Anda di halaman 1dari 2

Sejarah merejam lembing

Mengikut laman web trackfieldevents.com, Hercules anak kepada Zeus dipercayai


merupakan orang pertama yang merejam lembing. Dalam pertandingan sukan
ianya mula diperkenalkan dalam tahun 708 SM. Pada permulaanya acara ini
dibahagikan kepada dua kategori merejam kepada sasaran dan merejam
berdasarkan jauh. Pada zaman dahulu konsep dan prinsip merejam lembing paling
jauh adalah lebih kurang sama dengan apa yang dipertanmdingkan sekarang,
sementara merejam lembing beradasrkan sasaran biasanya peserta akan
menunggang kuda dan sambil kuda berlari merejam lembing ke arah sasaran.
Menunggang kuda yang sedang berlari dan merejam lembing memerlukan
koordinasi yang luar biasa untuk menepati sasaran.

Lembing pada zaman tersebut dibuat daripada kayu olive yang beratnya adalah
400 gm dan panjangnya antara 2.3 hingga 2.4 meter. Dalam tahun 1780acara
merejam lembing telah mengalami perubahan, saiznya telah ditukar kepada 800
gm berat dan panjangnya 2.6 meter dan diperbuat daripada kayu hickory.

Sejak dari zaman Hercules hingga ke zaman moden ini perubahan teknologi
mengikut peredaran masa, lembing juga turut sama akan perubahan tersebut, di
era in i lembing diperbuat dari logam. Menurut laman web web
trackfieldevents.com, pada tahun 1953 Franklin Head telah mencipta lembing yang
hollow yang memberi lembing tersebut untuk terapung lebih lama dan ke sasaran
yang lebih jauh.

Laman web Olympic.org pula menerangkan acara merejam lembing pada zaman
Olimpik purba tahun 778 SM acara ini sudah mula dipertandingkan sebagai salah
satu acara dalam sukan tersebut.

Merejam lembing mempunyai banyak kaitan antara peperangan dan acara Olimpik.
Di antara era Mycenaean dan zaman Kerajaan Roman, lembing digunakan dalam
peperangan, bezanya tentera zaman tersebut menggunakan lembing yang lebih
berat berbanding dengan atlit. Dalam suka Olimpik zaman moden pemenang acara
ini di peringkat dunia secara tradisinya dikuasai oleh negara-negara Nordic di
Eropah, daripada 69 pingat Olimpik dalam acara merejam lembing lelaki sebanyak
32 pingat telah dimenangi oleh Negara Norway, Sweden atau Finland.

Menurut laman web pjpkipkb.forumphpbb3.com acara ini mula dipertandingkan


buat pertama kali dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Dalam Sukan Olimpik
moden ia mula dipertandingkan dalam tahun 1912. Sejak itu acara merejam
lembing merupakan acara balingan/padang yang penting yang dipertandingkan
dalam semua acara sukan dunia. Acara merejam lembing sekarang ini terbahagi
kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan wanita