Anda di halaman 1dari 29

PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Pensejarahan Malaysia
-penulisan teks-teks Sejarah
Melayu, Misa Melayu, Tuhfat al Nafis
penulis tempatan

Sarjana barat meragui kesahihannya sebagai


sumber sejarah.

Namun, sumber seperti ini amat diperlukan


untuk menulis sejarah negeri-negeri Melayu
zaman tradisi.
Bagaimanakah kita harus menangani tanggapan
Bottoms bahawa orang Melayu bukan menulis
sejarah sebenar.
Sejarah bagi mereka hanyalah percampuran
fakta dan mitos, khayalan dan
kenyataan,menulis gosip-gosip istana dll.

Adakah penulis tradisi sebenarnya tidak mempunyai


kesedaran sejarah sewaktu menulis teks-teks tersebut
(dokumen politik)?
Adakah mereka tidak mempunyai kesedaran untuk
membina kualiti dalam hasil mereka?
Kalau tidak ada, mengapa mereka hasilkan?
Ini satu soalan penting.
Mengapa penulis tradisi menulis Sejarah Melayu, Tuhfat
dan Misa yang makan masa bertahun-tahun untuk
disiapkan.
Cth. Tuhfat-dimulakan oleh si bapa kemudian
disudahkan oleh si anakbila bapa meninggal.

Untuk suka-suka, hiburan atau untuk tinggalkan kepada pengkaji


sastera masa kini?
Mengapa?
Jadi, untuk mendekati tema pensejarahan Melayu tradisional ini
memerlukan penelitian yang rapi dan berhati-hati.
Kita terpaksa ;

Selidiki tujuan
Siapa penaja
Keadah yang digunakan
Inspirasi atau hasrat penulis
Centrik penulis
kepada siapa ia ditujukan (target group)

Untuk memudahkan atau juga menyedarkan kita semua


pnulisan zaman tradisi seeloknya dibahagi kepada 2.

Hasilan sejarawan Istana (biasanya ditaja


oleh istana/diarah tulis oleh sultan).
Hasilan sejarawan persendirian (ini
merupakan inisiatif penulis sendri tanpa
ditaja/diarak oleh sesiapa).

Hasilan sejarawan Istana


Sejarah Melayu.
Sebuah penulisan istana-diarah tulis
sultan
Ditulis oleh orang dalam lingkungan orang
dalam lingkungan istana juga (Bendahara)
100 % bercentrik istana.

Dalam sejarah Melayu adakah pengarang tidak ada


kesedaran sejarah maka kesemua ceritanya mengagungagungkan raja.

Kita akhirnya jumpa cerita-cerita berupa:


amaran kepada kejahatan raja,
nasihat melalui wasiat raja-raja kepada penggantinya
tentang ciri-ciri yang perlu ada pada pemerintah-baik dan
adil
Kita disogok pula dengan cerita kezaliman raja
Apakah makna disebalik pemaparan kisah-kisah ini?

Abdul Rahman Ismail dengan menggunakan


penelitian yang teliti terhadap hasrat pengarang
itu sendiri akhirnya mengatakan Sejarah Melayu
sebuah dokumen dakyah
pendakyahan pihak istana untuk menguasai
pemikiran dan tingkahlaku rakyat agar tidak
memberontak.
Inspirasi pengarang jelas tertonjol dengan
menunjukkan pendakyahan ini tidak begitu
berjaya kerana ada percubaan memberontak.

Jadi, akhirnya pengarang seolah-olah


mengesyorkan satu jalan yang adil melalui
waadat (yang selalu ditafsir lebih menyebelahi
raja).
Raja jangan zalim dan rakyat jangan derhaka.
Inilah sumbangan penting kepada
pensejarahan.
Kita dapat kesani pemikiran penulis dan dia ada
kesedaran sejarahnya sendiri dan penting kualiti
iaitu cari cara untuk capai hasrat dirinya sendiri
meskipun ditaja oleh raja.

Hasilan sejarawan Persendirian


Apa bezanya dengan hasilan sejarawan istana?
Menulis tanpa didorong oleh sesuatu perintah. Biasanya
menulis kerana;
i) minat
ii) kesedaran untuk menulis peristiwa yang
dirasakan penting.
Contoh, Pensejarahan Yunani- Herodotus dan Thucydides
Pensejarahan Islam- Ibn Khaldun, al masudi, al
Zuhri
Pensejarahan Cina Ssu ma Chien
Pensejarahan Melayu Tuhfat al-Nafis

Tujuan Raja Ali Haji menulis Tuhfat:


Dorongan hati kecilnya untuk memaparkan sejarah/
tradisi Bugis di alam Melayu supaya ia tidak
tenggelam dalam rakaman sejarah dan boleh
memberi faedah kepada umat manusia dan boleh
dibanggai pula oleh anak cucu bangsa terkemudian.
Penulisan ini dilakukan tanpa arahan sesiapa tapi
atas inisiatif sendiri.
Bila kita kaji hasilan sejarawan persendirian ini kita
juga terpaksa megenakan persoalan yang sama
sebagaimana sejarawan istana- tujuan, kaedah,
centrik, hasrat pengarang, kesedaran sejarah dan
target groupnya.

