Anda di halaman 1dari 1

qwertySaya memang suka mencuba resepi turun temurun atau resepi yang

digunakan oleh mereka yang berniaga atau resepi yang digunakan oleh
tukang tukang masak bagi majlis majlis kahwin. Kerana yang pasti, resepinya
adalah proven and tested recipe. Resepi Ayam Masak Merah yang ini diambil
dari blog Ana Suzana yang dipelajari dari ayahnya yang merupakan seorang
tukang masak bagi majlis kenduri kawin yang tersohor di kampung beliau.
Dah lama resepi ini disalin, cuma belum ada kesempatan dan masa yang
sesuai untuk dicuba sendiri sehingga lah hari ini.

Serius, sangat sedap Ayam Masak Merah ini dan pastinya ia akan menjadi a
keeper recipe untuk masakan Ayam Masak Merah saya di masa masa
hadapan. Bahan bahan yang digunakan pun sangat simple. Ada sesetengah
resepi, menggunakan tomato puree yang agak mahal. Dan yang paling tak
best, ianya digunakan sedikit sahaja dan bakinya jika tak digunakan akan
terbuang begitu sahaja. Saya perhatikan resepi ini tidak menggunakan gula
tapi saya menambah sedikit gula bagi melengkapkan rasanya mengikut
citarasa kami.

Seronok melihat Dato Saleh dan anak anak menambah meratah ayam masak
merah yang dihidangkan walaupun saya tidak menyediakan nasi. Klik di SINI
untuk entri berkenaan. Sebenarnya saya boleh jer menyediakan nasi minyak
atau nasi tomato kerana semua gandingan lauk sudah serasi seperti gulai
kambing di SINI, ayam masak merah dan acar timun masak. Tapi memikirkan
hidangan petang, pasti nasi tidak berapa sesuai. Jadi kami sediakan roti jala,
nasi impit dan lemang sebagai ganti nasi.

Jom kita tengok resepi di bawah ini. Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya,
bolehlah cuba memasaknya sendiri. Pasti terpikat dengan sambalnya yang
pekat melekat giteww...

Anda mungkin juga menyukai