Anda di halaman 1dari 2

WAJ 3114 (tugasan 2)

NAMA : A,LAWIAH BINTI ISMAIL


OPSYEN : PRA A / SEM 6 PPG AMBILAN JUN 2011
PERANAN GURU DALAM MEMBINA SEKOLAH PENYAYANG
Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem
pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam
Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang
adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah
Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani,
intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang
dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah
penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan
tingkah laku.
Peranan guru :

Mewujudkan Persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan kondusif. Selaras dengan
konsep Sekolah Selamat dan Sekolah Penyayang yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Happy School Campus bermatlamat untuk
menarik minat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan gejala
ponteng sekolah. Selain itu, persekitaran sekolah yang kondusif juga dapat membantu

murid mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar


Mewujudkan kemesraan dan kasih sayang antara murid, guru dan staf sekolah. Program
bermatlamat mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara guru
,staf dan murid. Contohnya ativiti anak angkat, hari keluarga, majlis ramah mesra dan

lain-lain lagi.
Mewujudkan Persekitaran sekolah yang cantik dan indah.Indahnya sekolahku
bermatlamat untuk menarik minat murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengurangkan
gejala ponteng sekolah. Selain itu, konsep ini dapat menyemai kesedaran dan rasa

tanggungjawab murid menjaga dan mengekalkan keindahan persekitaran


sekolah. Ekosistem sekolah yang aman dan sejahtera menyokong perkembangan sahsiah

murid.
Memahami, mendampingi dan cuba mengubah tingkahlaku murid yang bermasalah.
Mengubah tingkahlaku murid bermasalah . Antara peranana yang boleh diberikan oleh
guru ialah memberi perhatian dan kasih sayang kepada murid, menimbulkan kesedaran
di kalangan murid bahawa mereka sangat disayangi dan dihargai. mendampingi dan
mengenalpasti masalah murid, menyenyedarkan bahawa masih ada orang yang
mengambi berat,menyayangi dan membimbing mereka.
Sekolah Penyayang adalah institusi yang indah dan murni. Keindahan dan kemurniannya

memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga,wang ringgit dan keringat warga pendidik,
murid, ibu bapa dan komuniti setempat. Oleh itu, setiap guru haruslah memainkan peranan yang
penting dan bersama-sama membina murid yang cemerlang akademik dan seimbang
perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,(JERIS) serta mempunyai
disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya
mempunyai semangat kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan dalam masyarakat
dan membangunakan negara, selatas dengan Falsafah Pendidikan Negara.