Anda di halaman 1dari 16

RAWATAN STRESS UNTUK

PELAJAR

KANDUNGAN
Pengurusan Stress
Melihat Masalah Sebagai Sesuatu
Yang Positif
Pelajar
Cemerlang
Bijak
Menyelesaikan Masalah
Pelajar Cemerlang Bijak Mengatasi
Tekanan Emosi
Teknik
Senaman
Untuk
Mengurangkan Stress
Rumusan

PENGURUSAN STRESS
Ketahuilah olehmu dengan mengingati Allah, hati menjadi
tenang
Ketegangan atau stress adalah fenomena biasa dalam kehidupan
pelajar. Bagaimanapun jika tidak dikawal ianya boleh menyebabkan
berbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, imsomnia, sakit
kepala dan lain-lain lagi. Lazimnya ketegangan akan berlaku apabila
persekitaran yang agak negatif meransang respon tegang dari pelajar. Di
antara contoh ketegangan yang terhasil akibat ransangan ialah kegagalan
dalam peperiksaan, kematian orang yang dikasihi, kemalangan dan
sebagainya.
Oleh kerana minda dan badan tidak boleh dipisahkan maka
sekiranya minda pelajar terganggu, bahagian badan juga merasakan
gangguannya. Pelajar cemerlang perlu menguruskan emosinya. Kita tidak
boleh membiarkan masalah yang dihadapinya membengkak daam dada.
Lita tidak boleh berdiam diri. Gunakanlah kebijaksanaan untuk mencari
punca dan kaedah penyelesainnya. Yang penting kita perlu berterus
terang. Berikut adalah masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar.

Ada seorang pelajar yang berusia 16 tahun dan sedang menuntut di


tingkatan empat. Dia adalah anak ketiga daripada empat orang adik
beradik dan sangat manja dengan ayahnya. Bagaimanapun sejak akhirakhir ini ayah pelajar tersebut telah berubah perangainya. Dia menjadi
pendiam dan tidak mesra dengan mereka. Apa yang pelajar tersebtu buat
semuanya tidak disukai oleh ayahnya hinggakan ada kalanya ayahnya

menjadi marah dan menengking pelajar tersebut tanpa sebab. Keadaan ini
menyebabkan pelajar tersebut terganggu. Dia tidak dapat menumpukan
perhatian pada pelajarannya. Pelajarannya semakin hari semakin merosot.
Dari seorang pelajar yang peramah dan aktif di dalam kelas bertukar
menjadi pasif. Ini menghairankan guru kelasnya. Satu hari guru telah
memanggil pelajar tersebut untuk bertanyakan masalahnya. Pelajar
tersebut menangis sambil menjelaskan masalah yang dihadapinya.
Untuk menyelesaikan masalah pelajar itu, gurunya telah berjumpa
dengan ayahnya. Guru itu telah menerangkan segala masalah yang
dihadapi oleh pelajar tersebut kepada ayahnya. Barulah ayahnya sedar
akan kesilapannya. Sebenarnya dia sedang menghadapi suatu masalah di
tempat kerja. Tetapi tidak sepatutnya dia membawa masalah itu balik ke
rumah. Dia telah berjanji kepada guru kelas anaknya untuk menyelesaikan
masalah itu dengan segera. Dia juga akan sentiasa mengambil berat
tentang pelajaran anak-anaknya. Kini baru dia sedar bahawa anakanaknya adalah sensitif dan sentiasa memerlukan kasih sayang ibu bapa.
Sejak hari itu prestasi pelajar tersebut semakin baik dan dia kembali
menjadi seorang yang aktif dan periang.

Dalam kes yang kedua pula, ada seorang pelajar perempuan dalam
usia 15 tahun bernama Ani sedang menuntut dalam tingkatan 3. Tidak
lama lagi dia akan menghadapi peperiksaan PMR. Dalam kelasnya, ada
seorang pelajar yang suka menjadi batu api kepada pelajar-pelajar lain.
Tugasnya dalam kelas hanyalah melaga-lagakan pelajar lain sehingga
mencetus pergaduhan sesama rakan kelas.

