Anda di halaman 1dari 16

Catan Cina

Xu Beihong
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura
berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah
bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung
ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam
lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal
dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan.
Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah
terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka.
Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis
amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau,
Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen
Wei Sin.Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang
mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah
pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He
Qui Qo pada tahun 1926.
Catan air
Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Ia
meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu.
Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai
Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang
mengikut estetik zaman Victoria.
Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya
catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris
telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau

Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan
fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisanlukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat
Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran
Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan
sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi
kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran
Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Seni bina
Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi
dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping
mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana, rumah berhala,
monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, pusat
pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi. Dianggarkan terdapat lebih kurang
35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang
dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).
Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai
senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik
serta rohani yang simbolik.
Contoh senibina sebelum merdeka:
(1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641).
(2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).
(3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888).
(4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728).
(5) Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817).
(6) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).
Rumusan
Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau
rekod sejarah. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak
dipentingkan. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan
genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme. Era baru dalam aliran
naturalis dan figura manusia.
Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka
Seni Plastik
Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Seniman mengenalpasti
dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan

permukaan dan perasaan seniman. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni
visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk
dan dibina. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi.
Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina, tembikar,
ukiran, tenunan senjata dan sebagainya. Membentuk ialah teknik menghasilkan
karya dengan cara mengukir, menguli, menempa, mengurut, dan menggelek.
Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan sebagainya. Membina pula
ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat,
melentur, menyambung, membentuk, menjalin, mencantum dan sebagainya. Bahan
yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu, kayu, logam, besi, keluli dan
sebagainya.
Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan
dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. Seniman dan peminat
aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. Dalam tahun 1960-an pemilihan
gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Gaya avantgarde yang dipolori oleh Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi
penghargaan.
Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk
menerapkan ciri nasional atau keaslian seni plastik moden. Seniman pada sekitar
tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak
terikat pada media, bahan dan proses berkarya.
Seni Arca

Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian
bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan,
warna, struktur dan rupa. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru
berbanding dengan catan.

Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an.
Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin,
Cheong Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan hal-hal yang
menghubungkan catan dengan arca.

Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca.


Contohnya, karya Syed Ahmad Jamal The Link (1963), yang sama tema dengan
catannya.

Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karyakarya Anthony Lau. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca Djin Api (1959),
Forest (1968) dan Ecstacy (1986)

Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Pada tahun 1976
satu pameran Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia telah diadakan di Balai Seni
Lukis Negara, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau, Chan
Teck Meng, Teo Tien Eng, Syed Ahmad Jamal, Cheong Laitong dan Latiff Mohidin.

Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah
institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan
berpotensi seperti Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Mad Anuar Ismail, Wan Ahmad
Wan Mohamod, Ham Rabeah Kamarun, Ramlan Abdullah, Tengku Sabri Tengku
Ibrahim, Zulkifli Yusof, Raja Shahriman dan Bayu Utomo.

Dari segi tema, para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan
agama, budaya, alam dan kehidupan secara umumnya. Peningkatan minat dan
kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas kelihatan awal
dekad 1990-an. Pelbagai bentuk arca terhasil, sama ada secara konvensional,
bersifat galeri, pemasangan (installation) atau pun arca persekitaran.

2.5.3

Seni Bina

Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri, senibina Malaysia


mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan
masyarakat berbilang kaum.

Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi:

1.

Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.

2.
Bangunan-bangunan awam seperti masjid, hospital, perpustakaan, muzium
dan sebagainya.
3.

Bangunan-bangunan kerajaan.

4.

Bangunan-bangunan perniagaan.

5.
Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang, menara, tugu peringatan dan
sebagainya.
6.

Taman-taman dan kawasan rekreasi.

Menjelang era pasca- merdeka, suatu aspek yang turut mengalami perubahan
ketara ialah gaya rupa seni bina. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan
pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandarbandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial,
anglo-Indian, elektik dan sebagainya.

Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden


ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri, bangunan parlimen
(1963), bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959), Stadium Negara (1964),
Muzium Negara, Masjid Negara, Bank Bumiputra, Dayabumi, Bangunan Sultan Abdul
Samad, bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom.
Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang
nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia. Dari semasa ke
semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan
Negara dan keperluan masyarakat.

Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley, Baharuddin Kassim, Hisham Albakri
(kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Ivor Shipley
(arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor
setempat ke dalam rekabentuk moden.

2.5.4

Seni Moden

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan
matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada
Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K.
Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas
melukis, sesi perbincangan dan pameran.

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan
kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni
daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini
membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana
usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para
pelukis tempatan serta karya-karya mereka.

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh
YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah
memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd
Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay
Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang
telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan
Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain
Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua
koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi
hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta
ringgit.

Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah
menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan.
Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran
yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti

dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah,


syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara
gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang
kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang
berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus
sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar
untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan
pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an.
Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed
Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi
memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.

Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun
1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga
tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursuskursus sambilan.

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan
tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni
tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine
Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and
Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.

Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan
menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture,
Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil


alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza
Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lainlain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan
ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang
berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan
masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain
aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai
mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori
oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang
teguh di awal 1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di
kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan
serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat


mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki
kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang
berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah
melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah
serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus
Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk
Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. USM menawarkan kursus
Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik,
Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan
Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis.

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah
memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badanbadan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada ,
telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.

Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik
dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran

realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang
kaya di rantau ini.

2.5.5

Seniman

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh
YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah
memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong,
Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng,
Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.

Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua
koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi
hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta
ringgit.

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah
Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan
dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Kejayaan Chuan telah
membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis
batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima
pengiktirafan antarabangsa.

Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis
pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan
Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong,
Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avantgarde di negara ini.

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil


alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza

Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lainlain lagi.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori
oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang
teguh di awal 1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di
kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan
serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

2.5.6

Karya-karya terkenal

2.5.6.1 Yong Mun Sen (1896 -1962)

1.

Pohon-Pohon Kelapa
Media : Cat Air
Tahun :1951

2.

Rumah Atap Di Tepi Pantai


Media : Cat Air
Tahun : 1960

3.

Nobat
Media : Cat Minyak
Tahun : 1962

4.

Mengutip Daun Tembakau


Media : Cat Minyak

Tahun : 1963

5.

Pengantin Perempuan Iban


Media : Cat Minyak
Tahun : 1963

2.5.6.4
1.

Datuk Syed Ahmad Jamal


Perhubungan ( Arca )
Media : Besi Waja
Tahun :1963

Datuk Syed Ahmad Jamal, Mandi Laut, Cat Minyak Atas Papan, 1957

2.5.6.5

Anthony Lau (1933 -

Anthony Lau, Djin Api, Kayu, 1959

2.

Lembu Liar ( Arca )


Media : Batu & Habuk Simen
Tahun : 1963

Anthony Lau, Rimba, Besi, 1968

4.

Hasil Rimba ( Arca )


Media : Besi
Tahun : 1966

2.5.6.6
1.

Tay Hooi Keat (1910 - 1989)


Jalan Pinang
Media : Cat Minyak
Tahun :1955

2.

Pondok Melayu, Pulau Pinang


Media : Dakwat
Tahun : 1952

3.

Pemandangan Pohon

Media : Campuran
Tahun : 1961

Tay Hooi Keat, Lembu Berlaga, Cat Minyak, 1958

5.

Kapal Haji
Media : Cat Minyak
Tahun : 1966

2.5.6.7

1.

Ibrahim Husin (1939 -

Kekecuhan
Media : Arkrilik
Tahun :1969

Ibrahim Husin, Pak Utih, Campuran, 1967

Ibrahim Husin, Are You Alone Out There ?, Arkrilik, 1969

2.5.6.8

1.

Zulkifli Dahalan

Di Dalam Ruang Rumah


Media : Cat Minyak
Tahun :1974

2.

Satu Hari Di Bumi Larangan


Media : Cat Imulsi
Tahun : 1977

2.5.6.9

Dzulkifli Buyung (1948 -

Dzulkifli Buyung, Kelambu, Kapur Pastel


2.

Membakar Semut
Media : Kapur Pastel
Tahun : 1967

Dzulkifli Buyung, Kapal Kertas, Kapur Pastel, 1966

4.

Lidi
Media : Kapur Pastel
Tahun : 1962

2.5.6.10 A. Latiff Mohidin

A.Latiff Mohidin, Pago Pago, Cat Minyak, 1962


2.

Imago Senja ( Cetakan )


Media : Kayu
Tahun : 1969

A.Latiff Mohidin, Siri Langkawi, Kayu

2.5.6.11 Mazli Mat Som

Mazli Mat Som, Yati, pastel, 1964

Mazli Mat Som, Menanti Nelayan, Cat Minyak, 1965

2.5.6.12 Khaw Sia


1.

Menyeberang Sungai
Media : Cat Air
Tahun :1958

2.5.6.13 Lai Foong Moi

Lai Foong Moi, Waktu Pagi Di Kampung, Cat Minyak, 1958


2.5.6.14 Patrick Ng Kah Onn (1932 -

Patrick Ng Kah Onn, Menjemur Kain, Gauce, 1961

Patrick Ng Kah Onn, Semangat Angin, Tanah Dan Air, Cat Minyak, 1958

2.5.6.15 Yeoh Jin Leng (1929 -

1.

Sawah Padi
Media : Cat Minyak
Tahun :1963

2.5.6.16 Jolly Koh


Jolly Ko, Paku Kipas, Cat Minyak, 1968

2.5.6.17 Khalil Ibrahim

1.

Pantai Timur 1
Media : Lilin Dan Pewarna Batik
Tahun :1988

Khalil Ibrahim, Pantai Timur 2, Lilin Dan Pewarna Batik,1978

2.5.6.18 Chua Thean Teng

1.

Di Tepi Pantai

Media : Lilin Dan Pewarna Batik


Tahun :1958

Chua Thean Teng, Musim Buah, Lilin Dan Pewarna Batik, 1968