Anda di halaman 1dari 33

PENGENALAN KEPADA SISTEM

MAKLUMAT
Definisi :
satu kombinasi terdiri daripada manusia,perkakasan,
perisian,rangkaian dan data yang bertanggungjawab
mewujud,mengumpul,menukar dan mengagihkan
maklumat dalam sesebuah organisasi.
@
Sebagai kitaran proses mewujud atau memperolehi
maklumat,mengumpulkan maklumat daripada pelbagai
bentuk,memproses dan menukar maklumat yang
diperoleh dan dikumpulkan kedalam bentuk yang
diingini

Evolusi Sistem Maklumat


70-an - Tekankan laporan dan maklumat
yang berkaitan untuk membantu
pihak pengurusan.
-Maklumat diambil daripada pelbagai
sumber berkaitan
80-an - Peranan sistem maklumat selaras dengan
perkembangan teknologi komputer, perisian
dan rangkaian
-Aplikasi teknologi maklumat dalam
pengurusan

90-an - Muncul dimensi, di mana konsep sistem


maklumat eksekutif. Fenomena ini dicetuskan oleh
perkembangan bidang buatan (Arificial Intelligent
AK) , sistem pakar (Expert Sistem-ES) dan sistem
pekerja pengetahuan (Knowledge Worker SystemKWS)

Terkini - Sistem maklumat digunakan sebagai satu alat


(tool) yang berkesan.Dengan itu, muncul sistem
maklumat strategik yang berperanan menyediakan
organisasi dengan limpahan maklumat.

JENIS SISTEM MAKLUMAT

Sistem Sokongan Keputusan


Sistem Maklumat Eksekutif
Sistem Pakar
Sistem Pengkomputeran Pengguna
Akhir
Sistem Maklumat Strategik
Sistem Maklumat Perniagaan
Sistem Maklumat Bersepadu
Sistem Maklumat Pengetahuan

Sistem Sokongan Keputusan


Dikenali Decision Support System
Dikenali Sistem Bantuan Keputusan
Diguna sbg aplikasi bantuan pihak pengurusan atasan
Diguna untuk mengendali keputusan tidak berstruktur

Sistem Maklumat Eksekutif


Dikenali Executive Information System
Khusus untuk penggunaan pengurusan atasan dalam
membuat keputusan strategik
Menyerupai Sistem Sokongan Keputusan

Sistem Pakar
Dikenali Expert System
Digunakan oleh pihak pengurusan dan bukan pengurusan
Satu aturcara yang diguna khusus untuk tujuan membuat
keputusan
Keputusan mirip keputusan yang dibuat manusia

Sistem Pengkomputeran Pengguna Akhir


Dikenali End User Computing System
Sistem yang menyokong kedua-dua pihak : pengguna dan
pengurusan
Menggunakan komputer peribadi dan perisian yang sesuai
dengan tugas masing-masing

Sistem Maklumat Strategik


Dikenali Strategic Information System
Sebagai alat sokongan dalam perniagaan
Merangka strategi untuk memenangi persaingan perniagaan
Gabungan pelbagai jenis sistem maklumat
Peranan membantu organisasi lebih berdaya saing

Sistem Maklumat Perniagaan


Menyokong operasi dan pengurusan bagi aktiviti asas bisnes
sesebuah syarikat
Aplikasi termasuk sistem pengilangan,pengeluaran,sistem
kewangan,perakauanan,sumber manusia dan pemprosesan
transaksi

Sistem Maklumat Bersepadu


Dikenali Integrated Information System
Menggabungkan kesemua sistem maklumat yang
dibincangkan diatas.
Tujuan : memudahkan penggunaan sistem tersebut

Sistem Pekerja Pengetahuan


Dikenali Knowledge Worker System
Mengumpulkan (capture) pengetahuan daripada pelbagai
sumber dan pakar dalam sesuatu perkara khusus
Sistem ini dilakukan hanya dengan memasuki laman web dan
pelayan web tertentu

KOMPONEN SISTEM
MAKLUMAT BERKOMPUTER
Data
Perisian
Perkakasan
Manusia
Prosedur
Rangkaian

JENIS DATA DAN CONTOH


BIL

JENIS

CONTOH

1.

Teks Huruf

Nombor,Simbol dan Aksara


Huruf

2.

Imej

Grafik,Lukisan,
Gambar

3.

Audio

Sebarang Bentuk Bunyi dan


Suara

4.