Baru-baru ini ada seorang pelajar baru masuk ke kelas mereka dan
duduk di tempat duduk belakang Ani. Hubungan Ani denga pelajar baru
tersebut sangat rapat dan mereka sering bertukar-tukar fikiran tentang
pelajaran.
Perhubungan baik ini telah dipandang serong oleh pelajar tersebut
dan dia mula mencari punca untuk merenggangkan hubungan antara Ani
dan pelajar baru ini. Bermacam-macam cerita diberitahu kepada pelajar
bari itu dan dia memburukkan-burukkan Ani dengan fitnah dan tohmah
jahatnya. Usahanya berjaya. Ani dan pelajar baru itu tidak bertegur sapa
selama sebulan. Fikiran Ani semakin hari menjadi semakin berserabut. Dia
tidak lagi boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Kalau
boleh dia tidak mahu ke sekolah tapi apakan daya, peperiksaan PMR
semakin hampir.

Atas nasihat seorang kawan, Ani memberanikan dirinya berjumpa


dengan guru kaunseling sekolahnya, Cikgu Ali. Cikgu Ali telah memanggil
pelajar baru dan pelajar yang suka menjadi batu api itu berjumpa
dengannya. Dia telah menasihatkan kepada mereka agar menumpukan
perhatian pada pelajaran kerana PMR akan menjelang. Cikgu Ali
menyedarkan kepada mereka agar bersama-sama membentuk study
group. Usah bergaduh antara satu sama lain kerana ianya merugikan diri
sendiri. Cikgu Ali meyakinkan kepada mereka yang setiap pelajar saling
memerlukan antara satu sama lain. Ini kerana tidak semua pelajar
mempunyai kebolehan yang memuaskan dan pandai dalam semua

matapelajaran. Perbuatan memfitnah dan tidak bertegur sapa adalah


dilarang oleh agama. Apalagi jika tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari.
Sejak hari itu, pelajar yang suka melaga-lagakan pelajar lain telah
berubah sikap dan menjadi baik kepada semua pelajar dalam kelas itu
termasuk Ani. Mereka selalu membuat perbincangan, membuat latihan
peperiksaan, membuat kerja rumah dan mengulangkaji secara
berkumpulan.

Jadi dari dua contoh di atas dapatlah dibuat kesimpulan yang segala
kekusutan dan masalah boleh diatasi jika kita berterus terang. Jangan
biarkan masalah itu mengganggu pembelajaran kita.

MELIHAT MASALAH SEBAGAI SESUATU YANG POSITIF

Sebagai pelajar cemerlang kita hendaklah melihat masalah sebagai


suatu yang positif. Kita kena ingat tidak ada manusia yang tidak
mempunyai masalah. Jika dalam hidup kita, tidak ada masalah yang
ditempuhi bermakna kita tidak akan menjadi matang. Untuk
menyelesaikan masalah itu, kita mesti mencari penyebab kepada masalah
itu. Dengan kata lain apakah punca sebenarnya yang menyebabkan
masalah itu timbul. Seringkali apabila kita mengahdapi masalah, apa yang
kita nampak ialah tanda-tanda atau simptom kepada masalah tersebut
bukannya punca kepada masalah.
Sebagai contoh pelajar yang menghadapi masalah berat badan,
untuk mengurangkan berat badannya, pelajar tersebut melakukan
berbagai aktiviti senaman dengan harapan berat badannya akan
menurun. Sebenarnya tidak melakukan aktiviti senaman bukanlah punca
kepada masalah berat badannya. Tetapi punca utama adalah kerana
pelajar tersebut tidak mengawal jadual pemakanannya sehari-haari.
Mungkin pelajar tersebut suka makan makanan yang banyak lemak atau
waktu makan malamnya lewat dan hampir dengan waktu tidur. Atau
mungkin juga pelajar tersebut suka tidur selepas makan. Kesemua aspekaspek ini perlu diambil kira. Tidak guna kita melakukan aktiviti senaman
tetapi kita mempunyai tabiat pemakanan yang buruk. Jadi dalam
menyelesaikan masalah, pelajar perlu mengenal pasti terlebih dahulu
punca masalah tersebut, bukannya simtom-simtom yang timbul akibat
masalah yang dihadapi.
Sebagai contoh berikut adalah antara beberapa masalah
yang berkaitan dengan aspek pembelajaran yang dikemukakan
oleh para pelajar dalam suatu bengkel yang dikendalikan oleh
penulis.
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Terlalu banyak subjek untuk studi


Tidak ada mood untuk studi
Bila studi cepat mengantuk
Tidak ada kawan lelaki/perempuan
Hilang keyakinan diri
Susah untuk mengingati apa yang dipelajari.

Jika kita amati betul-betul, kita akan dapati kesemua masalah yang
dikemukakan di atas bukanlah sebenarnya masalah. Tetapi ialah simtom
kepada maslaah itu sendiri. Perkara (a), (e), dan (f) misalnya mungkin
timbul akibat pelajar tersebut tidak mengulangkaji dari awal-awal lagi tapi
sebaliknya mengamalkan konsep last minute study. Sekiranya pelajar
tersebut mula mengulangkaji dari awal semester lagi, sudah tentu simtom
ini tidak timbul. Kalau kita disuruh memakan daging seekor lembu dalam
masa satu hari, sudah tentu kita tidak akan dapat menghabiskannya.

Tetapi jika daging tersebut kita makan sedikit demi sedikit kemudian yang
selebihnya kita simpan dan esoknya kita makan lagi sehinggalah hari-hari
yang berikutnya sudah tentu kita dapat menghabiskan daging lembu
tersebut. Begitu jugalah dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar,
kita tak mungkin dapat mengingati semua subjek yang dipelajari dalam
masa yang singkat. Kesannya kita tidak yakin kepada diri sendiri untuk
lulus cemerlang dalam peperiksaan.
Begitu juga dengan perkara(b) dan (c). Mungkin kita tidak
meletakkan matlamat kukuh dalam diri kita. Kita hanya studi ikut mood.
Sebab tidak ada matlamat yang hendak dicapai. Tetapi untuk pelajar
cemerlang, mereka akan mempunyai matlamat yang perlu dicapai dan
segala masalah yang timbul perlulah diatasi. Tidak ada kawan lelaki atau
perempuan bukanlah suatu masalah kepada diri seorang pelajar. Pelajar
perlu ingat keutamaannya sebagai seorang pelajar. Sekarang bukanlah
masa untuk mempunyai seorang teman yang setia. Tumpukan segala
perhatian kepada pelajaran kerana pelajaranlah merupakan pasport
kepada kejayaan hidup. Jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah dan
sesungguhnya Allah jadikan makhluknya berpasang-pasangan. Mungkin
juga pelajar tidak mempunyai pasangan lelaki atau perempuan kerana
mempunyai sifat-sifat pemalu dan pendiam. Jadi inilah masalah
sebenarnya kenapa pelajar tidak mendapat kawan lelaki atau perempuan.
Jika masalah ini dapat diatasi sudah tentu perkara ini tidak timbul lagi.

