Anda di halaman 1dari 67

3.

3.1
Wahyu sebagai sumber sains dan teknologi
Fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Sunnah

Disediakan oleh:

Hj Fadzlullah Hj Shuib
Pensyarah CTU 211
muhasibisuyuti@gmail.com
Centre of Islamic Thought and Understanding
University Teknologi MARA Negeri Sembilan

03/31/15

Kedudukan Wahyu sebagai Sumber


Utama Sains dan Teknologi
Dalam peradaban Islam,sains dan teknologi
adalah
berjalinan
erat
dengan
wahyu,disebabkan
dalam
peradaban
sebegini,prinsipnya yang kukuh dan hidup
menyerlahkan
realitinya
dimana
sahaja,samada
dalam
kehidupan
kemasyarakatan ataupun dalam kosmos di
mana peradaban itu berkembang dan
bangkit
Perhubungan di antara wahyu dengan
manusia
sebagai
penerimanya
adalah

03/31/15

PERISTILAHAN WAHYU
Menurut

Profesor Subhi Salleh di dalam


karyanya
Ulum
al-Quran,wahyu
merupakan perutusan daripada Allah
SWT
kepada para rasulNya dan yang
berupa
perintah
Allah
SWT
yang
terkandung didalam kitab suci yang
diturunkan melalui malaikat Jibril a.s.
kepada Rasulullah SAW khasnya dan
rasul-rasul a.s. yang terdahulu.

03/31/15

DEKLARASI ISLAM TTG


Speranan
&T
sains dan teknologi
dalam rangka usaha mengenal
Allah atau marifatuLlah,
peranan sains dan teknologi
dalam
rangka
usaha
memertabat dan memperkasa
masyarakat Islam.
03/31/15

Kitab suci al-Quran,sebagai wahyu Islam yang

utama telah membentangkan 750 ayat yang


memfokuskan mengenai fenomena tabii yang
merangkumi manusia dan alam.Sehubungan
ini Profesor S.M.Naquib al-Attas didalam
tulisannya yang termuat dalam majalah
Reading in Islam telah menekankan bahawa
ayat-ayat al-Quran yang
membahaskan
fenomena tabii telah memaparkan hakikat
ajaran
Islam
yang
menggabungjalinkan
kesepaduan ilmu pengetahuan Islam yang
meliputi pelbagai bidang.

03/31/15

8 kategori ayat2 al-Quran


i.Ayat2 tentang pelbagai objek fenomena tabii
dan penelitian tentangnya
ii.Ayat2 tentang keunikan dan keistimewaan
ciptaan Ilahi
iii.Ayat2 mengenai teori kewujudan fenomena
tabii
iv.Ayat2
mengenai
faedah
dan
hikmah
menyelidiki fenomena tabii
v.
Ayat2
mengenai
penegasan
Ilahi
mengenai beberapa fenomena tabii yang
khusus

03/31/15

vi.Ayat2 mengenai fenomena tabii dan


konsep kebangkitan semula
vii.Ayat2 mengenai rahsia susunatur alam
tabii yang unggul,dan
viii.Ayat2 mengenai hubungan intim di
antara manusia dan fenomena tabii.
(Sumber Afzalur Rahman,The Quranic
Index)

03/31/15

# Tauhid
atau
The
Divine
Unity
menunjangi
gagasan
sains
dan
teknologi Islam.Profesor al-Attas di
dalam
The
Positive
Aspects
of
Tasawwuf,Preliminary Thoughts on an
Islamic
Philosophy
and
Science
menyimpulkan bahawa dimensi luaran
tasawwur Islam berpaksikan konsep
tauhid atau keesaan Tuhan.
# Dimensi dalaman yang dikenali sebagai
metafizik
membentangkan
gagasan
kesatuan segala yang wujud atau
Wahdatul Wujud.
03/31/15

Profesor Hamid Algar didalam

tulisannya The Thought of Ali


Syariati merumuskan bahawa
seluruh dimensi kebendaan
dan kerohanian mesti berada
dalam
kesatuan
dalam
persepsi
seorang
Muslim.Malah alam dunia dan
alam akhirat mesti dilihat
sebagai satu kesatuan.
03/31/15

al-Biruni dlm Tahdid Nihayah al-Amakin


& Kitab al-Jamahir

Pengetahuan tentang Alam Tabii

dan fenomenanya adalah ciptaan


Ilahi
Siapakah

yang
menyusunatur
fenomena tabii yang hebat ini ?
Selanjutnya turut menginsafi sifatsifat keagunganNya.

