Anda di halaman 1dari 3

KBAT : ARAS MENILAI

CONTOH PENULISAN RPH DALAM BUKU REKOD MENGAJAR GURU

HARI
TARIKH
MATA PELAJARAN

Jumaat
27 September 2013
SEJARAH

TINGKATAN
MASA
TEMPOH P&P

5C
9.30 10.10
40 Minit (1 Waktu)

TAJUK
SUB TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN

Bab 1 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara


Faktor-faktor imperialisme di Asia Tenggara
Pada akhir pembelajaran murid boleh:
1. Menyatakan maksud imperialisme
2. Menyenaraikan 3 faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara .
3. Merumuskan faktor perkembangan pengangkutan dan perhubungan membawa kepada berlakunya
imperialisme di Asia Tenggara

KONSEP / ISTILAH

Imperialisme

AKTIVITI /LANGKAH

1. Guru menunjukkan gambar kapal wap


2. Guru menyoal murid, apakah nama sistem pengangkutan yang terdapat dalam gambar.
3. Guru terus menyoal murid adakah anda bersetuju perkembangan sistem pengangkutan merupakan faktor
penting imperialisme Barat di Asia Tenggara.
4. Guru meminta murid membuat rumusan sejauh manakah faktor perkembangan sistem pengangkutan dan
perhubungan membawa kepada imperialisme Barat ke Asia Tenggara.

BBM

Buku Teks , Peta i-THINK ( peta bulatan )

REFLEKSI

25 orang daripada 30 orang murid yang hadir dapat menyatakan maksud dan 3 faktor imperialisme Barat di
Asia Tenggara. 5 orang murid diminta untuk mengisi lembaran kerja yang disediakan oleh guru.

Soalan aras menilai :


1. Adakah anda bersetuju perkembangan sistem pengangkutan merupakan faktor penting imperialisme Barat di Asia
Tenggara?
Jawapan: Ya/tidak
2. Sejauhmanakah faktor sistem pengangkutan dan perhubungan membawa kepada imperialisme Barat ke Asia
Tenggara?
Jawapan : - - Dapat membawa muatan yang banyak
- Mempercepatkan perjalanan dari Barat ke Timur
- Memendekkan jarak perjalanan
- Perjalanan lebih selamat
- Menjimatkan kos

Anda mungkin juga menyukai