Anda di halaman 1dari 18

DARI SULAWESI KE SEMENANJUNG TANAH MELAYU: PERANAN

ORANG BUGIS DALAM POLITIK JOHOR, NEGERI SEMBILAN,


SELANGOR, PERAK DAN KEDAH PADA ABAD KE-18
Oleh
Abdullah Zakaria bin Ghazali
Jabatan Sejarah
Universiti Malaya
Kuala Lumpur

PENDAHULUAN

Sejarah Malaysia abad ke 18 tidak akan sempurna tanpa menyentuh kegiatan


orang Bugis. Orang Bugis terlibat dalam politik Tanah Melayu sebelum dan
selepas abad ke -18. Namun begitu dalam kertas ini perbincangan hanya di
sekitar abad ke-18. Dan negeri yang disentuh pula, Johor, Negeri Sembilan,
Kedah dan Perak. Pada abad ini tokoh yang sangat terkenal ialah Daeng
Marewah, Daeng Parani, Daeng Chelak, Daeng Manambun dan Daeng Kemasi.
Mereka adalah keturunan Daeng Rilaka, putera La Maddusalat, Raja Bugis di
negeri Luwuk.1

SEPINTAS LALU KEADAAN DI SULAWESI

Keadaan politik dalaman telah menjadi salah satu sebab kepada pengembaraan
orang Bugis. Salah satu destinasi mereka ialah Semenanjung Tanah Melayu.
1

Mohd. Yusof Md. Nor, (Diusahakan oleh) Salasilah Melayu dan Bugis. (Petaling Jaya;
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1984). hlm. 14-15.

Dalam Sejarah Malaysia mereka hanya dikenali sebagai orang Bugis. Tidak
banyak menyentuh mengenai orang Makasar. Padahal ternyata yang terlibat
dalam politik Tanah Melayu pada abad ke-18 terdiri daripada mereka yang
bernaung di bawah kelompok besar: To-Ugi atau Bugis To-Mengkasara atau
Makasar. Walaupun begitu Bugis dan Makasar memiliki satu kebudayaan yang
dikenali dengan kebudayaan Bugis-Makasar. Selain itu pemimpin terkenal Bugis
yang terlibat dalam politik Tanah Melayu menggunakan gelaran Daeng. Padahal
gelaran Daeng digunakan oleh orang Makasar. Tetapi kemudiannya gelaran ini
digunakan pula oleh orang Bugis.2

Kehandalan mereka di laut dan kepandaian membina perahu yang


terkenal Pinisi membolehkan mereka merantau mengharungi lautan kepulauan
Melayu. Pada abad ke -17 berlaku persaingan di antara To-Ugi di bawah
pimpinan Aruppalakka Petta Malampee Gemmena (Arung Palakka, 1634-1696)
dengan Tu-Mengkasara di bawah pimpinan I Mallombasi Daeng Mattawang yang
terkenal dengan Sultan Hasanuddin

(1653-1669).

Pada tahun 1660 Arung

Palakka memimpin kira-kira 10,000 orang Bugis dari Bone menyerang kerajaan
Gowa tetapi dikalahkan oleh tentera Makasar. Namun Arung Palakka masih
menjalankan usaha untuk mengalahkan kerajaan Gowa ini. Pada ketika ini
Belanda (Syarikat Hindia Timur = V.O.C) berminat menguasai Gowa kerana
ingin mengawal perdagangan rempah di kepulauan Maluku. Perkembangan ini

Dalam hal ini Hamid Abdullah menyatakan yang To-Ugi terdiri daripada suku Wajo,
Soppeng, Bone dan Balangnipa; To-Mengkasara pula, Goa, Bontonompo, Takalara, Jeneponto
dan Tombolo. (Hamid Abdullah, Perubahan Sosial di Kalangan Masyarakat Keturunan Bugis di
Linggi dan Kesannya ke atas Masalah Kepimpinan. Tesis Ph.D., Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 1984, hlm. 1-3).

diambil kesempatan oleh Belanda dengan membantu To-Ugi yang dipimpin oleh
Arung Palakka. Manakala Sultan Hasanuddin dibantu oleh kerajaan Wajo, salah
sebuah kerajaan di tanah Bugis. Pada 1666 angkatan Belanda di bawah pimpinan
Cornelis Speelman dengan bantuan angkatan Bugis di bawah Arung Palakka
melancarkan serangan ke atas kerajaan Gowa. Sultan Hasanuddin kalah dalam
peperangan ini dan menandatangani perjanjian Cappaya ri Bungaya pada 18
November 1667.