PELAJAR CEMERLANG BIJAK MENYELESAIKAN MASALAH


Sebagai pelajar cemerlang kita perlu tahu bahawa ada banyak lagi
cara untuk menyelesaikan masalah. Gunakanlah kaedah yang bersesuaian

dengan diri kita. Kita hendaklah berfikiran positif dan terbuka. Setiap
masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kita perlu menganggap masalah
itu sebenarnya adlaah untuk mematangkan diri kita. Kita tidak boleh cepat
berputus asa. Bila ada masalah kita kena releks. Minta pertolongan Allah
S.W.T, kita solat hajat minta Allah tunjukkan jalan penyelesaiannya. Kita
perlu beritndak secara waras dan rasional.
Kadang-kadang masalah tidak boleh diatasi oleh diri sendiri.
Kita perlu minta bantuan rakan baik kita, pensyarah, mentor atau
kaunselor. Kadangkala banyak masalah sebenarnya berpunca dari
komunikasi kita sendiri. Untuk menambahkan keyakinan diri, kita perlu
meningkatkan kebolehan komunikasi. Jadi kita perlu ingat jika masalah
tidak diatasi akan mengakibatkan kesan buruk kepada diri kita sebagai
seorang pelajar. Masalah yang terlalu berat akan menyebabkan tekanan
emosi. Pelajar cemerlang tidak akan badan dan mindanya lemah tidak
berdaya. Jika ini berlaku, dirinya akan diserang olehbebagai-bagai penyakit
seperti imsomnia, histeria, sakit jantung, sakit kepala dan lain-lain lagi.

Terdapat banyak tanda-tanda apabila pelajar sedang mengalami


tekanan emosi. Salah satunya ialah imsomnia. Pelajar juga akan
mengalami anorezian iaitu tidak boleh mengawal masa makan, kerap
membuang air, kerap berpeluh, ketegangan di bahagian otot-otot dan
menjadi hiperaktif. Kesannya pelajar tidak yakin kepada diri sendiri, tidak
berorientasi, mudah kecewa dan apethik. Pelajar juga akan merasa
tertekan yang amat sangat, menjadi terlalu bimbang walaupun perkara
yang remeh-temeh, mudah tersinggung dan cepat marah. Baginya semua
yang orang lain buat semuanya tidak kena.
PELAJAR CEMERLANG BIJAK MENGATASI TEKANAN EMOSI
Bagi pelajar yang mengalami tekanan emosi yang teruk akan
menunjukkan perubahan yang ketara. Jika sebelum ini dia adalah pelajar
yang aktif, suka bercakap dan periang, maka dia akan bertukar menjadi

pendiam, tidak suka bercakap, selalu memandang kesalahan orang lain,


hilang motivasi dan menunjukkan keadaan bingung dan lesu.
Sebagaimana ditekankan berulang kali, setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya. Pelajar cemerlang tidak akan membiarkan masalah
tekanan emosi menguasai dirnya.

Berikut adalah beberapa kaedah penyelesaian yang boleh


dilakukan untuk mengurangkan tekanan emosi ini.
1. Kita hendaklah sedar bahawa segala masalah yang timbul adalah
atas kuasa dan keizinan Allah. Setiap kesusahan yang dihadapi
adalah merupakan ujian yang diberikan oleh Allah. Setiap
manusia akan berdepan dengan masalah, Cuma yang berbeza
sama ada masalah itu kecil atau besar. Kita perlu yakin, masalah
akan mematangkan hidup kita. Janhan terlalu membiarkan
masalah menguasai fikiran kita. Relaks dan buatlah kerja seperti
biasa seolah-olah kita tida menghadapi masalah.
2. Kita perlu mengenal pasti dan mencari punca yang menyebabkan
berlakunya masalah itu. Mungkin ianya bukanlah sebenarnya
masalah, tetapi
hanyalah tanda-tanda
sahaja.
Sebagai
contoh,ada seorang pelajar yang selalu lewat sampai ke sekolah
kerana tiap-tiap hari dia bangun tidur pada pukul 7.00 pagi.
Sebenarnya bangun tidur lewat bukanlah punca sebenar murid
tersebut selalu sampai lewat ke sekolah. Apabila ditanya didapati
tiap-tiap malam pelajar tersebut tidur pukul 1-2 pagi. Ini kerana
pada pukul 8-11 malam digunakan untuk menonton TV. Hanya
selepas pukul 11 malam baru dia mula belajar. Jadi masalah
sebenar pelajar ini adalah dia tidak menguruskan masa dengan
betul. Sepatutnya masa 8-11 malam digunakan untuk
mengulangkaji pelajaran dan mula tidur pada jam 11.00 malam.
Jadi dengan mencari punca masalah, kita pasti dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ada juga masalah yang boleh diselesaikan seandainya kita boleh