03/31/15

10

Ibn Abi `Usaybi`ah dalam Tabaqat al-`Atibba`


memetik catatan Ibn Haytham (965-1039 M)
ttg Tauhid
Saya akan meneliti mengapakah kita telah

dianugerahkan kebenaran dan pertunjuk


sehingga kita mendekati Allah SWT.
Apakah
faktor yang menyebabkan kita
mentaatiNya dan mencintaiNya ?
* Kebenaran hanya
akan dicapai melalui
formula2, teori2 dan kefahaman2 yang
menjadi landasan utama kekuatan intelektual.
3 disiplin sains yang menghasilkan falsafah
kebenaran,iaitu matematik,fizik dan teologi
(agama).
03/31/15

11

Kedudukan Al-Quran
Kitab

suci
al-Quran
merupakan
petunjuk,penjelasan,peringatan,penyed
aran dan rahmat.Lebih jauh daripada
itu al-Quran menjadi penilai atau
pengukur kepada semua perkara
al-Quran dinamakan sebagai al-Furqan
lantaran di dalamnya terdapat kreiteria
yang membezakan di antara kebenaran
dengan
kebatilan
atau
di
antara
kebaikan dari keburukan
03/31/15

12

Firman Allah SWT:

Maksudnya:"Maha Suci Allah yang

telah menurunkan al-Furqan (alQuran) kepada hambaNya, agar ia


menjadi peringatan kepada seluruh
alam."
( Surah al-Furqan ayat 1 )

03/31/15

13

Al-Quran

tidak
menghalang
manusia
berfikir
dan
berfalsafah.Malah
al-Quran
menganjurkan kegiatan berteori
dan berfalsafah serta membuat
penyelidikan
tentang
hakikat
sesuatu.,memerhati dan melihat
alam
untuk
mengenali
Penciptanya

03/31/15

14

Dalam

disiplin
keilmuan
Islam
pengkajian
ini
dinamakan
sains
kosmologi.Sains
ini
berkait
rapat
dengan wahyu, lantaran prinsipnya
yang teguh dan hidup, atau pun idea
utamanya
mencetuskan
realitinya
dimana
sahaja,
samada
dalam
kehidupan sosial atau pun dalam
kosmos di mana tamadun itu hidup
dan bernafas.

03/31/15

15

Dalam peradaban tradisional pengkajian


alam tabii mungkin dilaksanakan dengan
tujuan
diamalkan
dalam
penghidupan
masyarakatnya seperti yang dapat dilihat
dalam teknologi abad pertengahan dan
teknologi
zaman
sebelumnya.Dalam
masyarakat tersebut aspek alam tabii dikaji
dengan tujuan mencari nilai kegunaannya
yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat
dalam keperluandan kegunaan seharian.

03/31/15

16

Kajian tentangnya dibuat dengan


tujuan menjalinkan kewujudan kosmik
ke dalam sistem rasional yang mampu
menyerap
kewujudan
kosmik
tadi,seperti yang terdapat dalam sistem
falsafah masysyai ( Peripatetics ) atau
ke dalam sistem matematik seperti
yang dilakukan oleh Archimedes.
03/31/15

17

3.iii Peranan dan Sumbangan Sains dan


Teknologi dalam Pembangunan Ummah
Al-Quran

& al-Sunnah mengemukakan


gagasan pembinaan masyarakat tauhid
yang
berdaulat
dan
merdeka.Untuk
merealisasikan masyarakat sedemikian
memerlukan persiapan yang mantap
dalam pelbagai aspek meliputi persiapan
kerohanian,fizikal,persaudaraan Islam dan
ilmu pengetahuan.

03/31/15

18

Antara

kelengkapan terpenting untuk


mendaulatkan
Islam
ialah
kekuatan
ketenteraan yang bukan sekadar memiliki
kepakaran tenaga manusia tetapi juga
memerlukan
kombinasi
peralatan
ketenteraan yang canggih bersandarkan
penguasaan sains dan teknologi.Kesemua
kekuatan ini mampu disediakan oleh
kerajaan Islam yang berdaulat dan
bertanggungjawab kepada Islam dan
ummah.

03/31/15

19

al-Quran

melalui
surah
al-Hadid,57:25
mengarahkan
umat
Islam
memanfaatkan
kekuatan besi yang menjadi asas kepada segala
kekuatan
material
untuk
menegakkan
kedaulatan negara dan masyarakat Islam.Dalam
konteks untuk menegakkan kemerdekaan dan
kedaulatan ummat Islam daripada bergantung
kepada pihak lain,mereka perlu mengembangkan
polisi-polisi
Islam
untuk
memperkukuhkan
pengusaan dalam lapangan sains dan teknologi.

