelaki dan perempuan.

Memandangkan 30 sampel adalah mencukupi untuk dikenakan statistic ke atasnya,


soal selidik tidak lagi dihantar ke sekolah yang lain pula kerana sampel sudah
mencukupi.
3.4 PENGUMPULAN DATA
Soal selidik yang telah siap diagihkan kepada guru-guru Sains di sekitar kawasan
Kampung Dato Harun, Petaling Jaya. Guru-guru Sains diminta menjawab soal selidik
dengan baik dan soal selidik kemudiannya dikumpulkan semula untuk tujuan
menganalisis data.
3.5 PENGURUSAN DATA
Terdapat dua jenis data yang dikumpulkan di dalam kajian ini. Iaitu data nominal
dan data interval. Seterusnya data-data tersebut akan disusun mengikut keperluan
objektif kajian.
3.6 ANALISIS DATA
Data akan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan mean sebagai nilai
yang akan dinilai. Dapatan yang akan dibincangkan adalah memberi fokus kepada
persepsi guru Sains terhadap penerapan kreativiti di dalam kelas.
3.7 INSTRUMENTASI
Dengan merujuk kepada kajian PhD Katie Field Olivant pada 2009 dan
Catharine Dishke Hondzel pada 2013, sebuah soal selidik diubahsuai untuk
mengenalpasti persepsi guru Sains terhadap penerapan kreativiti berdasarkan
instrumen Borang Pemerhatian Indeks Penerapan Kreativiti Guru yang digunakan
oleh Catharine Dishke Hondzel di dalam kajian PhDnya kerana instrumen beliau
menepati kerangka kajian yang digunakan. Soalan yang digunakan juga disesuaikan
dengan soalan-soalan yang telah digunakan oleh kedua-dua penyelidik ini di dalam
kajian mereka. Katie Field Olivant telah menggunakan 30 soalan terbuka dan tertutup
untuk menemuduga guru yang terlibat dengan kajian fenomenografik beliau manakala
Catharine Dishke Hondzel menggunakan 9 soalan terbuka untuk menemuduga guru
yang terlibat disamping 45 soalan soal selidik yang dijawab secara online oleh
responden untuk kajian metod bercampur beliau. Soalan yang digunakan oleh keduadua penyelidik ini sangat membantu dalam usaha penyediaan instrumen soal selidik

bagi kajian ini.


Dengan itu, soal selidik Penerapan Kreativiti oleh Guru Sains di Kelas ini
disediakan dengan;
iv)
Bahagian soalan
Dengan memilih item soalan yang bersesuaian dengan soal selidik,
instrumen yang telah direka terbahagi kepada empat bahagian bagi
menjawab keempat-empat soalan kajian.
a)
Bahagian 1 soalan mengenai pemahaman guru mengenai
kreativiti.
b)
Bahagian 2 soalan mengenai pengalaman konkrit guru yang
membuatkan guru boleh berkreatif.
c)
Bahagian 3 soalan mengenai kaedah pengajaran yang guru
gunakan untuk menerapkan kreativiti di dalam kelas.
d)
Bahagian 4 soalan mengenai refleksi guru ke atas PdP yang
telah berlaku dan melibatkan kreativiti.
v)
Jumlah soalan
a)
Bahagian 1 7 item mengenai pemahaman guru mengenai
kreativiti.
b)
Bahagian 2 6 item mengenai pengalaman konkrit guru yang
membuatkan guru boleh berkreatif.
c)
Bahagian 3 24 item mengenai kaedah pengajaran yang guru
gunakan untuk menerapkan kreativiti di dalam kelas.
d)
Bahagian 4 7 item mengenai refleksi guru ke atas PdP yang
telah berlaku dan melibatkan kreativiti.
Pilot testing ke atas instrumen soal selidik telah dibuat dengan meminta 4
orang responden menjawab instrumen yang telah siap. Seterusnya, responden
telah diminta untuk membulatkan atau membetulkan ayat dan frasa yang
dirasakan kurang sesuai digunakan. Instrumen tersebut telah disemak dan
pembetulan telah dibuat untuk memperbaiki instrumen tersebut.
3.8 PENUTUP
Dapatan kajian akan dibincangkan dalam bab yang akan datang. Metodologi
kajian yang dicadangkan diharap dapat membantu unutk melaksanakan kajian ini.

BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI
1
2
3
4
5

6
7
8
9

10

11
12
13

14
15

Lim Kok Wing (2012). The Future Is Coming; Transform Now, Universiti Lim
Kok Wing.
Cornell University, INSEAD, dan WIPO (2013): The Global Innovation Index
2013: The Local Dynamics of Innovation, Geneva, Ithaca, and Fontainebleau.
Arthur J Cropley (2001). Creativity in Education and Learning : A guide for
Teachers and Educators. Clays Ltd, ST Ives plc.
National Advisory Committee on Creative and Cultural Education (NACCE)
(1999). All Our Futures: Creativity, Culture and Education, NACCE England.
Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Putrajaya, 2010. Rancangan
Malaysia ke 10 2011-2015.Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohamad Mohsin b Said & Nasruddin Yunus (2008). Halangan-halangan kepada
Usaha Memupuk Kreativiti Di Kalangan Pelajar, Prosiding SKIKS 2008.
Vincent Ryan Ruggiero (2011). The Art of Thinking : A Guide to Critical and
Creative Thought, 10th Edition. Pearson Education, Inc. Amerika Syarikat.
Mohd Azhar b Abd Hamid dan Othman b A Karim (2012). Pemurnian Kreativiti
Dalam Pendidikan Prasekolah Sebagai Asas Pembinaan Bangsa Malaysia yang
Kreatif : Suatu Kupasan Awal, Jurnal Kemanusiaan.
Putnam R & Borko H (1996). Teacher Learning : Implications of New Views of
Cognition. B.J. Biddle, T.L. Good and I. F. Goodson (Eds. The International
Handbook of Teachers and Teaching, Netherland.
Robert W Lucas (2007). Creative Learning- Activities and Games That Really
Engage People. John Wiley & Sons, USA.
KatieField Olivant (2009). An Interview of Teachers Perception on the Role of
Creativity in a High Satkes Testing Environment. Proquest LLC, USA.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Buku Panduan Kreativiti : Amalan
Pembangunan dan Amalan Dalam Pembelajaran dan Pengajaran, Kemeterian
Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010). Moduk Kreativiti dan Inovasi,
Kemeterian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
Anne Oliver (2006). Teaching Creative: Science in The Early Years and Primary
Classroom. David Fulton Publishers, Great Britain.

16 John W Creswell (2012). Education Research: Planning, Conducting, and


evaluating Quantitative and Qualitative Research. Pearson Education, Boston.
17 Katie Field Olivant (2009). An Interview Study of Teachers Perception of The
Role Of Creativity In A High Stakes Testing Environment. Universiti California,
USA.
18 Catharine Dishke Hondzel (2013). Fostering Creativity : Ontarios Teachers;
Perceptions, Strategies and Experiences. Universiti of Western Ontario, Kanada.
19 Thomas, Will Best, Brin (2008).Creative Teaching and Learning Resource Book.
Continuum International Publishing, London.
20 Michael F Saughnessy (1998). An Interview with Paul Etorrance about Creativity.
Educational Psychology Review. USA.

LAMPIRAN 1
INSTRUMEN PENERAPAN KREATIVITI OLEH GURU SAINS DI KELAS

PROJEK MINI MEMENUHI KEPERLUAN COURSEWORK PMGS6120


UNVERSITI MALAYA
INSTRUMEN SOAL SELIDIK PENERAPAN KREATIVITI OLEH GURU
SAINS DI KELAS
Siti Hasya Yusof (Sarjana Pendidikan Sains Pendidikan)
Kerjasama tuan/puan melengkapkan soal selidik yang diberi amat dihargai.
Terima kasih atas kerjasama yang diberi.
Latar belakang Respoden

Sila ( / ) pada kotak yang disediakan.


Jantina :

Lelaki
Perempuan

Pengalaman mengajar Sains :

0 - 2 tahun
2 - 5 tahun
5 - 10 tahun
> 10 tahun

Opsyen guru

Sains
Lain-lain (Nyatakan) ______________

Jenis Sekolah

Tahun / Tingkatan

Rendah

Satu
Dua
Tiga

Menengah

Empat
Lima
Enam

Soalan bermula. Harap tuan/puan dapat menjawab kesemua soalan yang diberi.

Bahagian 1
Tandakan (/) di ruangan yang disediakan.
Pengetahuan guru mengenai kreativiti. Apakah yang tuan/puan faham mengenai
kreativiti?
Skala; STS = Sangat Tidak setuju TS = Tidak Setuju TP = Tidak Pasti
S = Setuju
SS = Sangat Setuju
Pada pendapat saya. Kreativiti adalah ____

STS

TS

TP

SS

Satu penghasilan karya atau produk yang asli.


