Anda di halaman 1dari 16

Nasihat Luqman Al

Hakim Kepada
Anaknya

"DUNIA ini ibarat lautan dalam. Oleh itu, kita


hendaklah bijak untuk melayari atau melalui
perjalanannya supaya tidak tenggelam. Kiasan
itu diberikan oleh Luqman Al-Hakim ketika
menasihati anaknya supaya bertakwa ketika
melayari hidup ini.

Katanya: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini


umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang
telah tenggelam dalamnya. "Oleh itu, jadikanlah
ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu,
keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu
pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau
akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu
melainkan dalam keadaan yang selamat."

Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai


anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama
lautan yang terbentang luas. Ramai manusia
yang karam dalamnya. "Oleh itu, sekiranya
engkau mampu menjadikan kapalmu itu
daripada
keimanan
terhadap
Allah,
persediaanmu
itu
melalui
tawakal
dan
muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan.

"Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia


kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau
karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu."
Begitu bernas nasihat Luqman kepada anaknya
supaya menjadi seorang beriman dan bertakwa
kepada Allah. Kata-katanya mengandungi makna
tersurat untuk difikirkan oleh kita semua.

Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai


anakku. Aku pernah memikul batu-bata, besi
dan setiap benda yang berat, sedangkan aku
tidak pernah memikul suatu pun yang lebih
berat daripada jiran tetangga yang jahat. "Aku
telah
merasakan
pelbagai
kepahitan,
sedangkan aku tidak pernah merasakan
sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran.

"Hai anakku! Janganlah engkau menghantar


seorang yang bodoh sebagai utusanmu.
Sekiranya engkau tidak memperoleh orang
bijaksana, maka engkau sendirilah yang menjadi
utusan itu."

Apakah perbezaan antara majlis pengembumian


jenazah dan perkahwinan?

Luqman dalam membuat perbandingan antara


kedua-duanya, berpesan kepada anaknya: "Hai
anakku! Hadirilah majlis pengebumian jenazah,
tetapi
janganlah
engkau
menghadiri
majlis
perkahwinan. "Hal itu kerana pengebumian jenazah
itu, akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat,
manakala majlis perkahwinan itu pula, akan
menjadikanmu sukakan dunia."

Luqman
juga
berpesan
supaya
kita
bersederhana dan tidak bersikap berlebih-lebih
dalam melakukan sesuatu perkara. Sebabnya,
seperti katanya: "Hai anakku! Janganlah engkau
bersikap terlalu manis, nescaya engkau akan
ditelan dan janganlah pula engkau bersikap
terlalu pahit, nescaya engkau akan diluahkan
keluar."

Dalam memilih kawan, Luqman berpesan: "Hai


anakku! Apabila engkau ingin mempersaudarakan
seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu.
Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya,
maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak,
maka berhati-hatilah terhadapnya.

Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam


Ahmad daripada Malik: Luqman telah berkata
kepada anaknya: "Hai anakku! Bagaimanakah
engkau boleh melambat-lambatkan manusia
dengan apa yang mereka janjikan, sedangkan
mereka bersegera pergi kepada apa yang tidak
mereka janjikan?"

Bercakap mengenai pujian pula, katanya: "Hai


anakku! Turunkanlah dirimu pada tingkatan yang
sesiapa saja tidak berhajatkan pertolongan
daripadamu,
sedangkan
engkau
amat
memerlukan daripadanya.
"Hai anakku! Jadilah engkau seorang yang tidak
berhajatkan pujian manusia dan tidak juga celaan
daripada mereka. "Nescaya, tenanglah diri
daripada kejahatan manusia dan manusia pula
akan tenang dari kejahatannya (pujian)."

Kata Luqman lagi: "Hai anakku! Halanglah


sesuatu yang keluar dari mulutmu. Kerana
sesungguhnya engkau tidak dapat mendiamkan
orang yang selamat. Engkau hanya mesti
mengatakan sesuatu yang mendatangkan
manfaat
kepadamu.

"Hai anakku! Janganlah engkau melewatlewatkan taubat. Kerana sesungguhnya,


kematian itu datang dengan sekelip mata.

"Hai anakku! Berduyun-duyun datang kepada


ulama dengan kedua-dua belah lututmu (berjalan
kaki) dan janganlah engkau bertengkar dengan
mereka
(ulama),
nescaya
mereka
akan
membencimu.

"Ambillah daripada dunia untuk keperluanmu dan


berbelanjalah dengan pencarianmu yang terbaik
untuk akhiratmu. "Janganlah engkau berbelanja
sekali gus kerana engkau mempunyai tanggungan.
Sebenarnya, di atas leher lelaki itu terletaknya
segala bebanan."

Anda mungkin juga menyukai