Anda di halaman 1dari 9

MINGGU KE- 1

PENJABARAN ISI SATUAN ACARA


PENGAJARAN
CAKUPAN ISI (Content Summarry)
1. Penjelasan Silabus MK: Kilasan MK, Metode, Tata -Laksana, Sangsi, dll
2. Definisi Kenyamanan termal
3. Penjelasan Tugas
TUJUAN PEMBELAJARAN (Learning Outcomes)
1. Mengetahui rencana perkulliahan dan tugas dan tata tertibnya.
2. Mengevaluasi perkuliahan sebelumnya, sehingga mampu menjelaskan arti
Perencanaan & Perancangan Tapak (yang terdiri dari Massa Bangunan,
R.Terbuka & Tata Hijau, Penataan Sirkulasi & Parkir beserta Elemen-elemennya)
3. Mampu menjelaskan bagaimana menyajikan gambar rancangan tapak pada
lahan berkontur dengan fungsi publik, misal hotel.
KRITERIA PENILAIAN (Assesment Criteria)
Pemahaman suatu rancangan tapak dan elemen-elemen pembentuknya
METODE PENILAIAN (Assesment Method)
Tugas Sketsa (prasyarat tugas berikutnya), setelah studio langsung
dikumpulkan: Sketsa gambaran rancangan tapak pada lahan berkontur dengan
fungsi publik.
Penyampaian Tugas Besar: Materi, Jadwal dan Asistensi tugas per minggunya.,
pembentukan Kelompok Mahasiswa dan Asisten
PENYAMPAIAN (Delivery)
Tatap muka
Diskusi
Tugas Individu
Studio
PUSTAKA (References)

2
MATERI PENGAJARAN

LINGKUP FISIKA BANGUNAN


KENYAMANAN TERMAL
]
Bab ini akan membincangkan perihal kenyamanan termal dan rekabentuk
bumbung yang merupakan kandungan utama dalam kajian ini. Perkara utama yang
akan dibincangkan adalah aspek-aspek litupan (envelope) bangunan, khususnya
bumbung, yang mempengaruhi kenyamanan termal di dalam perumahan teres satu
tingkat. Jenis perumahan ini berasaskan pengalihudaraan semulajadi di Malaysia iaitu
iklim tropika panas dan lembap sepanjang tahun. Ia merangkumi pemahaman mengenai
kenyamanan termal pada perumahan awam yang menggunakan rekabentuk pasif.
Prestasi termal bumbung yang berkait rapat dengan rekabentuk bangunan, pemindahan
haba dan lembapan serta pembaikan prestasi bumbung juga akan dibincangkan.

2.1 Pendekatan Kenyamanan Termal


Di sini akan dibincangkan mengenai kenyamanan termal dalam lingkup yang
lebih luas berbanding dengan yang lazim dijalankan. Lazimnya, bidang-bidang kajian
dalam kenyamanan termal lebih memberi fokus kepada aspek manusia. Manakala
kajian ini akan memberi fokus kepada aspek bangunan di mana manusia (penghuni)
berada. Pelbagai usaha dan strategi cuba dilakukan untuk mencapai kenyamanan
dalam bangunan. Dengan demikian, untuk melihat kesan masing-masing pemboleh
ubah daripada litupan bangunan, keadaan kenyamanan termal yang akan digunakan di
sini hanya merupakan rujukan yang bersifat tetap.
ASHRAE (1989) mendefinisikan kenyamanan termal sebagai suatu pemikiran
di mana kepuasan didapati dari suatu persekitaran termal. Oleh kerana kenyamanan
adalah suatu pemikiran, persamaan empirik mesti digunakan untuk mengaitkan
tanggapan kenyamanan terhadap sambutan tubuh.

Kenyamanan termal merupakan

kepuasan yang dialami oleh seorang manusia yang menerima suatu keadaan termal.
Keadaan ini boleh dialami secara sedar ataupun tidak. Namun begitu, apabila keadaan
berubah maka ia akan merasa tidak selesa. Pemikiran suhu neutral atau suhu tertentu

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

3
yang sesuai untuk seseorang dinilai agak kurang tepat kerana nilai kenyamanan bukan
merupakan konsep yang pasti dan berbeza bagi setiap individu.
Fanger (1970) menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kenyamanan
termal seperti berikut:
1. Tahap aktiviti (pengeluaran haba dalam tubuh);
2. Rintangan termal daripada pakaian (nilai clo);
3. Suhu udara;
4. Suhu sinaran purata;
5. Kadar kelembapan udara relatif dan;
6. Tekanan wap air dalam udara persekitaran.
Meskipun keadaan kenyamanan berbeza bagi setiap individu, terdapat satu zon di mana
setiap individu paling banyak merasa selesa. Zon ini dipanggil dengan zon
kenyamanan.
Selanjutnya, kenyamanan termal boleh dicapai melalui pelbagai gabungan
pembolehubah di atas dan juga beza penggunaan sistem teknik asas.

Meskipun

kenyamanan berbeza bagi setiap individu, terdapat satu zon di mana terdapat 80%
individu merasa selesa. Zon ini dipanggil sebagai zon kenyamanan.
Selain faktor-faktor yang disebutkan di atas, faktor-faktor yang berasal dari
bangunan juga mempengaruhi kenyamanan dalaman. Pada asasnya faktor-faktor ini
dapat dibahagikan kepada tiga iaitu sistem manusia atau penghuni, sistem bangunan
dan sistem alam sekitar. Sistem manusia meliputi aktiviti penghuni di dalam bangunan.
Kajian yang berkaitan dengan sistem manusia ini paling banyak dan telah lama
dijalankan. Humphries (1972) menyatakan bahawa kajian yang berkenaan dengan
sistem manusia ini telah mencapai usia hampir selama 50 tahun. Sistem bangunan
meliputi litupan dan peralatan yang berada di dalamnya. Yilmaz (1983) menyatakan
bahawa kenyamanan dalam bangunan bukan sahaja dipengaruhi oleh aktiviti penghuni
itu sendiri tetapi oleh bangunan di mana penghuni itu berada. Sistem alam sekitar
meliputi keadaan alam yang berada di sekeliling bangunan tersebut. Alam sekitar yang
berada di sekeliling bangunan merupakan lingkup persekitaran yang paling luas dan
paling besar pengaruhnya terhadap keadaan termal dalaman. Faktor-faktor yang

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

4
mempengaruhi keadaan dalaman ini secara umum merangkumi haba yang dipancarkan
oleh dinding, tingkap cermin, siling, lampu dan peralatan. Rajah 2.1 menunjukkan sistem
pendekatan terhadap kajian kenyamanan termal dalam sebuah bangunan.

Matahari

Sinaran suria

Bumbung

Pengaruh
persekitaran

Dinding

Tingkap
Kenyamana
n Termal
Sistem
Manusia

Sistem
Bangunan

Sistem
Persekitaran

Rajah 2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi kenyamanan dalam


bangunan.
Masalah utama yang menyebabkan ketidaknyamanan secara termal dalam
bangunan di Jakarta adalah serupa seperti yang dialami daerah tropika yang lain seperti
Malaysia (Ian Ward dalam Karyono) yang memiliki suhu udara tinggi, radiasi suria tinggi
dan kelembaban yang tinggi. Hujan, sampai tahap tertentu, membantu menyejukkan
suhu udara, selain tentunya meningkatkan kelembaban. Walaubagaimanapun, manusia
msih berasa lebih nyaman dalam bangunan apabila hujan berbanding dengan langit
cerah kerana suhu udara luar yang rendah. Hal ini menunjukkan bahwa ketiadaan
radiasi suria terus dan serakan dan kehadiran suhu udara yang rendah, manusia boleh
mendekati keadaan nyaman meskipun kelembaban tinggi.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