Walaupun begitu Sultan Hasanuddin masih meneruskan

perjuangan menentang Belanda. Akibatnya Belanda menghantar pasukan


menyerang baginda dari April 1668 hingga Jun 1669. Sultan Hasanuddin,
pembesar dan rakyat mengalami kekalahan dan penderitaan. Kubu Ujung
pandang diduduki Belanda dan Speelman memberi nama baru, sempena tempat
kelahirannya; Rotterdam. Kejayaan ini meletakkan

Arung

Palakka sebagai

seoran gyang berkuasa di Sulawesi Selatan. Kini Bone mengambil alih kekuasaan
daripada kerajaan Gowa. Arung Palakka secara rasminya menjadi Raja pada
1672 dengan penggilan rumpone atau Arung Bone. 3 Dengan itu pusat pentadbiran
To-Ugi di Tana Bone dan rajanya dikenali dengan Arrumpone. 4 Pemerintahan
Arung Pallaka tanpa merujuk pembesar dan melancarkan serangan sehingga
menimbulkan keadaan tidak aman; menyebabkan ramai meninggalkan Sulawesi
Selatan: di antaranya ke Tanah Melayu. Upu Daeng Rilaka bersama lima orang
anaknya, setelah mendapat kebenaran Raja Bone berlayar ke Tanah Melayu. 5 Upu
3

H.C. Ricklefs, Sejarah Indonesia Modern (Yogyakarta: Gadjah Mada University Press,
1992). hlm. 93: 97-100.
4

Hamid Abdullah, Perubahan Sosoal di kalangan Masyarakat Keuturnan Bugis..., hlm.


20. Lihat juga Sartono Kartodirjdo, Pengantar Indonesia Baru: 1500-1900 Dari Emporium
Sampai Imperium Jilid 1, (Jakarta: Penerbit).
5

H.C. Ricklefs, Sejarah Indonesia Modern, hlm. 100.

Daeng Rilaka bersama lima orang anaknya, setelah mendapat kebenaran Raja
Bone berlayar ke Tanah Melayu.6

JOHOR

Tahun 1641 amatlah penting dalam

perkembangan sejarah kerajaan Johor.

Bermula tahun 1641, kedua-dua kuasa, Portugis dan Aceh tidak lagi menganggui
kerajaan Johor. Johor muncul sebagai sebuah kuasa di Kepulauan Melayu di
masa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677). Pada masa
pemerintahan baginda, sempadan Johor mulai jelas, di mana pada ketika ini
kerajaan Johor merangkumi Sungai Kampar, Sungai Penagi (Kuala Linggi),
Sungai Klang, Sungai

Siak, Unggaran, Bengkalis,

Pulau-Pulau Karimun,

Bintan (Riau), Bulang, Lingga dan pulau-pulau sekitarnya, Singapura, Muar dan
Sungai Batu Pahat.7

Sultan Abdul Jalil Syah III mangkat, takhta kerajaan digantikan oleh Raja
Ibrahim, putera Raja Bajau. Ketika menduduki takhta kerajaan Johor, baginda
memakai gelaran Sultan Ibrahim Syah (1677-1685). Apabila Sultan Ibrahim

mangkat takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda Sultan Mahmud II


(1685-1699).8 Sultan Mahmud II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada
6

Mohd. Yusof Md.Nor, Salasilah Melayu dan Bugis. hlm. 21.


7

L.Y. Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728: Economic and Political Developments
(Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975), hlm. 59.
8

tahun 1699. Oleh kerana Sultan Mahmud Syah II dikatakan tidak mempunyai
zuriat maka Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Jalil telah dipilih dan diangkat
menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (16991718).9 Perlantikan beliau di atas takhta kerajaan Johor menandakan bermulanya
keluarga baru dalam pemerintahan Johor. Kini keluarga Bendahara Johor
menggantikan keturunan Kesultanan Melaka di atas takhta kerajaan. Tun Abdul
Jalil ialah putera Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Seri Maharaja Padang
Saujana.

