Anda di halaman 1dari 12

Laporan amali

Amali 4

: Asid Karbosilik, Ester dan Amina

Tujuan amali

: Menyediakan sampel ester dan menyiasat ciri-ciri fizikal ester.

Bahan

: etanol tulen, asid etanoik glasial, asid sulfurik pekat, larutan


natrium bikarbonat, minyak, air, larutan natrium klorida.

Radas

: bikar, kelalang penyuling, corong paip, kelalang bulat, kelalang


kon, silinder penyukat, termometer, kondenser Liebig, penunu
bunsen, kaki retort dan penyepit, tungku kaki tiga, penyumbat
getah dan blok kayu.

Rajah 1 : Penyediaan Ester.

Prosedur :
A. Menyediakan sampel ester
1. 50cm etanol tulen di campur dengan 50cm asid etanoik glasial ke dalam 250 ml
kelalang bulat.
2. 10 cm asid sulfurik pekat ditambah ke dalam kelalang sambil mengoncang dan
tambah beberapa cip porselin dalam larutan.

3. Susun radas seperti dalam rajah 1.


4. Campuran dipanaskan secara refluks selama 1 jam.
5. Campuran dibiarkan sejuk hingga suhu bilik.
6. Campuran sejuk dituang ke dalam corong pemisah dan 25cm air sejuk
ditambah. Goncangkan corong pemisah.
7. Lapisan bawah ( akuas ) dipisahkan daripada lapisan atas ( organik ). Lapisan akuas
disingkirkan.
8. 25cm 5% larutan natrium bikarbonat ditambah dan corong pemisah digoncang.
Lapisan bawah disingkirkan.
9. Prosedur 8 diulang.
10. 25cm air ditambah dan corong pemisah digoncang. Lapisan akuas disingkirkan.
11. 5cm larutan kalsium klorida tepu ditambah. Campuran dikacau dengan berhati-hati
dan larutan akuas disingkirkan.
12. Lapisan organik diperhatikan dan dibau.

A. Keputusan Penyediaan Ester


Tindak balas

Pemerhatian

Inferens

Etanol tulen + asid etanoik


glasial + asid sulfurik pekat

Larutan tidak berwarna


Bau buah-buahan

Ester terbentuk

B. Menyiasat ciri-ciri fizikal ester

1. 2cm etil etanoit dimasukkan ke dalam tabung uji. Bau ester dicatatakan.
2. 5cm air suling ditambah dalam ester dan campuran itu digoncang.Tahap kelarutan
ester dalam air dicatat.
3. aseton dan spirit bermetil digunakan untuk menggantikan air suling .Pemerhatian
perlu dicatat.( ulang langkah 1 dan 2 )

Keputusan
Pelarut

pemerhatian

Inferens

Air

Dua lapisan
terbentuk
Tiada lapisan
terbentuk
Tiada lapisan
terbentuk
Berubah warna
kebiruan

Ester tidak larut

Aseton
Spirit bermetil

Ester larut
Ester larut

Perbincangan
Ester dapat disediakan dengan memanaskan campuran etanol tulen dengan asid
etanoik glasial bersama asid sulfurik pekat di mana asid sulfurik pekat ini bertindak
sebagai pemangkin. Cip porselin dimasukkan ke dalam campuran untuk menyekatakan
pemanasan dan mengelakkan gelembong-gelembong terkeluar semasa semasa
pendidihan. Campuran dipanaskan secara refluks selama sejam.
Campuran yang telah sejuk dimasukkan ke dalam corong pemisah dan campuran
ditambahkan dengan air sejuk. Lapisan bawah ( akuas ) dipisahkan daripada larutan
atas ( organik ).Semasa proses ini natrium bikarbonat ditambah untuk tujuan
mengeluarkan semua asid yang tidak bertindak balas seperti asid etanoik dan asid
sulfurik. Larutan kalsium klorida tepu juga ditambah untuk mengeluarkan etanol. Satu
lapisan yang tidak berwarna dan berbau wangi terhasil.

Kesimpulan
Ester dapat dihasilkan melalui proses pengesteran. Ia nya terhasil apabila satu
campuran asid karbosilik dan alkohol direflukkan dengan kehadiran asid sulfurik pekat.

Soalan
1. Jelaskan maksud Tindak balas Esterifikasi.
Apabila asid karboksilik dengan alkohol dipanaskan di bawah refluks dengan asid
sulfurik sebagai pemangkin membentuk ester dan air.
2. Tulis persamaan kimia seimbang untuk menunjukkan tindak balas antara asid
etanoik dan etanol.
CH3 CHOO (c) + CH3 CH2OH (c) CH3COOC2H5 + H2O
Asid etanoik + etanol

ester

+ air

3. Apa fungsi asid sulfurik pekat dalam eksperimen ini ?


Fungsi asid sulfurik pekat ialah sebagai pemangkin.

4. Jelaskan langkah lain dalam penyediaan etil ethanoat.


Penulenan ester
i.