03/31/15

20




Maksudnya:Demi
sesungguhnya
Kami
telah
mengutuskan rasul2 Kami dengan membawa bukti2 dan
mukjizat yang jelas nyata,dan Kami telah menurunkan
bersama2 mereka kitab suci dan keterangan yang
menjadi neraca keadilan,supaya manusia dapat
menjalankan keadilan.Dan Kami telah menciptakan besi
dengan keadaannya yang mengandungi kekuatan yang
handal serta pelbagai faedah lagi bagi manusia.
(Dijadikan besi dengan keadaan yang

03/31/15

21

demikian,supaya
manusia
dapat
mempergunakan faedah2 itu dalam kehidupan
mereka) dan supaya ternyata pengetahuan
Allah tentang orang yang (mempergunakan
kekuatan handalnya itu dalam menegakkan
dan)mempertahankan agama Allah serta
menolong rasul2Nya,padahal balasan baiknya
tidak kelihatan (kepadanya);Sesungguhnya
Allah Maha Kuat Lagi Maha Berkuasa.
(surah al-Hadid,57:25)

03/31/15

22

Sebaliknya,ummat

Islam
masih
jauh
terkebelakang
dalam
penguasaan
ilmu
pengetahuan khususnya dalam aspek sains dan
teknologi.Fenomena ini telah dinyatakan oleh
Ibnu Ikhwah seorang ulama` aliran Syafiiyyah
abad ke 7 Hijrah yang menyatakan:
mempelajari ilmu perubatan merupakan
kefardhuan
masyarakat
secara
keseluruhannya,akan tetapi pada zaman
kita ini kaum Muslimin tidak mengambil
berat tentang sains perubatan.

03/31/15

23

Kami hanya menemui ahli perubatan dan ahli

kimia daripada kaum Yahudi dan Nasrani di


dalam tanahair Islam.Mereka bergiat dalam
sains perubatan tanpa menimbulkan masalah
yang membabaitkan agama.Pada zaman ini
saya tidak pernah melihat pembelajaran sains
perubatan ini secara meluas.Sebaliknya saya
dapati
ramai
di
kalangan
umat
Islam
menceburkan diri dalam lapangan pengajian
feqah dan akhlak serta amat gemar berdebat
tentang masalah yang remeh temeh dan
memperbesarkan isu-isu tersebut.

03/31/15

24

Justeru itu bandar2 dipenuhi oleh para


fuqaha` yang sibuk mengeluarkan fatwa
masing2 tentang pelbagai isu.Saya tidak
faham
kenapa
fenomena
ini boleh
terjadi,walhal
menurut
ajaran
Islam
bahawa
pada
sesuatu
masa,apabila
sesuatu lapangan yang diperlukan oleh
orang ramai diabaikan maka sewajarnya
ada golongan tertentu atau individu
tertentu berusaha memenuhi kewajipan
dan
peranan
tersebut.(Ibn
Ikhwah,1976,Kitab Maalim al-Qurbah fi
`Ahkam al-Hisbah,al-Qaherah,halaman 254).

03/31/15

25

Menurut Imam al-Ghazali didalam adikaryanya Ihya`

Ulum al-Din,apa yang disuarakan oleh Ibn Ikhwah


itu berkaitan dengan keperluan dan tanggungjawab
umat Islam untuk menguasai sains dan teknologi yang
merupakan ilmu fardhu kifayah.Situasi yang dihadapi
oleh Ibn Ikhwah pada abad ke 7 H itu masih tidak jauh
berbeza dengan senario umat Islam abad ke 15 H yang
masih dijajah dan dikuasai dalam pelbagai lapangan
kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu fardhu
kifayah.Kondisi ini adalah diakibatkan umat Islam tidak
mengambil manfaat dan kesempatan daripada
pelbagai anugerah Allah yang ada di sekeliling mereka
daripada pelbagai sumber.

03/31/15

26

Sehubungan

ini

pujangga

Islam

Iqbal

menyatakan :
Muslim semalam telah berbangga dengan
penguasaan ilmunya,akan tetapi pada hari ini
kaum Muslimin telah terhina lebih daripada
orang lain.
Al-Quran telah membuat seruan dalam Surah
al-Anfal,8:60 supaya kaum Muslimin bergerak
dan bangkit mempersiapkan diri dalam rangka
menegakkan masyarakat yang berdaulat dan
digeruni oleh musuh-musuhnya.

03/31/15

27

Mereka perlu ingat bahawa umat Islam pada


hari ini mendiami lebih daripada 50 negara
umat
Islam,malah
sebahagian
mereka
mendiami negara-negara lain di Timur dan
Barat dunia.Umat Islam merupakan 1/5
daripada penduduk bumi dan mendiami 1/5
daripada
wilayah
yang
didiami
manusia.Negara-negara
umat
Islam
menghasilkan 50% daripada tenaga petroleum
dunia dan kaya dengan bahan-bahan mentah
yang lain.Tetapi malangnya mereka masih
mengimpot bahan makanan serta masih
menjadi pengguna kepada pelbagai produk
sains dan teknologi masyarakat bukan Islam.
03/31/15

28

Maksudnya:Dan sediakanlah untuk menentang mereka


(musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang
dapat kamu sediakan dan dari pasukan2 berkuda yang
lengkap
bersedia,untuk
menggerunkan
dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta
musuh2 yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya,sedangkan Allah mengetahuinya.Dan
apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah
akan disempurnakan balasannya kepada kamu,dan
kamu tidak akan dianiaya.Surah al-Anfal ayat 60.

03/31/15

29

Rumusan
1. Keimanan menjadi teras atau paksi utama

kepada
ilmu pengetahuan.Kedua-duanya
berjalan seiringan.Justeru itu orang-orang
yang
beriman
perlu
menguasai
ilmu
pengetahuan baik ilmu fardhu ain,mahupun
ilmu fardhu kifayah.Seandainya mereka
menguasai pelbagai
lapangan ilmu
pengetahuan,mereka
berupaya
menegakkan
kebenaran,keadilan
dan
keamanan
kepada seluruh manusia.
03/31/15

30

2.

Islam menggesa kaum Muslimin menguasai


sains
dan teknologi dalam rangka untuk
mencapai
kemerdekaan dan kedaulatan negara
Islam.Sungguhpun demikian sains dan teknologi
perlu disaring dan dibersihkan daripada unsurunsur yang bercanggah dengan Islam seperti
sekularisme,humanisme,positivisme
dan
seumpamanya.Apabila sains dan teknologi tidak
berlandaskan kerangka wahyu Islam,ia boleh
mencetuskan krisis akhlak,kemanusiaan dan
kemusnahan sebagaimana yang telah dialami oleh
pihak Barat.

03/31/15

31

Analisis Fakta-fakta Saintifik di dalam al-

Quran dan al-Sunnah


Fenomena alam tabii
a Penciptaan alam
b Tempoh
penciptaan
alam
3.2
Fakta-fakta
Saintifik
dalam al-Quran
c Penciptaan
langit
dan al-Sunnah
d Penciprtaan matahari
e Penciptaan bumi
f
Penciptaan bulan
g Satu sistem alam
ii Kejadian manusia
03/31/15

32

Al-Quran
menganjurkan
penelitian
saintifik.Kitab suci ini mengemukakan suatu
dimensi baru kepada manusia sejak 14 abad
yang lalu untuk mengkaji fenomena tabii serta
membimbing mereka membongkar rahsia alam
metafizika.Bagi pendokong kosmologi,al-Quran
bagi mereka merupakan ensaiklopedia tentang
manusia.Manakala bagi teologis kitab suci itu
adalah
khazanah
yang
kaya
tentang
ketuhanan.Demikian juga bagi failasuf,al-Quran
dalah
segala-galanya
tentang
persoalan
kewujudan dan pemecahan masalahnya.AlQuran telah membentangkan fenomena tabii
seraya
membimbing
manusia
menuju
marifatuLlah ( mengenali Allah ).Bagi kitab ini
03/31/15
33
fenomenma tabii adalah bukti2 kewujudan dan

Pada hakikatnya,penciptaan alam tabii seperti langit

dan bumi merupakan suatu susunan ilmu pengetahuan


yang kompleks serta misteri yang sukar dijangkau oleh
akal manusia melainkan dengan hidayah serta tawfiq
Allah yang memudahkan mereka memahami dan
menghayatinya.Sehubungan ini pemerhatian ke atas
fenomena tabii akan mengheret manusia untuk
mengenali rahsia keagungan Pentadbir,Pengatur dan
Penguasa yang sebenar alam iniKegiatan tersebut juga
merupakan ibadah yang amat tinggi nilainya dari
perspektif Islam.Perhatikan firman Allah SWT dalam
ayat-ayat berikut yang bermaksud :