Kira-kira sembilan belas tahun memerintah, Sultan Abdul Jalil

Riayat Syah IV dicabar oleh Raja Kechil pada tahun 1718 yang mendakwa
dirinya putera Sultan Mahmud II dan berhak ke atas takhta kerajaan Johor.10
Dengan bantuan Orang Laut,11 pembesar dan penduduk tertentu Johor di bawah
Laksamana Johor, Raja Kechil yang melancarkan serangan ke atas Johor berjaya
menawannya. Beliau menduduki takhta kerajaan Johor dengan gelaran Sultan
Abdul Jalil Rahmat Syah. Pada tahun 1721, Sultan Abdul Jalil Riayat Syah yang
Hikayat Johor serta Pahang, hlm. 1-2, R.O. Winstedt , A History od Johore (Kuala
Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1979), hlm. 50-51. Haji Buyong Adil,
Sejarah Johor, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972). hlm. 73: Sejarah Terengganu
( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972), hlm. 73: Sejarah Terengganu (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974), hlm. 14. W Linehan, A History of Pahang (Kuala
Lumpur: MBRAS, 1973).hlm. 45. Aruna Gopinath, Pahang 1880-1933: A Political History
(Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1991), hlm. 17. Kenyataan ini
boleh diterima sekiranya menolak Raja Kechil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor, 17181722) sebagai putera Sultan Mahmud. Raja Kechil mendakwa bahawa baginda adalah putera
Sultan Mahmud dengan gundiknya Che Pong. (Mengenai Raja Kechil, sila lihat Abdullah Zakaria
bin Ghazali. Raja Kechil-Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah 17.18-1722): Satu Kaijan Tentang
Asal-Usulnya, Jurnal Sejarah Melaka. Bil. 6., 1981, hlm. 48-52.
9

Abdullah Zakaria bin Ghazali, Sultan Keturunan Kesultanan Melaka di Pahang dan
Johor, Jurnal Sejarah Melaka. Bil. 7, 1 982, hlm. 58.
10

L.Y. Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728, hlm. 240.


11

Sebelum ini orang laut adalah tulang belakang kepada kekuatan kerajaan Melaka dan
Johor. (Zainal Abidin Borhan, Orang Seletar: Ibarat Meniti Buih, Abdullah Zakari Bin Ghazali
dan Zainal Abidin Borhan (editor), Johor Dahuludan Sekarang. (Kuala Lumpur: Persatuan
Muzium Malaysia, 1994), hlm. 47-50.

berada di Kuala Pahang kerana berundur dari Johor: telah dibunuh oleh
Laksamana Nakhoda Sekam, dengan titah Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.
Putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV, Raja Sulaiman telah meminta bantuan
Bugis Lima Bersaudara, Daeng Marewah Daeng Parani, Daeng Chelak, Daeng
Kemasi dan Daeng Menambun. Pertempuran berlaku di antara angkatan Bugis
dengan angkatan Raja Kecil. Dengan bantuan Bugis Lima Bersaudara ini Raja
Sulaiman berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Pada tahun 1722
Raja Sulaiman ditabalkan menjadi SultanJohor dengan gelaran Sultan Sulaiman
Badrul Alam Syah (1722-60) bersemayan di Pulau Bintan. Daeng Marewah
dilantik sebagai Yamtuan Muda Johor yang pertama.12 Kenaikan Sultan Sulaiman
Badrul Alam Syah telah berjaya menegakkan semula dinasti bendahara
memerintah Johor.

Penglibatan Bugis dalam pentadbiran Johor mencetuskan perselisihan


dengan suku Melayu. Di bawah pimpinan Sultan Mansur Terengganu (17331794), orang Melayu menjalankan usaha untuk dilakukan; termasuk meminta
bantuan Belanda, tetapi orang Melayu gagal. Sultan Mansur Terengganu tinggal
di Riau selama 14 tahun (1746-1760) untuk melaksanakan usaha ini. Apabila
percubaan baginda dengan Belanda menawan Yamtuan Muda Daeng Kemboja
gagal dalam pertempuran di Linggi kerana diselamatkan oleh Raja Lumu, Sultan
Mansur Terengganu pulang ke Terengganu pada tahun 1760.13 Pada tahun 1760,
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah mangkat, disebut Marhum Batangan: putera
12

Raja Ali Haji, Tuhfat Al-Nafis (Singapura: Malaysian Publications Ltd., 1965), hlm. 62.
Abdullah Zakaria bin Ghazalli, Terengganu : Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan
(Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 19996), hlm. 10-14.
13

baginda yang pada ketika itu berada di Kuala Selangor diangkat menjadi Sultan
dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah. Sebelum sempat pulang ke
Riau, baginda mangkat di Kuala Selangor. Namun begitu jenazah baginda di
bawa dan dimakamkan di Riau. Takhta kerajaan

Johor digantikan oleh putera

baginda, Raja Ahmad yang masih kecil. 14 Tidak lama menduduki takhta kerajaan
Johor Sultan Ahmad pula mangkat pada tahun 1761,dengan itu takhta kerajaan
Johor digantikan oleh saudara baginda, Raja Mahmud (1761-1812) yang juga
masih kecil.

