Berdasarkan jurnal tersebut kita dapat merumuskan bahawa tingkah laku bermasalah dan
kurang kemahiran penyesuaian diri adalah suatu keadaan yang biasa terjadi dalam kalangan
kanak-kanak bermasalah, khususnya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang
kritikal. Antara masalah tingkah laku yang sering dialami oleh kanak-kanak adalah seperti
tingkah laku ganas, menentang dan tidak menurut arahan, bersikap terlalu bergantung pada
orang lain dan suka mengelak serta bertingkah laku pasif. Masalah tingkah laku atau
gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri seperti bertingkah laku
ganas mahupun pasif akan berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan
keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak. Terdapat 2 jenis faktor
yang terdapat dalah masalah tingkah laku ini iaitu faktor yang perlu diambil kira semasa
penilaian dan faktor penyebabkan berlakunya tingkah laku bermasalah. Faktor-faktor yang
perlu yang perlu diambil kira semasa menilai tingkah laku seorang kanak-kanak itu normal
adalah tidak normal adalah faktor kesesuaian umur. Kaedah yang digunakan untuk menilai
haruslah bersesuaian dengan umur kanak-kanak. Ini kerana, kaedah yang bersesuaian dengan
kanak-kanak dapat memberikan hasil penilaian samada tingkah laku kanak-kanak itu normal
atau tidak berdasarkan milestone perkembangan umur mereka. Selain itu, tempoh penilaian
juga penting dimana pemerhati harus menjalankan penilaian dalam tempoh yang lama bagi
mengenalpasti punca-punca seorang kanak-kanak itu bermasalah tingkah laku. Selain itu,
terdapat dua faktor yang lain seperti kekuatan (utensity) dan kekerapan berlakunya tingkah
laku tersebut. Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak perlu dipandang serius oleh
semua pihak dan ini kerana kebanyakkan perangai, tingkah laku dan kelakuan kanak-kanak
adalah dipelajari melalui peniruan di sekeliling mereka. Oleh itu, semua pihak terutama
ibubapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka dan
membimbing dalam membentuk tingkah laku kanak-kanak dengan baik, sekali gus dapat
mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penyebab berlakunya masalah tingkah
laku antaranya Faktor Biologi. Apa yang dimaksudkan faktor biologi ialah genitik iaitu unitunit baka yang diwarisi oleh ibu bapa keada anak-anak. Ini terdapat dalam kromosom sel
manusia. Kerosakan gen akan membawa kepada masalah jiwa. Terdapat juga hormone yang
dikenali adrenalina dan noradrenalina yang boleh menyebabkan sesorang itu tertekan. Selain
faktor biologi, terdapat juga faktor lain seperti Faktor Psikodinamik iaitu faktor dimana
masalah tingkah laku disebabkan konflik dalaman diri yang wujud dalam bentuk tidak
disedari seperti proses represi, ingatan memilukan dan keinginan seksual tidak dapat
dipuaskan. Akibat dari konflik ini akan lahirlah satu tingkah laku seperti hysteria, kesedihan,
kerisauan dan kemurungan. Manakala, Faktor Pembelajaran pula merujuk kepada hasil dari
pembelajaran yang tidak sesuai sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kanak-kanak
mudah pelajari sesuatu melalui persekitaran mereka. Andai persekitarannya negatif maka
tingkah laku juga akan negatif dan begitulah dengan sebaliknya. Sesetengah tingkah laku
kanak-kanak ini dapat dilihat dengan jelas dan sehubungan itu terdapat beberapa kriteria
sebagai panduan dalam mengenal pasti tingkah laku kanak-kanak bermasalah.
Ketidakbolehan dan ketidakupayaan kanak-kanak bermasalah tingkah laku ini tidak dapat
dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor deria, kesihatan dan intelek. Kanak-kanak
bermasalah tingkah laku akan berasa kurang gembira dan sentiasa penuh dengan kerisauan.