03/31/15

34



Maksudnya:Maka

apakah mereka
tidak memerhatikan unta bagaimana
ia diciptakan.Dan langit bagaimana ia
ditinggikan.Dan
gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan.Dan bumi
bagaimana ia dihamparkan.(Surah
al-Ghasyiyah (88):17-20)

03/31/15

35

Maksudnya:Dan di bumi itu terdapat tanda-

tanda ( kekuasaan Allah ) bagi orang-orang


yang yakin dan juga pada dirimu sendiri, dan
apakah kamu tiada memperhatikan ? Dan
hnya di langit terdapat ( sebab-sebab )
rezekimu dan terdapat pula apa yang
dijanjikan kepadamu.Maka demi Tuhan langit
dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu
adalah benar-benar ( akan terjadi ) seperti
perkataan yang kamu ucapkan. ( Surah alZariyat ( 51 ) : 20-23 )
03/31/15

36

Penelitian tentang hakikat insan sebagai

makhluk,hamba dan khalifah Allah amat


sarat
perbahasannya
di
dalam
alQuran.Ianya
merupakan
sebahagian
daripada pengkajian fenomena tabii.Falsafah
yang tersirat daripada perbahasan ini ialah
dalam rangka menghampirkan diri kepada
Allah.Pada hakikatnya ayat-ayat al-Quran
merupakan pendokumentasian segenap ayat
alam jagatraya atau ayat kauniyyah.

03/31/15

37

vii FENOMENA TABII


Alam tabii ialah alam yang dicipta oleh Allah

dengan kaedah tertentu.Kesemua alam tabii


ciptaanNya itu tunduk dan akur kepada hukum
dan
ketentuan
Allah,yang
disebut
sunnatuLlah. Pengertian alam tabii dalam
tradisi sains Islam berasaskan istilah al-tabi'ah
yang seerti dengan istilah physis dalam
bahasa Yunani atau istilah natura atau nature
dalam bahasa Latin dan Inggeris.Walaupun
istilah tabi'ah tidak ditemui di dalam al-Quran
tetapi istilah tab' sering digunakan oleh alQuran yang membawa erti khalq atau ciptaan.
03/31/15

38

Konsep alam tabii menurut Abu Rayhan al-Biruni adalah

sebagai prinsip kegiatan iaitu prinsip yang membawa


perubahan dalam kosmos.Beliau menyatakan tidak
dapat diragukan lagi bahawa kuasa kreatif alam tabii
( kurniaan dan perencanaan Allah SWT )
terdapat dalam kesemua kerja yang digerakkannya dan
dalam kesemua perihalan yang dipertanggungjawabkan
kepadanya ,tanpa membazirkan sebarang benda yang
ditemuinya ; dan sekiranya terdapat terlalu banyak
benda,maka kuasa kreatif alam tabii melipatgandakan
kerja penciptaannya.

03/31/15

39

Ibn Sina pula lebih menekankan tujuan mengapa alam

tabii diciptakan.Beliau menyatakan bahawa alam


semesta memaparkan tanda2 sebuah rencana yang
bertujuan membawa manusia kepada Yang Maha
Sempurna dan dalam ketertiban kewujudan fenomena
tabii yang hakiki ia adalah selaras dengan ilmu azali
Yang Maha Abadi.Alam tabii menggerakkan semua
benda menurut tujuan dan matlamat tabii.Matlamat itu
sentiasa menuju ke arah kebaikan dan kesempurnaan
dan ini dicapai andainya tidak ada halangan yang
mengganggu.Malah apa yang dilihat pada zahirnya
sebagai sesuatu yang buruk,contohnya,layunya bunga,
adalah untuk tujuan akhir yang lebih baik.

03/31/15

40

Semua

benda
bergerak
ke
arah
kebaikan,samada
unsur,tumbuhtumbuhan,haiwan,ataupun tubuh manusia.Di
dalam badan manusia,umpamanya wujud
penyakit yang berpunca daripada lebihan
sesuatu kuasa, diimbangi semula oleh alam
tabii, yang bertujuan untuk mewujudkan
semula
keseimbangan
dan
peraturan.
Andainya terdapat keburukan atau kejelikan di
dalam
fenomena
tabii
daripada
sudut
pandangan manusia, maka ia bukanlah akibat

03/31/15

41

yang diingini oleh alam tabii yang tindakannya

semata-mata ke arah kebaikan,tetapi adalah


sebab jirim dan sekatan yang didatangi kepada
tindakan alam tabii ke atasnya.Sejauhmana alam
tabii bertindak ke atas jirim maka ia akan
menyempurnakan tindakannya,tetapi disebabkan
adanya kemungkinan dan kebarangkalian yang
seiring dengan jirim,maka alam tabii tidak dapat
bertindak sempurna ke atas kesemuanya.Misalnya
kematian yang dianggap tidak baik berfungsi
untuk membebaskan jiwa ke atas keasalannya.