NEGERI SEMBILAN

Sementara persaingan di antara orang Bugis dengan Raja Kecil berlaku di Johor,
berlaku pergaduhan di antara beberapa orang nelayan Bugis dari Selangor dengan
Penghulu Linggi. Perselisihan ini berpunca daripada tindakan Penghulu Linggi
meminta hasil daripada tangkapan tersebut. Oleh kerana nelayan Bugis enggan,
pergaduhan berlaku di antara kedua pihak. Seterusnya Daeng Marewah dan
angkatan datang melanggar Linggi. Penghulu Linggi meminta bantuan Raja Kecil
di Riau. Dengan itu, pertempuran berlaku di antara angkatan Daeng Marewah
denan Raja Kecil. Dalam pertempuran ini Raja Kecil dikalahkan. Penghulu
Linggi pun tunduk kepada Bugis dan mengakui tidak akan derhaka kepada
Bugis.15
14

Raja Ahmad bukanlah putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah; juga bukan pengganti
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (Aruna Gopinath, Pahang 1880-1933, lm. 19). baginda
adalah ptuea Sultan Abdul Jalil Muazam Syah (atau Raja Abdul Jalil atau Raja di Baruh). Sultan
SulaimanBadrul Alam syah digantikan oleh putea baginda, Raja Abdul Jalil.
15
Virginia Matheson Hooker, Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-islam ( Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), hlm. 20 6-211.

Berkembangnya kuasa Bugis di Tanah Melayu : Selangor, Johor dan


Negeri Sembilan, khususnya Linggi telah melahirkan kebimbangan PenghuluPenghulu di Negeri Sembilan. Pada ketika ini pula Negeri Sembilan tidak
mempunyai Sultan atau Yang Dipertuan. Di atas inisiatif Penghulu Luak Rembau
keputusan dicapai daripada Penghulu Luak Jelebu dan Penghulu Luak Naning
bagi mendapatkan seorang anak raja dari Minangkabau untuk dilantik sebagai
Sultan atau Yang Dipertuan. Dengan itu wakil yang terdiri daripada Dato
Panglima Bandan, Dato Panglima

Badot sebagai ketua rombongan: Dato

Johan, Dato Panglima Sultan, Dato Laksamana, Dato Panglima Raja dan Dato
Andatar dihantar ke Minangkabau.16

Dalam pertemuan dengan Raja Alam Minangkabau, Sultan Muning Syah;


baginda bersetuju menghantar seorang anak raja sebagai Yang Dipertuan Besar di
Negeri Sembilan. Sultan Muning Syah telah melantik Raja Mahmud sebagai
Yang Dipertuan Besar. Dipercayai Raja Mahmud telah pun berada di Rembau
sekitar tahun 1720-an dan dikenali dengan nama Raja Rembau.

Dalam usaha membuat persiapan pertabalan Raja Mahmud, Sultan


Muning Syah menghantar Raja Khatib untuk menguruskan perkara ini. Apabila
tiba di Negeri Sembilan, Raja Khatib mengakui yang dia dihantar oleh Sultan
Muning Syah sebagai Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Kemudiannya Raja
16

Abdul Samad Idris, Takhta Kerajaan Negeri Sembilan,


Printcorp Sdn. Bhd., 1987), hlm. 22-32.

(Kuala Lumpur: Utusan

Khatib berkahwin dengan anak penghulu Naam, Hulu Muar. Raja Mahmud pula
setelah mendapat watikah perlantikan mengembara terlebih dahulu ke
Palembang, Jambi,

Inderagiri, Sungai Paku, Bandar Sepuluh, Inderapura,

Pariaman, Acheh, Siak: terus ke Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Akhirnya
membina istana di Bukit Serajin. Oleh kerana pengembaraan ini dia disifatkan
`melewar dan seterusnya dikenali sebagai Raja Melewar.

Oleh kerana Raja Khatib telah pun mengisytiharkan dirinya sebagai Raja,
berlaku pertempuran di antara Raja Melewar dengan Raja Khatib. Raja Khatib
dikalahkan oleh Raja Melewar ditabalkan Yang Dipertuan Besar di Penajis,
Rembau pada tahun 1773. Sempena dairpada semilan orang Penghulu Luak yang
datang memberi pengiktirafan kepadanya, Raja Melewar mengisytiharkan yang
dia menjadi pemerintah bagi Negeri Sembilan. 17 Negeri Sembilan menjemput
Raja Hitam dari Minangkabau menjadi Raja Negeri Sembilan. Begitu juga
apabila Raja Hitam mangkat pada tahun 1808, Raja Alang Husin, puteranya
tidak dilantik sebagai pengganti, sebaliknya menjemput Raja Lenggang dari
Minangkabau.

SELANGOR

Orang Bugis sudah lama menetap di Selangor. Sebelum Raja Lumu ditabalkan
sebagai Sultan Selangor pada tahun 1766, sudah ada pemerintah keturunan Bugis
di sini: Harun Pasarai (Aron Passarai) yang dikurniakan mohor oleh Dato Ungku
17

Haji Buyong Adil, Sejarah Negeri Sembilan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1981), hlm. 45-48.

10

Kelang dan kemudiannya digantikan oleh adiknya, Raja Siti. 18 Ketika Daeng
Chelak menjadi Yamtuan Muda Johor Kedua menggantikan Daeng Marewah.
Beliau bersama Raja Lumu melancarkan serangan ke atas Perak pada tahun 1742.
Apabila Daeng Chelak meninggal dunia, jawatan Yamtuan Muda digantikan oleh
Daeng Kemboja, anak Daeng Parani. Manakala Raja Lumu ditempatkan di
Selangor sebagai pemerintah di sini. Dia dikenali dengan nama Raja Selangor.19

Pada tahun 1760, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor mangkat.
Yamtuan Muda Ketiga, Daeng Kemboja mempengaruhi pembesar melantik
putera baginda yang masih kecil. Raja Ahmad menjadi Sultan Johor. Tidak
sampai setahun Sultan Ahmad pula mangkat. Sekali lagi Yamtuan Muda Daeng
Kemboja berjaya melantik Raja Mahmud, adik Sultan Ahmad yang juga masih
kecil sebagai Sultan Johor. Dengan ini kuasa pentadbiran

Johor di bawah

pegangan Yamtuan Muda Daeng Kemboja: tambahan pula sultannya masih kecil.
Perkembangan Johor ini memberi peluang kepada Raja Selangor, Raja Lumu
untuk membebaskan negerinya dairpada naungan Johor. Untuk maksud ini pada
September 1766, kapal Selangor muncul di Kuala Perak membawa surat kepada
Sultan Mahmud. Di antara lain surat itu meminta melupakan segala hubungan
tidak baik Perak - Selangor dahulu, mencadangkan hubungan baru dan yang lebih
daripada itu ialah

hasratnya untuk datang sendiri membincangkan perkara

tersebut. Sultan Mahmud Syah pula mendapatkan pandangan Residen Belanda,


18

19

SP. 79/2, Sejarah Dato Ungku Kelang Dengan Negeri Selangor.

SP. 79/3, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku
Panglima Besar of Selangor Concerning his Right and Claim To Be Appointed Raja Muda of
Selangor. C.O. 717/117, Pesuruhjaya Tinggi kepada J.H. Thomas, 7April 1936, enclosure no. 1,
Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku (Tengku) Badar Shah, Tungku Panglima
Besar of Selangor, Concerning his right and claim to be appointed Raja Muda of Selangor.

11

Wielderholt mengenai utusan Raja Lumu ini.

Residen pula tidak akan

membenarkan utusan Raja Lumu memasuki kuala sebelum mendapat arahan


daripada Melaka. Namun begitu pada 27 September 1766, dua rombongan Perak
ke Selangor untuk memulihkan hubungan Perak - Selangor.20 Walaupun sebelum
ini Sultan Mahmud memberi jaminan kepada Belanda tidak akan berbincang
dengan Raja Lumu, tetapi apabila rombongan Perak pulang dari Selangor pada
Oktober 1766, mereka membawa surat yang menyatakan Raja Lumur berhasrat
berjumpa Sultan Mahmud Syah atau saudaranya Raja Muda sendiri dan akan
datang ke Perak.

Pada bulan Oktober, 1766, Raja Lumur berada di Pulau

Pangkor. Pada 6 November 1766, 6 kapal Bugis membawa Raja Lumu, diiringi
oleh 8 baluk yang dihantar oleh Sultan Mahmud Syah berlabuh di Lumut. Pada
20 November 1766, Sultan Mahmud Syah menulis surat kepada Gabenor
Schippers di Melaka menyatakan persahabatan baru ini menjamin keselamatan
Perak - Selangor dan Selangor - Melaka (Belanda). Ketika berada di Perak Raja
Lumur telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor oleh Sultan Mahmud Syah.
Nobat dan cop mohor diberikan kepadanya. Kini Raja Lumu menjadi Sultan bagi
Selangor, dan Selangor bebas daripada kekuasaan Johor.21

PERAK

Orang Bugis terlibat dalam negeri Perak pada tahun 1720-an dan 1740-an. Pada
penghujung pemerintahan Sultan Alauddin Mughayat Syah (1720-1728) tahun
20

B.W. Andaya, Perak: The Abode of Grace: A Study of An Eighteenth Century Malay
State (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979), hlm. 262-264.
21
22. Ibid., hlm. 268, Raja Chulan. Misa Melayu (Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
Antara, 1966). hlm. 186-188. Virginia Matheson (editor), Tuhfat Al-Nafis, hlm. 178.

12

1728, orang Bugis di bawah pimpinan Daeng Marewah Yamtuan Muda pertama
Johor membantu Muzaffar Syah, menyerang dari Bernam. 22 Pada tahun 1739,
Encik Unuk, anak Daeng Marewah melanggar Perak. Beliau mati di racun di
Perak. Dengan itu pada Jun 1740, Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua,
dan ke Perak menuntut kematian anak saudaranya. Beliau merampas empat
perahu dengan muatannya sebanyak 200 bahara bijih timah. 23 Menurut Tuhfat AlNafis pergeseran berlaku di antara Sultan Perak, dengan Yamtuan Muda Daeng
Chelak kerana berlainan fikiran dan tujuan. Oleh kerana Sultan Perak enggan
mematuhi kehendak Daeng Chelak, beliau pun marah dan melanggar Perak.
Pertempuran berlaku di antara kedua-dua pihak; Perak di kalahkan, Daeng
Chelak mengambil dua orang perempuan Perak, Che Samidah dan Che Timah
sebagai isterinya.24 Dalam pada itu dinyatakan juga pada tahun 1742 Daeng
Chelak bersama anaknya, Raja Lumu membantu Raja Muda Bisnu menyerang
Sultan Muzaffar Shah III. Walaupun gagal menggulingkan Sultan Muzaffar Shah
III, beliau berjaya melantik Raja Bisnu sebagai Sultan

bergelar Sultan

Muhammad dan bersemayam di Brahman Indera. Sultan Muzaffar Syah kekal


memerintah Perak, berpusat di Kuala Kangsar.25

22

R.O. Winstedt & R.J. Wilkinson, A History of Perak (Kuala Lumpur: Malaysian Branch
of The Royal Asiatic Society, 1974), hlm. 61.
23

Barbara Watson, Andaya, Perak: The Abode of Grace. hlm. 72.


24

Shaharil Talib, Ismail Hussein, Michiko Nakahara (Pengenalan), Tuhfat Al-Nafis


Naskah Terengganu (Kuala Terengganu: The House of Tengku Ismail, 1991), hlm. 70. Virginia
Matheson & Barbara Watson Andaya (an annotated translation), The Precious Gift(Tuhfat AlNafis) Kuala Lumpur : Oxord University Press. 1983). hlm. 91. Virginia Matheson Hoooker,
Tuhfat Al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 261-262.
25
Haji Buyong Adil, Sejarah Perak (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972),
hlm. 26, Raja Chulan, Misa Melayu, hlm. 22-23. R.O. Winstedt and R.J. Wilkinson, A History of
Perak, hlm. 62.