TUHFAT AL-NAFIS: SUMBANGANYA TERHADAP


HISTORIOGRAFI MELAYU
Rujukan: -Virginia Matheson, Tuhfat al-Nafis
Muhammad Yusoff hashim, Pensejarahan
Melayu
Pengaruh pemikiran politik Islam merupakan satu hal
yang sepatutnya diberi perhatian yang serius apabila
seseorang itu cuba menghuraikan pemikiran politik
Melayu tradisional kerana ia memang merupakan satu
ciri yang kuat dalam penghasilan sesuatu karya lama.
Jadi, dalam mengkaji teks Tuhfat al-Nafis, perkara ini
akan diberi perhatian utama.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tuhfat al-Nafis?

Pemberian (hadiah) yang bernilai.


Judul ini merupakan judul Arab.
Maksudnya ada pengarauh Islam/Arab dalam
karya ini.
Ada terdapat 4 naskah kesemuanya.
Setelah menyemak beberapa naskah yang telah
disalin semula, Matheson telah menggunakan
naskah Maxwell yang dianggap lebih baik
berbanding dengan teks Winstedt kerana
menurut kajian Matheson, teks Winstedt
mengandungi banyak kesalahan.

Empat naskah tersebut terdiri daripada teks


tidak bernama.
Naskah ke-3 berjudul Sejarah Raja-raja Melayu
dan Bugis.
Teks ini dipercayai sebagai versi panjang.
Teks ke-4 diberi judulsejarah Raja-raja Riau
dan masih tersimpan di Leiden.
Matheson berpendapat ada 2 versi yang boleh
dinamai versi pendek dan versi panjang.

Latar belakang kemunculan Tuhfat al-Nafis


Md. Yusoff Hashim mengaitkan kemunculan teks ini
dengan perubahan politik dan budaya Johor-Riau.
Keadaan politik Johor-Riau ditentukan bukan sahaja oleh
suasana tempat tetapi juga oleh perubahan atau
perkembangan di luar negara.
Satunya pengaruh Belanda yang bertapak di daerahdaerah Melayu.
Belanda misalnya membuat hubungan dagang dengan
Johor tetapi bila Bugis masuk ke Johor, ia mengganggu
hubungan Johor-Belanda kerana Bugis memamg antiBelanda.

1784, Bugis-Belanda berperang di Teluk Ketapang.


Bugis kalah.
Ketuanya, Raja Haji terkorban dalam peperangan itu.
Meskipun Bugis bermusuh dengan Minangkabau dan
Belanda tetapi perdagangan Johor-Riau tidak terjejas.
Sumber Belanda, Dagh-Register sebut pelabuhan Riau
terus dikunjugi saudagar dari China, Jawa. Bugis dan
India Muslim.
Suasana ini berterusan hinggalah abad ke-19.

Dengan peranannya sebagai sebuah negeri pelabuhan


(Port state), bukan sahaja pedagang malah ulama juga
datang dari berbagai tempat termasuk dari Timur
Tengah.
Ada yang mengaitkan ini dengan kemasukan fahaman
Wahabi dari Timur Tengah.
Walaubagaimanapun dari segi politik, memang
kekalahan Bugis kepada Belanda pada 1784 itu
memberi kesan.
Kuasa Bugis dilenyapkan bilamana seorang Residen
diletakkan di tanjung Pinang, Riau.

Seterusnya, perjanjian Inggeris-Belanda 1824,


makin mengubah pola yang ada bila secara
fizikal rumpun Melayu dipisahkan melalui
pembahagian.
Inggeris (kuasai Tanah Melayu-Melayu Johor),
manakala Belanda-kuasai Indonedia-RiauLingga.
Ditambah pula dengan kemunculan Singapura
sebagai pelabuhan memberi saingan.

Kesannya pelabuhan penyengat semakin merosot sejak


1824 itu.
Penulisan ini dilakukan di Pulau Penyengat di Riau.
Pulau Penyengat merupakan pusat pentadbiran anakanak Bugis.
1804, kerajaan Riau-Lingga terbahagi kepada 2 iaitu
Riau (di bawah Bugis) dan Lingga (di bawah Melayu).
Pembahagian ini masih nampak kekal hingga kini jika
dilihat daripada pelbagai sudut adat, budaya, bahasa
dll.

