Anda di halaman 1dari 3

KATA KUNCI BAGI SOALAN BAHAGIAN B SAINS

Apakah kesimpulan bagi soalan berikut?


Semakin ____________ W2C, semakin _____________ W2M
(corak / pola)
(corak / pola)
Corak / pola: bertambah / berkurang

Terdapat beberapa tajuk di mana soalan kesimpulan tidak boleh menggunakan kata kunci di atas
seperti:

Tajuk: Cahaya
Kesimpulan: Cahaya bergerak lurus dalam satu garisan.

Tajuk: Geseran
Kesimpulan: Semakin bertambah kasar jenis permukaan, semakin bertambah geseran.

Tajuk: Kekuatan
Kesimpulan: Semakin bertambah kuat objek yang digunakan, semakin bertambah kukuh struktur
yang dibina.

Tajuk: Persaingan
Kesimpulan: Tumbuhan bersaing dengan sengit untuk mendapatkan cahaya matahari / ruang /
air untuk hidup dengan subur.

Haiwan bersaing untuk dengan sengit untuk mendapatkan ruang / makanan / air
untuk terus hidup.

Tajuk: Gerhana
Kesimpulan: Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara bulan dan Matahari dan
ketiga tiganya berada dalam satu garisan lurus.

Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari dan

ketiga tiganya berada dalam satu garisan lurus.

***** salah satu berdasarkan soalan

Tajuk: Pengawetan Makanan


Kesimpulan: Makanan akan menjadi lebih tahan lama sekiranya diawet dengan kaedah
penyejukbekuan / pengetinan / pengeringan / pelilinan / pengasinan.

Tajuk: Mesin Kompleks


Kesimpulan: Penggunaan teknologi membolehkan sesuatu pekerjaan dilakukan dengan mudah
dan cepat.

Tajuk: Pengaratan
Kesimpulan: Pengaratan berlaku sekiranya bahan logam terdedah kepada air dan udara.

Tajuk: Bumi, Bulan dan Matahari


Kesimpulan: Bumi berputar pada paksinya dari Barat ke Timur dan menyebabkan kejadian siang
dan malam.

Tajuk: Tindakbalas terhadap Rangsangan


Kesimpulan: Pucuk tumbuhan bertindakbalas dengan cahaya matahari manakala akar bertindak
balas dengan air.

Tajuk: Elektrik (Litar sesiri dan selari)


Kesimpulan: Mentol lebih cerah pada litar selari berbanding litar sesiri.

Tajuk: Mikroorganisma
Kesimpulan:* Mikroorganisma boleh bernafas / Mikroorganisma boleh bertumbuh

Tajuk: Keadaan Bahan


Kesimpulan: ** Gas / cecair / pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut

apabila disejukkan.

Tajuk: Asid dan alkali


Kesimpulan: Bahan berasid menukarkan kertas litmus biru ke merah manakala bahan beralkali
menukarkan kertas litmus merah ke biru.

Bahan neutral tidak menukarkan warna kertas litmus biru dan merah.
Bahan berasid berasa masam manakala bahan berasid berasa pahit.
Bahan neutral berasa manis, masin dan tawar.
Salah satu bergantung kepada soalan.