13

Pada ketika ini terdapat dua orang Sultan di Perak. Sultan Muzaffar Syah
III bersemayam di Kuala Kangsar dan Sultan Muhammad Syah bersemayam di
Brahman Indera. Sultan Muhammad melantik anaknya Raja Iskandar sebagai
Raja Muda. Raja Muda Iskandar mencari helah untuk mengawal bijih timah
daripada bapa saudaranya Sultan Muzaffar Syah. Untuk tujuan ini dan merampas
kuasa Perak, Raja Muda Iskandar meminta bantuan Yamtuan Muda Daeng
Chelak dan berjanji akan memberi 50 bahara bijih timah setahun. Sultan
Muzaffar syah yang mencurigai anak saudaranya ini mengambil langkah
menyekat penyaluran bijih timah dari hulu dan kuala. Langkah ini mengagalkan
Raja Muda Iskandar yang berakhir dengan memohon maaf daripada Sulta
Muzaffar Syah. Namun begitu Sultan Muzaffar Shah mencari jalan supaya Raja
Muda Iskandar tidak mewarisi takhta kerajaan. Sebaliknya keturunannya akan
mewarisi takhta kerajaan Perak. Baginda berharap suami anaknya nanti akan
menjadi Sultan Perak. Calon menantunya, Sultan Berkabat, putera Raja Kecil
Siak (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan anak raja Kedah. Oleh
kerana puterinya, Raja Budak Rasul masih kecil, baginda pula telah tua; Sultan
Muzaffar Syah khuatir rancangan itu gagal. Dengan itu beliau memutuskan
menjemput Belanda membina loji di Perak. Selain itu perniagaan gajah dengan
India merosot. Saudagar India tidak berminat datang ke Perak kerana gangguan
British. Banyak daripada bijih timah Perak di bawah ke Selangor. Bakinya
dibawa ke Kedah, dijual kepada saudagar Portugis dan China dengan harga
hingga $40.00 satu bahara. Keadaan dalam negeri ini menjadikan kedatangan
Arry Verbrugge sebagai peluang keemasan kepada Sultan Muzaffar. Pada mei
1746, Arry Verbruged datang lagi ke Perak memberi jaminan kepada Sultan

14

Muzaffar. Belanda akan melindungi Perak daripada Bugis dan sebuah kubu akan
dibina di Pulau Pangkor.26

Ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah, Perak menghadapi huru-hara


yang ditimbulkan oleh Sultan Berkabat dan Raja Halim. 27 Sultan Berkabat, Raja
Halim dan Raja Muda Iskandar menuntut hak keatas takhta kerajaan Perak.
Sultan Berkabat, putera Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kechil) dengan
puteri Kedah dan telah pun bertunang dengan puteri Sultan Muzaffar Syah; Raja
Ali pula putera kerabat diraja Kedah dengan puteri diraja Perak, saudara Sultan
Muzaffar Syah.28 Kekacauan yang ditimbulkan oleh Sultan Berkabat yang
mendapat bantuan Daeng Menteko dan anaknya Daeng Mencelak dapat diatasi
oleh Raja Muda Iskandar. Manakala Raja Halim yang dibantu oleh Encik Hasil
dapat diatasi oleh kerajaan Perak dengan bantuan Belanda.

KEDAH

Seperti juga Johor, penglibatan orang Bugis di Kedah adalah dalam perselisihan
takhta kerajaan. Tunku Muhammad Jiwa meminta bantuan Daeng Parani untuk
mendapatkan takhta kerajaan Kedah daripada adiknya, Raja Nambang. Dengan
itu Yamtuan Muda Daeng Marewah bersama saudaranya dan angkatan berangkat
ke Kedah. Seterusnya mereka melantik Tunku Muhammad Jiwa sebagai Yang
26

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace.hm. 74-78.

27

Manuskrip Misa Melayu mengejanya Raja Halim. Barbara Watson Andaya, Perak :
The Abode of Grace, Mengeja Raja Alim.
28

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace, hlm. 160.

15

Dipertuan Kedah. Raja Nambang murka dan melancarkan serangan ke atas Tunku
Muhammad Jiwa yang dibantu oleh Bugis. Angkatan Raja Nambang
dikalahkan.29 Dengan itu Yamtuan Muda Daeng Marewah bersama saudaranya
pulang ke Riau.