mengawal perasaan kita. Contohnya perasaan malu apabila
dimarahi oleh guru kerana tidak membuat kerja rumah yang
disuruh. Ia sebenarnya boleh menenkankan perasaan kita dan
menimbulkan pelbagai perkara yang tidak diingini. Tetapi jika kita
tenangkan perasaan dan fikirkan balik yang ianya adalah
kesilapan kita sendiri yang tidak disengajakan maka masalah ini
boleh diselesaikan. Lain kali kita akan menulis dalam buku catitan
khas segala jenis kerja rumah yang perlu diselesaikan. Sedarkah
kita jika kita tidak menghadapinya dengan fikiran yang tenang,
kita akan bertindak sesuatu yang hanya akan menimbulkan
masalah lain pula seperti ponteng sekolah, menipu ibu bapa,
tertinggal dalam pelajaran atau mungkin hilang motivasi untuk
terus belajar.

3. Seandainya kita telah mengenal pasti masalah dan puncanya,


kita perlu cari jalan penyelesaiannya. Kita perlu menceritakan
segala masalah, tekanan atau bebanan yang dihadapi kepada
orang lain. Ketika ini, kita perlukan bimbingan, nasihat dan
panduandari rakan sebaya, ibu bapa, adik beradik, guru kelas
atau guru kaunseling. Kita perlu berbincang dengan mereka. Kita
harus sedar ada berbagai jalan penyelesaian yang boleh diambil
dan mereka sentiasa ada untuk membantu kita.
4. Ada pelajar yang apabila menghadapi masalah atau tekanan
perasaan suka melepaskan tekanan perasaan tersebut kepada
orang lain seperti kawan-kawan, ibu bapa, adik beradik dan
saudara mara. Mereka akan menjadi pelajar pemarah, bersikap
kasar dan suka bergaduh.

Ada berbagai cara untuk melepaskan tekanan perasaan. Pelajar


boleh salurkan perasaan yang tidak tenteran dengan melakukan
berbagai aktiviti sukan seperti berjogging, atau berjalan kaki
sambil menghirup udara nyaman di taman-taman bunga. Kita
juga boleh melihat program-program TV yang bercorak jenaka,
atau kartun. Pelajar juga boleh mnedengar muzik yang lembut
dan merdu sambil melelapkan mata. Secara perlahan-lahan
yakinlah setiap manusia pasti menempuh masalah dan masalah
akan mendewasakan kita.
5. Seringkali pelajar perlu melakukan beberapa kerja dalam satu
masa. Keadaan ini jika tidak ditangani dengan fikiran yang tenang
akan menyebabkan pelajar tertekan. Untuk menyelesaikan
masalah ini pelajar perlu selesaikan kerja satu persatu dan secara
berhati-hati. Senaraikan kerja-kerja yang perlu diselesaikan ikut
keutamaan. Peruntukkan masa yang bersesuaian. Bayangkan
seolah-olah pelajar berada dalam bilik peperiksaan. Masa hanya
ada 3 jam dan pelajar perlu menjawab sebanyak lima soalan.
Begitu juga dalam menyelesaikan masalah ini. Selesaikan kerja
yang perlu dibuat terlebih dahulu satu persatu dengan tenang
dan tidak tergesa-gesa. Sebenarnya segala masalah akan dapat
diselesaikan jika dilakukan dengan sistematik, tenang dan teratur.
Jangan mudah panik atau kelam kabut kerana kita pasti tidak
dapat memilih kaedah penyelesaian yang terbaik.
6. Salah satu yang agak berkesan untuk menyelesaikan masalah
terutamanya masalah emosi ialah dengan menggunakan
ransangan psikologi. Kita tetapkan satu ganjaran untuk siri kita
sendiri. Contohnya jika kita dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi maka kita akn menjadi pelajar cemerlang dan dapat
masuk universiti. Pelajar juga boleh meransang diri sendiri
dengan mengatakan jika aku dapat menyelesaikan masalah ini,
aku akan pergi berehat atau melancong ke tempat-tempat yang
ingin dilawati seperti Pulau Langkawi, Pulau Sentosa di
Singapura,Medan Indonesia atau tempat-tempat yang menjadi
impian pelajar untuk melawatnya.
7. Kaedah penyelesaian terbaik yang patut dilakukan selain kaedahkaedah di atas ialah dengan memohon dan meminta pertolongan
dari Allah S.W.T. kesediaan kita untuk berhadapan dengan
masalah terutamanya tekanan perasaan adalah bergantung
kepada kekuatan jiwa kita sendiri. Jiwa yang kuat adalah
berpunca dari keyakinan dan hubungan yang rapat dengan Allah

