Anda di halaman 1dari 1

MAKLUMAT AM DAN PERATURAN-PERATURAN MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN BAWAH UMUR

12 TAHUN DAN BAWAH UMUR 15 TAHUN ANJURAN MADRASAH KHAIRIYYAH KAMPUNG


PERMATANG, KLEBANG BESAR, MELAKA 2015.

1. Syarat-syarat Peserta :

Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Islam lelaki dan perempuan Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 hingga 3pada tahun
2015. Seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan sahaja dari setiap kampong/solok dalam Mukim Klebang
Besar, Melaka.
Peserta yang ibu atau bapanya yang dilahirkan atau menetap di dalam sesebuah kampung mukim Klebang Besar sahaja
dibenarkan mengambil bahagian.
Peserta hendaklah membaca salah satu daripada ayat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Musabaqah Tilawah
Al-Quran
Ayat-ayat yang akan dibaca oleh setiap peserta akan ditentukan melalui undi. Peserta tidak dibenarkan menukarkan
ayat-ayat yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta menukarkan juga, maka pemarkahan tidak akan diambil kira.

2. Pengundian :

Pengundian peserta akan dibuat oleh pihak penganjur selepas pendaftaran disahkan.
Setiap peserta akan mencabut undi dengan mengambil satu sampul surat yang mengandungi ayat-ayat yang ditentukan.
Ayat-ayat hanya dinyatakan nombor permulaannya sahaja. Ayat yang terakhir ialah ayat yang dibaca pada minit yang ke-8.
Undian bagi menentukan giliran dan ayat yang dibaca peserta akan diadakan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum
sesuatu sidang dimulakan atau mengikut budi bicara Jawatankuasa Penganjur.

3. Masa Bacaan :

Masa bacaan bagi setiap peserta tilawah ialah 8 minit.


Peserta boleh membaca seberapa banyak ayat asalkan tidak melebihi jangka masa 8 minit.
Penilaian dan pemarkahan hanya akan dikira sepanjang 8 minit tersebut. Markah tidak akan dikira selepas 8 minit berlalu.

4. Pakaian :

Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap (bersamping dan bersongkok hitam).
Peserta perempuan hendaklah berbaju kurung dan bertudung dengan sempurna.

5. Cara Penghakiman :

4 bahagian akan dinilai dengan penghakiman markah seperti berikut:


1. Tajwid
2. Tarannum
3. Fasohah
4. Suara

40 markah
25 markah
20 markah
15 markah

Borang penyertaan : Setiap peserta diwajibkan mengisi borang penyertaan yang akan disahkan oleh pihak penganjur. Peserta
atau wakilnya tidak dibenarkan membuat sebarang bantahan mengenai pengesahan peserta. Keputusan penganjur adalah
muktamad.
Keputusan hakim adalah muktamad.