Raja Nambang kemudiannya meminta bantuan Raja Kecil. Oleh kerana


angkatan Raja Kecil datang ke Kedah, Sultan Muhammad Jiwa sekali lagi
meminta bantuan Yamtuan Muda di Riau. Dengan itu angkatan Bugis di bawah
pimpinan Yamtuan Muda. Pertempuran berlaku di antara kedua-dua belah pihak.
Walaupun angkatan Bugis berjaya membantu Sultam Muhammad Jiwa tetapi
Daeng Parani gugur dalam pertempuran tersebut. 30 Pada November 1770, Raja
Haji dan Raja Said, Raja Muda Selangor, menghantar surat kepada Sultan
Muhammad Jiwa akan melanggar Kedah. Kemudiannya angkatan Selangor, yang
terdiri di antara Raja Haji dan Sultan Sallehuddin singgah di Perak bertemu
Sultan Mahmud dan mengharapkan doa selamat.31 Ketika berada di Perak, Sultan
Sallehuddin berkahwin dengan anak Raja Bendahara Chulan. 32 Pada 31 Disember
1770, selepas berkahwin, Sultan Sallehuddin menyertai angkatan Bugis

29

Mohammad Isa Othman, Politik Tradisonal Kedah 1681-1942, (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1990), hlm. 18.
30
Virginia Matheson Hooker, Tuhfat Al-Nafis, hlm. 218-224.
31
Barbara Watson Andaya, Perak; The Abode of Grace, hlm. 296, Raja Chulan, Misa
Melayu,hlm. 190-191.
32

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace, hlm. 299. Haji Buyong Adil,
Sejarah Selangor, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981), hlm. 18-19. Membuat
Kesilapan Menyatakan Raja Lumur datang ke Perak pada Tahun 19770 dan ditabalkan sebagai
Sultan Selangor serta berkahwin dengan anak saudara Sultan Perak. Sebenarnya, Sultan
Salaeehudin telah ditabalkan di Perak pada tahun 1766; tetapi badinda dan Raja Haji singgah di
Perak pada tahun 1770 dalam perjalanan hendak melanggar Kedah. Ketika berada di Perak,
Sultan Sallehudin berkahwin dengan anak Raja Chulan, anak saudara Sultan Mahmud Syah
Perak.

16

melanggar Kedah.33 Pada tahun 1771, angkatan Bugis melancarkan serangan ke


atas Kedah.34 Raja Chulan menyatakan dalam Misa Melayu, Sultan Mahmud
mengarahkan Raja Kechil Bongsu ikut serta dalam serangan itu. Misa Melayu
dan Tuhfat Al-Nafis menyatakan Bugis mencapai kemenangan dalam serangan
tersebut.35

Padahal angkaan Kedah menentang pasukan Bugis ini. Setelah

pertempurana berlarutan melebihi tiga bulan. Pada Mac 1771, Raja Haji
meninggalkan Kedah, lansung ke Bernam. Raja Haji kehilangan empat atau lima
panglima yang handal dan ramai tenteranya mati. 36

Angkatan Bugis

dikalahkan.37

KESIMPULAN

Pada abad ke 18, memperlihatkan penglibatan orang Bugis dalam politik di


Semenanjung Tanah Melayu. Setelah berjaya menjawat jawatan Yamtuan Muda
Johor pusat kegiatan orang Bugis di Selangor berpinda ke Johor. Dari Johor orang
Bugis terlibt di Linggi, Perak dan Kedah. Penglibtan di Perak dan Kedah tidak

33

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace,hlm. 300.

34

R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search For Security and Independence (Kuala
Lumpur: Oxford University Press, 1974), hlm. 28.
35

Raja Chulan, Misa Melayu, hlm. 191. Virginia Matheson (editor), Tuhfat Al-Nafis, hlm.
184-188. Mengenai serangan ini sila lihat juga, Dianne Lewis, Kedah - The Development of A
Malah State in the 18th and 19th Centuries, Anthony Reid and Lance Castles (eds.). Precolonial State System in Southeast Asia (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society, 1975), hlm 39; 40.
36

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace , hlm. 300.


37

Mohammad Isa Otman, Politik Tradisional Kedah 1681 - 1942 hlm. 20-21. Beliau
mencatitkan serangan ini dilakukan pada tahun 1769.

17

meninggalkan kesan yang besar berbanding di Selangor. Johor dan Linggi.


Walaupun jawatan Yamtuan Muda bukan bakal sultan tetapi pengaruh dan
kuasanya sangat kuat dalam kerajaan Johor. Manakala di Linggi, Bugis berjaya
mewujudkan petempatan mereka. Manakala di Selangor, anak Yamtuan Muda
Daeng Chelak, Raja Lumu berjaya menduduk takhta kerajaan.

SINGKATAN

C.O

Colonial Office

JMBRAS

Journal of The Malaysian Branch Royal Asiatic Society.

SP

Surat Persendirian.

18