Faktor utama yang menyebabkan ketidak nyamanan termal di Indonesia adalah


radiasi suria terus. Apabila bangunan terlindung daripada radiasi terus, kenyamanan
dalaman boleh dicpai tanpa bantuan alat mekanikal. Hal ini telah banyak dibuktikan
dalam banyak kes, khususnya untuk bangunan bertingkat rendah di mana pokok
membantu merintangi radiasi suria terus mencapai bangunan, dan menyediakan
persekitaran yang nyaman dalam bangunan. Dalam beberapa kes, di mana apabila
bumbung direka dengan sesuai, radiasi suria yang menyebabkan keadaan bahang
dalam bangunan dapat dihindari (Karyono, 1996).
Secara umum, dapat dikatakan bahwa apabila hujan tidak ada, maka cara yang
paling cekap mencapai keadaan nyaman di daerah tropika lembab adalah dengan
meningkatkan pengalihudaraan dengan mengabaikan kaloryang hilang secara radiasi.
Terlepas daripada pengurangan kelembaban udara, peningkatan pengalihudaraan akan
membantu menyejatkan peluh daripada kulit yang juga akan menurunkan suhu kulit. Hal
ini akan menghasilkan perasaan dingin pada tubuh manusia, sehingga akan membantu
mencapai kenyamanan termal (di daerah iklim tropika).
Kajian kenyamanan telah dijalankan di daerah panas atau tropika lembab. Webb
( ) pada tahun 1959, Ellis pada tahun 1952 dan 1953 ( ) dan de Dear ( ) pada tahun
1991 adalah sebilangan penyelidik yang menjalankan kajian kenyamanan di Singapura.
Pada tahun 1989, Busch ( ) menjalankan kajian kenyamanan termal bagi
pegawai pejabat di empat bangunan pejabat di Ibukota Bangkok, Thailand. Tanabe ( )
menjalankan penyelidikan di Jepun dengan mengubah bilik secara ujikaji agar
menyerupai iklim tropika panas dan berakhir dengan hasil dan cadangan yang sesuai
untuk persekitaran tropika. Pada tahun 1991, Maitreya ( ) dan juga Matthews danNicol
(1994) ( ) menjalankan kajian kenyamanan termal di India, manakala Nicol et. al. ( )
menjalankan kajian di negara jirannya, Pakistan.

2.1

Penyelidikan Kenyamanan di Malaysia


Menurut

Abdulmalik

(1992),

di

Semenanjung

Malaysia,

penyelidikan

kenyamanan termal dimulakan dalam lingkungan tahun 1950-an oleh orang Inggeris.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

6
Kerja-kerja dijalankan dengan cara klasik iaitu dalam bentuk kajian lapangan. Hasil
kajian ini masih merupakan rujukan yang selalu digunakan. Selain itu, kajian yang
dijalankan oleh de Dear dan lain-lain di Semenanjung Malaysia menunjukkan
keunggulan model malar (constancy model). Kajian berkenaan kenyamanan ini
kemudian berkembang dengan pelbagai kaedah dan kawasan kajian yang berbeda
seperti Abdulmalik (1992) yang bertumpu untuk bangunan pejabat. Adnan (1997)
menjalankan kajian dengan fokus kepada bangunan kilang dan penyelidik-penyelidik
lain yang disenaraikan secara ringkas dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 Ringkasan penyelidikan berkenaan dengan rentang


kenyamanan termal di Semenanjung Malaysia
No

Penyelidik

Adnan, 1997

Zain Ahmad, Kajian lapangan


1997
Samirah Abdul Kajian lapangan
Rahman, 1998

Rentang
nyaman.
23.4 0C 27.70C
RH 51.5%-69%
24.5 0C 28 0C
RH 72%-74%
27.0 0C - 27.6 0C
RH 54%-76%

Mohd. Syarif Kajian lapangan


Hidayat, 1999

27 0C - 29 0C
RH 70%-75%

3
4

Kaedah
penyelidikan
Kajian lapangan

Situasi penyelidikan
Kilang
yang
dinyamankan
Ruang kuliah
Ruang kuliah dgn.
pengalihudaraan
semulajadi
Rumah
dengan
pengalihudaraan
semulajadi

