Anda di halaman 1dari 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga


kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Contoh Karangan :
Setiap insan yang hidup di dunia ini menginginkan badan yang sihat dan cergas. Tubuh yang
sihat membolehkan kita melakukan pelbagai pekerjaan. Ada berbagai-bagai cara untuk menjaga
kesihatan.
Langkah paling efisien adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Kita perlu
melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau dalam pemakanan. Oleh itu, kita akan kekal sihat.
Beriadah turut membolehkan kita kekal sihat. Hal ini berikutan, ketika beriadah tubuh badan
akan membakar lemak yang berlebihan dalam tubuh. Penyakit berbahaya akibat obesiti dapat
dielakkan.
Selain itu, rehat yang mencukupi juga amat perlu dalam mengekalkan kesihatan. Rehat yang
dimaksudkan ialah tidur secukupnya iaitu antara enam hingga lapan jam sehari.
Izharnya, setiap individu tidak boleh mengambil ringan aspek kesihatan. Jika kita berpenyakit,
kos rawatan adalah tinggi. Oleh itu, amalkanlah peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati.

(125 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai