Anda di halaman 1dari 21

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Sekilas Bicara

2.

Abstrak

3.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.

Fokus Kajian

5.

Objektif Kajian

6.

Objektif Khusus

7.

Kumpulan Sasaran

8.

Pelaksanaan Kajian

6 - 17

9.

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

10.

Bibliografi

17
18

SEKILAS BICARA

Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya


ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,
maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali
ini.
Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak
mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk
membantu murid-murid pemulihan khas khususnya untuk meningkatkan tahap
kemahiran membaca dan melengkapkan.
Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan
seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam
menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini..
Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka,

maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik ,
demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam
kemahiran asas membaca dan melengkapkan .

Wassalam.

Mat Zaidi b. Dahlan


( GURU PEMULIHAN KHAS )
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi
2010

1. Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan


kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam
matapelajaran bahasa Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu murid-murid
pemulihan khas tahun 2 seramai 2 orang.
Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui
pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari.
Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anak-anak murid saya
dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan
bahan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan
menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan
sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT
Bestari ini membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru
sebagai pembimbing. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah
dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang
berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama.
Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang
sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain
dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas
SK. Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun saya
mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka menguasai
kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan. Beberapa
cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang
pastinya masih ada di kalangan murid tahap satu yang belum menguasai
kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan dengan baik
terutamanya murid-murid pemulihan khas .
Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu
langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran
membaca. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di
dalam kelas. Disebabkan mereka tidak pandai membaca walaupun suku
kata yang paling mudah, guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa
Malaysia sukar untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia akibat
daripada masalah tersebut.
Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan
kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka
tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam sukukata dengan
betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau
perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan
semula sukukata yang disebutkan.
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka
mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh
mereka mengeja suku kata awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian,
diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum
menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan
tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk
menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal
melengkapkan perkataan dengan baik.
Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan
membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
untuk murid-murid saya .
2. FOKUS KAJIAN
Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam
mengenal perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali
ini
terhadap
masalah
mengeja,menyebut
dan
melengkapkan
perkataan kvkv. Antaranya murid tidak dapat mengecam bunyi suku kata
dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat, mereka juga tidak boleh
mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran. Akibat daripada itu,
mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik.

Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian


powerpoint mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv , saya
berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tersebut dan
menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap
pelajaran mereka.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai
objektif berikut :
i.

Objektif umum

ii.

Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut dan


melengkapkan perkataan kvkv
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah agar

Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat


menyebut sukukata dengan betul.
murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv
Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian powerpoint dalam
menguasai kemahiran melengkapkan perkataan kvkv.
Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang dibina untuk
meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas dalam mengeja,
menyebut dan melengkapkan perkataankvkv
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK
Tenggaroh Selatan.
5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1.

Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan
kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat
bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.
Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku muridmurid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan
didapati
murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan
diri dan

tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul.


Murid juga
tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna
Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )
Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan
diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang
perlu
dilengkapkan oleh murid .
Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15
perkataan adalah terlibat dalam kajian ini.
Perkataan yang
diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,y
oyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang
telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid
berdasarkan gambar.
KEPUTUSAN UJIAN PRA.
Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan
dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi
sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan
kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah
membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint
bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki dengan
lebih baik.
Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah
Kaedah IT Bestari
Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan
perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid
murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya bina khas
untuk murid-murid pemulihan yang terlibat.

a)
b)
c)
d)

Aktiviti yang dijalankan


Empat aktiviti yang dijalankan iaitu
Nyanyi lagu sukukata dan perkataan
Eja dan sebut perkataan
Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv
Latihan melengkapkan perkataan interaktif.
Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan.
Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010
Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu .


Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut.
Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru.
Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan
Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan

muzik

Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan


berdasarkan lagu suku kata yang diberi.
Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk
menyanyikan lagu tersebut.

Aktiviti 1
CONTOH LAGU SUKUKATA

ba ba
be be
bi bi
bi bi
be be
bu bu
bo bo
bo bo

ba ba
be be
bi
bi
be be be be
bu bu bu bu
bo
bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama


gambar
ba

ba

ba ju

be
bi

be
bi

be si
bi ru

bi

bi

bi ri

be

be

be

be

be ca

bu

bu

bo

bo

bo

bo

bu

bu

bu

ku

la
la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan


lain
Refleksi dari aktiviti 1
Daripada

aktiviti

yang

dijalankan

didapati

murid

sangat

seronok

menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat


menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan perkataan. Mereka
juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut. Penggunaan
gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak dapat membantu
murid mengingat perkataan kvkv yang digunakan. Pengukuhan dengan
perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat menambahkan lagi
perkataan yang boleh diingati murid.
Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan
Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010
Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk


mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang
disediakan.
Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan
menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara
sukukata dan perkataan tersebut
Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan
Refleksi dari aktiviti 2

Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut
perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya
sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara
menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan. Murid dapat
menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan menyebut
dengan betul
Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan
perkataan, isi
huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina
guru
Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan


perkataan, mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi huruf
tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3


Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus
menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat menjalankan
aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan, padan perkataan
dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak membolehkan murid
menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan menggunakan hyperlink
dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid terus belajar. Saya juga sangat
teruja dengan perubahan sikap murid yang telah berminat untuk mengulangi latihanlatihan yang telah saya sediakan itu.
Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan
perkataan kvkv
dengan betul.
Tarikh
: 4 Mei hinga 8 Mei 2010
Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru


melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.

untuk

Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan


yang diberi.

Gambar tidak dapat disediakan


Refleksi dari aktiviti 4
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan perkataan
berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan perkataan
ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv. Disamping itu
mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan perpandukan
komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan tetikus yang ada
pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan sahaja celik huruf,
malahan juga celik IT.

UJIAN POS
1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 )
Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan
dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang
diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan
24 perkataan kvkv yang diberikan.
Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang
daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini.
Perkataan yang diuji
(bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lo
ri,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )

Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang


telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan
perkataan murid berdasarkan gambar.
Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan
dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya
melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan

Penilaian dan refleksi


Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati
bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan program
perisian powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini merupakan salah
satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid pemulihan khas
untuk menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan
perkataan kvkv.
Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan

perkembangan murid

pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka telah


dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan gambar
ataupun secara lisan.
Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan
membina

bahan-bahan

seperti

ini

untuk

kemahiran-kemahiran

asas

mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya


juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak
sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga
kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan
seperti ini.
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Sebagai

lanjutan

daripada

kajian

ini,

saya

bercadang

untuk

menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas


mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkvk.
Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan
aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah..

BIBLIOGRAFI
Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas
(masalah penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar
Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa


Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009
OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi
baharu KBSR, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Pengolahan Persembahan, Microsoft Powerpoint 2007,http://www.webmediacenter.com
Posted by SAMSUDIN MOHD ARIPIN at 21:04 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

FORMAT PENULISAN PROPOSAL

KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)


1. Tajuk kajian
2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap.
3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian
5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian
6. Kumpulan Sasaran
7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan
8. Bahan-Bahan Yang Di Perlukan
9. Jadual Pelaksanaan Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN


FORMULA
PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH
PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS
Oleh:
Suhaili Binti Rahmat
SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi

pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang
lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu
menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab
2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan
lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang
perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan
berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk
mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka
soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi
majoritinya tidak pasti.
Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru.
Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan
semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4
Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu.
Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkahlangkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya

terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya
tidak difahami oleh mereka.
Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang
mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2
digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak
mahu hafal sifir.
Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah
dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang
senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan
kemerosotan markah mereka.

2.

FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah

kerana :
(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
(c)
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir,
keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa
langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan guru.
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkahlangkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana
soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam
pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah Pistol dan Hammer on the
stairs. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula
hasil darab 2 digit.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
(i)

Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2 digit bagi
murid tahap 2.

(ii)

Objektif khusus
Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul menggunakan bentuk
Pistol dan Hammer.
Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

4.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu

5.

PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah


Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:
(i)

Pemeriksaan buku sifir.

(ii)

Ujian Pra
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
(i) Pemeriksaan buku sifir

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan yang
diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:

a.

2321 X 12

d.

5241 X 65

b. 1245 X 24

e.

3282 X 97

c.

1437 X 38
Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :
Peratus markah murid dalam soalan sifir
Markah

Bil murid

Peratus

Lulus (3-5 markah )

20

67%

Gagal (0-2 markah )

10

33%

(ii) Ujian Pra


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di
dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam
mengira hasil darab 2 digit.
Analisis daripada ujian Pra.
Bil soalan betul

Bil muird

6 ( 60%)

4 (40%)

Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:


(a)

penguasaan sifir yang kurang cekap.

(b)

Mendarab angka puluh dahulu contohnya 305 x 24 (mereka mendarab 2 dahulu)

(c)

Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua


Contohnya :

365

Kesilapan ditemui

X 24
1460

730
2190
(d)

Pengumpulan semula nombor yang salah.

5.3 Tindakan yang dicadangkan


Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk
memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik pistol dan hammer on the stairs untuk
mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:
(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.

(ii)

Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor


dan menyesesaikannya)
5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer


Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas
transparent yang berlainan warna.
Langkah 1
Setiap murid akan menggunakan 4 kertas transparent yang berlainan warna.
Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
Murid melakar pistol dan hammer menggunakan 2 kertas transparent yang berlainan warna.
Kemudian gunting.

Langkah 2
Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Langkah 3
Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan stairs dan answer box.
Lubangkan bahagian tengah kotak.

(ii)

Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan


menyelesaikannya).
Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan memahat
pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkahlangkahnya ialah :

Langkah 1
Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences) untuk
diselesaikan oleh murid.
contoh:
342 x 12 = ?
Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.
Cara dan pengisian nombor :
Letakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak pistol .
Kemudian selesaikan jawapan.

Langkah 2
Seterusnya, letakkan bentuk hammer pada kertas yang sama, bertindan dengan pistol .
Mula mengisi nombor.
Selesaikan jawapan.

Nota:
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama
telah diisi oleh bentuk pistol.

Langkah 3
Setelah jawapan pistol dan hammer dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk stairs
untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.
contoh :

jawapan pistol

= 684

jawapan hammer = 342

Langkah 4
Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).
Cari hasil tambah bagi jawapan pistol dan hammer.
Isikan di dalam kotak jawapan.

6.

Bahan yang digunakan


Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

Gunting,
pisau lipat ,
pembaris ,
magik pen / pensil
kertas A 4
transparent yang berlainan warna

7.

Bi
l
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Jadual Pelaksanaan Kajian

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan individu/kumpulan
Melaksanakan tindakan aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
Melaksanakan tindakan aktiviti 2
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
Ujian untuk mengesan perubahan murid
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah.

Disediakan oleh,
Jurulatih Utama
Kajian Tindakan Negeri Johor

Tempoh
Pelaksanaan
1 minggu
2 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
1 minggu
2 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
1 minggu

Anda mungkin juga menyukai