Anda di halaman 1dari 16

19

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar


di Cameron Highlands
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah Mazdi Marzuki Abdul Jalil Ishak

Abstrak
Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi
setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888.
Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan
keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang
diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun
dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, chalet dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu,
pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama
sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan
petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai
masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah haram di Lembangan Bertam
yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian
berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah
dijalankan. Kajian ini dilakukan melalui penggunaan data skunder daripada
agensi-agensi kerajaan dan pemerhatian di lapangan serta kaji selidik terhadap
150 orang responden. Kajian ini cuba melihat pengaruh pembangunan dan kesan
kualiti alam sekitar di kawasan ini di samping mengenai pasti langkah-langkah
pemeliharaan yang perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan keunikan
kawasan pelancongan tanah tinggi ini pada masa kini dan akan datang.

Pengenalan
Kepesatan pembangunan di Cameron Highlands sering dikaitkan dengan
kecuaian dan kurangnya penjagaan terhadap alam sekitarnya. Pembangunan yang
berlaku seiring dengan tujuan untuk memenuhi keperluan penduduk dan
mencapai matlamat untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Desakan

Impak Pembangunan Terhadap A kan Sekitar di Cameron Highlands / 295

pembangunan yang dahulunya hanya berpusat di kawasan-kawasan bandar utama


mula merebak ke kawasan tanah tinggi Cameron yang juga berfungsi juga sebagai
pusat peranginan tanah tinggi. Kawasan-kawasan tanah tinggi ini telah
dibangunkan dengan infrastruktur pelancongan seperti chalet, hotel, perumahan
dan jalan raya di samping pembangunan pertanian sederhana sejuk. Ini
menjelaskan petunjuk bahawa kawasan tanah tinggi Malaysia yang mempunyai
tahap kemudahterancaman kepada bencana yang tinggi di Semenanjung tidak lagi
mempunyai jam inan yang tinggi untuk dipelihara bagi menjaga kepentingan alam
sekitarnya (Noorazuan Md Hashim, 2000).
Bentuk muka bumi Cameron Highlands yang berbukit-bukau dan merupakan
kawasan tadahan hujan, boleh mendatangkan impak negatif alam sekitar apabila
pembangunan dijalankan. Kawasan yang terletak di Banjaran Titiwangsa ini
mempunyai keunikan dari segi flora dan fauna, persekitaran yang kurang
tercemar, udara yang bersih serta jauh daripada kebisingan mula terdedah dengati
ancaman kerosakan persekitaran. Kawasan yang istimewa dengan suhu
semulajadinya yang rendah sekitar 16C hingga 20C sehingga dikenali sebagai
salah satu tempat keajaiban Malaysia (wonder of Malaysia) telah menerima
pelbagai masalah alam sekitar terhadap keindahan dan keunikan kawasan ini
terutama pada dekad 1990-an. Kajian ini bermatlamat untuk melihat
pembangunan yang pesat membangun di kawasan ini dan kesan-kesan alam
sekitar yang berlaku serta mencadangkan langkah-langkah pengurusan ke arah
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di kawasan ini.
Permasalahan Kajian
Dalam rangka untuk mencapai kemajuan ekonomi dan sosial, Malaysia telah
mampu mencapai pertumbuhan yang pesat melalui perancangan dalam siri
rancangan lima tahun bagi tujuan untuk membasmi kemiskinan, mencapai
keseimbangan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Pembangunan
bukan sahaja berlaku di kawasan tanah pamah tetapi merebak ke kawasan tanah
tinggi, Cameron Highlands sebagai kawasan tanah tinggi dan daerah yang paling
kecil di negeri Pahang merupakan kawasan yang mudah menerima ancaman
bencana yang tinggi. Cameron Highlands sebagai sebuah kawasan yang
mempunyai keunikan dari segi fauna dan flora, persekitaran yang tidak tercemar,
udara yang bersih serta jauh dari kebisingan mula terdedah kepada ancaman
kerosakan persekitaran. Kerosakan persekitaran dipengaruhi oleh kepesatan
pembangunan di kawasan ini sebagai pusat pertanian dan pusat perlancongan
tanah tinggi. Keterdedahan Cameron Highlands kepada pembangunan tanah
secara berleluasa mutakhir ini mendorong pengkaji untuk mengenai pasti sejauh
manakah elemen-elemen persekitaran telah terjejas di sebalik pembangunan yang
pesat di kawasan ini.