Salah satu penemuan penting dalam penyelidikan di bidang kenyamanan termal


ini adalah zona kenyamanan termal untuk penduduk Malaysia yang berada dalam
sebuah bangunan. Daripada jadual di atas terlihat jelas bahwa hampir keseluruhan
bangunan yang dibuat kajian adalah merupakan bangunan awam. Hanya satu daripada
jadual di atas yang menggunakan rumah kediaman sebagai tempat ujikaji. Kajian yang
dijalankan oleh Mohd. Syarif (1999) ke atas penghuni yang berada di rumah teres di
Johor Bahru menambahkan penemuan dalam bidang kenyamanan termal dalam
bangunan,

khususnya

rentang

suhu

nyaman

dalam

rumah

tinggal

dengan

pengalihudaraan semulajadi. Kajian ini menunjukkan bahwa rentang suhu nyaman


maksimum yang masih diterima oleh penghuni lebih tinggi berbanding yang

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

7
dicadangkan, iaitu 29 0C. Rentang suhu nyaman yang dicadangkan oleh para penyelidik
kira-kira antara 27 0C sehingga 28 0C.

2.2

Ringkasan
Kenyamanan termal memiliki tujuan untuk membangun zona nyaman atau

rentang suhu di mana sebagian besar manusia merasa nyaman. Ini dicapai apabila
berlaku perasaaan menyenangkan bagi penghuninya. ASHRAE Standard 55-1992
mendefinisikan kenyamanan termal sebagai keadaan pikiran yang menyatakan puas
terhadap persekitaran termal.
Faktor-faktor kenyamanan termal daripada faktor iklim adalah suhu udara, suhu
radiasi rata-rata, kelembaban relatif dan kecepatan udara, manakala faktor peribadi
terdiri daripada aktiviti dan pakaian. Selain itu, terdapat faktor-faktor yang juga
mempengaruhi kenyamanan, diantaranya ialah jantina, bentuk tubuh badan (gemuk,
keluasan Dubois) dan perbedaan bangsa.
Kenyamanan termal boleh diukur daripada pelbagai kaedah. Diantaranya adalah
skala tujuh-mata ASHRAE, skala Bedford dan skala Humphreys dan Nicol. Selain itu
juga ada skala tiga-mata McIntyre. Skala ini digunakan untuk memperoleh maklumat
lanjut mengenai kesukaan manusia (subjek) terhadap persekitaran termal di
sekelilingnya.
Penyelidikan kenyamanan termal di Malaysia terus berkembang dan melibatkan
beberapa jenis bangunan seperti ruang kelas, kilang dan bilik iklim dan telah
dikenalpasti sifat keadaan kenyamanan masing-masing. Untuk rumah tinggal pula,
penyelidikan yang dilakukan Mohd. Syarif (1999) menambahkan hasil-hasil penyelidikan
dalam bidang kenyamanan yang sudah dicapai.
Beberapa pendekatan untuk mendefinisikan kenyamanan termal. Berdasarkan
nomogram Effective Temperature (ET) oleh Houghten dan Yaglou, zona kenyamanan