03/31/15

42

Alam

tabii
juga
mempunyai
tujuan
menyempurnakan
tertib
atur
kejadian,keseimbangan dan keharmonian yang
menguasai alam semesta.Alam tabii yang
merupakan
manefestasi
Tuhan
dalam
kewujudan materialnya mempastikan bendabenda ini wujud berterusan.Ia mengawasi
fungsi benda-benda ini agar setiap ketertiban
yang sudah terhasil terpelihara dan segalagalanya menuju ke arah ketertiban.Contohnya
spesis haiwan terpelihara melalui pembiakan.

03/31/15

43

Selanjutnya

pembiakan terjamin dengan


adanya hubungan kelamin atau kegiatan
berpasang-pasangan dan perkelaminan pula
terjamin menerusi hubungan intim.Jelas sekali
bahawa fenomena tabii ini nyata dapat
disahkan melalui pengalaman.Sesungguhnya
berdasarkan ilmuNya yang serba mencakupi
Tuhan telah menyediakan segala keperluan
bagi sekalian makhluk dan menganugerahkan
kepada mereka segala yang berguna bagi
hayat mereka sendiri.

03/31/15

44

Pengkajian ke atas alam tabii, yang didalamnya

tujuan dan hikmah Ilahi terpancar, akan


akhirnya membawa kitya kepada ilmu bagi
sumber segala kewujudan.Sejauhmana semua
makhluk bergantung wujud kepada Pencipta
Yang Maha Wujud,maka sejauh itulah semua
ilmu alam tabii mengandung tujuan dan
maksud bagi memahami zat semua benda
dalam hubungannya dengan keasalanPunca
Ilahi.Semua zat yang wujud ini adalah diadakah
oleh Zat Yang Wajib Wujudnya.

03/31/15

45

Sebenarnya apa yang dapat dijangkau melalui


penelitian sains dan garapan logik daripadanya
tidaklah membawa kepada pembongkaran
rahsia metafizika sesuatu itu,tetapi hanyalah
sekadar mengenai aspek tertentu daripada
manefestasi zahir benda itu atau akan hubungan
fenomena yang zahir ini dengan aspek
dalamannya atau noumena yang menjadi zat
dan pusat yang menghubungkan fenomena
dengan Tuhan Yang Wajib Wujud itu.

03/31/15

46

Pengkajian

terhadap alam tabii tidaklah sahaja


penelitian ke atas fenomena dengan mencari
perhubungan rapuh melalui minda dan sekadar
menjelaskan tentang fenomena itu sahaja.Tetapi
pengkajian
fenomena
sewajarnya
di
dalam
perhubungannya dengan noumena iaitu pengkajian
sesuatu yang juz`i ( sebahagian ) dan membawanya
kepada
yang
kulli
(
menyeluruh
)
atau
universal.Dengan itu sains alam tabii atau kosmologi
selalu diikuti dengan satu macam misteri yang
terdapat di sebalik lapisan metafizikal dan logikal.

03/31/15

47

Sains

Moden
telah
menyempitkan
serta
membataskan kaedah pengkajian alam tabii.Dalam
sains Islam kaedah pengkajian alam tabii
mempunyai pelbagai pendekatan.Misalnya kaedah
pengkajian
melalui
pemerhatian
dan
percubaan,pemikiran dan renungan,dan juga kitab
suci dan sumber-sumber tradisi adalah merupakan
jalan
ke
arah
ilmu
memahami
alam
semesta.Jawapan yang diterima daripada alam tabii
bergantung kepada persoalan yang dikemukakan
terhadapnya dan bagaimana soalan itu disoal.

