Anda di halaman 1dari 9

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM

1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai
penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak
berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia
dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran
secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru
harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa
memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan
kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat
abaf ke 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah
kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang
dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti
produk (output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu
dibangunkan secara bersepadu melalui latihan latihan bagi memastikan setiap
individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program
program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru
demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan
kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang
yang mempunyai ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas
yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati
autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan ,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi
tersendiri untuk menguruskan soal soal yang berkaitan dengan pendidikan
( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 )
merumuskan secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan
yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
iktisas yang cukup bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan
bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju
ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum

pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah


negara maju pada masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum
pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion
perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung
dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan
prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam
era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan
tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani .
Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan
keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat .
Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat
telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh
pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha
dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai
profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras
Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu
memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada
kemenjadian murid . Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri
dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan
kehendak teras PPPM .

2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah
mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan
berdasarkan standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat ,
peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap
dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh
input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan
oleh pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi
Pengajian Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin
sekolah , guru , ibu bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen
awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi
semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif
pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa .
Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi
keperluan negara pada masa depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan

starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai
visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke
semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa
perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana
Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah
antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
v pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
v kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
v kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
v kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2
bahasa) .
v etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat
rohani yang tinggi) .
v identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah
mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya
berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin ,
menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta
murid yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu
sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025
dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian ,
guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar
berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan
bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang
dituntut oleh PPPM .

Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan


mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius .
Hal ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru
juga perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara
berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi
diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai
kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran
yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir
turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut ,
murid didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya
pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid
dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa .
Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas
menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa
penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu
merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru
sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca ,
berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran
serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan
memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk
ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu
memainkan peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan
kemahiran masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti
P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran
tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan
pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak
sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk
membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan
murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar
membaca , masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini
tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi
guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati
murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat demikian ,
keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati
kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka
membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang
yang menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi
Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan
ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji .
Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia
mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak
normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid
haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah
laku yang terpuji dan dapat diterima umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa
sedar . Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah
laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu
mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan
bertindak dengan lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkan dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru
mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas ,
pembelajaran yang sihat dan produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius .
Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada
proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot
.

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina


hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah
. Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di
dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan
tepat kepada murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima
pujian daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk
dengan lebih berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid
seperti program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca ,

atau memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru
juga harus menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan
murid dapat menikmati faedah membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai
kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang
dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai
pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah.
Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas,
pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus
untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini
masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak
dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu
bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang
penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian
kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan
kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan
akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan
memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk
menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya.
Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan
pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan
berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya
merupakan kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum
balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai
secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti
P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan
guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas
mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah.
Sebagai pendidik , guru juga pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan
yang sihat , positif dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu
bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang
banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam
pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan
seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya
dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan
peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut.
Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya,
namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam
bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.

Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah
ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan
alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang
jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan
perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat
direalisasikan.

Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa


mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau
mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai,
memahami dan belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi
terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini
bolehlah dikaitkan demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Oleh itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak
dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh
diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan
perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan
tujuan mempertingkatkan kemahiran kemahiran dalam profesion keguruan.
Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan
berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan
tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung
kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang
tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh ,
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid.
Guru sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik
darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu
berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan
dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan
dalam usaha mencari amalan terbaik P&P.
Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu
peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data
yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan
berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan
kerjasama rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk
membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian
tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk
mengatasi masalah ini.

PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan


pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila
dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat
pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan
berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid
yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan
komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru
dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ?
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu
adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun
secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan
nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan
juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana
penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling membantu,
patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha
yang dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan
positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti
yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan
bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik
bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh
sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan
sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan
pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam
jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk
individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi
agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang
memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi
diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar
membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan
konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi
mereka.

3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam
ciri seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan
kepada pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak
kurang pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang
tinggal dalam keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni
dalam aktiviti harian dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung
mempengaruhi murid untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga
halnya dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Sekiranya murid sering

bergaul dengan rakan-rakan yang biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah


pasti murid berkenaan akan turut sama berbahasa dwibahasa.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab


guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang
mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam,
semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang
dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas,
tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi meningkatkan segala
kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia
terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara
menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan
guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang
dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung
pada pihak lain.