Anda di halaman 1dari 13

Bagaimana Orang China Merayakan Tahun Baru Cina

CRI

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang China, seperti Hari Natal
bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti
perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru
Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya.
Menurut pandangan orang China, Tahun Baru Cina merupakan perayaan untuk menyambut
musim bunga. Musim bunga datang, pemandangan berubah, dan penanaman padi dimulakan,
orang China dengan pelbagai cara yang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang
paling meriah dalam sepanjang tahun.
Di China, bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain, termasuk
etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan
lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina.
Tahun Baru Cina telah mempunyai sejarah yang lama, itu berasal daripada kegiatan memuja
dewa dan nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada
zaman kuno. Tahun Cina dipanggil Yuanri, Yuandan atau Tahun Baru pada zaman kuno.
Selepas revolusi 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama bulan
satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina.
Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil Guonian. Apa itu Nian? menurut riwayat
asal usul Tahun Baru Cina, Nian adalah sejenis binatang bayangan yang membawa nasib
buruk. Semasa Nian tiba, semua tumbuhan mati; semasa Nian pergi, tumbuhan hidup lagi
dan bunga berkembang. Jadi orang China dengan mercun menakutkan dan mengusir Nian,
itulah asal usul adat resam menyala mercun sempena Tahun Baru Cina.
Walaupun kita tidak mengetahui bila orang China mula mempunyai adat resam merayakan
Tahun Baru Cina, tetapi menurut sarjana, Tahun Baru Cina sekurang-kurangnya mempunyai
sejarah selama seribu tahun. Sekarang, sebahagian adat resam yang bercorak takhayul
termasuk memuja dewa langit telah secara beransur-ansur tidak diamalkan lagi, sedangkan
adat resam yang baik termasuk menempel kuplet, menempel lukisan tahun baru, menempel
tulisan Perkataan bahagia, mengukus kuih tahun baru, memasak Jiaozi, menyala mercun,
tidak tidur pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan saling mengucapkan selamat Tahun Baru
Cina masih sangat popular di kebanyakan tempat di China, khususnya di desa dan sebahagian
pekan dan bandar yang kecil.
Kami memperkenalkan dahulu menempel kuplet dan gambar Tahun Baru Cina. Sebelum
merayakan Tahun Baru Cina, rakyat telah menempel kertas merah yang ditulis selamat tahun
baru dengan berus bulu di sebelah kedua-dua daun pintu, atau menempel bermacam-macam
lukisan adat resam yang melambangkan bahagia di daun pintu, jendela atau dinding,
mengharapkan kedatangan nasib baik pada tahun yang akan datang. Ini telah menjadi cara
yang paling biasa untuk merayakan Tahun Baru Cina di desa dan sebahagian bandar dan
pekan. Kuplet dan gambar Tahun Baru Cina sudah mempunyai sejarah yang lama, dan juga

