Anda di halaman 1dari 3

MUTIARA KATA

1. Kasihanilah musuh anda kerana dia telah menyebutkan kesalahan anda.


2. Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa
pandangan anda terhadap diri anda sendiri
3. Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tentram dalam hidupnya :
iri, dengki, dan akhlak buruk
4. Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah
bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun
terbukti salah
5. Lidah anda yang menentukan siapa anda.
6. Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya
7. kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu,
mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang
mencaci kamu confusius
8. "Dan Apabila Menderita Kesusahan,Dia Bersabar,Ini Merupakan Kebaikan
Baginya" - Riwayat Muslim
9. Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau
tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani
Khalifah Ali bin Abi Talib
10. Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,janganlah hidup seperti
duri dan menyakiti orang lain
11. Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka
memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

12 Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita
sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
13. Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah
dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan

14. Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu
jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran

15. Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri


dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari
kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang
dilakukan oleh orang lain

Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian


rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah
kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang
dihajati dalam kerukunan perkahwinan

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang
amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya
bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya

Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian.


Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang
berhak menyelesaikannya

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala
esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat
pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan
tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan
suatu penyeksaan

Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab
sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata
kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan

Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana,


menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu
tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan

Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti
sebutir peluru yang menembusi dadamu

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu
sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu
untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan
membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa."
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan


atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Anda mungkin juga menyukai