Tingkah laku mereka juga kurang sesuai dalam keadaan normal. Kanak-kanak seperti ini
sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah
peribadi dan sekolah. Kanak-kanak sebegini akan menghadapi masalah dalam membina atau
mengekalkan perhubungan dengan orang lain iaitu interpersonal relationship seperti dengan
rakan sebaya, guru dan lain-lain. Keadaan sebegini, termasuklah kanak-kanak Schizophrenic
yang tidak mengenal erti dan masalah sosial akibat gangguan emosi yang teruk.
Menurut Kerr & Nelson, tingkah laku ini dapat dikasifikasikan sebagai tingkah laku
yang mengganggui, tingkah laku yang tidak sesuai, menarik diri, tingkah laku berulangan dan
tingkah laku yang agresif. Tingkah laku yang mengganggui ataupun Disruptive Behaviour
merupakan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian seperti mengejek kawan, tidak
mengikut arahan dan lain-lain. Tingkah laku yang tidak sesuai pula merujuk kepada tingkah
laku yang kurang matang seperti suka menangis, tantrum dan terlalu bergantung. Menarik diri
dari sosial Withdrawl merujuk kepada individu yang cuba mengelak dari menyertai aktiviti
bersosial atau berkumpulan disebabkan rasa takut, malu dan segan. Tingkah laku berulangan
Stereotype Behaviour merupakan tingkah laku yang dilakukan oleh sesetengah kanak-kanak
misalnya kanak-kanak autistic dan buta. Bagi tingkah laku agresif pula, dimana seorang
kanak-kanak selalu mencederakan orang lain dan merosakkan harta benda. Menurut
Achenbach & Edelbrock pula, mereka mengkategorikan tingkah laku kepada dua iaitu
tingkah laku externalizing dan unternalising. Externalizing merujuk kepada orang lain dan
persekitaran bersifat impulsive dan kurang pengawalan diri seperti agresif. Mereka ini
sering mengganggu orang lain dan sentiasa menimbulkan permasalahan tingkah laku
sehingga menjejaskan pelajaran. Unternalising pula merujuk pada tingkah laku yang bersifat
pasif seperti mengasingkan diri compulsive, pemalu, selalu sedih dan hanya fokus pada
ketakutan dan fantasi. Tingkah laku ini mungkin tidak disedari kerana tidak mengganggu
orang lain tetapi ia boleh menjejaskan pembelajaran kanak-kanak.
Bagi menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku ini, terdapat
beberapa kaedah yang boleh dititik beratkan sebagai contoh peranan sistem kekeluargaan.
Keluarga merupakan asas dalam proses sosialisasi individu. Ibu bapa dan adik beradik
merupakan unsur sosialis utama dan keluarga adalah institusi pertama dalam masyarakat dan
2.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, peringkat awal kanak-kanak merupakan satu peringkat yang
amat penting di mana pada peringkat ini, tingkah laku kanak-kanak sudah dapat dibentuk.
Pembentukan tingkah laku kanak-kanak dapat mencorakkan keperibadian mereka apabila
dewasa kelak. Persekitaran merupakan aspek penting dalam membentuk tingkah laku kanakkanak kerana kanak-kanak akan belajar dan meniru melalui persekitaran mereka. Banyak
pihak yang perlu peka akan pembentukan tingkah laku kanak-kanak terutama ibu bapa.
Sekiranya pembentukan tingkah laku sudah dibentuk salah dari awal, tidak mustahil satu hari
nanti kanak-kanak itu akan mendatangkan masalah. Apa yang perlu dititik beratkan adalah
masa depan kanak-kanak. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku
ini mengalami masalah dalam pembelajaran dan pelajaran mereka semakin merosot.
Sekiranya tingkah laku kanak-kanak mempunyai masalah, pihak tertentu perlu segera
mengambil tindakan memperbetulkan tingkah laku kanak-kanak tersebut supaya pelajaran
mereka tidak tejejas, tingkah laku mereka tidak bertambah serius dan mereka tidak
menambahkan masalah pada orang lain.