Video

Sebarang bentuk
video,pergerakan dan animasi

Perkakasan Komputer dan


Contoh
JENIS PERKAKASAN

CONTOH

Perkakasan input

Papan kekunci,tetikus,
penunjuk,skrin sentuh, bebola sentuh,pengimbas

Perkakasan Pemprosesan

Unit Pemprosesan Pusat,memori

Perkakasan Output

Skrin,Pencetak,Pembesar suara

Perkakasan Penyimpanan

Cakera keras,cakera liut,CD-Rom,pita magnetik

JENIS PERISIAN DAN DEFINISI


JENIS
PERISIAN

DEFINISI

Perisian Sistem

Dikenali juga sebagai sistem operasi


Satu arahan atau aturcara yang memberitahu komputer apa
yang perlu dilakukan.
Sistem yang membolehkan perisian aplikasi dijalankan

Perisian
Aplikasi

Aturcara atau program yang dibangunkan untuk


menyelesaikan masalah tertentu,laksana tugasan yang
spesifik

Manusia

Pengguna : seseorang yang memiliki


pengetahuan teknikal berkaitan
teknologi maklumat yang
menggunakan komputer untuk
berhibur,belajar atau bekerja.

Prosedur

Merujuk kepada panduan,senarai


arahan atau tatacara penggunaan
sesuatu perkara atau subjek.
Ia langkah-langkah teratur yang
perlu diikuti dan dilaksanakan.

Rangkaian Komunikasi

Bermaksud media yang digunakan untuk


memindahkan data-data dari satu sumber
kepada sumber yang lain
Definisi lain : satu sistem yang
menghubungkan komputer,telefon atau
lain-lain peranti komunikasi yang
membolehkan komunikasi antara satu
sama lain dan berkongsi aplikasi dan data

Pangkalan Data

Elemen terakhir yang diterima


sebagai komponen sistem maklumat
Satu koleksi tersusun yang terdiri
daripada fakta dan maklumat
tentang sesuatu perkara.
Contoh : organisasi
pendidikan,mungkin mengandungi
fail dan maklumat mengenai para
pelajar rekod peribadi,markah dan
pencapaian pelajar

KOMPONEN SISTEM MAKLUMAT


BERKOMPUTER
Perkakasan
Perisian
Manusia

Input

Proses

Output

Pangkalan
Data
Data
Rangkaian

KONSEP SISTEM MAKLUMAT


BERKOMPUTER
Input Dari Bahan
Mentah

PROSES

Maklumbalas
Sistem

Output Dari Produk


Siap

Maklumbalas
Sistem

Kawalan Oleh
Pengurusan

BIL

ISTILAH

PENGERTIAN

1.

Input

Elemen atau data yang dimasukkan ke dalam


sistem untuk diproses

2.

Pemprosesan

Proses penjanaan atau transformasi elemen input


kpd bentuk lain yang boleh difahami @ digunakan

3.

Output

Hasil yang diperolehi daripada proses transformasi

4.

Kawalan

Unsur pemantauan terhadap pemprosesan untuk


mempastikan output dihasilkan sempurna
sebagaimana dikehendaki

5.

Maklumbalas

Maklumat yang dihasilkan oleh sistem komputer


semasa proses transformasi dilaksana

Sumber Sistem Maklumat


Sistem maklumat manual

Dari sumber-sumber bertulis seperti lakaran


diatas kertas, yang ditulis menggunakan pen
atau sebarang bentuk alat tulis
Sistem maklumat tidak formal
Hasil daripada perkataan samaada perbualan,
arahan dan yang melibatkan lisan
Ia tidak direkodkan dan cara penyampaian
berubah dan berbeza apabila disampaikan

Sistem Maklumat Formal

Merujuk kepada arahan, memo, pekeliling, prosuder


bertulis dan sebarang bentuk maklumat rasmi
Kewujudan dan kepelbagaian jenis sistem maklumat saling
melengkapi untuk membentuk satu sistem maklumat yang
lengkap untuk kegunaan sesuatu organisasi

SISTEM MAKLUMAT BERKOMPUTER

Melibatkan penggunaan perkakasan teknologi, perisianperisian kursus, peralatan komunikasi, teknik dan prosuder
pengurusan data dan elemen teknologi maklumat lain.

PERANAN SISTEM MAKLUMAT


1 - Menjalankan operasi perniagaan
Menjalankan urusan pentadbiran, dan aktiviti
perniagaan sesebuah organisasi
Menyediakan perkhidmatan, memperkenal dan
menjual barangan dan seterusnya memperolehi
keuntungan
Untuk memastikan urusan perniagaan boleh
dilaksanakan, satu sistem yang cekap dan
memenuhi semua kehendak perniagaan

2- Membuat keputusan oleh pihak


pengurusan

Data-data dan maklumat transaksi dari


aktiviti harian diguna pihak pengurusan
untuk membuat analisa, meramal dan
seterusnya dan membuat keputusan
penting tentang sesuatu perkara
Maklumat-maklumat ini digunakan untuk
merangka pelan tindakan strategik dan
hala tuju

3 - Kemampuan bersaing

Maklumat yang diperoleh akan


digunakan untuk merangka
rancangan dan tindakan susulan
dalam usaha mengekalkan daya
saing syarikat dalam pasaran
semasa

CIRI MAKLUMAT
1-Ketepatan

-Dinilai berdasarkan beberapa perkara: sumber maklumat


tersebut diambil, cara pengambilannya, pihak yang
mengambilnya, pihak yang menyebarkannya, bertepatan
dengan realiti dengan semasa yang berlaku
2-Lengkap