03/31/15

48

Fakta

yang ditemui melalui pemerhatian dan


percubaan hanya mendapat makna di dalam rangka
kerja keseluruhan.Inilah yang disebut oleh para
saintis
Muslim
sebagai
pandangan
hidup
Islam.Seorang failasuf dan saintis Muslim seperti alBiruni tidak hanya terbabit dalam bidang-bidang
yang terbatas.Lebih jauh daripada itu beliau adalah
seorang
astronomis,geologis,ahli
geografi,sosiologis,ahli
fizik
dan
juga
jurutera.Kepelbagaian kemahiran dan kebolehannya
itu menjadikan beliau seorang tokoh sains
pemerhatian bagi berbagai bentuk alam tabii.

03/31/15

49

viii

Penciptaan Alam

Antara

pemerihalan
al-Quran
tentang
penciptaan alam adalah mengenai kejadian
langit dan bumi yang pada asalnya bersatu
atau berpadu tetapi kemudiannya keduaduanya dipisahkan oleh Allah SWT.Proses ini
disebut sebagai teori ledakan besar menurut
kajian sains Moden.Al-Quran menegaskan :

03/31/15

50

Maksudnya:Dan apakah orang-orang kafir

tidaka mengetahui bahasanya langit dan bumi


itu keduanya dahulu adalah suatu yang
padu,kemudian Kami pisahkan antara keduaduanya.Dan daripada air Kami jadikan sesuatu
yang hidup.Maka mengapakah mereka tiada
juga beriman ?
( S.Al-Anbiya` ,21 : 30 )

03/31/15

51

Al-Quran juga menyatakan bahawa penciptaan alam ini

berlangsung selama enam masa sebagaimana yang


dijelaskan di dalam Surah al-Furqan ,25 : 59 dan Surah
Fusilat,41 : 9 12.Demikian juga Allah SWT menciptakan
langit dan meninggikannya serta menjadikannya
daripada unsur-unsur asap atau dukhan.Juzuk-juzuk
yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya
kuat dan kukuh.Kemudiannya langit itu diciptakan
berlapis-lapis.Daripada unsur dukhan itu juga tercipta
bintang-bintang dan planet.Perihal ini diterangkan oleh
al-Quran di dalam Surah Fussilat,41 : 11.

03/31/15

52

Penciptaan matahari
Penciptaan matahari juga menjadi fokus dalam

kajian astronomi Islam.Matahari merupakan salah


satu bintang yang terletak dalam galaksi Bima Sakti
( Milky Way ).Ia juga merupakan pusat sistem
suria.Al-Quran menggambarkan beberapa sifat
matahari seperti bergerak dan bersifat panas.Di
dalam Surah Yaasin,36 : 38 Allah SWT menegaskan :

Maksudnya:Dan
matahari
berlari
di
tempat
peredarannya.Demikianlah ketetapan Yang Maha
Perkasa Lagi Maha Mengetahui.

03/31/15

53

Sehubungan ini,matahari beredar mengelilingi pusat

galaksi Milky Way dengan kelajuan 768,000 km/jam


dengan mengambil masa 250 juta tahun untuk
membuat satu pusingan.Para saintis membahagikan
matahari kepada tiga bahagian.Pertama bahagian
pusat atau core-interior yang memiliki suhu setinggi
29,000,000F, lapisan luar ( surface-photospere )
9300 F dan atmosphere yang terdiri daripada
chromosphere yang mempunyai suhu 1,800,000
F.Al-Quran juga menggambarkan matahari sebagai
planet yang mengeluarkan sinaran cahaya dengan
menyatakan :

03/31/15

54


Maksudnya:Dialah yang menjadikan matahari

bersinar ( dhiya` ) dan bulan yang bercahaya


( nur ).( Surah Yunus,10 : 5

03/31/15

55

PENCIPTAAN BUMI
Bumi juga merupakan salah satu planet atau

jisim yang bergerak dalam sistem suria.Bumi


beredar di dalam orbitnya ( falaknya )
mengelilingi induknya.Sehubungan ini alQuran menyatakan :

Maksudnya:Dan

kamu
melihat
gunungganang itu,kamu sangka ia tetap di
tempatnya,pada hal ia berjalan sebagai
jalannya awan ( Surah al-Naml,27 : 88 )

03/31/15

56

Pergerakan

gunung-ganang dalam ayat


tersebut mengisyaratkan tentang pergerakan
bumi.Awan bergerak kerana ditiup angina
sebagaimana yang dijelaskan di dalam Surah
Fathir,35 : 9 ,bukan dengan gerakannya
sendiri.Begitu juga dengan gunung-ganag
tidak bergerak dengan sendirinya melainkan
dengan wujudnya pergerakan bumi.

03/31/15

57

Planet bumi merupakan planet ketiga dalam

kedudukan planet-planet sistem suria.Purata


jaraknya daripada matahari ialah 92,900,000
batu dan cahaya matahari amengambil masa 8
minit untuk sampai ke bumi.Bumi beredar
mengelilingi matahari pada kadar halaju 18.5
batu/saat ( 29.8 km/saat ) atau 66,600 batu/jam
( 107,200 km/jam ) dengan mengambil masa
selama 365 hari 6 jam untuk melengkap satu
edaran sejauh 585 juta batu.Bumi mengelilingi
matahari dalam orbitnya yang bujur.

03/31/15

58

Dalam peredaran bumi mengelilingi matahari itu

,ia kadang-kadang miring ke utara dan kadangkadang miring ke selatan.Justeru itu matahari tidak
berada tetap pada garisan khatulistiwa.Kedudukan
bumi dalam orbit dan kecondongan ke utara dan
ke selatan telah mewujudkan perubahan musim.
Al-Quran menjelaskan tentang kejadian bumi


Maksudnya:Dan bumi sesudah itu dihamparkannya

( Surah an-Nazi'at,79 : 30 )

03/31/15

59


Maksudnya:Dia menciptakan langit dan bumi
dengan ( tujuan ) yang benar.Dia menutupkan
siang atas malam dan menutupkan malam
atas siang dan menundukkan matahari dan
bulan,masing-masing berjalan menurut waktu
yang ditentukan( Surah al-Zumar,39 : 5 )

03/31/15

60

Bumi mengelilingi matahari dan berputar di

atas paksinya.Kecondongan bumi ketika


berputar di atas paksinya ialah 23.5
darjah.Kelajuan putarannya pula ialah 1,040
batu/jam atau 1670 km/jam pada garisan
khatulistiwa dan 0 darjah di kutub. Bumi
berputar di atas paksinya dalam tempoh 24
jam untuk menghabiskan satu putaran.Hasil
daripada putaran inilah mewujudkan siang
dan malam.

03/31/15

61

Penciptaan Bulan
Bulan pula merupakan sebuah setelit bumi

dan objek langit atau ruang angkasa yang


paling hampir dengan bumi.Sehubungan itu
bulan
beredar
mengelilingi
bumi
dan
matahari.Bulan ialah jisim yang gelap dan
sejuk.Ia tidak mempunyai cahayanya sendiri
sebagaimana yang dijelaskan oleh alQuran,Surah Yunus,10 : 5,Surah al-Furqan,25 :
61 dan Surah Nuh,71 : 16.

03/31/15

62

Nur atau cahaya yang diperolehi daripada jisim


gelap bulan tidak mempunyai cahaya daripada
zatnya sendiri.Bulan juga adalah jisim yang kering
dan tidak mempunyai atmosfera.Bulan mengelilingi
bumi daripada arah barat ke timur dalam orbitnya
yang bujur.Bulan mengambil masa selama 27.3 hari
untuk menyempurnakan satu edaran, walau
bagaimanapun tempoh satu bulan penuh ( satu
bulan Qamari ) ialah 29.5 hari.Kepanasan bahagian
yang menghadap matahari di bulan ialah 220 darjah
F atau 105 darjah C dan pada bahagian yang
sebaliknya ialah -240 darjah F atau -151 darjah C.

03/31/15

63

Kesemua

jasad-jasad
langit
seperti
matahari,bumi,bulan dan bintang-bintang tunduk di
bawah satu sistem dengan berada dalam falak
masing-masing.Al-Quran menegaskan :


Maksudnya:Tidaklah
mungkin
bagi
matahari
mendapatkan bulan dan malam pun tidak mendahului
siang, dan masing-masing beredar pada garis
edarnya.( Surah Yasin,36 : 40 )

03/31/15

64

Maksudnya:Allah lah yang meninggikan langit

tanpa
tiang
sebagaimana
yang
kamu
lihat,kemudian Dia bersemayam di atas 'arasy
dan
menundukkan
matahari
dan
bulan.Masing-masing beredar hingga waktu
yang ditentukan( Surah al-Ra'd,13 : 2 )

03/31/15

65

Ayat-ayat tersebut menandakan wujudnya

pengatur dan penentu alam ini iaitu Allah


SWT yang menentukan semua jisim-jisim
ini berada di bawah satu sistem jagatraya
yang ditentukan oleh qudrat dan iradat
Allah SWT jua.

03/31/15

66

03/31/15

67

03/31/15

Anda mungkin juga menyukai