Anda di halaman 1dari 13

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

TINJAUAN LITERATUR
Pendahuluan
Bahagian ini akan membincangkan karya dan juga kajian lepas yang berkaitan
dengan kepimpinan transformasi

dan kebaikan gaya kepimpinan ini dalam

organisasi.Kajian lepas menunjukkan kepimpinan berkesan dapat memantapkan


organisasi. Semakn berkesan gaya kepimpinan maka semakin efektif organisasi
tersebut.

Sebalikinya,

kepincangan

dan

kelemahan

yang

berlaku

dalam

organisasi senantiasa dikaitkan dengan kepincangan dan kelemahan pemimpin


dalam organsiasi tersebut. Justeru keperluan

terhadap gaya kepimpinan yang

berkesan amat dikehendaki dalam organisasi. Sementara itu, kepimpinan dalam


organisasi senantiasa berhadapan dengan sumber manusia yang senantiasa
mempunyai perbezaan dari sudut cara berfikir (paradigma) dan sikap atau
tingkahlaku yang berbeza-beza. Kelemahan kepimpinan untuk berhadapan
dengan karenah kakitangan akan menyebabkan reaksi yang negatif, kurang
keyakinan dan ketaatan dalam kalangan kakitangan. Justeru Gaya Kepimpinan
Transformasi merupakan alternatif terhadap gaya kepimpinan lain dalam
organisasi bagai menangani karenah kakitangan organisasi. Kajian lepas
menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasi amat berkesan untuk
mengubah tingkahlaku kakitangan dan mengerakkan serta mempengaruhi
mereka untuk merealisasikan matlamat, visi dan misi organisasi.

Kepemimpinan Transformasi Dan Kajian Berkaitan


Mengikut Burns (1978:4) Kepemimpinan transformasi ialah is more potent.
The transforming leader recognizes and exploits an existing need or
demand of a potential follower. But beyond that, the transforming
leader looks for potentiall motives in followers, seeks to satisfy higher
needs,, and engages the full persons of the follower. The result of
transforming leadership is relationship of mutual stimulation and
evaluation that convert followers into leaders. Berdasarkan takrifan yang
dikemukanakn oleh Burns menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasi
adalah gaya kepimpinan yang mengiktiraf keperluan dan kehendak terunggul
para pengikutnya, disamping membantu melahirkan pemimpin yang baru.
1

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

Bass(1990) mentakrifkan kepimpinan transformasi


sebagai Superior
leadership performance transformational leadership-occurs when
leader broaden and elevate the interests of their employees, when
they stir their employees to look beyond their own self-interest for the
good of the group.Beliau menggambarkan kepemimpinan transformasi ini
sebagai memiliki prestasi dan keupayaan membangkitkan kesedaran
pengikutnya ke arah merealisasikan kepentingan organisasi di samping
membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih dari kepentingan peribadi.
Burns (1978) dalam pengamatannya terhadap kepemimpinan membuat
kesimpulan yang menarik apabila menyatakan bahawa pemimpin sekolah
merupakan antara contoh kepemimpinan transformasi kerana berupaya
membawa perubahan kepada sebahagian besar tingkah laku guru-guru dan
murid-muridnya. Dalam konteks institusi sekolah, Bass menyatakan
bahawa Transformational leaders can play the role of teacher, mentor,
coach, reformer, or revolutioner. Tentunya tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa kepentingan kehadiran kepemimpinan transformasi di sekolah memang
tidak dapat dikesampingkan kewajarannya. Ciri kepemimpinan itu sendiri yang
kondusif untuk diaplikasikan di sekolah, dan faktor perubahan yang menuntut
kepemimpinan sedemikian rupa.
Hakikatnya kepimpinan transformasi dilihat amat sesuai dan berupaya
menggantikan gaya kepimpinan lain dalam organsasi seperti gaya kepimpinan
demokrasi, autokrasi dan kepimpinan transaksional. Ini disebabkan konstruk
kepimpinan transformasi yang dikaji oleh Burns dan dikembangkan oleh
Bass( 1990) dalam Nursuhaila Ghazali (2007) amat menekankan amalan
kepimpinan transformasi seperti berikut :

1.