Menggunakan imaginasi untuk menyelesaikan
masalah.
Kemampuan atau kebolehan mencipta.
Kebolehan untuk menghasilkan suatu idea baru.
Melibatkan pemikiran kritis.
Kemampuan melahirkan idea melalui hasil kerja.
Kebolehan menyelesaikan masalah.
Kebolehan mencapai sesuatu objektif.
Kebolehan membuat hipotesis.
Bakat semulajadi dan tidak boleh dipelajari.
Boleh diajar, diterap dan dirangsang di dalam
kelas.
Bahagian 2
Tandakan (/) di ruangan yang disediakan.
Pengalaman guru dengan kreativiti, Bagaimanakah tuan/puan berkreatif?
Skala; STS = Sangat Tidak setuju TS = Tidak Setuju TP = Tidak Pasti
S = Setuju
SS = Sangat Setuju
Adakah tuan/puan _____
Mempunyai bakat kreativiti semulajadi.
Berkreatif melalui penulisan kisah pendek.
Berkreatif melalui penghasilan lukisan atau sajak.
Berkreatif melalui permasalahan harian yang
memerlukan kaedah penyelesaian baru.
Berkreatif melalui kisah daripada komik dan
kartun.
Lain-lain (Nyatakan) ______________________

STS

TS

TP

SS

_______________________________________
Bahagian 3
Tandakan (/) di ruangan yang disediakan.
Susunkan objektif tersebut mengikut kepentingan mengikut pertimbangan
tuan/puan.
Skala; Paling Penting 1 2 3 4 5 6 7 Paling Tidak Penting
Objektif pembelajaran saya adalah untuk _____

Merangsang sifat ingin tahu murid dan


mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling
mereka.
Menyediakan peluang untuk murid menguasai
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif.
Meningkatkan daya kreativiti murid.
Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep
sains.
Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis
bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan
seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.
Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

Berikut adalah Elemen Merentas Kurikulum yang perlu diterapkan di dalam


diri murid. Susunkan elemen tersebut mengikut kekerapan ianya digunakan
oleh tuan/puan semasa PdP.
Skala; Paling Penting 1 2 3 Paling Tidak Penting
Saya kerap menggunakan elemen ini di
kelas.
EMK
Keusahawanan
Kreativiti
Teknologi Maklumat & Komputer (TMK)

Setiap guru mempunyai kaedah yang berbeza untuk menerapkan kreativiti


murid. Dengan itu, apakah yang tuan/puan lakukan di kelas untuk merangsang
kreativiti murid?
Skala; STS = Sangat Tidak setuju TS = Tidak Setuju TP = Tidak Pasti
S = Setuju
SS = Sangat Setuju
Saya menerapkan kreativiti dengan __________
Menggalakkan murid memberikan idea dan berkongsi idea
tersebut dengan rakan.
Membiarkan murid mencari jawapan sendiri bagi soalan yang
diberi melalui eksperimen setelah mengajar konsep asas
sesuatu topik.
Murid berpeluang mempelajari perkara yang mereka
kehendaki di dalam kelas.
Menggalakkan bertanya soalan walaupun soalan tersebut tidak
munasabah
Membenarkan murid membentangkan dapatan ujikaji mereka
dengan rakan lain.
Menggalakkan rakan lain yang memberi respon kepada soalan
yang diajukan oleh rakan lain.
Menerima respon murid walaupun respon tersebut tidak
berkaitan dengan topik yang diajar
Memberi galakan kepada murid untuk menyelesaikan tugasan
yang diberi.
Memastikan respon murid menepati jangkaan setiap kali
menjawab soalan yang diberi
Memberi galakan kepada murid untuk menggunakan kaedah
yang lain seandainya kaedah yang mereka gunakan gagal
memberi jawapan kepada soalan.
Menekankan kaedah menjawab soalan subjektif Sains dengan
betul.
Memastikan murid memahami topik yang diajar.
Memastikan silibus dapat dihabiskan sebelum akhir tahun.

STS

TS

TP

SS

Bahagian 4
Tandakan (/) di ruangan yang disediakan.
Refleksi akan dicatat setiap kali selepas PdP. Apakah refleksi yang guru perolehi
setiap kali menjalankan aktiviti penerapan kreativiti dalam PdP?
Skala; STS = Sangat Tidak setuju TS = Tidak Setuju TP = Tidak Pasti
S = Setuju
SS = Sangat Setuju
Refleksi yang saya kenalpasti adalah ______
Murid dapat menguasai topik yang diajar
dengan baik
Murid dapat mengeksperesikan pendapat
dengan baik.
Murid berani menyatakan pendapat dan
mempertahankan pendapat tersebut.
Murid boleh mencari jawapan kepada soalansoalan yang diberikan dengan sendiri.
Murid boleh berkongsi pendapat dan dapatan
ujikaji dengan rakan.
Murid berani bertanya soalan dan mencari
jawapan kepada soalan tersebut dengan sendiri
Murid boleh menghasilkan hasil kerja yang
baik apabila diberi tugasan projek.

STS

TS

TP

SS

Anda mungkin juga menyukai