296 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Tujuan Kajian
Secara khususnya, kajian ini cuba mengenai pasti:
1. Tahap-tahap pembangunan yang telah berlaku di kawasan ini terutama pada
awal tahun 1990 hingga sekarang.
2. Menilai impak fizikal dan kem anusiaan yang telah berlaku ekoran
pembangunan yang sedang berlaku.
3. Meninjau persepsi masyarakat terhadap pembangunan dalam konteks sosioekonomi.
4. Mengenai pasti langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang lebih bistari di
kawasan ini.
Skop Kajian
Kajian ini berfokus kepada proses-proses dan tahap-tahap pembangunan yang
telah berlaku di Cameron Highlands. Di samping itu, kajian ini juga menumpu
kepada impak persekitaran fizikal dan manusia yang telah berlaku ekoran proses
dan tahap pembangunan yang telah dijalankan. Sebarang masalah yang berkaitan
dengan pembangunan dan kemusnahan terhadap alam sekitar Cameron Highlands
akan cuba diteliti dan dikupas bagi menghasilkan penemuan yang sedikit
sebanyak akan membantu dalam usaha menangani masalah kepincangan alam
sekitar terutama di kawasan tanah tinggi di Malaysia.
Pengumpulan Data
Metodologi kajian melibatkan dua kaedah, iaitu sumber primer melalui kerja
lapangan, temu bual dan pemerhatian, soal selidik dan data-data skunder daripada
agensi kerajaan dan swata. Sebanyak 150 responden telah dikaji selidik di
Cameron Highlands untuk menilai persepsi mereka terhadap kualiti alam sekitar
di kawasan ini. Temu bual pula melibatkan pegawai-pegawai daripada agensiagensi seperti Majlis Daerah, Pejabat Tanah, Jabatan Bekalan Air, Jabatan Hutan,
Jabatan Pertanian dan Jabatan Parit dan Saliran serta penduduk setempat. Bagi
melengkapkan kajian, kerja lapangan telah dilakukan sebanyak tiga kali, iaitu
pada Julai dan Ogos 2000 dan Mac 2001 (27-31 Mac 2001). Pemerhatian juga
dibuat bagi tujuan mengambil foto dan video mengenai aktiviti pembangunan
semasa dan selepas yang telah menyebabkan kesan kepada persekitaran sejadi di
kawasan ini. Manakala data-data skunder pula diperolehi daripada agensi-agensi
kerajaan bagi menilai perubahan fizikal dan kualiti alam sekitar yang berlaku
berdasarkan tempoh masa. Antara agensi yang dirujuk ialah Jabatan Pengairan
dan Saliran, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Alam Sekitar.

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 297

Kaedah Menganalisis
Data-data yang telah diperolehi daripada hasil kaji selidik telah dianalisis
menggunakan perisian SPSS fo r window. Data-data ini telah dikira melalui
peratus dan dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual bagi tujuan untuk
memudahkan dan menerangkan hasil kajian dengan lebih jelas.
Dapatan Kajian
Keputusan dan Perbincangan
Proses pembangunan merupakan aktiviti yang melibatkan perhubungan antara
manusia dan alam sekitar dan dilakukan bagi memenuhi tuntutan kemajuan untuk
masyarakat. Pembangunan sering ditunjukkan dengan indikator seperti petunjuk
ekonomi, kemudahan infrastruktur, kemudahan sosial dan budaya. Pelaksanaan
pembangunan akan meningkatkan pencapaian ekonomi tetapi disebaliknya
menimbulkan masalah apabila perancangan tidak dilakukan mengikut garis
panduan yang ditetapkan dan sikap masyarakat yang tamak sehingga menjejaskan
alam sekitar. Hasil kajian m enunjukkan pelbagai pembangunan sedang
dijalankan. Hasil kajian mendapati pembangunan telah berlaku dengan pesat di
Cameron Highlands dengan pembinaan jalan raya, pembukaan kawasan
pertanian, pembinaan hotel, sekolah dan perumahan dan pembinaan empangan.
Projek-projek pembangunan ini telah menyebabkan timbulnya pencemaran alam
sekitar di kawasan ini.
Pembinaan Jalan Raya
Pembinaan jalan raya yang sedia ada dan sedang dalam pembinaan telah
menyebabkan perubahan kepada persekitaran guna tanah di Cameron Highlands.
Pembinaan jalan raya yang menghubungkan Simpang Pulai-Pos Slim-Kampung
Raja-Lojing-Gua Musang sepanjang 178.3 km sebagai jalan perhubungan antara
Timur-Barat Ketiga telah memberi kesan yang serius kepada kestabilan cerun.
Banyak bukit telah ditarah yang boleh mendorong kepada hakisan permukaan dan
tanah runtuh. Hakisan dan tanah runtuh secara tidak langsung akan mengotorkan
sistem saliran dengan kandungan pepejal. Sungai-sungai yang dijangka akan
ditimpa masalah ini ialah Sungai Telom, Sungai Telia, Sungai Ikan dan Sungai
Burung yang akan menjadi cetek dan airnya menjadi keruh.
Cadangan pembinaan jalan raya telah dibuat untuk menghubungkan tiga pusat
peranginan tanah tinggi Malaysia (Cameron Highlands-Genting Highlands-Bukit
Fraser) bagi tujuan membentuk satu koridor pembangunan baru yang berteraskan
kepada keindahan dan peluang yang diberikan oleh kawasan tanah tinggi. Namun

298 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

di sebalik impian tersebut semakin banyak kawasan semulajadi yang kaya dengan
fauna dan flora yang unik akan terjejas dan terkorban di sepanjang laluan tersebut
Projek penaiktarafan jalan raya dari Brinchang ke Kampung Raja yang
dimulakan pada 29 Ju k i 1998 sepanjang 14 km turut mengakibatkan kelodak dan
hakisan ke Sungai Burung, Sungai Terla dan Sungai Rnil. Kejadian hakisan
permukaan dan tanah runtuh giat berlaku terutama dari kawasan di Kampong Raja
ke Lqjing. Cadangan pembinaan jalan raya dari Cameron Highlands ke Kuala
Lipis melalui Sungai Koyan turut menjejaskan fauna dan flora di sepanjang laluan
tersebut. Namun begitu, projek pembinaan jalan raya ini diperlukan bag.
membuka peluang interaksi ekonomi di antara Cameron Highlands dengan
kawasan lain.
Pembinaan Hotel dan Perumahan
Bagi menyokong industri pelancongan yang pesat di Cameron Highlands
pembinaan kawasan kediaman dan hotel telah muncul dengan pesat sekitar tahun
1990-art, Dianggarkan lebih 45 buah hotel yang terkenal telah didirikan bag!
memberikan kemudahan kepada pengunjung. Pertum buhan sektor in
berkembang pada kadar 3.2 peratus/tahun. Kebanyakan hotel/chalet dibina di atas
bukit sekitar Tanah Rata, Ringlet dan Brinchang. Antara hotel yang terkenal yang
telah didirikan ialah Chamelot Resort, Equatorial Hill Resort, Golf Course Inn,
The Merlin, Ye Olde Smokehouse dan Heritage Hotel. Impak alam sekitar yang
wujud secara serius hanya berlaku semasa proses pembinaan hotel pada peringkat
awal. Namun begitu, kadar kekosongan adalah tinggi kerana kebanyakan unit
perumahan ini disediakan oleh golongan pelancong yang hanya didiami pada
jangka masa yang tertentu sahaja (musim percutian/bermusim). Pembinaan
pelbagai projek yang sedang rancak ini dijangka akan menambahkan lagi
permasalahan alam sekitar di kawasan ini yang agak sensitif. Kejadian tanah
runtuh pada tahun 1998 kesan daripada projek pembinaan telah menyebabkan
jalan perhubungan antara Kampung Raja, Terla dan Teringkap terputus dengan
pekan Brinchang, Ringlet dan Tanah Rata. Ini telah menyebabkan pengeluaran
hasil pertanian tidak dapat dibawa ke pasaran luar selama beberapa tninggu dan
telah menyebabkan kerugian kepada pengusaha.
Pembinaan projek perumahan kakitangan Majlis Daerah di Tanah Rata yang
dibina di Puncak Arabella (betul-betul di atas bukit) telah menyebabkan
berlakunya kejadian tanah runtuh yang serius sehingga menyekat aliran Sungai
Bertam, Keadaan ini telah memaksa pihak Jabatan Alam Sekitar untuk mengorek
semula dan membuat benteng siinen bagi mengelakkan kejadian yang sama terus
berlaku. Antara projek perumahan guru yang sedang dalam proses pembinaan di
Brinchang (bersebelahan dengan kawasan tadahan air Jabatan Bekalan Air) yang
berada di atas bukit yang berpotensi m enyum bangkan kepada masalah
kemerosotan alam sekitar.

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 299

Pembinaan sekolah rendah di Ringlet, sekolah menengah di Tanah Rata dan


Brinchang dijangka akan memberi impak kepada persekitaran kerana
kedudukannya di atas tanah bukit yang telah diteres.
Pembukaan Kawasan Pertanian
Keupayaan Cameron Highlands sebagai kawasan pengeluaran hasil pertanian
tanah tinggi utama tetap kekal walaupun dilanda kawasan pertanian yang terhad.
Sektor ini merupakan sektor yang paling penting untuk menjana ekonomi di
Cameron Highlands terutama dengan pembukaan ladang pertanian (sayur dan
bunga). Peningkatan hasil pertanian yang lebih intensif serta pembukaan kawasan
baru di Lojing akan memberi manfaat yang besar kepada ekonomi kawasan ini.
Aktiviti pertanian ini merupakan satu produk utama perlancongan agro walaupun
secara keseluruhannya potensi tanah untuk pembangunan pertanian adalah kecil,
iaitu sekitar 7.7 peratus kerana kedudukannya 900 meter dari paras taut amat
sesuai untuk kekal sebagai kawasan hutan.
Pembukaan kebun sayur dan bunga secara giat dikatakan punca utama kepada
impak alam sekitar di Cameron Highlands. Dianggarkan sebanyak 51 peratus
kawasan pertanian dibuka untuk penanaman sayur, 39 peratus untuk tanaman teh
dan sembilan peratus untuk tanaman bunga. Kawasan yang dibuka ini ditolak
tanahnya ke bawah cerun yang kemudiannya memasuki sistem saliran
menyebabkan pencemaran air. Namun begitu sektor ini amat penting kerana hasil
daripada penanaman 25 jenis sayur seperti kobis. kobis cina, kobis bunga, tomato,
kacang manis, capcicum, lobak putih dan yang terkini daylyly (kamcam) telah
memberi pendapatan sebanyak RM 43 juta/tahun dengan jumlah pengeluaran
sebanyak 82,000 tan/tahun. Manakala perusahaan penanaman bunga pula
memberi pulangan sebanyak RM 35 juta/tahun bagi pasaran ke Hong Kong,
Singapura, Taiwan dan Jepun, Terdapat pelbagai jenis bunga yang utama yang
diusahakan seperti ros, kekwg, teluki, peacock, anthurium,_Statice3 liliurn dan
camellia. Dianggarkan jum lah keseluruhan tanaman bunga meliputi kawasan
seluas 350 hektar meliputi kawasan Kuala Terla, Lembah Bertam, Brinchang dan
beberapa kawasan lain.
Kesan daripada perm intaan dan pendapatan yang tinggi ini telah
menyebabkan pembukaan tanah pertanian sentiasa bertambah dari setahun ke
setahun. Menurut angka statistik, pembukaan tanah telah meningkat daripada
2,343 hektar pada tahun 1991 kepada 4,000 hektar pada tahun 1993 (Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa, 1996), Pada hakikatnya, tanah yang wajar
diusahakan untuk pertanian pada tahun 1993 hanya dalam lingkungan 3,292
hektar sahaja (impak pada tahap minimun). Ini kerana, sebahagian tanah di
Cameron Highlands yang sesuai dikekalkan sebagai hutan kerana berada pada
paras ketinggian 1,200 hingga 1,500 meter dan amat sensitif kepada sebarang
bentuk pembangunan tanah.