Charismatik Leadership, or idealized influence

Pemimpin transformasi sebagai role model, dikagumi dan dihormati oleh


pengikutnya. Pemimpin transformasi juga sebagai pemimpin misi dan visi yang
jelas serta berani menghadapi risiko. Bass (1998) dalam Nursuhaila Ghazali
(2007) mengariskan bahawa pengaruh ideal ditonjolkan dalam kepimpimpinan
transformasi apabila seseorang itu menetapkan matlamat untuk dicapai pada
masa akan datang dan mampu menerangkan dan memimpin subordinat kearah
matkmat yang hendak dicapai pada masa akan datang dan mampu
menerangkan dan memimpin subordinat kearah matlamat yang hendak
diaspirasikan dengan menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Burns (1979)
menjelaskan bahawa pemimpin yang mempunyai karismatik juga memilki
tingkahlaku yang unggul untuk menjadi pemimpin. Dalam konteks ini, pemimpin
transformasi merupakan seorang pemimpin yang mempunyai harapan yang
tinggi terhadap keupayaan subordinat tetapi tetap berperanan dalam memberi
sokongan dan panduan agar subordinat mampu mencapai tahap yang
diinginkan. Karisma pemimpin transformasional terserlah dengan keyakinan dan
kepastian yang ditunjukkan dalam setiap tindakannya.
2.

Inspirational Motivation
2

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

Pemimpin transformasi mempunyai tingkah laku yang mampu memotivasikan


pengikutnya, menaikkan semangat juang serta berupaya untuk menyahut
cabaran yang datang. Pemimpin transformasi bertindak menyatakan dengan
jelas tentang keyakinannya terhadap misi dan matlamat yang hendak dicapai.
3.

Intellectual

Pemimpin transformasi bertindak balas secara berbeza terutama dalam mencari


penyelesaian masalah dengan dimensi pemikiran yang baru dan inovatif.Dengan
itu pemimpin tranformasi secara tidak lansung menggalakkan pengikutnya
berfikir secara kreatif dan bukan hanya menyalahkan orang lain atau sebagainya
dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Faktor ini menggalakkan suatu bentuk
pemikiran baru dalam menyediakan subordinat bertindak terhadap sebarang
permasalahan.

Pemimpin

mengenalpasti

cabaran

transformasional
dan

menjadikan

menjadikan
mereka

subordinat

orang

yang

mampu
berani

menghadapinya.
4. Individualized Consideration
Pemimpin transformasional memberi tumpuan dan perhatian terhadapkeperluan
dan potensi tertentu dalam membangunkan pengikut-pengikutnya.Pemimpin
transformasional mengganggap setiap pengikutnya sebagai seorang individu
yang perlu dihormati. Pemimpin-pemimpin seperti ini akan mewujudkan suatu
iklim yang amat selesa di kalangan pengikut dengan sentiasa memberi galakan
dan sokongan kepada mereka dan sebarang perbezaan dihormati.Interaksi di
antara pemimpin ini dengan pengikutnya membina hubungan kerja yang
kondusif kerana pemimpin transformasi peka terhadap pengikutnya sebagai
seorang individu.
Jelasnya, amalan kepimpinan transfomasi yang dinyatakan di atas ,menunjukkan
bahawa

kepimpinan ini adalah kepimpinan yang memberi manfaat kepada

semua sama ada kepada pemimpin, subordinat dan organisasi itu sendiri.
Amalan ini mempunyai matlamat untuk mencapai visi dan misi organsiasi,
mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, meningkatkan moral dan paradigma
guru, mewujudkan kerjasama dan komitmen kerja yang tinggi serta
sekaligus mewujudkan budaya kerja berpasukan. Kesemua dimensi ini saling
memerlukan dan perlu diamalkan secara seimbang bagi memastikan matlamat
kepimpinan ini dapat dicapai.
3

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

Selain itu, terdapat kajian lepas yang menunjukkan bahawa keberkesanan


kepimpinan
transformasi dalam organisasi adalah dilihat melalui ciri-ciri
kepimpinan ini. Tichy dan Devana (1986) mengenal pasti enam ciri pemimpin
transformasi dalam kajian mereka iaitu:

Pemimpin
Pemimpin
Pemimpin
Pemimpin
Pemimpin
Pemimpin

melihat diri sebagai agen perubahan;


berhati-hati dalam menanggung risiko;
percayakan pengikut dan peka kepada keperluan pengikut;
dapat menghubungkan nilai-nilai teras dengan tingkahlaku;
bersikap fleksible dan sentiasa belajar melalui pengalaman; dan
mempunyai wawasan dan percaya kepada instinct atau gerak

hati.
Hayati (2008) menyatakan terdapat empat hal utama yang menjamin
kepimpinan transformasi dapat dilaksanakan dengan baik dalam organisasi.
Menurut Hayati empat hal tersebut terdiri daripada perkara-perkara berikut :
a. Mengabungjalinkan idea dan moral serta etika secara konsisten dengan
tetap mengembangkan dan memeihara kepercayaan orang bawahan.
b. Inspirasi yang mewujudkan motivasi seperti hambatan dalam kerjaya.
c. Simulasi intelektual dengan tujuan menimbulkan kreativiti, terutama
kreativiti didalam memecahkan masalah dan mencapai satu tujuan yang
besar.
d. Pertimbangan individu dengan menyedari bahawa setiap pengikutnya
memilki keberadaan dan kretiria

berbeza yang akan mendatangkan

impak pada perlakuan ketika memberi bimbingan .


Selain itu, karakter kepimpinan transformasi yang dijelaskan oleh Ubben dan
Hugges (2004) dalam Nursuhaila Ghazali(2007) jelas menujukkan bahawa
kepimpinan

transformasi

mampu

memimpin

organisasi

dan

meletakkan

organisasi dalam situasi yang stabil dan mantap walaupun berhadapan dengan
suasana

krisis dan

kritikal.

Malah

dalam

suasana

tersebut,

kepimpinan

transformasi biasanya akan muncul dan membawa organisasi mencapai misi,visi


dan matalamt yang hendak dicapai. Justeru Hugges dan Ubben menyatakan
kepimpinan transformasi senantiasa beroperasi dalam empat karakter berikut :
i. Berpelajaran
Pemimpin transformasional adalah seorang pemimpin yang berpengetahuan
yang dapat membantu ahli-ahli organisasi agar sentiasa belajar. Pemimpin ini
juga membantu subordinat dalam memahami dan mencari nilai-nilai yang perlu
ada bagi membentuk budaya sekolah, matlamat sekolah dan berupaya mencari
jalan

bagaimana

kuasanya

boleh

dibahagikan

dalam

setiap

bahagian
4

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

organisasinya. Ini sejajar dengan dapatan Owen et al. (2001) di mana seorang
pemimpin transformasional adalah seseorang yang intelek dan boleh mendorong
pembangunan intelektual subordinatnya.

ii. Kritikal
Seseorang pemimpin transformasional adalah seorang pemimpin yang boleh
membantu ahli organisasinya mengkaji dan memerhati keadaan atau situasi
semasa serta mempersoalkan kesesuaiannya kepada semua individu. Dapatan
Ubben

dan

Hughes(2004)

menunjukkan

bahawa

seseorang

pemimpin

transformasional itu adalah sesorang yang menggalakkan setiap individu di


bawah pimpinannya melakukan pembaharuan dan kelainan dalam situasi-situasi
tertentu terutama dalam aspek penyelesaian masalah secara kreatif.
iii. Beretika
Pemimpin transformasional akan sentiasa menilai diri sendiri dalam konsep self
reflection. Pemimpin ini juga merupakan individu yang menerapkan nilai-nilai
demokratik serta hubungan moral yang baik sesama ahli organisasi. Mereka
sentiasa berusaha untuk mempengaruhi orang lain ke tahap yang lebi tinggi
dalam menilai dan menghayati kesedaran.
iv. Transformatif
Pemimpin transformasional bersifat transformatif kerana mereka sentiasa
mencari jalan dan berusaha untuk membina komuniti individu percaya bahawa
mereka boleh melakukan perubahan. Ini sejajar dengan matlamat kepimpinan
transformasional itu sendiri yang bertujuan untuk mencapai perubahan sosial
melalui peningkatan kesedaran manusia (Ubben & Huhges, 2004).
Justeru keberkesanan kepimpinan transformasi hampir merentas semua bentuk
organisasi khususnya dalam bidang pendidikan. Kajian dalam dan luar negara
menujukkan bahawa gaya kepimpinan ini amat berkesan dalam organisasi
pendidikan, dan melihat terdapat
gaya

kepimpinan

transformasi

hubungan yang signifikan diantara amalan


dengan

keberkesanan

organisasi.