Anak-anak raja Bugis ini pula dianugerahkan kepandaian


mengarang dan buktinya ialah penulisan karya Tuhfat alNafis pada akhir 1860-an.
Kegiatan persuratan di Pulau Penyengat ini telah
menarik minat ramai sarjana Barat .
Matheson juga mengaitkan perkembangan ini dengan
persekitaran waktu itu.
Penyengat, misalnya sebagai sebuah pulau terpencil
dan apa-apa perkembangan dalam negeri dari pelbagai
sudut merupakan reaksi terhadap perkembangan
kawasan sekitar;
Singapura dibangunkan oleh Inggeris, kuasa sultan
Melayu-Lingga dilicutkan oleh Belanda pada 1857

Kemunculan kuasa Temenggung yang akhirnya menjadi


Sultan Johor memberi kesan dan teladan kepada orangorang di Penyengat.
Mereka melihat perubahan-perubahan ini dan
menyesuaikan diri dan memajukan diri.
Jadi, banyak perkara yang membingungkan berlaku
antara 1784-1824 seperti;
-Perang dengan Belanda
-kematian pemimpin Bugis
-Perjanjian Inggeris-Belanda

Kesemuanya menjadikan Bugis terkongkong dan hilang


daya penggerak.
Kalau dulu, dengan adanya pemimpin yang kuat, orang
Bugis dikatakan suka berperang tapi sekarang terpaksa
mencari alternatif lain iaitu saluran politik dan budaya.
Misalnya, dari segi politik mereka menjalinkan hubungan
dengan timur tengah tapi tidak begitu berjaya.
Jadi, mereka beralih kepada bidang budaya dan sastera
Melayu sebagai kempen saraf (mengikut Md Yusoff
Hashim) untuk mengenang kembali zaman keagungan
Melayu Johor-Riau-Lingga.

Jadi, mengikut Md Yusoff Hashim, penerokaan


kepada bidang sastera ini semacam satu usaha
memenuhkan masa bagi mengatasi kemelut
politik dan dagang yang telah diambil oleh
Belanda.
Pemimpin-pemimpin Riau bukan sahaja menjadi
penaung malah juga menjadi penulis yang besar
dan amat profilik.
Antara faktor/suasana yang telah sedia ada yang
mempercepatkan proses budaya/sastera ini:

Di Penyengat sendiri telah sedia ada ramai


saudagar asing yang datang berdagang dan
datang mengajar agama
Kealiman para pemerintah dalam bidang agama
Johor-Riau-Lingga telah mengalami proses
perkembangan sejarah/kebudayaan sejak
zaman berzaman (kaya dari segi ini)
Bakat semulajadi dalam kalangan elit MelayuRiau dalam bidang penulisan dan mereka juga
berminat sangat dan sanggup berkelana cari
ilmu di tempat lain.

Mereka juga ambil tahu perkembangan politik


yang berlaku di luar negeri.
Mereka menyimpan sumber2 penting tentang
sejarah keturunan/ keluarga mereka supaya
generasi akan datang dapat ingat dan jadikan
teladan.
Dengan latar belakang seperti ini akan
membantu kita mengkaji matlamat, motif
pengarang, karya bercorak sejarah dalam
kerajaan Johor-Riau-Lingga.

Siapa Pengarang

Jawapan kepada persoalan ini boleh membantu


kita menentukan siapakah penulis versi pendek
dan siapakah penulis versi panjang (Matheson,
hal. 37) membuat satu hipotesisi bahawa Raja
Ahmad bin Raja Haji dan Raja Ali Haji sebagai
pengarang.
Kedua-duanya merupakan orang istana Bugis
(dari keturunan Daeng Cellak iaitu Yam Tuan
Muda Bugis yang ke-2)

Dimulakan oleh Raja Ahmad (bapa) dan disudahkan


aoleh anaknya, Raja Ali Haji.
Raja Ahmad hidup antara 1778-1878; Raja Ali haji
(1804-1872).
Kandungan versi pendek dan versi panjang berakhir
1866atau 1867 iaitu lebih kurang 5 thn sebelum
mangkatnya Raja Ali Haji.
Berdasarkan ini maka Matheson mengemukakan satu
hipotesis lagi bahawa Raja Ahmad mengarang versi
pendek Tuhfat dan anaknya hasilkan versi panjang.

Tujuan Pengarangan
Bagi Matheson, Tuhfat adalah suatu cantuman antara
nilai raja-raja di Penyengat di abad ke-19 dengan
sejumlah besar rekod-rekod bertulis yang
mendahuluinya.
Dari segi tujuan, dijelaskan dalam paragraph petama
iaitu mempersembahkan salasilah dan perjalanan dan
tawarikh dan segala kabar2 raja-raja Melayu dan Bugis
dan keturunannya.
Dari segi tumpuannya, nampak jelas ia bertumpu
kepada Raja-raja Bugis Lima Bersaudara.

Pembahagian Teks

Dibuat dengan begitu cermat.


Teks Tuhfat terbahagi kepada 2:
Bab 1 dan bab 2.
Bab 1 pula terbahagi kepada 2
Pertama, membayangkan peristiwa2 dalam bab 2 melalui
pengisahan sejarah Johor masa lalu- bahagian ini banyak merujuk
kepada teks Sejarah Melayu.
Bahagian kedua, sebagai senarai kandungan untuk
memperkenalkan bab 2 pula.

Anda mungkin juga menyukai