untuk mengusir hantu dan mendapat nasib baik pada zaman kuno sama seperti menyala
mercun, dan beransur-ansur menjadi adat resam Tahun Baru Cina. Sempena Tahun Baru Cina,
rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan nasib baik
atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China.
Biasanya perkataan Nasib baik mesti ditempel secara terbalik, sebutan perkataan terbalik
sama dengan perkataan datang dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah nasib baik
datang.
Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluarga berkumpul. Orang
yang tinggal di tempat lain tak kira orang dewasa atau kanak-kanak dengan sedaya upaya
berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu.
Orang China sangat mementingkan makanan dan pakaian waktu merayakan Tahun Baru Cina,
biasanya makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah disediakan sebelum merayakan
Tahun Baru Cina. Semasa Tahun Baru Cina datang, orang China memakai baju yang paling
cantik, dan sediakan kuih-kuih, manisan dan makanan ringan, untuk menjamu tetamu di rumah
pada bila-bila masa.
Pada malam sebelum Tahun Baru Cina, orang China biasanya makan bersama-sama
sekeluarga, lauknya banyak jenis. Selepas itu, biasanya anggota keluarga bersama-sama
makan Jiaozi.
Di China terdapat satu pribahasa yang berbunyi Jiaozi adalah paling lazat. Kulitnya diperbuat
tepung gandum, intinya biasanya daging campur sayur, kemudian direbus. Orang China makan
Jiaozi pada malam sebelum Tahun Baru Cina untuk melambangkan anggota keluarga
terkumpul.
Malam sebelum Tahun Baru Cina adalah waktu yang paling penting dalam perayaan Tahun
Baru Cina, malam itu secara umumnya juga dipanggil Chuxi. Pada malam itu, anggota
keluarga berkumpul, makan bersama-sama, dan tidak tidur sepanjang malam. Apabila fajar
menyingsing pada keesokan harinya, tahun baru sudah bermula, orang China memakai baju
baru, mengucapkan selamat tahun baru dan panjang umur kepada orang tua dalam keluarga
itu, kemudian menziarahi saudara mara dan sahabat, untuk saling mengucapkan selamat tahun
baru. Dalam beberapa hari yang kemudian, orang China gembira dalam suasana perayaan
yang bahagia dan harmoni.
Dalam belasan tahun kebelakangan ini, seiring dengan perkembangan ekonomi yang pesat,
orang China sudah biasa satu keluarga berkumpul untuk menonton Pesta Malam Tahun Baru
Cina yang disiarkan di TV. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, menonton opera, wayang
gambar dan menikmati konsert, makan di restoran atau keluar melancong sudah menjadi
popular, aktiviti perayaan Tahun Baru Cina semakin hari semakin kaya.
Sekarang, perubahan yang paling besar pada Tahun Baru Cina ialah anggota keluarga
bersama-sama makan di restoran.
Pada waktu dahulu, orang China yang miskin biasanya berkumpul makan di rumah, tetapi

sekarang, ramai orang China, khususnya di pekan dan Bandar, biasanya makan di restoran.
Oleh sebab ramai orang China makan bersama keluarganya di restoran sempena Tahun Baru
Cina, jamuan di restoran pada Tahun Baru Cina perlu ditempah dahulu.
Satu perubahan lagi pada Tahun Baru Cina ialah, biaya untuk membeli ayam, itek, ikan dan
daging semakin hari semakin kurang, orang China ramai yang menggunakan biaya ini untuk
berkenalan dengan sahabat atau melancong.
Pada masa dahulu, orang China masih miskin, oleh sebab daging lebih mahal daripada sayur
pada waktu itu, orang China pada hari raya baru mampu makan daging. Tetapi sekarang orang
China boleh makan lauk daging setiap hari, anaka makan sudah bukan perkara yang penting
dalam Tahun Baru Cina, orang China secara beransur-ansur lebih mementingkan pergaulan dan
hiburan, mengadakan pelancongan, dan bersukan telah menjadi aktiviti baru bagi ramai orang
China.
Sekarang, orang China semakin hari semakin mementingkan percutian, Tahun Baru Cina dari
satu hari perayaan telah menjadi satu peluang untuk makan angin ke tempat lain, dan
mementingkan peningkatan taraf kehidupan waktu perayaan. Ramai orang China melancong ke
tempat di dalam dan luar negeri.
Di China, perayaan Tahun Baru Cina lebih-kurang akan berlarutan selama setengah bulan,
selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru
perayaan Tahun Baru Cina selesai.
http://malay.cri.cn/1/2003/10/21/2@3013.htm

Pantang Larang Pelbagai Kaum


Definisi
Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi secara turun-temurun sejak
berkurun-murun lamanya.Rakyat malaysia yang pelbagai kaum masing mengamalkan
pantang larang mengikut kaum masing-masing.
Tujuan
Pada zaman dahulu, pantang larang digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan
pengajaran kepada masyarakat.Sesuatu peraturan yang hendak dikuatkuasakan akan
disertakan dengan pantang larang supaya mesyarakat takut untuk melanggar peraturan
tersebut.
Asal-Usul
Pantang larang kaum India bermula dengan perkembangan agama Hindu di India.Pantang
larang kaum Cina pula berasal dari negara China.Bagi masyarakat bumiputera pula,pantang
larang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak zaman berzaman.
Pandangan Masyarakat

Walaupun pantang larang berbeza mengikut kaum,namum ada yang telah diterima pakai oleh
semua kaum.Ada juga yang diubah suai mengikut tempat atau agama.Yang penting,rakyat
Malaysia harusla saling memahami dan menghormati pantang larang yang diamalkan oleh
setiap kaum.
http://kajiantempatantahun5wtsahrum.blogspot.com/2013/04/adat-resam-dan-pantanglarang.html