Kajian

menunjukkan amalan gaya kepimpinan ini telah membantu meningkatkan


keberkesanan organisasi dan keupayaan kakitangan untuk mencapai matlamat
yang telah ditetapkan dalam organisasi.

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

Kajian Mohd Ali (2004) dalam Nursuhaila (2007) mengenai persepsi guru
terhadap

kepimpinan

transformasi

pengetua

dan

hubungannya

dengan

kepuasan kerja guru Sek.Men. Keb Pontian, menunjukkan bahawa kepimpinan


transformasi amat mementingkan pengetahuan pemimpin tentang tingkahlaku
manusia serta berkemahiran tinggi dalam aspek hubungan interpersonal
terutama dalam memahami sikap dan motif orang lain serta membina hubungan
yang baik dengan subordinat.
Hal ini selaras dengan apa yang dijelaskan oleh Leithwood (1992) iaitu pemimpin
transformasi di sekolah memberikan penekanan untuk mencapai tiga matlamat
utama

iaitu

membantu

guru

membentuk,

memperkembang,

dan

juga

mengekalkan budaya kerja professional dan semangat bekerjasama, memupuk


perkembangan profesional guru dan membantu menyelesaikan masalah secara
efektif.
Kajian Norlidah (2000) dalam Nursuhaila (2007) yang dihasilkan secara kualitatif
tentang amalan kepimpinan pengetua di Sek. Men. Perempuan Sultan Ibrahim
Johor Bahru menunjukkan kepimpinan transformasional menjadi asas amalan
kepimpinan pengetua di sekolah tersebut. Hasil pemerhatian beliau serta reaksi
responden membawa kepada dapatan bahawa amalan kepimpinan yang
diamalkan oleh pengetua sekolah ini menunjukkan ciri-ciri positif terhadap
kesannya kepada aspek keberkesanan sekolah. Kajian ini menunjukkan bahawa
pemimpin transformasi mempunyai pengaruh yang kuat untuk mewujudkan
sebuah sekolah yang berkualiti dan cemerlang melalui orientasi kepimpinan
yang diamalkan.
Kajian Sabarinah (2000) dalam Nursuhaila (2007) di tiga buah sekolah di Batu
Berendam

Melaka

mengenai

tingkahlaku

kepimpinan

pengetua

dan

hubungannya dengan tahap motivasi guru membawa kepada dapatan bahawa


gaya kepimpinan mengarah dikesan sebagai gaya yang dominan berbanding
dengan kepimpinan transformasional berdasarkan kepada instrumen LBDQ yang
digunakan

terhadap

responden. Walau

bagaimanapun

unsure-unsur yang

menyamai amalan gaya kepimpinan transformasi terdapat dalam sekolah


tersebut. Ini disebabkan oleh hasil kajian yang menunjukkan terdapat kaitan atau
hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru.Selain
itu,kajian juga menunjukkan pengetua di tiga buah sekolah yang dikaji juga

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

mengamalkan gaya kepimpinan menyokong, partisipatif dan berorientasikan


kejayaan pelajar pada kadar yang sederhana.
Kajian Wan Faridah, Nor Azmi dan Ishak (2002) dalam Nursuhaila (2007) tentang
perbandingan kepimpinan transaksional dan transformasional terhadap ciri kerja
dalam kalangan profesional Teknologi Maklumat sektor awam menunjukkan
wujudnya hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional dengan
ciri kerja kepelbagaian kemahiran tetapi tidak signifikan terhadap ciri-ciri kerja
secara keseluruhan. Keputusan ini boleh ditafsirkan bahawa pengurus Teknologi
Maklumat