300 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Aktiviti pertanian ini telah banyak menyumbang kepada kemerosotan sumber


bekalan air, merendahkan kualiti air untuk kegunaan domestik serta sumber air
tercemar dengan bahan-bahan kimia (racun perosak) di sekitar Kuala Terla,
Lembah Bertam dan Brinchang.
Pembukaan Kawasan Pertanian Secara Haram
Permintaan hasil pertanian yang tinggi menyebabkan pengusaha berlumba lumba
untuk meluaskan kawasan ladang mereka bagi memenuhi keperluan eksport
daripada Singapura dan Taiwan. Keadaan ini mendorong mereka membuka tanahtanah baru yang berhampiran dengan kebun/ladang asal mereka tanpa
mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa. Dianggarkan
tanah yang diusaha secara sah dan haram dalam kadar satu nisbah tiga, iaitu kadar
satu tanah yang diluluskan dan tiga tanah yang dibuka secara haram. Pembukaan
tanah secara haram seluas 25 ekar di kaki Gunung Brinchang (bersebelahan
Ladang Teh Sungai Palas) untuk ditanam dengan bunga daylyly (kamcam) telah
memberi kesan alam sekitar yang serius.
Pembukaan tanah yang berada di kawasan yang sensitif dari segi kecerunan
ini telah menyebabkan banyak spesis hutan gunung telah terhapus sedangkan
kawasan tersebut adalah kawasan hutan simpanan kekal kerajaan negeri Pahang.
Pembukaan tanah secara haram ini juga menyebabkan wujudnya hakisan tanah
permukaan yang giat kerana petani-petani tidak menyediakan sebarang sistem
perparitan yang sempurna. Dianggarkan 80 tan tanah/ekar telah mencemari dan
memasuki sistem saliran di Cameron Highlands. Keadaan ini menyebabkan loji
perawatan air di Sungai Burung mengalami masalah dan telah menjejaskan
bekalan air kepada penduduk di kawasan ini.
Masalah ini juga berlaku di kawasan Lembah Bertam, di mana pengusahapengusaha mengambil kesempatan di atas kelonggaran penguatkuasaan oleh
pihak berwajib dalam menangani masalah ini. Walaupun pihak berkuasa tempatan
memberi kelulusan tanah TOL (Lesen Menduduki Sementara) kepada pengusaha
namun kebanyakan daripada mereka masih membuka tanah secara haram.
Perusahaan Teh
Perusahaan teh amat sinonim dengan Cameron Highlands kerana kawasan ini
merupakan kawasan pengeluar teh utama di Malaysia. Teh menjadi tanaman yang
komersial setelah diperkenalkan oleh John Archibald Ruseel pada tahun 1929 dari
jenis Manipuri, Rajpur dan Darjeeling. Pada masa kini terdapat lima kawasan
penanaman teh utama yang menjangkau keluasan seluas 2,600 hektar. Impak
alam sekitar yang terjadi daripada perusahaan teh ini berlaku pada peringkat awal
pembersihan tanah untuk diiadikan ladang melalui pembersihan hutan. Malahan
penanaman pokok teh yang boleh hidup melebihi 100 tahun turut bertindak

Impak Pembangunan Terhadap Alan) Sekitar di Cameron Highlands /3 0 1

sebagai tumbuhan tutup bumi yang mampu menghalang kejadian hakisan


permukaan. Im pak yang agak ketara pada masa kini hanyalah semasa
penyemburan racun yang dilakukan dari udara menggunakan helikopter yang
boleh membahayakan kesihatan manusia.
Namun begitu, apabila pokok teh sudah mencapai tempoh tidak produktif
untuk dikomersialkan, kawasan ladang akan ditolak untuk dijadikan kawasan
tanaman sayur seperti yang berlaku di Sungai Palas dan Kampung Raja. Keadaan
ini boleh membawa kepada keterdedahan permukaan tanah yang mendorong
kepada kejadian hakisan apabila langkah-langkah pengawalan tidak diambil
semasa melakukan kerja-kerja peralihan dari ladang teh kepada ladang sayur.
Pembinaan Empangan Baru
Pada masa kini, Cameron Highlands mempunyai sebuah empangan sahaja yang
digunakan untuk menjana kuasa hidro elektrik, iaitu Empangan Sultan Abu Bakar
di Habu. Empangan ini telah mengalami masalah kekurangan kapasiti air dan
menjadi semakin cetek kesan daripada kelodak dan lumpur yang dibawa oleh
aliran Sungai Bertam dan bahagian hulu sehingga menyebabkan takungan air
menjadi semakin cetek. Bagi mengatasi masalah ini" kerajaan Pahang dengan
kerjasama daripada kerajaan Jepun telah bercadang untuk membina satu
empangan baru di Lembangan Menson (Hilir Sungai Bertam) yang dibiayai
sepenuhnya oleh kerajaan Jepun. Dijangkakan apabila siap, empangan ini akan
berupaya membekalkan sumber air yang mencukupi kerana Sungai Bertam
mempunyai banyak cawangan sungai. Namun begitu di sebalik kepentingan
pembinaan empangan ini tersembunyi kesan alam sekitar yang ketara ckjangka
akan menenggelamkan banyak perkampungan orang asli seperti Kampung
Leryar, Penggen, Kampung Kuala Boh, Pos Menson, Kampung Sungai Relong
dan lima buah kampung kecil yang berhampiran yang mempunyai penduduk lebih
kurang 1,135 orang. Di samping itu ia juga dijangka akan menjejaskan kapasiti
dan kualiti air yang mengalir masuk ke Sungai Jelai dan seterusnya ke Sungai
Pahang.
Perbincangan
Kemerosotan Sumber Air
Kualiti air sungai di Cameron Highlands didapati mula tercemar kesan daripada
aktiviti pembangunan infrastruktur, penggunaan bahan kimia, racun dan baja
daripada pertanian yang tidak terkawal dan berleluasa. Sungai yang teruk terjejas
ialah Sungai Telom, Sungai Bertam, Sungai Ikan dan Tasik Habu. Pembukaan
tanah pertanian yang kurang sistem atik (tiada perangkap lumpur) telah
menimbulkan kelodakan dalam air yang tinggi sehingga menyebabkan

302 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

pemendapan di Tasik habu. Kualiti air tasik ini telah terjejas dengan nilai pepejal
terampai sehingga 202mg/l. Nilai ini adalah Japan kali ganda daripada standard
yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu pada tahap 25 mg/1 bagi air kelas
satu.
Peningkatan Suhu
Secara keseluruhan, min suhu tahunan di Cameron Highlands semakin meningkat
dari setahun ke setahun terutama pada dekad 1990-an. Peningkatan suhu ini
dikaitkan dengan aktiviti penebangan hutan bagi dijadikan kawasan pertanian di
Lembangan Bertam. Peranan pokok sebagai agen penyederhanaan suhu dan
penstabilan iklim telah berkurangan. Dianggarkan bagi setiap pokok hutan ia
mampu menampung 400 liter air bagi satu-satu masa. Hasil pemerhatian
mendapati penduduk di kawasan ini ada yang menggunakan payung pada waktu
siang dan banyak premis perniagaan yang memasang kipas ekoran peningkatan
suhu. Hasil kaji selidik mendapati 77.6 peratus responden berpendirian bahawa
Cameron Highlands tidak lagi sejuk berbanding dengan tahun 1970-an dan 1980an khususnya di Ringlet dan Tanah Rata.
Gangguan Terhadap Petempatan Orang Asli
Kerancakan pembangunan yang dijalankan di Cameron Highlands telah merubah
persekitaran sejadi term asuk menggangu kehidupan m anusia khususnya
petempatan orang asli. Pembangunan telah melibatkan penarahan bukit dan
pembersihan hutan yang mengganggu dan memusnahkan banyak elemen dalam
persekitaran. Kehidupan orang asli juga turut terjejas kerana kawasan hutan yang
menjadi hasil pendapatan mereka telah diteroka umpamanya pekerjaan mencari
rotan hanya dilakukan setahun sdkali berbanding sebelum ini. Malahan sungaisungai di kawasan petempatan orang asli ini juga menjadi cetek dan tercemar
dengan kelodak dan racun perosak yang menyebabkan spesis akuatik semakin
berkurangan. Malahan penduduk di Lembah Menson mengatakan sungai-sungai
di kawasan ini menjadi semakin cetek dan dianggarkan kedalaman sungai telah
menurun dari enam kaki kepada satu kaki sahaja berbanding sepuluh tahun yang
lalu.
Pusat Pelupusan Sampah yang Kurang Strategik
Pelupusan sampah sarap yang tidak sistematik akan menimbulkan kesan buruk
terhadap alam sekitar. Pelupusan sampah secara terbuka akan menyebabkan
masalah pencemaran udara (bau), tanah, air dan pembiakan vektor penyakit. Hasil
kajian mendapat hanya wujud satu pusat pembuangan/pelupusan sampah d.
Cameron Highlands, iaitu di Batu 34 yang berada pada kedudukan 1400 meter

Im pak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar cli Cameron Highlands /3 0 3

dari aras laut. Tapak pelupusan ini kurang sesuai kerana ia berada di kawasan
tanah tinggi serta berhampiran dengan anak Sungai Bertam, iaitu Sungai Batu
Pipih. Kedudukan ini amat tidak strategik kerana kedudukan di kawasan pintu
masuk sebelum sampai ke Cameron Highlands memaksa setiap pengunjung
menghidu bau sampah dari kawasan ini terlebih dahulu sebelum sampai ke
Ringlet. Sampah sarap banyak terdapat di kawasan sungai kerana pihak yang
menguruskan sampah sarap telah mengambil jalan mudah dengan menolak
sampah ke bawah cerun di kawasan sungai dan memburukkan lagi keadaan di
kawasan ini. Apabila hujan lebat, air larian sungai akan membawa sampah sarap
lalu menyebabkan sungai menjadi kotor.
Pembakaran sampah secara semulajadi juga berlaku kerana tiada saluran
pelepasan gas yang disediakan di tapak pelupusan ini oleh pihak yang
bertanggungjawab. Pencemaran bau daripada kawasan ini turut dialami oleh
penduduk di Habu yang berada di kedudukan yang lebih rendah terutama apabila
tiupan angin datang dari kawasan tersebut.
Hakisan dan Tanah Runtuh
Pembukaan tanah secara haram dan aktiviti pemotongan bukit bagi sebarang
aktiviti telah banyak menimbulkan masalah hakisan dan tanah runtuh. Tanah
runtuh yang berlaku di Ladang Sungai Palas telah melibatkan kemalangan jiwa
pada penghujung tahun 2000. Di Cameron Highlands sahaja didapati terdapat
lebih kurang 200 kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan. Hampir 83 peratus
responden menjelaskan hakisan tanah kerap berlaku di Cameron Highlands
terutama di Lembangan Bertam.
Data yang diperolehi menunjukkan antara tahun 1950 hingga 1990 sebanyak
10 hingga 34 peratus kawasan Tadahan Telom dan 28 hingga 36 peratus kawasan
Tadahan Bertam diusahakan dengan kegiatan pertanian. Kesan daripada aktiviti
ini menyebabkan peningkatan mendapan daripada 93m3.km2. tahun kepada
1092m.knr.tahun pada tahun 1990 (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
1996). Pemendapan ini telah mengakibatkan Tasik Habu kehilangan keupayaan
untuk menampung air sebanyak 31 peratus.
Dijangka luahan dan penghasilan endapan ini akan menjadi lebih teruk apa
bila hujan turun. Berdasarkan kadar hakisan antara musim hujan dan musim kering menunjukkan peningkatan antara 5 hingga 15 kali manakala peningkatan
keterhakisan daripada kawasan hutan ke kawasan terdedah pula adalah antara 1
hingga 1.5 kali. Sungai Bertam pula dianggarkan berlaku peningkatan
penghasilan endapan antara 300 hingga 1,250 tan.knr.hari dan Sungai Tringkap
pula antara 3800 hingga 17,100 tan.knr.hari. Kadar hakisan tanah di Cameron
Highlands amat serius dan telah 13 kali ganda melebihi had kawalan bagi
kawasan Tropika iaitu 250 hingga 1,250 tan.krn2, hari (Lai, 1984). Kebanyakan
jalan raya utama yang inenuju ke Cameron Highlands pula mempunyai nilai

304 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

purata intensiti hakisan yang tinggi, iaitu sebanyak 1.29, manakala bagi segmen
antara Brinchang ke Tringkap nilai intensiti berada pada tahap 3.0 (Roslan dan
Tew, 1996). Ini menunjukkan jalan raya yang berada di kawasan ini amat mudah
berlaku tanah runtuh kerana kegagalan cerun apabila kerja-kerja pemotongan
bukit tidak dijalankan dengan sempurna.
Berdasarkan tinjauan daripada kaji selidik, didapati kebanyakan responden
menjelaskan bahawa Cameron Highlands menerima pelbagai impak alam sekitar
ekoran daripada kegiatan pembangunan tanah yang ketara pada dekad 1990-an.
Antara masalah utama ialah kejadian tanah runtuh, hakisan tanah, penghasilan
kelodak, pencemaran air dan bekalan air yang tidak mencukupi.
Pentafsiran dan Cadangan
Langkah Pemuliharaan, Pemeliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar di
Cameron Highlands
Kemusnahan alam sekitar yang serius di Cameron Highlands perlu dibendung
bagi menjamin keunikan dan keindahan kawasan tanah tinggi ini. Langkahlangkah pengurusan alam sekitar perlu diamalkan bagi tujuan membendung
impak yang berterusan daripada pembangunan yang telah dan sedang dilakukan.
Penswastaan Bahagian Kutipan Sampah
Pada peringkat awalnya, pihak Majlis Daerah telah menjalankan operasi bagi
tujuan pembersihan dan pengutipan sampah di kawasan ini. Namun kesan
daripada masalah untuk meningkatkan lagi mutu pembersihan dan pengutipan
sampah sarap maka perkhidmatan ini telah diswastakan kepada Alam Flora Sdn.
Bhd. Sejak tahun 1999. Alam Flora Sdn. Bhd telah diberi kontrak bagi
menguruskan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sampah sarap. Namun
begitu, kuasa ke atas segala bentuk pelupusan di tapak pelupusan sampah di Batu
34 masih di bawah kawalan Majlis Daerah sehingga akhir September 2001. Alam
Flora menjalankan kerja pengutipan sampah sebanyak dua kali seminggu, iaitu
pada hari Isnin dan Selasa manakala bagi kawasan pekan dan pasar dilakukan
setiap hari termasuklah kawasan Kampung Raja. Bagi tujuan menjaga alam
sekitar Alam Flora Sdn. Bhd telah menjalankan kempen kitar semula dua hari
dalam seminggu. Di samping itu syarikat ini juga membuat perjanjian dengan
pihak sekolah bagi setiap akhbar dan tin yang dijual akan ditukar dengan
komputer apabila nilainya menyamai harga komputer. Malahan Alam Flora turut
melaksanakan peraturan-peraturan yang diarahkan oleh Majlis Daerah dari
semasa ke semasa bagi memastikan Cameron Highlands sentiasa berada dalam
persekitaran yang bersih.

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 305

Menghentikan Projek Pembangunan yang Berisiko


Kemusnahan alam sekitar di Cameron Highlands amat serius ekoran pembukaan
tanah untuk pertanian dan pembangunan infrastruktur yang dijalankan tanpa
mengambil kira kesan yang akan berlaku. Oleh itu kerajaan Pahang dan kabinet
telah mengeluarkan arahan untuk menamatkan projek-projek pembangunan yang
berisiko tinggi. Antara projek yang berisiko tinggi yang boleh mengancam alam
sekitar yang perlu dihentikan dengan segera ialah pembukaan tanah haram untuk
pertanian, penebangan hutan dan pemotongan bukit. Pada masa ini, pihak
berkuasa mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi mengurangkan
masalah alam sekitar iaitu:
a.
b.
c.

Mengenai pasti punca-punca pencemaran pada peringkat sumber dan


seterusnya mencegah keadaan tersebut daripada berleluasa.
Melakukan pemonitoran terhadap aktiviti-aktiviti yang dijangka boleh
menjejaskan alam sekitar.
Penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh kepada individu atau
syarikat untuk mereka mengikuti peraturan-peraturan alam sekitar
semasa menjalankan aktiviti pembangunan.

Mewartakan Kawasan Hutan Simpan Baru


Jabatan Perhutanan Cameron Highlands telah mewartakan beberapa kawasan
baru sebagai hutan simpan pada tahun 1997 bagi memastikan tiada gangguan
terhadap spesis yang bernilai ini. Spesis-spesis tumbuhan yang terdapat di
Cameron Highlands merupakan jenis spesis hutan tanah tinggi (1000 meter ke
atas). Antara spesis yang bernilai ialah Geruk (yang terdapat hanya di Cameron
Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser), Bintangor, Nyatoh, Medang
(Medang Kemangi dan Medang Serai), Kelat, Perah, Mempening, Berangan,
Pedo Bukit, Mata Ulat, Mahang, Meranti Bukit (yang terdapat di sempadan
Cameron Highlands-Gua Musang), Merbau (Kampung Tiat, Menson) dan
Mersawa. Bagi tujuan pem uliharaan pula, Jabatan Perhutanan Cameron
Highlands telah menanam sepuluh pokok Raksamala (sejenis pokok yang
benihnya diperolehi dari India) di kawasan Hutan Simpan Mentigi bagi percubaan
untuk mewujudkan kawasan hutan yang baru. Bagi meningkatkan lagi hutan
simpan baru beberapa kawasan hutan telah diwartakan sebagai hutan simpan
tambahan, iaitu Hutan Simpan Kekal Batu Gangan (481.50 hektar), Hutan
Simpan Kekal Mentigi (192.70 hektar), Hutan Simpan Kekal Ulu Lemoi (1625.00
hektar) dan Hutan Simpan Kekal Sg Kial (112.60 hektar) (Jabatan Perhutanan,
1997).

306 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Pemantauan Oleh Jabatan Alam Sekitar


Ekoran pendedahan kemusnahan hutan pembukaan kawasan pertanian secara
haram yang berleluasa di Cameron Highlands, Jabatan Alam Sekitar telah
membuka satu cawangan di kawasan ini. Dua orang penolong pegawai kawalan
telah ditempatkan bagi memantau kesan-kesan alam sekitar yang berlaku di
kawasan ini. Pegawai-pegawai iru bertanggungjawab bagi membuat pemantauan
terhadap segala aspek pembangunan yang berlaku di Cameron Highlands d,
samping memastikan pengusaha mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan
di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 terutama yang menyentuh
tentang pembangunan di kawasan tanah tinggi. Malahan, pihak Jabatan Alam
Sekitar juga bekerjasama dengan pihak polis bagi memantau individu yang
menceroboh kawasan tanah tinggi dengan sesuka hati.
Peranan Badan Bukan Kerajaan
Kewujudan penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada tahun 2000, iaitu
Reach pada yang terdiri daripada beberapa orang individu di Cameron
Highlands telah banyak membantu dari segi m em buat pemantauan dan
melakukan aduan kepada pihak-pihak berwajib terhadap aktiviti-aktiviti yang
menjejaskan kualiti alam sekitar di Cameron Highlands.
Meningkatkan Kapasiti Bekalan Air
Pada masa kini, kapasiti penggunaan air di Cameron Highlands ialah sebanyak
1.5 juta gelen/hari yang diperolehi melalui tadahan Bertam dan Telom.
Memandangkan penduduk Cameron Highlands semakin meningkat, kerajaan
Pahang telah menyarankan beberapa program untuk meningkatkan keupayaan
bekalan air ini menjads 7.7 juta gelen/hari. Antara program yang dilakukan ialah:
1.

Pembinaan loji rawatan baru di Sungai Ulong dan Habu untuk meningkatkan
kapasiti tambahan sebanyak dua juta gelen/hari untuk bekalan di Ringlet.
2. Menaik taraf loji di Sungai Terla bagi menyediakan kapasiti tambahan 4
juta gelen/hari ke kawasan Tanah Rata dan Ulu Telom.
3. Penambahan beberapa mtak reservoir dan stesen boostre di beberapa
kawasan yang dikenal pasti bagi mengatasi masalah jangka pendek.
Panduan Penggunaan Racun Serangga dan Baja
Penggunaan racun dan baja mempunyai kaitan yang rapat dengan produktivit;
sesuatu aktiviti pertanian. Penggunaan kedua-dua bahan mi akan menyuburkan