Campuran ester dituang ke dalam corong pemisah dan 25cm 3 air sejuk
ditambah. Corong pemisah digoncang. Lapisan akuas disingkirkan.

ii.

25cm3 5% larutan natirum bikarbonat ditambah dan corong pemisah


digoncang. Lapisan bawah disingkirkan.

iii.

Prosedur 2 diulangi.

iv.

25cm3 air ditambah dan corong pemisah digoncang. Lapisan bawah


disingkirkan.

v.

5cm3 larutan kalsium klorida tepu ditambah. Campuran dikacau dengan


berhati-hati dan larutan akuas disingkirkan. Lapisan organik diperhati dan
dihidu baunya.

5. Apakah fungsi 5% larutan natrium bikarbonat dalam eksperimen ini ?


Mengeluarkan semua asid yang tidak bertindak balas seperti asid etanoik dan asid
sulfurik.

6. Jelaskan kegunaan kalsium klorida dalam eksperimen ini.


Kalsium klorida digunakan untuk mengeluarkan etanol.

7. Bandingkan kelarutan etil etanoat dalam air, aseton dan spirit bermetil. Jelaskan
pemerhatian anda.
Etil etanoat tidak boleh larut dalam air berbanding aseton dan spirit bermetil. Ini
kerana tiada lapisan terbentuk apabila etil etanoat dicampurkan dengan aseton
dan spirit bermetil.aseton dan spirit bermetil berada alam kumpulan pelarut yang
sama dengan etil etanoat.
8. Namakan ester yang terhasil daripada tindak balas esterifikasi antara asid butanoik
dan etanol.
Etil butanoat
9. Tuliskan persamaan kimia seimbang untuk mewakili tindak balas di atas.
CH3 (CH2)2 COOH + CH3CH2OH CH3C2H4COOC2 H5 + H2O
Asid butanoik

+ etanol

etil butanoat

+ air

LAPORAN AMALI

Amali 5

: Ammonia, Asid Sulfurik dan Asid Nitrik

Tujuan amali

: Menyediakan baja garam amonia.

Bahan

: Larutan ammonia ( 2M ), asid sulfurik cair ( 1M )

Radas

: Bikar, rod kaca, penunu bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai,
corong turas dan kertas turas.

Prosedur :
1. 30cm asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam bikar.
2. Masukkan larutan ammonia sedikit demi sedikit dan kacau larutan tersebut.
3. Berhenti menambah larutan ammonia apabila larutan mengeluarkan bau amniotik.
4. Larutan dipanaskan hingga isi padu larutan menjadi 1/3 daripada isi padu asal.
5. Larutan disejukkan dalam larutan campuran ais dan air. Turaskan hablur garam
yang terhasil dengan menggunakan corong turas dan kertas turas.

Gambar rajah : Penyediaan baja garam ammonium

Keputusan :
Tindak balas
Ammonia + asid sulfurik
cair

Pemerhatian
Serbuk putih terhasil

Inferens
Garam terbentuk

Litmus biru bertukar warna

Terdapat asid dalam garam


putih

Soalan

1. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pembentukan ammonium


sulfat dalam eksperimen ini.
2NH4OH(ak)

+ H2SO4(ak)

Ammonia

+ asid sulfurik cair

(NH4)4 SO4(ak)

+ 2H2O

ammonium sulfat + air

2. Bagaimanakah penambahan ammonium sulfat ke dalam tanah dapat mempengaruhi


pH tanah ?
Apabila ammonium sulfat dicampurkan dengan tanah,ion ammonium NH+ akan
dioksidakan kepada ion nitrat NO3 dan H+ melalui proses nitrifikasi. Oleh itu, ion
H+ akan menurunkan pH tanah.
3. Selain digunakan sebagai baja, ammonium sulfat juga digunakan sebagai
penyembur agrikultur adjuivant untuk racun serangga yang larut dalam air. Jelaskan
fungsi ammonium sulfat di dalam penggunaan ini.
Ammonium sulfat berfungsi untuk mengikat besi dan kalsium kation yang hadir
dalam air dan sel tumbuh-tumbuhan.

4. Namakan 3 contoh baja asli yang digunakan dalam pertanian.


1. najis lembu
2. najis ayam
3. sisa organik
5. Namakan 3 contoh baja buatan yang digunakan dalam pertanian.

1. ammonium fosfat
2. ammonium nitrat
3. urea

6. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi pembentukan :


a) ammonium fosfat
asid fosforik + larutan ammonia ammonium fosfat
H3PO4 + NH3 NH4 ( PO4)2
b) ammonium nitrat
asid nitrik + larutan ammonia ammonium nitrat
H3NO3

NH3 NH4NO3

c) urea
karbon dioksida + larutan ammonia
CO2

urea

2NH3 (NH2) 2CO2 + H2O

7. Kira peratus nitrogen dalam 1 mol bagi baja-baja di atas.


[ Jisim atom relatif H, 1; C, 12; N,14; O,16; P, 31; S, 32 ]
a)
b)

(NH4)3PO4
NH4NO3

c) (NH2)2CO

42g X 100 = 28.2%


149g
28g

x 100 = 35%
80g
28g
60g

x 100 = 46.7%

8. Berdasarkan pengiraan di atas, baja manakah yang paling sesuai untuk


pertumbuhan tumbuhan. Jelaskan jawapan anda.
Baja yang mengandungi nitrogen paling banyak kerana nitrogen diperlukan untuk
pertumbuhan akar.

