Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian
pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan
penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan
mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat
awal hingga ke akhir.

KANDUNGAN PORTFOLIO
Kandungan portfolio boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau secara kolaborasi oleh kedua-dua
pihak. Kandungan boleh terdiri daripada

bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan dihasilkan oleh pelajar
sendiri - spt. esei, laporan, latihan, lembaran kerja, grafik organiser (cetakan, diskette, CD,
rakaman audio/video dll.)
bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak, penilaian rakan
sebaya,penilaian kendiri atau penilaian guru
bahan-bahan rujukan, refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa sehubungan
tugasan, aktiviti /pengalaman pembelajaran yang dilalui (sama ada dengan menggunakan
grid refleksi atau format bebas) dan lain-lain yang releven.

JENIS PORTFOLIO
Terdapat 3 jenis portfolio :-

1.

Portfolio Kerja Harian (Working Portfolio)


Koleksi bahan bukti pembelajaran dan tugasan harian yang dikumpul dalam satu jangka
waktu (satu semester/satu tahun). Bahan dipilih oleh pelajar.

2.

Portfolio Dokumentari (Documentary Portfolio)


Portfolio jenis ini mempunyai bahan bukti pembelajaran yang dikumpul selaras/releven
dengan objektif/hasil pembelajaran untuk sesuatu tugasan tertentu (task based) . Proses
menghasilkan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas (dari bentuk deraf hingga hasil
akhir). Penilaian portfolio jenis ini adalah secara formatif dan sumatif.

3.

Portfolio Hasil Terbaik (Show Portfolio)

Bahan bukti pembelajaran untuk portfolio jenis ini dipilih dari hasil yang terbaik di dalam portfolio kerja
harian. Penilaian adalah penilaian sumatif. Proses menghasilkan tugasan tidak penting, yang lebih
penting adalah hasil akhir yang terbaik

KEGUNAAN PORTFOLIO
Guru amalkan penilaian holistik.
Pelajar diberi peluang mengawal dan memantau perkembangan diri, menentukan matlamat diri dan
menanam rasa bangga dengan hasil pencapaiannya.
Pelajar berpeluang menilai dan membuat refleksi kendiri.
Guru boleh memantau perkembangan pelajar secara menyeluruh (kognitif, afektif dan psikomotor).
Mempelbagaikan bukti penilaian (rekod pemerhatian, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dll).

Membolehkan pihak yang berminat selain guru untuk memantau perkembangan pelajar dengan
mudah.

PERANCANGAN PORTFOLIO
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.
a. Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
b. Menentukan isi kandungan portfolio.
c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai

CARA MEMBINA PORTFOLIO


Setelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, catatkan dalam ruang aktiviti cara
bagaimana anda akan merancangkan setiap peringkat itu berdasarkan satu pelajaran anda.
Ada 5 peringkat dalam menentukan cara membina portfolio :1. Menentukan tujuan portfolio.
2. Menentukan kandungan portfolio.
3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.

4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian.


5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan pembelajaran pelajar.

PENILAIAN PORTFOLIO ?
Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio

1.Penilaian Awal

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf


pertama perancangan portfolio.

2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut


kriteria dengan skala
Kriteria penilaian:
Contoh:
- Pemikiran dan isi
Sangat Tinggi (5)
- Struktur dan organisasi
Tinggi (4)
- Strategi pengurusan
Sederhana (3)
- Variasi isi yang sesuai
Rendah (2)
Sangat Rendah (1)

- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan


dan kumpulan sasar yang berlainan

3. Senarai ciri-ciri paling penting

Ini akan menentukan markah portfolio

4. Penentuan gred

Mengambil kira markah yang diberi kepada


tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti
nota anekdot dan refleksi pelajar.

Senarai Semak Portfolio - Penilaian Peringkat Perancangan


Ya
1. Adakah perbincangan dibuat untuk
menentukan topik/tajuk dan skop?

2. Adakah objektif pembinaan portfolio jelas


dan tepat?

3. Adakah strateg mengumpul maklumat/data


dipelbagaikan?

4. Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam


kontrak pelaksanaan kerja?

5. Adakah draf langkah-langkah pembinaan


portfolio dibuat?

6. Adakah pendedahan kepada pelbagai


penilaian portfolio mencukupi?

Peringkat Perkembangan/Proses

1. Adakah bimbingan perlu diberi secara


berterusan?

2. Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi


semua aspek penilaian dijalankan?

3. Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan?

4. Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari


lain-lain aktiviti pembelajaran?

Tidak

5. Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti disalin


dalam komputer/disimpan dalam portfolio?

6. Adakah analisis maklumat dibuat dengan


menggunakan segala bahan/bukti terkumpul
mengikut keperluan?

7. Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap


peringkat?

8. Adakah susunan maklumat/data/bukti


pembelajaran disusun secara urutan dan logik?

9. Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke


dalam komputer?

Peringkat Penilaian

1. Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan


untuk penilaian portfolio?

2. Adakah penilaian memberatkan proses?

3. Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan


Peta Pembelajaran Pelajar?

4. Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?

5. Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

Peringkat Refleksi/Penutup

1. Adakah proses dan hasil mengikut objektif?

2. Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa


mengikut kontrak pelaksanaan kerja?

3. Adakah idea baru wujud dari penghasilan


portfolio tersebut?

PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pengenalan
Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses
pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan,
kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan
dipersembahkan secara terancang.
Rakaman Proses Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan
dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak
dapat melihat:

Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar

Contoh hasil kerja pelajar

Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni


Visual berlaku

Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa


penting untuk dikongsi bersama pihak lain

Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja
seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah
dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain
mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea
secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat,
bahan atau teknik tertentu. Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan
memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja
dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi
mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia
menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian
benar dalam proses pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio
Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses
sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru,
bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan
berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang
dicadangkan mengandungi 4 aspek:
I.

Kajian

Pemerhatian dan pengamatan


Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan

Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

2. Lakaran

Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang


konstruktif Pewujudan idea
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

3. Rangka Sebenar

Merangka reka cadang atau model


Menentukan alatan dan bahan

Prototaip (jika berkaitan)

4. Persembahan Portfolio

Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat

Mengikut urutan

Bersih, kemas dan mudah digunakan

Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan
boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan
kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada. Kemungkinan besar
pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:

Jurnal

Diari

Laporan

Kompilasi catatan yang dijilid

Beberapa helaian kertas yang di kokot

Ataupun mungkin disket/cakera padat

Terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya:

Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan


pencapaian pelajar

Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri

Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui

kemajuan pembelajaran pelajar

Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri

Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan


pelajar lain atau dengan piawai tertentu

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,


antaranya:
Kecerdasan linguistik seperti:

Catatan pra penulisan

Draf projek penulisan

Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian

Proses Penyelesaian masalah

Kecerdasan ruang-visual seperti:

Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta
aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi

Kecerdasan interpersonal seperti:

Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain

Laporan rakan sebaya

Kecerdasan interpersonal seperti:

Catatan jurnal

Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri

Sampel latihan refleksi kendiri

Soal selidik

Carta kemajuan
Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri