Anda di halaman 1dari 10

Contoh format dan cara menulis prosiding.

MENINGKATKAN KELANCARAN KEMAHIRAN MEMBACA


PERKATAAN DUA SUKU BAGI MURID TAHUN 2
Oleh
NUR NADIYAH BT INDRA GUNAWAN
Abstract
This study was undertaken to improve the reading proficiency of words containing two syllables
among students years two. This study was conducted on seven pupils Year Two Pintar, Sekolah
Kebangsaan Chicha Menyabong, Kelantan. The objectives of this study is to improve students'
mastery of reading the words of two syllables, to measure the effect of the method used to
improve proficiency of studentsin reading and detect variances the students after impliment the
method. The results showed that differences in test results from pre and post test. Comparison of
pre and post test showed the improved performance of students in the mastery of reading skills.
The method used the technique Singing Quarter , Merge me and syllable pronunciation training
was found can help to improve student mastery of reading the words of two syllables. The study
found that student proficiency in reading increased.
1.0 Refleksi pengajaran
Setelah beberapa kali sesi pengajaran, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang
murid yang masih tidak dapat membaca dengan lancar. Masalah ini dikenal pasti apabila
pengkaji menyuruh murid membaca petikan secara individu yang terdapat di dalam buku ketika
sesi pengajaran. Namun demikian, pengkaji melihat murid kelas ini menunjukkan minat untuk
belajar dan kemampuan mereka ini dapat digilap jika pengkaji menggunakan cara yang betul.
Setelah meneliti masalah yang dihadapi, pengkaji merasakan masalah utama yang perlu diberi
penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca
merupakan asas kepada sesuatu ilmu.
2.0 Fokus kajian

Pengkaji mendapati murid telah dapat membaca suku kata mudah seperti perkataan satu suku
kata dan perkataan dua suku kata yang bermula dari huruf vokal. Namun mereka menghadapi
masalah apabila membaca perkataan yang lebih sukar terutamanya bagi suku kata tertutup.
Contohnya perkataan sambung, mereka akan membunyikan dengan sebutan lombong. Murid
gemar mebunyikan perkataan sesuka hati mereka berdasarkan bunyi terhampir. Oleh itu kajian
ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pola yang
difokuskan dalam kajian ialah pola suku kata terbuka dan tertutup iaitu pola KV+KV, KV+KVK,
KVK+KVK, KVK+KV.
Objektif kajian
Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut :
3.0

Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata dalam kalangan

murid Tahun Dua


3.1

Mengukur kesan kaedah Nyanyian Suku Kata, Cantumkan Saya dan Latih Tubi

Penyebutan Suku Kata bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca Murid Tahun Dua.
3.2

Mengesan perbezaan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran membaca.

4.0 Kumpulan sasaran


Kajian ini dijalankan ke atas tujuh orang murid tahun 2 Pintar Sekolah Kebangsaan Chicha
Menyabong. Murid-murid ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam membaca perkataan
dua suku kata.melalui ujian diagnostik yang diberikan.
5.0 Pelaksanaan tindakan
5.1 Tinjauan masalah
Dalam tinjauan masalah, pengkaji ingin mengenal pasti masalah yang timbul dalam P&P apabila
ramai murid menyebut perkataan secara sesuka hati mereka berdasarkan bunyi yang terhampir.

Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui pemerhatian sewaktu PNP, perbincangan bersama
guru mata pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid.
5.2 Pelaksanaan tindakan
5.2.1 Latihan Nyanyian Suku Kata
Latihan nyanyian suku kata ini dijalankan pada 4.04.10 sehingga 22.04.10 . Teknik ini
dilaksanakan selama 10 sesi sepanjang tempoh 3 minggu. Masa sebanyak 15 minit
diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata
pertama menggunakan versi lagu tertenttu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi suku
kata kedua. Contoh perkataan pantas
Pan pan,
pan pan, pan pan, pan pan
tas..............!!!!
Refleksi : Setelah 3 minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid telah menunjukkan kemajuan dalam
penguasaan kemahiran membaca. Aktiviti ini membantu muridd mengingat konsep mencantum
perkataan.
5.2.2 Aktiviti 2 : Cantumkan Saya
Aktiviti Cantumkan Saya ini dijalankan pada 25.04.10 hingga 13.05.10. Teknik ini
dilaksanakan selama 9 sesi sepanjang tempoh 3 minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan
bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada pasangan.Setiap pesangan
diberikan Kad suku kata yang membentuk perkataan. Murid pertama diminta membunyikan
suku kata pertama dan disambung terus oleh murid kedua. Sambungan ini akan membentuk
bunyi perkataan.

Rajah 3 : Susun atur kaedah cantumkan saya


5.2.3 Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata
Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid menyebut suku kata dan
membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Latihan ini dijalankan pada 16.05.10 hingga
03.06.10. Teknik ini dilaksanakan selama 9 sesi sepanjang tempoh 3 minggu. Masa sebanyak 10
minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam latih tubi penyebutan suku kata, guru menyuruh
murid membaca dan menyebut perkataan dalam kad suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru
akan membetulkan penyebutan murid jika berlaku kesalahan.

ha

ra

ba

ja

ca

ka

ta

da

la

wa

fa

ma

ya

ga

na

sa

hin

rin

hung

rung

bin

jin

sin

bung

jung

sung

cin

kin

tin

cung

kung

tung

din

lin

win

dung

lung

wung

fin

min

yin

fung

mung

yung

gin

nin

gung

nung

Rajah 4 : Carta penyebutan suku kata

6.0 Dapatan Kajian


Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut
Jadual 6.1 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos
Bil

Nama murid

Ujian pra

Ujian pos

Peningkatan pencapaian

Markah

Peratus

Markah

Peratus

Markah

Peratus

(140)

(%)

(140)

(%)

(140)

(%)

1
2
3
4
5

Aidil Azihan
Wajdi
Afiq
Syawal
Mifzal

50
6
46
26
31

35.71
4.28
32.85
18.57
22.14

115
82
120
104
115

82.14
58.57
85.71
74.28
82.14

65
76
74
78
84

+46.43
+54.29
+52.86
+55.71
+60.00

6.
7.

Shuhadha
Munirah

44
36

31.42
25.71

123
124

87.85
88.57

79
88

+56.43
+62.86

Jadual 6.1 menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos. Didapati
murid mendapat pencapaian antara 6 hingga 50 perkataan pada ujian pra. Peningkatan dapat
dilihat sewaktu ujian pos apabila murid dapat membaca 65 hingga 88 perkataan pada ujian pos.
Min purata bagi ujian pra dahulu sebanyak 24.38% telah meningkat kepada min purata 79.89%
pada ujian pos ini. Peningkatan min purata ini sebanyak 55.51%. Dapatan peningkatan min
purata dalam ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap murid
dalam penguasaan kemahiran membaca.

Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.

Kesimpulan

Pengkaji dapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca, kini
telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Muridmurid juga semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara
membuktikan bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ini telah
berjaya dilaksanakan.
Cadangan kajian seterusnya
Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca
perkataan dua suku kata, pengkaji bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran
membaca perkataan tiga suku kata. Pengkaji turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid
pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu tidak memahami konsep mencantum
perkataan.
10.0 SENARAI RUJUKAN
Abdillah Bin Nurdin Asis.2009. Meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat yang
mengandungi perkataan gabungan tiga suku kata terbuka KV + KV + KV . Koleksi
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009 . Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang
Dr. Shukri Abdullah. (2007). Anak Berilmu Keluarga Beruntung. Diperoleh pada 31
Januari 2010 daripada http://www.cepatbaca.com.my/site/
Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kajian Ujian Diagnostik Untuk Mengesan Kelemahan Bacaan Bahasa. Diperolehi pada
3 Febuari 2010 daripada http://www.docstoc.com/.../Kajian-Unian-DiagnostikUntuk-Mengesan-Kelemahan-Bacaan-Bahasa

Kamarudin

Hj.

Husin,

(1998).

Pedagogi

Bahasa.

Kuala

Lumpur:

Malaysia Sdn. Bhd.


Peningkatan Kemahiran Membaca. Diperolehi pada 3 Febuari 2010 daripada
http://www.scribd.com/doc/2083874/KAJIAN-TINDAKAN-PENINGKATAN
KEMAHIRAN-MEMBACA
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Puan Aspalaila Ramli. Puan Maslinda Mahmud (2006). Meningkatkan Kemahiran
Murid Membaca Ayat-ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku
Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor
2006.Sekolah Rendah
Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1
Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar Proseding Seminar
Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.
Siti Rosmah Mohamed. Saripah Sarif (2006).Ting-Ting Minda Meningkatkan
Kemahiran Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV
KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal Kajian Tindakan Negeri
Johor 2006 Sekolah Rendah.
Zainora binti Mohd @ Man (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid
Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata.
Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.
Dicatat oleh azaha83 di 12:06 PTG

Longman

Format Laporan Kajian Tindakan Terkini


KANDUNGAN
Muka Surat
ABSTRAK BM
ABSTRACT-BI
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu
1.3 Refleksi nilai pendidikan
1.4 Kesimpulan
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1Pengenalan
2.2 Isu kajian
2.3 Tinjauan literatur berkaitan isu kajian
2.4 Kesimpulan
-tinjauan literatur sekurang-kurangnya 5 kajian yang berkaitan dengan tajuk anda
3.0 Objektif Kajian
3.1 Pengenalan
3.2
-fokus tajuk umum dalam meningkatkan murid
-kaedah/ teknik/teknik/strategi- kesan tindakan anda
-pencapaian- lebih lihat kepada min keseluruhan ujian pos dan ujian pra
3. Kesimpulan
4.0 Kumpulan sasaran
4.1 Pengenalan
4.2 -fokus kepada sek. mana-DAERAH- BANDAR KAMPUNG-PULAU
-tahun berapa 6- 14KELAS
-kelas mana 14HUJUNG
4.3 Kesimpulan
5.0 Tindakan yang dijalankan
5.1 Pengenalan-Huraikan dalam bahagian ini dipaparkan.....cth teori laidlaw

5.2 Reka bentuk kajian kajian tindakan -papar teori kajian tindakan
5.2.1 Tinjauan masalah ceritakan bagaimana anda dapat masalah tersebut
-semasa mengajar
-semak buku latihan
-pemerhatian dalam kelas
-tanya guru lama murid
5.2.2 Perancangan Jadual dan nyatakan tarikhnya5.2.3 Perlaksaan Tindakan 1(Lingkaran 1)
5.2.3.1 kaedah baca-teknik -pandang sebut5.2.3.2 kaedah baca-teknik nyanyian5.2.3.3 kaedah baca-teknik cantum5.3 Kesimpulan
6.0 Cara pengumpulan data
6.1 Pengenalan
6.2 Ujian diagnostik- 40 lampiran soalan ujian
6.3 Ujian pra 7 orang- lampiran soalan
6.4 Ujian Pos 7 orang lampiran soalan
6.5 Kesimpulan
7.0 Keputusan kajian
7.1 Pengenalan
7.2 Dapatan Kajian
7.3 Kesimpulan
8.0 Rumusan
9.0 Cadangan kajian seterusnya
Senarai rujukan
Lampiran-lampiran

Anda mungkin juga menyukai