Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Oleh
BAYREI BIN ASRINNORHASLIZAWATI ABDULLAHNURUSHIDA AZWIN BT
SHAHARUDDINROHAYA BTE KAMISROSEIDAYU BTE ELIASFAKULTI SAINS KOGNITIF
DAN PEMBANGUNAN MANUSIAUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
6 OKTOBER 2008
1.0

PENGENALAN
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia
merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu
selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit
cintakanilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah
perlumempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah
yangmerangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi
pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang
berkaitandengan pendidikan prasekolah. Pengetahuan ini dapat membantu guru
dalammenjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Kanak-kanak prasekolah mempunyai pelbagai latar belakang, karenah serta tabiat
yangtelah dibiasakan semasa di rumah. Oleh itu, guru harulah pandai dan kreatif
dalammengurus tingkah laku kanak-kanak ini apabila berada dalam bilik darjah.1.1

Definisi PengurusanKata kerja mengurus


(management
) berasal dari bahasa Itali
maneggiare
iaitu menangani dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin
manus (tangan).
Perkataan bahasa Perancis
mesnagement
telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud

2 perkataan Bahasa Inggeris


management
pada abad-abad ke 17 dan 18.Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia,
pengurusan terdiridaripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang
terdiridaripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskandan
mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatumatlamat. Ia seringya
merangkumi sumber sumber manusia, kewangan,teknologi serta juga sumber
semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan
orang yang menjalankan fungsi pengurusan
.James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa
pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin danmengawal
daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber- sumber lain dalam
organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan
Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan
pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atauorganisasi berhubung
dengan segala kaedah-kaedah, peraturan- peraturannya, juga tanggungjawab dan
tugas-tugas kakitangannya itu(Mohammad Fauzi, 2008).Secara umumnya
pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja
yang terancang melalui dan dilaksanakansecara bersistematik, teratur dan
mempunyai garis panduan tertentu.1.2

Definisi Tingkah Laku BermasalahTingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada


sebarang tingkah lakusama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya terbahagi kepada
tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

3
2.0

TINGKAH LAKU
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah lakunegatif.
Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar,

proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagikepada tiga
iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dab sikap bergantung.2.1

Tingkah Laku Positif Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak
merupakantingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana
denganadanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingintahu
kanak-kanak akan membantu guru dlam meransang pemikiran kanak-kanak dan
penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikapingin tahu kanak-kanak
ini, guru dapat membina aktiviti yang lebihmelibatkan penerokaan kerana pada
tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.Kanak-kanak yang cepat
belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak
perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru
Cuma perlu fikirkanaktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza
dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanakkanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah
dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat
kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar
mereka tidak mudah bosan.