-Ialah maklumat yang merangkumi semua fakta penting


yang diperlukan dan berkaitan dengan sesuatu topik
perkara.
-Jika maklumat yang diperolehi tentang sesuatu perkara
tidak menyeluruh dan tidak lengkap akan menyebabkan
keputusan sukar dibuat dan mengakibatkan juga
ketidaktepatan dalam keputusan yang telah dibuat

3-Jimat
-Maklumat seharusnya bersifat murah untuk diperolehi
Para pembuat keputusan hendaklah sentiasa menyumbangkan
nilai maklumat dengan kos perbelanjaan untuk
memperolehinya.
-Antara perkara yang perlu diambil kira ialah berpatutankah
kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan berbanding
dengan perolehan dan nilai produk yang akan dikeluarkan
nanti.
-Jika nilai maklumat itu adalah mahal tetapi ianya akan
membawa peluang yang besar kepada syarikat, pelaburan
untuk memperolehinya adalah satu keperluan
4-Anjal
-Maklumat yang anjal ialah maklumat yang boleh digunakan
untuk pelbagai tujuan
-Maklumat anjal amat penting dalam urusan perniagaan
syarikat

5-Boleh dipercayai
-Maklumat yang boleh dipercayai membolehkan
kebergantungan pengguna kepadanya.
-Kebolehpercayaan bergantung kepada kaedah pengumpulan
data, juga bergantung kepada sumber maklumat tersebut
-Penggunaan maklumat yang tidak boleh dipercayai, akan
mendatangkan risiko dan kesan buruk amat ketara dalam
syarikat.
6-Perkaitan
-Maklumat yang relevan dan berkaitan dengan perkara yang
perlu diputuskan adalah amat penting bagi para pembuat
keputusan
-Kegagalan mengambil kira perkaitan sesuatu perkara dangan
perkara yang lain, akan membawa padah aspek
pengurusan organisasi.

7-Ringkas
-Maklumat yang baik sepatutnya bersifat ringkas
-Ringkas disini dalam erti kata merangkumi semua fakta yang
diperlukan terus kepada butiran perkara yang tidak
menyimpang dari topik asal.
-Ia juga bermaksud mudah difahami, bukan yang kompleks
8-Mudah diperolehi
-Maklumat yang mudah diperolehi membantu operasi berjalan
lancar
-Juga berkait rapat denga aspek penyimpanan data-cara dan
lokasi penyimpanan maklumat yang teratur menjadikan
maklumat mudah diperolehi bila diperlukan

9-Pengesahan
-Maklumat yang baik dan bernilai harus boleh disahkan-kita
boleh memeriksanya sama ada benar atau sebaliknya
-Cara pengesahan boleh dilakukan dengan cara menyelidiki
punca atau sumber maklumat itu
-Pengesahan penting untuk membolehkan kita yakin dengan
maklumat tersebut.
10-Mudah dimasuki
-Maklumat seharusnya mudah dimasukioleh pengguna yang
berhak, memperolehinya apabila diperlukan

11-Keselamatan
-Maklumat mesti selamat daripada dimasuki
pengguna yang tidak berhak dan tidak terlibat
-Ada prosedur dan kaedah yang tertentu yang
ditetapkan untuk menjamin keselamatan
maklumat tersebut
-Kaedah penyimpanan juga mesti sentiasa
dipertingkatkan untuk mengelakkan dimasuki,
dicuri atau dimusnahkan oleh penceroboh

SISTEM
MAKLUMAT

SISTEM SOKONGAN
OPERASI

SISTEM SOKONGAN
PENGURUSAN

- Sistem Maklumat
Pengeluaran

-Sistem Pengurusan
Maklumat

- Sistem Maklumat
Pemasaran

Sistem Sokongan
Keputusan

- Sistem Maklumat
Kewangan

-Sistem Sokongan
Keputusan Kump

- Sistem Maklumat
Perakaunan

-Sistem Maklumat
Eksekutif

- Sistem Maklumat
Sumber Manusia

-Sistem Sokongan
Eksekutif

- Sistem Maklumat
Pemprosesan
Transaksi

-Sistem Pekerja
-Pengetahuan

RUJUKAN

Asas Sistem Maklumat.2001.Mohd Shanudin


Zakaria.Prentice Hall,Petaling Jaya
Dipetik daripada
http://computer.howstuffworks.com/search.php?
search=information%20system&fr=ch&page_ref
=http://computer.howstuffworks.com/, diakses
pada 10 Februari 2006
Dipetik daripada
http://www.homestead.com/peoplelearn/ITEM3.h
tml, diakses pada 7 Februari 2006

WEB DAN PERANGKAIAN


SEKOLAH
PENGENALAN KEPADA SISTEM MAKLUMAT
KUMPULAN 6
PRESENTER :
JAMAEYAH ISMAIL
PEK 030011
RATY RECTO
PEK 030034
WAN ROSMAWATI
PEK 030054
WAN MD ZAIN

Anda mungkin juga menyukai