Anda di halaman 1dari 3

Karangan Cemerlang

KBAT BM SPM
Norliza Mohamad

AKTIVITI-AKTIVITI MEMUPUK MINAT MURID TERHADAP


KARYA SASTERA
Dasawarsa

yang lalu, karya sastera amat diminati oleh semua bangsa


di Tanah Melayu. Karya sastera boleh dizahirkan sebagai wadah
atau sarana untuk menyatakan hal masyarakat dan zamannya.
Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif
yang asli dan tersendiri. Di negara kita, terdapat Sasterawan
Negara yang ternama dan terbilang menunjukkan karya sastera
mempunyai nilainya yang tersendiri. Di negara barat, karya sastera
amat diagung-agungkan. Karya William Shakespere tidak pernah
hilang dalam ingatan masyarakat Eropah. J.K Rowling yang tampil
dengan novel bersiri Harry Potter menjadi sebutan dalam kalangan
masyarakat pada zaman ini. Dari perspektif lain, karya sastera di
Malaysia semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan
moden. Meninjau dari sudut yang asas, murid-murid pada zaman
ini semakin kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada
masa untuk membaca sesuatu karya sastera seperti cerpen,
drama, sajak atau puisi dan sebagainya. Justeru, pihak sekolah
perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk memupuk
minat murid terhadap karya sastera agar karya sastera tidak lupus
ditelan
zaman
yang
serba
moden
ini.
Antara aktiviti yang perlu dijalankan oleh sekolah untuk
memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan murid
adalah dengan menganjurkan kursus penulisan karya sastera
terutamanya dalam kalangan murid di sekolah. Dengan ini, muridmurid akan dapat mengetahui perkara yang dimaksudkan dengan
karya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk membaca
karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus seperti
ini mereka
akan dapat membaca karya sastera dengan
menggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai
idea
yang
tersendiri.
Sebagai
contoh,
menganjurkan
Perkampungan Penulis Muda bagi murid sekolah. Ibu bapa juga
perlu memberi dorongan yang kuat terhadap anak mereka yang
meminati karya sastera. Bagaimana? Ibu bapa hendaklah
membenarkan anak mereka mengikuti program yang dianjurkan
seperti bengkel mengarang cerpen, puisi dan pelbagai karya
sastera yang lain. Izharlah, melalui kursus penulisan karya sastera
minat murid terhadap karya-karya ini akan bercambah.
Aktiviti yang kedua adalah mengadakan kempen
membaca karya sastera secara besar-besaran bagi memupuk
minat membaca dalam kalangan murid. Justeru, untuk
menghasilkan sebuah karya yang baik, pemupukan minat

Karangan Cemerlang

KBAT BM SPM
Norliza Mohamad

membaca karya sastera di dalam diri seseorang merupakan satu


intensif yang bijak. Dengan wujudnya minat membaca karya
sastera, murid dapat memperoleh perkataan yang baru dan indah
sebutannya untuk menghasilkan karya sastera yang baik. Kempen
seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap lagi dan berterusan
dan bukannya hangat-hangat tahi ayam agar minat membaca dan
minat terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu sahaja.
Melalui kempen seperti ini, murid akan dapat melihat pelbagai
jenis karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang mahupun
Sasterawan Negara. Contohnya, kempen ini perlu dianjurkan
sebulan sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap
membaca dan juga minat terhadap karya sastera dapat
dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi. Sudah
terang lagi bersuluh melalui kempen membaca karya sastera minat
murid
terhadap
karya
ini
dapat
dipupuk.

Usaha yang seterusnya adalah menjadikan aktiviti


membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di
dalam bilik darjah .Sekiranya cara ini dijalankan, kemungkinan
besar minat membaca karya sastera dapat ditanamkan dalam diri
murid. Terdapat juga murid yang tidak tahu berkenaan karya
sastera. Menjdi tugas sebagai seorang guru, memberikan ilmu
kepada murid tentang karya sastera. Justeru,dengan menerapkan
minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah, secara automatiknya murid akan
mengetahui serba sedikit tentang karya sastera.P ihak sekolah
atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara
sebegini agar minat terhadap karya sastera tidak akan hilang dari
jiwa murid mahupun guru-guru. Contohnya, menambahkan masa
mata pelajaran bahasa Melayu agar guru dapat menerangkan
dengan lebih terperinci serta guru dapat memberi perhatian
semasa pengajaran karya sastera. Guru juga perlulah memberi
komitmen yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan
tentang karya sastera. Nyatalah melalui pemupukan karya sastera
dalam bilik darjah mampu menarik minat murid terhadap karya
sastera.
Aktiviti seterusnya adalah memperbanyakkan buku
tentang karya sastera di perpustakaan sekolah. Setiap sekolah
mempunyai perpustakaan sendiri, namun kadar kemasukan murid
ke pusat sumber sangat mengecewakan. Untuk memupuk minat
membaca karya sastera, pihak sekolah perlu menaik taraf
perpustakaan di sekolah. Contohnya, sebuah perpustakaan perlu
dilengkapi dengan pelbagai jenis buku termasuklah karya sastera
yang lama dan baharu agar murid akan terdorong membacanya.
Jelaslah melalui usaha perpustakaan memperbanyakkan karya
sastera dapat memupuk minat murid terhadap karya sastera.
Aktiviti yang dapat diimplementasikan dalam usaha
memupuk minat murid terhadap karya sastera juga adalah

Karangan Cemerlang

KBAT BM SPM
Norliza Mohamad

mewujudkan pertandingan berbentuk sastera seperti sayembara


puisi, pertandingan drama, pertandingan berbalas pantun,
mengarang atau menulis cerpen serta novel. Guru-guru boleh
mengenal pasti bakat yang ada dalam diri, mengggalakkan muridmurid menyertai pertandingan ini dan membimbing murid dengan
cara yang betul. Ganjaran dalam bentuk sijil, hadiah berbentuk
wang mahupun plak juga boleh diberi kepada murid yang berjaya
manakala murid yang tidak berjaya hendaklah diberi suntikan
semangat agar terus berusaha. Contohnya, murid yang berjaya
boleh diketengahkan bakat mereka ke peringkat pertandingan
yang lebih tinggi. Dapat dilihat, melalui pertandingan berbentuk
sastera, murid-murid akan mempunyai minat terhadap karya
sastera.
Dengan wujudnya aktiviti-aktiviti sebegini, minat
murid terhadap karya sastera dapat dilaksanakan. Pihak sekolah
perlu berusaha secara komited denga langkah-langkah yang
pragmatik untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam
kalangan para pelajar dari awal kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini untuk memastikan karya sastera tidak lapuk dek
panas, tak lekang dek hujan.