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 307

lagi hasil pertanian dan menyebabkan hasil cepat diperolehi. Namun begitu,
penggunaan racun dan baja secara berlebihan dikhuatiri akan memudaratkan
, manusia kerana petani-petani di Cameron Highlands lebih melihat keuntungan
semata-mata tanpa memikirkan risiko kepada pengguna. Kebanyakan petani
menggunakan ubat penyubur yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
supaya tempoh matang sayur-sayuran dan buah-buahan dapat dipercepatkan
dalam kuantiti yang banyak. Malahan terdapat petani-petani di Cameron
Highlands yang menggunakan racun serangga yang dilarang oleh pihak kerajaan
yang mempunyai kadar bahan kimia yang tinggi seperti racun cap tengkorak
yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.
Sehubungan >tu, Jabatan Pertanian seharusnya membuat pemantauan dan
penguatkuasaan terhadap penggunaan racun dan baja yang diluluskan dan
dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Panduan penggunaan racun serangga dan
baja perlu dipergiatkan kerana kebanyakan petani mempunyai pengetahuan yang
agak terhad dalam hal ini dan berpendidikan rendah. Melalui pemantauan dan
panduan ini diharap dapat memastikan aliran air buangan dari kebun bebas
daripada bahan kimia sebelum dialirkan ke sistem saliran Cameron Highlands,
Penetapan Garis Panduan kepada Petani
Kebanyakan petani menjalankan aktiviti pertanian tanpa memikirkan kesan yang
buruk seperti hakisan dan tanah runtuh serta kelodak yang memenuhi sistem
saliran. Antara langkah yang perlu diperkenalkan kepada pengusaha ialah:
a. Menaman tanaman penutup bumi seperti kekacang bagi tujuan mencegah
hakisan terutama pada musim hujan terutama di kawasan yang baru
diteroka.
b. Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah dan mengukuhkan
batas-batas tanaman di samping mengelak hakisan, mengekalkan nutrien
dan mengelakkan tanah runtuh.
c. Menanam rumput di tebing-tebing yang curam bagi tujuan untuk
mencengkam tanah.
d. Sistem saliran yang sempurna perlu dilakukan supaya air dapat dialirkan
tanpa meninggalkan hakisan kepada tanah.
e. Semasa proses menolak dan pembersihan hutan dan tanah dilakukan,
tanah dilarang daripada ditolak ke lereng bukit. Tanah hendaklah
dipadatkan ke kawasan pinggir supaya tidak runtuh.
f. Petani juga perlu melakukan top soil untuk aktiviti pertanian tanpa
memerlukan pemotongan ke atas permukaan tanah. Melalui kaedah ini
akan mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia untuk kesuburan dan
boleh menyuburkan tanaman kerana ia mengandungi banyak humus.

308 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Penubuhan Unit Kawalan


Kerjasama bersepadu antara agensi yang diwujudkan boleh memainkan peranan
utama dengan menubuhkan unit-unit kawalan yang terdiri daripada ahli-ahli
pelbagai agensi. Penubuhan unit kawalan ini bagi tujuan memantau segala aspek
perancangan dan pembangunan di Cameron Highlands yang meliputi unit
kawalan hakisan, unit kawalan pelupusan sisa pepejal, unit kawalan penerokaan
tanah tinggi dan unit kawalan perancangan pembangunan bandar.
Penubuhan unit kawalan ini boleh menyokong pihak Majlis Daerah bagi
mengatasi sikap individu yang menceroboh tanah secara sesuka hati. Malahan
tindakan ini haruslah dijalankan secara berterusan dan penuh bijaksana.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, tidak dinafikan pembangunan di Cameron Highlands perlu
dilakukan demi kepentingan ekonomi negara kerana ia memberi pulangan yang
besar, hasil eksport hasil-hasil pertanian dan sektor pelancongan. Namun begitu,
perhatian yang serius perlu diberikan agar segala bentuk pembangunan yang
dirancang dan dilakukan seharusnya dilandasi dengan perancangan yang telit
kerana sifat bentuk muka bumi di kawasan ini amat sensitif dengan sebarang
bentuk gangguan. Setiap individu di kawasan ini perlu bertanggungjawab dan
peka terhadap aktiviti yang dilakukan. Dalam mengejar arus pembangunan dan
pemodenan, manusia tidak harus lupa pada risiko yang bakal mcnimpa yang
datang dari alam sekitar itu sendiri. Eksploitasi yang dilakukan terhadap alam
fizikal seharusnya berpandukan kepada ciri-ciri keseimbangan. Sedikit gangguan
yang berlaku pada salah satu komponen sistem tersebut akan menjejaskan juga
komponen-komponen alam sekitar yang lain.
Walaupun di negara kita telah wujud 45 buah perundangan yang berkaitan,
namun ia tidak begitu berkesan dalam menjaga alam sekitar kerana sebahagian
besar adalah berbentuk sektoral. Daripada 45 buah perundangan tersebut lebih
kurang 22 buah perundangan berkait rapat dengan pembangunan tanah tinggi.
Dalam hal ini, pelbagai pihak perlu bertindak bijak seperti menarik rambut di
dalam tepung, tepung tidak berselerak dan rambut tidak putus. Pembangunan d:
Cameron Highlands harus diteruskan tetapi impak terhadap alam sekitarnya perlu
diawasi dan dipantau pada setiap masa.

Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highlands / 309

Rujukan
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2001. Cameron Highlands. Peta Petempatan Orang Asli.
Jabatan Kaji Cuaca Malaysia, 1984-2000. Cameron Highlands: R ekod M in Suhu 24 jam .
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 1996. Rancangan Struktur Cameron H ighlands
dan P ihak Berkuasa Perancangan Tempatan Cameron H ighlands 1995-2020.

Jabatan Perhutanan Cameron Highlands, 1997. Perxvartaan Baru W.K PHG.


Lai, R., 1984. Soil Erosion From Tropical Arable Lands and Its Control. A dvance in
Agronomy, 37: 183-248.
Noorazuan Md Hashim, 2000. Pembangunan Ekosistem Tanah Tinggi: Isu dan
Pengurusannya di Malaysia. Dim. Jamaluddin Md. Jahi (pynt). Pengurusan
Persekitaran di M alaysia: Isu dan Cabaran, him 48-71. Pusat Pengajian Siswazah.
Bangi: UKM.
Roslan Zainal and Tew Kia Hui, 1996. Erosion Intensity Study on Highland Resort Areas
in Peninsular Malaysia. Seminar on The M anagem ent and Conservation o f
H ighland Areas in M a la ysia Organised by Institute of Environmental Studies, UTM
and WWF, Malaysia. 16 January.