PERAYAAN TRADISI
i)Nama perayaan/Nama lain
Nama perayaan bagi orang cina ini ialah Tahun Baru Cina atau dalam sebutan
bahasacina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang
paling penting b a g i o r a n g C i n a , s e p e r t i H a r i N a t a l b a g i o r a n g b ar a t . Tah u n
B a r u C i n a a d a l a h h a r i pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti
perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti
perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru
Cina juga secara umumnya dipanggil Guonian.
ii)Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah
turutdirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi
oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar
qamari Cina.
DiC h i n a , b u k a n s a h a j a e t n i k H a n y a n g m e r a y a k a n Tah u n B a r u C i n a , e t n i k
y a n g l a i n , termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan,
Hezhe, Hani Daur,Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk
merayakan Tahun BaruCina
iii)Tarikh/Tempoh masa dirayakan
perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan,
selepasmerayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru
perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap
kalimenjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada
kitaran12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. Pada Tahun 2010, Tahun Baru
Cinatelah disambut pada 14 Febuari 2010. Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga
2019(dalamkalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan
lambanghaiwan dalamzodiak Cinadan lambangdahan buminya.Nama-nama dahan
bumitersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebu
iv)Tujuan perayaan
Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru
dalamkalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun
dandinamakan sempena nama haiwan. Namun, jika menurut pandangan orang cina,
TahunBaru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga. Musim bunga
datang, pemandangan berubah, dan penanaman padi dimulakan, orang cina dengan pelbagai

carayang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah dalam
sepanjangtahun. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk meraikan ketibaan
tahunyang baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
v)Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan
Terdapat beberapa pantang-larang sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini yangdibahagikan
kepada dua iaitu Tuah Baik dan Nasib Malang ( Tuah Buruk).Antara carauntuk
mendapatkan tuah baik ialah Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemputmasuk tuah
pada tahun baru.Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayaimenghalau hantu dan
puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasibsekeluarga sepanjang
tahun.Selain itu,gula-gula dan manisan dimakan untuk memaniskan nasib sepanjang tahun
bagi pemakannya.Pembersihan rumah di setiapsudut wajib dilaksanakan sebelum hari tahun
baru agar menerima tuah bagi tahun yangakan menjelang.Ada orang yang percaya bahawa
apa yang berlaku pada hari pertamamencerminkan yang akan berlaku sepanjang tahun. Maka
orang Cina mengambilkesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan
untuk menambahkekayaan.Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud
memijak orang yang bergosip tentang si pemakainya.Antara perkara yang boleh
mendatangkan nasib malang ( tuah buruk ) ialahMembeli kasut baru dianggap pembawa
malang bagi sesetengah orang cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi kasut sama
bunyi dengan perkataan kasar atausukar.Membeli seluar baru juga dipandang sebagai
pembawa malang kerana perkataanKantonis bagi seluar sama bunyi dengan pahit.
Namun ada yang menganggapnyasebagai positif, kerana perkataan bagi seluar dalam
dialek itu juga sama bunyinyadengan kaya.Mengunting rambut juga ditegah kerana
perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga
dipandang sebagai memotonghasil dalam bahasa Kantonis.Mencuci rambut juga dianggap
sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering mengatasi tradisi
ini).Menyapu lantai jugadilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah
bagi tahun baru.Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal
TahunBaru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.Membeli buku juga membawa
malangkerana perkataan sesetengah dialek cina bagi buku sama bunyinya dengan
perkataankalah
https://www.scribd.com/doc/29589064/PERAYAAN-KAUM-CINA
Dalam budaya Cina, adat pemberian angpau dan majlis makan beramai-ramai dikenali
sebagai yee sang.

Yee sang bermaksud majlis makan beramai-ramai untuk keuntungan di kalangan masyarakat
Cina yang menjadi tarikan utama sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap
diamalkan sehingga kini.
Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan
supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.

Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit
iaitu tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh
membuang segala keuntungan yang ada.
Loi Bee Theng, 23, berkata, sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut
kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran
dan kekayaan kepada mereka.
Katanya, mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan
pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang.
Masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk
yang digunakan pada hari sambutan pecah.
Oleh itu, mereka akan pastikan untuk sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja rumah
supaya tiada petanda buruk boleh berlaku kepada keluarga mereka.
Malah, menurut gadis ini, acara makan beramai-ramai paling dinantikan ketika sambutan
berkenaan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang
dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.
Menurutnya, walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan
ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.
"Kita perlu pulang ke kampung berjumpa sanak-saudara memandangkan sesetengah orang
mungkin hanya dapat berjumpa keluarga mereka setahun sekali.
"Ia adalah perkara wajib yang perlu dilakukan bagi menunjukkan tanda terima kasih kepada
keluarga seluruhnya," katanya ketika ditemui di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, barubaru ini.
Sementara itu, Ong Huey Shyan, 23, berkata sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi
mengenakan pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut
dilupakan.
"Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna
hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria,"
katanya.

Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan berkahwin mereka
perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.
"Ia sememangnya dinanti-nantikan kerana pada ketika ini saya dapat mengumpulkan banyak
angpau daripada sanak-saudara.

"Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia
tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak,
bergantung kepada individu berkenaan," katanya.
Cindy Lee Ker Sin, 23, pula menjelaskan kewujudan pantang-larang adalah untuk
membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.
Mungkin ramai tidak mempercayainya kerana menganggap ia sesuatu yang tidak boleh
diterima pakai tetapi bagi mereka yang mengamalkannya, ia membantu dalam menjadikan
kehidupan lebih bermakna.
Baginya sendiri, perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh
dipandang ringan kerana ia menjadikan siapa diri seseorang itu hari ini.
"Kita perlu memeliharanya supaya tidak terus tenggelam dalam arus kemodenan dunia tanpa
sempadan kini.
"Selain kita sebagai generasi muda, siapa lagi yang boleh membantu mengekalkannya untuk
tatapan dan pengetahuan generasi akan datang," katanya.
Bagaimanapun, berlainan pula dengan Kenneth Kang, 24, yang tidak lagi mengamalkan adat
tradisi ini selepas kematian neneknya.
Menurutnya, dia sekeluarga tidak begitu mengamalkan adat tradisi itu kerana kurang
mempercayainya namun ada sebahagian yang masih diamalkan.
"Kami masih mengamalkan acara makan beramai-ramai sebelum Tahun Baru Cina kerana
pada ketika itu, ia memberikan banyak kegembiraan dengan berkumpul semula bersama
keluarga.
"Lebih-lebih lagi semua sanak-saudara berada jauh di perantauan dan ketika itulah kami
dapat bersemuka dan bergembira bersama," katanya.
http://anizyn.blogspot.com/2010/02/pantang-larang-tahun-baru-cina.html
Maksud pantang larang
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat
dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan
turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat,

khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh
diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan
budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan
atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh
difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik,
walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang
terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan
misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur,
nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut
wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang
yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau
tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat
'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran
dari segi agama.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penerapan&d=10

3.2 Pantang Larang Tahun Baru Cina


Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap
diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan
mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti
dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan
Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai
bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia
boleh membuang segala keuntungan atau ong yangada.
Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan
mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan
sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.
Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina
paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah
keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang
tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya,
perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.
Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun
Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan
pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun
tersebut.

Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini
tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna
merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika
menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk
bagi orang cina.
Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah
berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum
berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum
berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun
tidak, bergantung kepada individu-individu.
Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya
tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya, walaupun zaman
semakin moden berbanding dengan dahulu,perayaan, adat resam dan pantang-larang yang
diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam yang diperturunkan patut
mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang akan datang.

3.3 Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung.


1.Dilarang makan daging arnab
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging anjing.
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui
bayi.
3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
6. DIlarang mengambil gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.
7. DIlarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri .

8.Dilarang tepuk bahu ibu.


Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.
9.Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

10.Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.


Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak
langsung
. http://bmk12010.blogspot.com/
2-

Budaya :

Warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan,


norma, dan amalan yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Contohnya
baju kurung merupakan baju tradisional masyarakat melayu namun apabila apabila seorang
gadis memakai baju kurung dan bertudung ianya dianggap sopan
( Abdul Rahman ,
1994 )

sosial 1 segala hal yg berkaitan dgn masyarakat; kemasyarakatan. 2 suka mengambil berat
ttg hal-hal masyarakat; suka bercampur dgn masyarakat: Dia sangat popular serta ~ pula.
bersosial bergaul atau bercampur dgn masyarakat. Kamus Pelajar Edisi Kedua
sosial 2 suka mengambil berat ttg hal-hal masyarakat; suka bercampur dgn masyarakat: Dia
sangat popular serta ~ pula.
Kamus Pelajar
sosial 1 segala hal yg berkaitan dgn masyarakat; kemasyarakatan.

Kamus Pelajar

adat resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll).Kamus Pelajar Edisi
Kedua
adat resam adat (aturan) yg biasa;
adat resam adat kebiasaan.

Kamus Dewan Edisi Keempat

Kamus Dewan Edisi Keempat

pantang larang
larangan; tabu:

perbuatan dll yg terlarang dilakukan menurut adat atau kepercayaan;

pantang larang
Keempat

bermacam-macam pantang atau larangan;

Kamus Dewan Edisi

pantang
1 = ~ larang perbuatan dll yg dilarang melakukannya menurut adat atau
kepercayaan; larangan; tabu: Pd suatu masa dahulu, orang-orang Melayu terlalu banyak
mengenakan ~ pd ibu-ibu yg sedang mengandung. 2makanan yg terlarang bagi seseorang yg
menghidap sesuatu penyakit; makanan yg sengaja tidak dimakan kerana sesuatu
kepercayaan: Kalau menghidap penyakit gatal-gatal, apa ~nya? 3 tidak dibolehkan;
terlarang: ~ Melayu surat pulang. 4 jangka masa lebih kurang 44 hari bagi wanita yg baru
melahirkan anak: dlm ~. memantangkan menjadikan sesuatu sbg pantang. Kamus Pelajar
pantang
1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan
tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat
sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk
sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg
beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu (bkn perempuan
sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas
penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg
terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn
tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya
dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok
orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. =
kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg
dilarang melakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam
pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati-hati bercakap supaya
jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar
juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b)
pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb
tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala
tiada dapat mendengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh
makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan
daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi;
jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris
yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu memakan dll sesuatu; ~ kopi tidak
mahu meminum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan;
memantangkan menjadikan pantang, melarang memakan (melakukan dll) sesuatu: makananmakanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa
pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (minuman) yg terlarang;
kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai
memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian
awak ~ orang prb berbeza (bertentangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn
pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan memantang atau memantangkan:
kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg
bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal.Kamus Dewan Edisi Keempat

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pantang+larang
Pantang larang secara ringkasnya bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak
manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya meninggal dunia.[
http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/adat-dan-pantang-larang-dalam.html
abai cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit
memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan,
melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak
mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang;
mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan,
kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali
peluang keemasan itu kauabaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau
sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan;
keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal
atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran,
peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering
tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb).
Kamus Dewan
Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=abai
ANTANG LARANG
PANTANG LARANG, segala peraturan yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti orang
Melayu yang dikenakan menurut kepercayaan sesebuah masyarakat terhadap anggotanya
untuk tujuan tertentu. Pantang larang ini diterima bersama oleh anggota masyarakat dan
biasanya dikenakan isbat.
BUDAYA

Konsep

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pantang+larang&d=8
budaya
1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir,
berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju
(akal budi): antropologi ~;~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur
buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu
masyarakat atau bangsa;berbudaya mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dgn akal budi
yg sudah maju: bangsa yg ~;membudaya menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk
kebudayaan: hukuman moral ini belum ~ di negara ini;membudayakan 1. mengajar atau
mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya:berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~
masyarakat; 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau
beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan,
dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian

sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka merupakan pusat ~
Melayu sebelum kedatangan orang Barat;pembudayaan proses atau cara membudayakan
sesuatu (pemikiran, ilmu, dll): ~ ilmu di kalangan pelajar penting utk pembinaan negara.
Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=budaya
larang; melarang menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan: Ibunya ~ dia
pergi mandi di lombong itu. larangan 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan:
Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai
itu diisytiharkan sbg kawasan ~.
Kamus Pelajar Edisi Kedua