S.W.T. pelajar yang kuat hubungan hatinya dengan Allah sentiasa


mencari hikmah bagi setiap masalah yang dihadapinya. Apabila
menghadapi sesuatu masalah kita tidak akan panik dan berfikir
yang bukan-bukan. Kita akan bertindak secara tenang dan berfikir
secara rasional untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Seandainya masalah itu masih juga tidak dapat diselesaikan,
maka kita perlu memohon dan berserah sepenuhnya kepada
Allah. Kita hendaklah sentiasa meminta pertolongan dari Allah
agar diberikan hati yang tenang, riang dan dijauhkan diri dari
unsur-unsur yang boleh mengongkong perasaan. Jiwa yang riang
dan tenang akan menghasilkan fikiran dan ingatan yang cerdas
serta menjauhkan diri daripada tekanan perasaan. Pelajar juga
perlu memperbanyakkan zikir, membca ayat-ayat suci Al-Quran
dan menunaikan solat.

TEKNIK SENAMAN UNTUK MENGURANGKAN STRESS


Di samping itu, pelajar juga boleh melakukan senaman untuk
mengurangkan tekanan perasaan yang dialami. 10 aktiviti senaman
berikut akan memberikan pelajar regangan tubuh dan memastikan
darah dipam dengan sempurna. Senaman ini hanya mengambil
masa selama lima minit dan pelajar boleh melakukannya pada bilabila masa dan di mana sahaja.

1) Pusing Kepala
Pelajar memulakanaktiviti senaman dengan merenggangkan
kaki lebar sedikit dari bahu, dengan kedudukan kaki agak
keluar. Perlahan-lahan tundukkan kepada kedepan, pusingkan
ke kiri, ke belakang dan ke kanan. Gunakan empat
kiraan,lakukan dua kali setiap arah.
2) Angkat Bahu
Langkah kedua ialah pelajar mengangkat sebelah bahu hingga
ke paras telinga kemudian turunkannya. Lakukan lima kali
bagi setiap belah bahu.
3) Regangan Pinggang
Langkah ketiga, pelajar depakan kedua-dua belah tangan
pada paras bahu. Bengkokkan badan kekiri seberapa jauh
yang boleh, dengan menaikkan tangan kanan sehingga
melepasi kepala. Perhatikan tapak tangan, kira sampai empat
dan tegakkan badan semula. Lakukan pula di bahagian kanan,
kira sampai empat sekali lagi. Kemudian kira sampai lima bagi
setiap sebelah badan tanpa berhenti.
4) Regangan Paha sebelah dalam
Langkah keempat pelajar berdiri sambil meregangkan kaki
sementara tangan diletakkan pada pangkal paha. Searang
condongkan ke kanan, bengkokkan kaki sebelah kanan tetapi
pastikan kaki kiri dalam keadaan lurus sementara pelaajar
menyilangkan kedua-dua pergelangan di atas kepala. Dengan
berada pada kedudukan asal, bawa semula tangan ke paha.
Kira lima untuk kedua-dua belah bahagian.