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

8
termal untuk daerah tropika mula diperkenalkan oleh Koenigsberger (1973). Humphreys
(1978) pula menetapkan kenyamanan termal menggunakan konsep suhu neutral.
Zona kenyamanan Koenigsberger (1973) didefinisikan oleh suhu udara kering
tertentu (DBT) atau suhu glob (GT), suhu udara basah, dan kecepatan udara. Sebagai
contoh, untuk kecepatan udara lebih kurang 1.5 m/s, zona kenyamanan berada pada
nilai ET antara 22 0C dan 27 0C .
Manakala Olgyay (1963) mengenalkan carta bioklimatik di mana zona
kenyamanan dapat didefinisikan untuk sebarang iklim.
Humphreys (1978) mengenalkan suhu neutral sebagai fungsi daripada suhu
dalaman rata-rata atau suhu glob dan juga sebagai fungsi daripada suhu udara luaran
bulanan rata-rata samada untuk untuk bangunan dengan pengudaraan semulajadi
ataupun dengan penyaman udara. Auliciems mengembangkan fungsi korelasi
Humphreys dan mendefinisikan suhu neutral sebagai fungsi daripada suhu dalaman dan
luaran bulanan rata-rata.
Walaubagaimanapun, Fanger dan Humphreys (termalsuk Auliciems) pada masa
sekarang masih menguasai pertelingkahan dalam teori kenyamanan termal yang akan
diterangkan berikut ini.
Masalah utama yang menyebabkan ketidaknyamanan secara termal dalam
bangunan di Jakarta adalah serupa seperti yang dialami daerah tropika yang lain seperti
Malaysia (Ian Ward dalam Karyono) yang memiliki suhu udara tinggi, radiasi suria tinggi
dan kelembaban yang tinggi. Hujan, sampai tahap tertentu, membantu menyejukkan
suhu udara, selain tentunya meningkatkan kelembaban. Walaubagaimanapun, manusia
msih berasa lebih nyaman dalam bangunan apabila hujan berbanding dengan langit
cerah kerana suhu udara luar yang rendah. Hal ini menunjukkan bahwa ketiadaan
radiasi suria terus dan serakan dan kehadiran suhu udara yang rendah, manusia boleh
mendekati keadaan nyaman meskipun kelembaban tinggi.
Faktor utama yang menyebabkan ketidak nyamanan termal di Malaysia adalah
radiasi suria terus. Apabila bangunan terlindung daripada radiasi terus, kenyamanan

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

9
dalaman boleh dicpai tanpa bantuan alat mekanikal. Hal ini telah banyak dibuktikan
dalam banyak kes, khususnya untuk bangunan bertingkat rendah di mana pokok
membantu merintangi radiasi suria terus mencapai bangunan, dan menyediakan
persekitaran yang nyaman dalam bangunan. Dalam beberapa kes, di mana apabila
bumbung direka dengan sesuai, radiasi suria yang menyebabkan keadaan bahang
dalam bangunan dapat dihindari (Karyono, 1996).
Secara umum, dapat dikatakan bahwa apabila hujan tidak ada, maka cara yang
paling cekap mencapai keadaan nyaman di daerah tropika lembab adalah dengan
meningkatkan pengalihudaraan dengan mengabaikan kaloryang hilang secara radiasi.
Terlepas daripada pengurangan kelembaban udara, peningkatan pengalihudaraan akan
membantu menyejatkan peluh daripada kulit yang juga akan menurunkan suhu kulit. Hal
ini akan menghasilkan perasaan dingin pada tubuh manusia, sehingga akan membantu
mencapai kenyamanan termal (di daerah iklim tropika).
Kajian kenyamanan telah dijalankan di daerah panas atau tropika lembab. Webb
( ) pada tahun 1959, Ellis pada tahun 1952 dan 1953 ( ) dan de Dear ( ) pada tahun
1991 adalah sebilangan penyelidik yang menjalankan kajian kenyamanan di Singapura.
Pada tahun 1989, Busch ( ) menjalankan kajian kenyamanan termal bagi
pegawai pejabat di empat bangunan pejabat di Ibukota Bangkok, Thailand. Tanabe ( )
menjalankan penyelidikan di Jepun dengan mengubah bilik secara ujikaji agar
menyerupai iklim tropika panas dan berakhir dengan hasil dan cadangan yang sesuai
untuk persekitaran tropika. Pada tahun 1991, Maitreya ( ) dan juga Matthews danNicol
(1994) ( ) menjalankan kajian kenyamanan termal di India, manakala Nicol et. al. ( )
menjalankan kajian di negara jirannya, Pakistan.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

Anda mungkin juga menyukai