yang

memberikan

mengamalkan

ciri

kerja

tahap

pelbagai

kepimpinan

kemahiran

lebih

transformasional
tinggi

(baik)

tinggi
kepada

profesionalnya berbanding pengurus yang mengamalkan tahap kepimpinan


transaksi rendah.
Kajian Button (2003) dalam Nursuhaila (2007) yang dijalankan melalui kaedah
pemerhatian berkenaan dengan aplikasi prinsip kepimpinan transformasional
dalam aspek pembangunan guru menunjukkan dapatan bahawa melalui
kepimpinan transformasional yang diamalkan guru-guru lebih jelas terhadap
peranan

kepimpinan

mereka.

Ini

kerana

kepimpinan

transformasional

membiasakan mereka bekerja secara sepasukan dan sentiasa menghidupkan


semangat dan kesedaran ke arah mencapai visi dan misi yang ingin dicapai.
Kajian Button (2003) juga mendapati bahawa kepimpinan transformasional
merupakan gaya kepimpinan yang terbaik untuk diamalkan di bilik darjah. Ini
kerana melalui kepimpinan ini budaya kerjasama terutama dalam menangani
masalah

dijadikan

amalan.

Ini

kerana

stuktur

organisasi

kepimpinan

transformasional seperti yang dikaji adalah rata dan tidak berhierarki dari sudut
perkongsian kepimpinan.
Kajian Barnett (2003) terhadap kesan gaya kepimpinan transformasional dalam
kalangan

pengetua

sekolah

terhadap

iklim

pembelajaran

mencadangkan

penekanan perlu diberikan terhadap model tingkahlaku kepimpinan yang


mementingkan elemen kejelekitan di kalangan guru dan pengetua. Ini kerana
hasil dapatan kajian menunjukkan hubungan pengetua tetap sebagai ketua dan
guru tetap sebagai pengikut berbanding dengan konsep hubungan kerja
sepasukan dalam kepimpinan transformasional. Kajianj uga mendapati bahawa
guru-guru secara individu dilihat lebih bermotivasi apabila perhatian secara
7

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

individu diberikan oleh ketua dalam usaha mencapai visi organisasi berbanding
dengan motivasi yang didorong oleh visi itu sendiri.

Oleh itu adalah tidak menghairankan sekiranya kajian lepas turut menujukkan
bahawa kepimpinan transformasi memiliki banyak kelebihan dan kebaikan
berbanding dengan gaya kepimpinan lain dalam organisasi. Menurut Sosik
(1997) menjelaskan bahawa impak kepimpinan transformasi tidak sahaja
menyebabkan pengikut dapat memenuhi jangkaan prestasi
melepasi prestasi yang dijangkakan itu.Sosik (1997)

tetapi dapat

juga mendapati bahawa

kumpulan-kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan transformasi menjana


lebih banyak penyelesaian yang tulen, kata-kata yang menyokong, penghuraian
penyelesaian dan soalan-soalan tentang penyelesaiandan melaporkan peringkat
prestasi yang tinggi, usaha yang lebih dan kepuasan terhadap pemimpin
berbanding kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan transformasi yang
rendah.

Menurut Betty Yunan Silalhali (2008) menjelaskan bahawa penelitian tentang


kepe-mimpinan transformasional menunjukkan hubungan yang positif dengan
komitmen

organisasi.

Kepemimpinan

transformasi-onal

menginspirasikan

bawahannya untuk bersemangat dalam bekerja, memotivasi dan menumbuhkan


nilai-nilai kerja yang baik. Sehingga dapat menumbuhkan komitmen pada
karyawan untuk orga-nisasi dimana karyawan tersebut bekerja. Organisasi dapat
mendedikasikan seluruh hidupnya untuk kepentingan organisasi. Pemimpin
diharapkan dapat menumbuhkan motivasi, memelihara motivasi kerja untuk
para karyawannya, sehingga terciptanya kerjasama yang baik dan didukung oleh
budaya organisasi yang kuat untuk dapat meningkatkan komitmen pada
organisasi.

Judge dan Bono (2000:64) menunjukkan bahwa kepemimpinan trasnformasional


mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap komitmen. Tucker
dan Lewis (2004:78) mendefinisikan kepemimpinan transformasional sebagai
pola kepemimpinan yang dapat memotivasi karyawan dengan cara membawa
pada cita-cita dan nilai-nilai tinggi untuk mencapai visi misi organisasi yang
merupakan dasar untuk membentuk kepercayaan terhadap pimpinan.
8

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

Selanjutnya Judge dan Bono (2000) menjelaskan keistimewaan kepimpinan


transformasi turut dilihat melalui fungsi kepemimpinan ini yang senantiasa
memberikan motivasi kepada bawahannya,

diyakini dan memiliki pengaruh

terhadap perusahaan dalam bentuk bukan nilai wang seperti kepuasan kerja.
Pemimpin tranformasional memotivasi pengikutnya untuk melakukan sesuatu
(kinerja) diluar dugaan (beyond normal expectation) melalui transformasi
pemikiran dan sikap mereka untuk mencapai kinerja diluar dugaan tersebut,
pemimpin transformasional menunjukkan berbagai perilaku berikut: pengaruh
idealisme, motivasi inspirasional, stimulasi intelektual dan konsiderasi individual.
Howell dan Avolio (1993) menunjukkan kepimpinan karismatik, kepimpinan
intelektual, dan kepimpinan pertimbangan individu adalah dikaitkan dengan
kawalan fokus dalaman yang lebih tinggi dan berupaya menjangka prestasi unit
perniagaan untuk jangka pendek (satu tahun kehadapan). Bass dan Avolio (1990)
pula mendapati pada setiap peringkat organisasi kepimpinan transformasi lebih
berkesan daripada kepimpinan transaksi, dan juga pemimpin yang menggayakan
lebih kepimpinan transformasi menunjukkan prestasi lebih tinggi (Hater dan
Bass, 1988).
Weichun Zhu et al. (2005) dalam kajiannya mendapati kepemimpinan
transformasi dapat memberi inspirasi dan memotivasikan ahli-ahli dalam
organisasinya untuk cemerlang bukan sahaja dalam organisasi tetapi juga dalam
pencapaian

individu.

Pemimpin-pemimpin

transformasi

ini

didapati

mempamerkan sifat-sifat tertentu antaranya berkecenderungan untuk menjadi


pendengar yang baik dan sentiasa memberikan perhatian terhadap keperluan
individu untuk maju dalam kerjaya. Selain itu, pemimpin transformasi juga cuba
sedaya upaya untuk memuaskan hati para pekerja dibawahnya.
Abdul Ghani Kanesan (2002) mendapati kesan kepemimpinan transformasi
pendidikan dapat dilihat dalam lima bentuk iaitu kesan terhadap perlakuan
pengikut, psikologi, organisasi dan juga ke atas pencapaian pelajar. Menurutnya
lagi pemboleh ubah yang digunakan untuk mengkaji kesan kepemimpinan
transformasi ke atas psikologi termasuklah kepuasan kerja. Hal ini menunjukkan
bahawa

selain

membawa

perubahan

ke

atas

organisasi,

kepemimpinan

transformasi juga mampu membawa satu perubahan atau dimensi baru terhadap
persepsi guru-guru berkaitan dengan rasa puas hati mereka terhadap sesuatu
kerja yang telah dijalankan.
9

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

BIBLIOGRAFI
Abdul Ghani
Penggantian

Abdullah

Kepimpinan
Perlakuan

(2005),

Kepimpinan

Transformasi

Sebagaim Penentu Komitmen

Pengetua

dan

Terhadap Organisasi

dan

Warga Organisasi Pendidikan, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 20,


2005, Page
53-68, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia
Ahmad Shopian Khoirusmadi
Transfomasional Trans-

2011),

Analisis

Pengaruh

Kepimpinan

Formasional Terhadap Kinerja Pegawai Dengan Budaya Organisasi Sebagai


Variabel
Intervening.
Diponegoro

Latihan

Ilmiah

Tidak

Diterbitkan.

Semarang:

Universiti

Baharom et.al ( 2009). Kepimpinan Pendidikan Berkesan. Seminar Kepengetuan


Kebangsaan
Kali Ke VI. Kampus Universiti.Universiti Malaya
Betty Yunan Silalhali (2008).Kepimpinan Transformasional, Motivasi Kerja, Budaya
organisasi
Dan Komitmen Organsasi, Jurnal Psikologi Vol 2, 2008, Jawa Barat :
Universiti Gunadarma
Cheah Lee Hwa (2008). The Impact of Principals Transformational Democratic
Leadership
Style On Teachers Job Satisfaction and Commitment.Tesis. Pulau-Pinang :
Universiti
Sains Malaysia
Che Noh Muda ( 1995).Hubungan diantara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan
Tahap
Motivasi
Guru-Guru
Sekolah
Berasrama
Penuh
Di
Wilayah
Persekutuan.Latihan Ilmiah tidak diterbitkan. Kedah: Universiti Utara
Malaysia
10

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

Jazmi Mohd Isa (2009), Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru .
Latihan
Ilmiah Tidak Diterbitkan. Kedah : Universiti Utara Malaysia
Joko Widodo (2008), Kepimpinan Pendidikan Transaksional dan Transformasional
di SMK
Non Teknik, Jurnal Pendidikan Ekonomi, Vol 3, 2008, Unnes: Indonesia
Lokman Mohd Tahir (2008), Impak Psikologi Guru Hasil Kepimpinan Pengetua.
Jurnal
Teknologi 48(E),Jun 2008, Page ( 129-139),Johor : Universiti Teknologi
Malaysia
Mareena Mohammad et.al ( 2011),Tinjauan Hubungan Gaya Kepimpinan Dengan
Komitmen
Organisasi, Jurnal Ekspalinasi, 2011, Vol 6(1), page 17-28, Serdang:
Universiti Putra
Malaysia
Norhannan Ramli et.al ( 2006), Gaya Kepimpinan Wanita dan Hubungannya
dengan Tahap
Motivasi Guru Sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan 31, 2006, page 53-69,
Serdang:
Universiti Putra Malaysia
Nursuhaila Ghazali (2007). Tahap Amalan Kepimpinan Tranformasional Dalam
Kalangan
Pengetua Sekolah Menengah di Bandar Tangkak. Latihan Ilmiah Tidak
Diterbitkan.
Johor : Universiti Teknologi Malaysia
Othman Md.
Transformasi

Johan

Et.al

2008).Tingkahlaku

Kepimpinan

Transaksi

dan

Pengetua terhadap Kepuasan Kerja dan Komitmen Guru Terhadap Sekolah,


Jurnal
Pendidikan Teknologi Pendidikan, 2008,page( 31-43), Johor: Universiti
Teknologi
Malaysia

11

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

Parwazalam Abdul Rauf (2002), Gaya Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya


dengan
Sekolah Berkesan di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina Di
Perak. Latihan
Ilmiah tidak diterbitkan, Kedah: Universiti Utara Malaysia
Suci Wulandari ( 2003), Kepimpinan dalam organisasi Perspektif Teoritik dan
Metodologi
Jurnal Ilmiah Kesatuan No 2 Vol.5, 2003, Bogor: Indonesia
Sueb Haji Ibrahim (2002). Hubungan Gaya Kepimpinan Pemimpin Univiersiti
Teknologi Mara
Cawangan Sarawak Kampus Samarahan Terhadap Prestasi Staf. Latihan
Ilmiah Tidak diterbitkan. Kota Samarahan : Universiti Teknologi Mara
Wan Faridah Akmal et.al (2002), Kepimpinan Transaksi/Transformasi dan Ciri Kerja
Proffesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia, Jurnal Teknologi,
37(E)
Jun 2008, Page ( 57-70), Johor : Universiti Teknologi Malaysia
Yuanita Hendri Chandra Ratnawati (2007). Hubungan antara Persepsi terhadap
Gaya
Kepimpinan Transformasi Dengan Disiplin Kerja Karyawan Bank Jetang
Cawangan
Surabaya.
Diponegoro

Kajian

Ilmiah

tidak

diterbitkan.

Semarang

Universiti

12

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

2012

13