5) Kincir Angin
Langkah kelima pelajar tunduk ke hadapan dan meletakkan
tangan dekatlantai. Pusingkan seluruh bahagian tubuh di
sebelah atas ke kanan, tegak dan kemudian ke kiri, lakukan
pusingan kincir angin. Pusingkan badan bermula dari
bahagian pinggang dan pastikan kepala antara lengan untuk
mendapatkan pusingan tubuh sebelah atas lengkap. Lakukan
lima kali dalam setiap arah, tetapi dengan perlahan-lahan
untuk mengelakkan pelajar dari merasa pening.
6) Meluruskan Kaki
Langkah keenam, pelajar membongkokkan ke depan.
Bengkokkan lutut dan letakkan tapak tangan atas lantai depan
kaki. Pandang ke depan. Sekarang rendahkan rendah kan
kepala dan luruskan kaki tetapi pelajar tidak perlu bimbang
jika tidak dapat meluruskan kaki sepanjang masa. Jika pelajar
rajin bersenam, aktiviti ini boleh dilakukan dengan mudah.
Lakukan 10 kiraan, bengkokkan lutut sedikit kemudian
perlahan-lahan luruskan semula.
7) Menghulurkan Tangan
Langkah ketujuh, pelajar merenggangkan kaki sedikit, dan
gerakkan badan kepada kaki kiri, kaki kanan bersudut tepat
dengan tumit kaki kiri. Hulurkan tangan kedepan seolah-olah
pelajar ingin menerima sesuatu dengan melakukan huluran ke
depan yang mudah dan kembali ke kedudukan asal.
Bengkokkan kaki kiri manakala kaki tangan lurus. Lakukan 10
kali dalam setiap arah.

8) Regangan Jazz
Langkah kelapan, selepas setiap set 10 senaman hulurkan
tangan, pelajar merapatkan kaki dan dengan perlahan-lahan
rendahkan kepala kepada lutut. Pegang pergelangan kaki atau
betis dan dengan perlahan-lahan dekatkan kepala ke lutut.
Jangan memaksa regangan ini, dan jangan cepat-cepat
kembali ke kedudukan asal.
Relaks dan tunggu sehingga kiraan empat serentak dengan
pelajar menarik nafas dalam-dalam. Sekarang bangun
perlhan-lahan dan berdiri semula.
9) Berlari Setempat

Langkah kesembilan, pelajar jongketkan tumit kaki berulang


kali seperti berlari setempat sambil menggerakkan tangan.
Bayangkan diri pelajar seperti anak kecil yang berlari bebas di
padang. Lakukan sebanyak 50 kiraan.
10)
Menendang Kedepan
Langkah terakhir, pelajar meneruskan berlari setempat sambil
menendang kaki kanan ke depan dengan satu tendangan kecil
dan tolakkan tangan kiri ke depan. Kemudian tendang kaki kiri
dan tolak dengan tangan kanan. Lakukan sebanyak 50 kiraan.
(Senaman mudah mengurangkan tekanan ini dipetik dari
Quick Relief from High Anxiety:An Energizing Five Minute
Routine dalam The Complete Guide To Your Emotions And
Your Health).

RUMUSAN
1. Ketegangan atau stress jika tidak dikawal ianya boleh menyebabkan
berbagai jenis penyakit.
2. Pelajar cemerlang akan melihat masalah sebagai suatu yang positif.
3. Untuk mengelakkan stress pelajar perlu memperbanyakkan zikir,
membaca ayat-ayat Al-Quran dan menunaikan solat.
4. Untuk mengurangkan tekanan pelajar boleh melakukan senaman.
5. Segala masalah dan kekusutan boleh diatasi jika pelajar berterus
terang.
6. Pelajar cemerlang tahu bahawa ada banyak cara untuk
menyelasaikan masalah.