LAPORAN AMALI

Amali 6

: Sabun dan Detergen

Tujuan amali

: Menyediakan sabun menggunakan proses saponifikasi.

Bahan

: Minyak kelapa sawit, larutan natrium hidroksida, serbuk natrium


klorida.

Radas

: Kertas turas, air suling, bikar, silinder penyukat, spatula, rod


kaca, corong turas, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu bunsen
dan tabung uji.

Prosedur :
1. 10cm minyak kelapa sawit di tuang ke dalam bikar.
2. 50cm, 5 mol dm3 larutan natrium hidroksida di tambah ke dalam minyak kelapa
sawit.
3. Campuran dipanaskan hingga mendidih.
4. Campuran dikacau menggunakan rod kaca.
5. Campuran dibiarkan memdidih selama 10 minit.
6. Tambah 50cm air suling dan tiga spatula natrium klorida ke dalam campuran
selepas pemanasan.
7. Campuran dipanaskan selama 5 minit.
8. Campuran dibiarkan menyejuk.

9. pepejal putih yang terhasil ditapis. Basuh dengan sedikit air suling.
10. Pepejal putih di tekan pada kertas turas dan dikeringkan.
11. Pepejal putih disentuh dengan jari dan buat pemerhatian.Letakkan sedikit pepejal
putih ke dalam tabung uji. Tambahkan sedikit air paip dan tabung uji digoncangkan.
12.Pemerhatian direkodkan.

Rajah : Penyediaan sabun

Keputusan
Bahan/
Tindak balas
Minyak kelapa sawit +
natrium hidroksida + air +
natrium klorida

pemerhatian

Mendakan terbentuk.
Licin bila disentuh.
Berbuih bila digoncang
dengan air.

inferens

Mendakan yang
terbentuk ialah sabun.

Perbincangan
Minyak kelapa sawit dan natrium hidroksida dipanaskan hingga mendidih.Setelah itu air
dan natrium klorida ditambah dalam campuran. Natrium klorida digunakan untuk
mengurangkan kelarutan sabun dalam air dan menghasilkan mendakan.

Campuran dituras untuk mendapatkan sisa pepejal putih. Pepejal putih dirasa dengan
jari dan didapati rasanya licin. Apabila pepejal itu dicampur dengan air dan digoncang ,
buih terhasil.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa menjalankan eksperimen ini dengan
mengawal nyalaan penunu bunsen. Larutan juga perlu dikacau untuk mengelakkan buih
terkeluar di mana campuran minyak sawit dengan larutan natrium hidroksida
menghasilkan banyak buih.

Kesimpulan
Sabun boleh disediakan daripada minyak sayuran dengan larutan natrium hidroksida
pekat melalui proses safonifikasi.
Soalan

1. Terangkan ciri-ciri sabun yang dihasilkan.


Licin bila disentuh dan berbuih apabila dicampur dengan air dan digoncangkan.

2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini ?


Natrium klorida digunakan untuk bertindak balas dengan larutan untuk menghasilkan
mendapan dan mengurangkan kelarutan sabun yang dihasilkan.

3. Tuliskan persamaan perkataan yang mewakili proses saponifikasi dalam eksperimen


ini.hidrolisis
Ester + natrium hidroksida

garam natrium / asid lemak + alkohol + air

4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip diganti dengan air suling dalam prosedur
11. Terangkan jawapan anda.
Buih yang terhasil lebih banyak kerana air suling adalah air tulen yang tidak
mempunyai ion-ion stearat yang akan menyebabkan penghasilan kekat. Oleh itu air
suling akan menghasilkan lebih banyak buih.

5. Bolehkah sabun dihasilkan melalui tindak balas hidrolisis lemak atau minyak dalam
keadaan berasid ? Terangkan jawapan anda.
Sabun tidak boleh dihasilkan dalam keadaan berasid kerana semasa proses
hidrolisis, satu molekul ester minyak atau lemak akan menghasilkan molekulmolekul
asid yang seterusnya bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan sabun.
Bahan alkali digunakan sebagai mangkin dalam proses ini.

6. Namakan dua teknik untuk menghasilkan sabun.


Teknik sejuk dan teknik panas

7. Apakah kelemahan sabun komersial ?


Kelemahan sabun komersial ialah ia mempunyai campuran NaOH yang banyak dan
menyebabkan fabrik tidak tahan lama. Selain itu ia boleh menyebabkan kulit menjadi
kering kerana tidak mempunyai gliserin.

8. Apakah sumber yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan detergen ?


Petroleum.

Anda mungkin juga menyukai