OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan ciri guru yang berkesan;
2. menghuraikan prinsip pembelajaran dan pengajaran;
3. menyediakan rancangan pengajaran;
4. menghurai dan menyediakan persediaan mengajar; dan
5. menghuraikan kemahiran-kemahiran penyampaian.
OUM
69
TOPIK 5
Kurikulum Sekolah
Pelaksanaan Kurikulum
Komponen Persediaan
Mengajar - Persediaan
Sukatan Pelajaran
Perancangan Pengajaran
Persediaan Mengajar
Komponen Persediaan
Mengajar - Penyampaian
Komponen Persediaan
Mengajar - Penutup
Daripada ciri yang anda senaraikan, guru tersebut mungkin guru kegemaran anda, dan
mungkin juga tidak. Ada antara guru tersebut yang mengenali anda sebagai seorang individu
dan mengetahui apa yang anda harapkan. Ada juga yang hanya anda kenali berdasarkan
mata pelajaran yang diajar sahaja. Sesetengah guru menyebabkan anda meminati apa yang
diajar. Mungkin ada yang membuatkan anda mempersoalkan Bagaimanakah orang ini memilih
profesion perguruan sebagai kerjayanya?.
Guru yang ciri-cirinya anda senaraikan di atas, secara langsung dan tidak langsung
mempengaruhi pemikiran dan personaliti anda, pembentukan sikap dan ilmu pengetahuan,
serta kemahiran yang anda perolehi. Secara tidak langsung, guru ini juga mungkin mengubah
tingkah laku anda.
70
OUM
TOPIK 5
Seorang guru yang baik ialah seorang guru yang boleh mengajar dengan berkesan. Adakah
keberkesanan pengajaran guru hanya diukur berdasarkan pencapaian akademik pelajar?
Apa pendapat anda tentang pandangan ini?
5.1.1
Perbincangan tentang guru yang berkesan memang banyak ditulis dan juga dikaji. Aspek
keberkesanan dilihat dari segi sekolah, pengurusan, media pengajaran, latihan guru dan lainlain. Dalam bahagian ini penumpuan diberikan kepada guru. Antara ciri-cirinya adalah:
(a) Kecekapan Bidang
Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang
bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh
yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas
dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan
mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari
di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang
berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang beliau
kurang mahir.
(b) Kepelbagaian Kaedah Mengajar
Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai
dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada
kaedah untuk mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai
kaedah mengajar.
(c) Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran
Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam
pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guru
yang berkesan akan sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.
(d) Enthusiasm
Guru yang bersemangat (enthusiastic) akan mempamerkan keyakinan dalam perkara
yang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan kesungguhan semasa mengajar
melalui nada suara dan gerak geri yang menunjukkan bahawa perkara yang hendak
diajar adalah penting dan menarik. Guru juga kelihatan bertenaga dan gembira semasa
mengajar.
(e) Susunan dan Kejelasan
Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas. Isi pelajaran dan
aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan. Isi pelajaran juga disampaikan
mengikut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnya
menyumbang kepada pencapaian pelajar.
Pada pendapat anda, apakah lagi ciri-ciri guru yang berkesan yang dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran? Cuba senaraikan ciri-ciri
tersebut.
OUM
71
TOPIK 5
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang
mengambil kira perbezaan individu.
OUM
TOPIK 5
Pelaksanaan KBSM dilakukan dalam dua peringkat, iaitu peringkat menengah rendah dan
peringkat menengah atas. Di peringkat menengah rendah, mata pelajaran dikategorikan
sebagai mata pelajaran teras dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras digubal
sesuai dengan prinsip KBSM yang disebutkan di atas, iaitu memberi pendidikan umum kepada
semua. Di peringkat menengah atas pula, semua mata pelajaran peringkat menengah rendah
diteruskan, kecuali mata pelajaran Kemahiran Hidup, Geografi dan Pendidikan Seni. Di
samping itu, mata pelajaran elektif diwujudkan untuk mengembangkan minat dan bakat
pelajar.
Latihan 5.1
Mengapakah penting untuk mengintegrasikan unsur-unsur intelek,
rohani, emosi dan jasmani dalam pembentukan kurikulum sekolah?
5.4.1
Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran adalah satu dokumen bertulis untuk sesuatu mata pelajaran. Ia disediakan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam sukatan
pelajaran, terkandung rasional dan matlamat, objektif mata pelajaran, organisasi sukatan,
kemahiran dan pengetahuan yang akan diperoleh oleh pelajar, peruntukan waktu, cadangan
aktiviti pembelajaran dan nilai murni.
Sukatan pelajaran merupakan garis panduan kepada guru untuk mengajar sesuatu pelajaran.
Guru perlu bijak menggunakan sukatan pelajaran supaya pelajar dapat pengetahuan dan
kemahiran yang dinyatakan dalam sukatan tersebut. Isi pelajaran dalam sukatan perlu
OUM
73
TOPIK 5
dihabiskan dalam masa satu tahun sesi pembelajaran pelajar. Untuk membolehkan guru
mengajar isi kandungan dalam sesuatu sukatan pelajaran, guru perlu menganalisis sukatan
pelajaran berkenaan.
5.4.2
Perancangan Pengajaran
membolehkan guru menyusun isi pelajaran dengan teratur dengan turutan yang sesuai
supaya pembelajaran berlangsung dengan berkesan;
memastikan guru mempunyai rekod tentang perkara yang telah diajar. Rekod ini boleh
digunakan untuk tujuan peperiksaan atau disemak oleh pentadbir jika perlu;
membantu guru untuk mendapatkan gambaran yang luas tentang keseluruhan mata
pelajaran yang akan diajar supaya dapat melihat kesinambungan antara tajuk; dan
Rancangan pengajaran tahunan disediakan untuk tempoh satu tahun dan ada yang disediakan
mengikut semester; bergantung kepada peraturan sekolah. Terdapat sesetengah mata
pelajaran di mana rancangan pelajaran tahunan disediakan oleh guru panitia mata pelajaran
dan diselaraskan di peringkat daerah. Bagaimanapun, adakalanya guru terpaksa menyediakan
sendiri semua rancangan pengajaran. Oleh itu, apakah langkah-langkah yang guru perlu ikuti
untuk menyediakan rancangan pengajaran?
Tulis tarikh semester bermula dan berakhir dan tentukan bilangan minggu dalam satu
semester.
Melalui jawatankuasa sekolah, tentukan hari-hari mata pelajaran tersebut diajar dan berapa
kali seminggu. Tulis minggu, hari dan hari bulan tiap-tiap minggu.
Tentukan berapa kali waktu mengajar dalam setahun. Dalam satu tahun ada 2 semester
dan tiap-tiap semester terdapat 19 minggu. Katakan tiap-tiap minggu terdapat 2 hari
waktu mengajar mata pelajaran tersebut. Oleh itu, waktu mengajar setahun adalah 2
19 2 = 76 waktu mengajar setahun.
Tentukan waktu mengajar bersih setelah ditolak hari-hari cuti yang jatuh pada hari
mengajar mata pelajaran tersebut, ujian bulanan, peperiksaan dan lain-lain. Katakan
jumlah hari yang guru tidak boleh mengajar kerana gangguan yang disebutkan di atas
ialah 10 hari. Oleh itu jumlah sebenar waktu mengajar untuk mata pelajaran tersebut
ialah 76 10 = 66 hari.
Bahagikan isi pelajaran kepada 66 tajuk kecil. Perlu diambil kira bahawa tiap-tiap satu
tajuk kecil itu boleh diajar dengan anggaran dua pertiga dari masa pengajaran
Sediakan rancangan pengajaran mengikut format yang telah ditetapkan oleh sekolah.
Terdapat pelbagai format rancangan pengajaran yang digunakan di sekolah. Umumnya, format
tersebut mengandungi perkara-perkara seperti dalam Rajah 5.1.
74
OUM
TOPIK 5
Semester
Minggu
Tajuk
Kemahiran
Nilai
Catatan
Kurikulum
Sukatan M/P
Fizik
Sukatan M/P
Lukisan
Kejuruteraan
Sukatan M/P
Kimia
Sukatan M/P
Matematik
Sukatan M/P
Biologi
Rancangan
Pengajaran
Persediaan Mengajar
Topik 1
Persediaan Mengajar
Topik 2
Persediaan Mengajar
Topik 3
Persediaan Mengajar
Topik 4
OUM
75
TOPIK 5
Persediaan mengajar ialah satu perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu
waktu pengajaran. Ia mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai,
isi kandungan yang akan disampaikan dan penentuan pencapaian matlamat. Persediaan
mengajar merupakan rancangan tindakan yang disediakan oleh guru yang akan digunakan
semasa berhadapan dengan kelas.
Mengapa guru perlu menyediakan persediaan mengajar? Sebab-sebabnya adalah seperti
berikut:
Membantu guru memikirkan dengan mendalam tentang perkara yang akan diajar sebelum
mengajar. Kesukaran atau masalah yang dihadapi akan dapat dijangka dan keputusan
dapat dibuat untuk mengatasinya. Perancangan spesifik juga boleh dibuat untuk mengatasi
masalah yang berkaitan dengan kawalan bilik darjah dan memotivasikan pelajar.
Sebagai rekod untuk mengetahui perkara yang telah dan belum diajar.
Walaupun terdapat pelbagai format persediaan mengajar, terdapat persamaan dari segi
komponen yang terdapat dalam satu persediaan mengajar. Komponen persediaan mengajar
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu persediaan, penyampaian dan penutup.
Penerangan tentang komponen ini akan dibuat secara lebih terperinci selepas ini. Sekarang,
sila lihat cadangan format persediaan mengajar seperti dalam Rajah 5.3.
Kita akan bincangkan dengan terperinci komponen-komponen dalam satu persediaan
mengajar.
76
OUM
TOPIK 5
Tarikh: .......................................................................................................
Masa: ........................................................................................................
Tingkatan: ..................................................................................................
Bilangan Pelajar: .........................................................................................
Mata Pelajaran: ..........................................................................................
Tajuk Pengajaran: .......................................................................................
Pengengetahuan Sedia Ada:
..............................................................................................................

Objektif Pengajaran:

Isi Pelajaran:

Nilai-nilai Murni: ...........................................................................................
..............................................................................................................
Alat Bantu Mengajar:

Bahan Rujukan:

Langkah Keselamatan:

77
TOPIK 5
Induksi Set:

Langkah Penyampaian:
Langkah
Kaedah Penyampaian
(Tulis strategi, kaedah,
aktiviti, penggunaan
media)
1 minit
2 minit
3 minit
4 minit
5 minit
Kesimpulan:
..............................................................................................................
..............................................................................................................
..............................................................................................................
Penilaian:

Tugasan:

Ulasan Diri:

Ulasan Penyelia: (Jika diselia)

Rajah 5.3: Format persediaan mengajar
78
OUM
TOPIK 5
dapat menyediakan media pengajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan
pelajar;
Penerangan tentang objektif dijelaskan dengan terperinci dalam Topik 6 modul ini.
(d) Isi Pelajaran
Isi pelajaran merujuk sama ada kepada konsep, prinsip, teori atau kemahiran yang akan
disampaikan kepada pelajar. Isi pelajaran diperoleh daripada sukatan pelajaran. Seperti
yang telah diterangkan di atas, sukatan pelajaran dianalisis untuk menyediakan rancangan
pelajaran. Rancangan pelajaran pula dibahagikan mengikut minggu dalam setahun. Oleh
itu, guru perlu melihat minggu yang berkenaan dan memilih tajuk pengajaran untuk hari
yang mereka akan mengajar.
Kemudian, guru perlu menganalisis tajuk pengajaran bersama-sama dengan huraian
sukatan, buku teks dan sumber pengajaran untuk menyusun langkah pengajaran mengikut
susunan yang logik dan boleh difahami pelajar. Guru juga perlu memikirkan semua faktor,
iaitu masa, pengetahuan sedia ada pelajar, aktiviti, kaedah dan media pengajaran yang
akan digunakan.
(e) Nilai Murni
Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara, KBSM digubal untuk melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Untuk mencapai hasrat ini,
16 nilai murni disenaraikan dalam KBSM untuk diterapkan melalui pengajaran dan
pembelajaran.
Nilai-nilai tersebut ialah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih
sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kejujuran, kebersihan, rasional, kerajinan,
kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran dan semangat bermasyarakat. Semasa menulis
persediaan mengajar, guru boleh memilih nilai yang hendak ditekankan dalam pengajaran
dan pembelajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran.
OUM
79
(f)
TOPIK 5
Sumber Pembelajaran
Sumber pembelajaran merujuk kepada media pengajaran dan bahan rujukan yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkenaan. Contoh media
pengajaran ialah papan gulung, carta, peta, model, slaid projektor, overhead projektor,
Liquid Crystal Display (LCD), talian terus, televisyen dan radio.
Sumber rujukan pula terdiri daripada buku teks, buku rujukan, risalah dan buletin. Sumber
rujukan perlu untuk memastikan maklumat yang diajar sentiasa kemas kini dan
seterusnya membantu meluaskan pengetahuan dan kemahiran guru dalam tajuk yang
diajar. Sumber rujukan seelok-eloknya ditulis lengkap seperti menulis bibliografi.
Contoh:
1.
Md. Rahim Sahar. (1995) Fizik gelombang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2.
Proses fotosintesis .(tiada tarikh). Didapati pada 7 Februari 2002 daripada http://
www.e-smartschool.com/pnu/005PNU00500001.asp
Guru boleh melayari laman web berikut untuk melihat panduan menulis rujukan
untuk buku, risalah dan bahan elektronik.
http://www.apastyle.org/elecsource.html
http://www.vanguard.edu/faculty/ddegelman/index.cfm?doc_id=796
5.5.2
Sebagai seorang guru, apakah yang boleh anda lakukan untuk menarik
perhatian pelajar sebelum memulakan sesuatu pelajaran?
80
OUM
TOPIK 5
(b) Perkembangan
Peringkat ini adalah peringkat guru menyampaikan isi pelajaran. Guru akan menggunakan
kemahiran mengajar seperti kemahiran peneguhan, penggunaan papan hitam, kemahiran
menyoal, kemahiran penggunaan komunikasi tanpa bahasa, penggunaan bahasa dan
suara, kemahiran menerangkan dengan contoh dan lain-lain lagi.
Langkah-langkah penyampaian merupakan bahagian yang penting dalam pengajaran. Cuba
rujuk semula Rajah 5.3, dalam ruang kaedah penyampaian. Dalam ruang ini guru perlu
menulis strategi, kaedah dan aktiviti yang akan dijalankan. Guru juga perlu mencatatkan
tentang penggunaan media pengajaran dan penerapan nilai murni dan soalan utama yang
akan disoal semasa pengajaran.
Dalam ruang isi pelajaran pula, guru mencatatkan isi penting yang akan disampaikan.
Isi ditulis dengan jelas dan dibahagikan kepada beberapa langkah dan setiap langkah
diperuntukan masa yang sesuai. Apabila menyusun langkah-langkah penyampaian, guru
perlu menyusunnya mengikut:
Semasa penyampaian, ada beberapa kemahiran yang perlu guru ketahui, iaitu:
(i)
Kemahiran Peneguhan
Kemahiran peneguhan adalah teknik mengajar yang digunakan bila guru hendak
menunjukkan pengukuhan kepada tingkah laku yang positif. Contohnya, apabila
pelajar memberikan jawapan yang betul, guru akan mengatakan bagus atau
senyum kepada pelajar berkenaan. Peneguhan akan meningkatkan motivasi dan
minat pelajar untuk belajar. Peneguhan juga boleh meningkatkan konsep kendiri
pelajar dan seterusnya menambahkan keyakinan mereka. Panduan memberi
pengukuhan:
beri pengukuhan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif;
OUM
81
TOPIK 5
PENEGUHAN
Positif
Isyarat senyum,
mengangkat ibu jari,
angguk kepala
Negatif
Isyarat muka
marah, geleng
kepala, mengetuk
meja, dan
lain-lain
(ii)
82
Penggunaan papan hitam tulis fakta utama, tulisan jelas, dan susunan
teratur.
Bahasa guna bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Elak menyebut
kenyataan yang tiada kaitan kerana ini akan mengganggu perhatian pelajar.
OUM
TOPIK 5
pastikan kapur, pemadam dan pembaris (jika perlu) ada dalam kelas;
pastikan cahaya tidak menyilaukan papan hitam;
pastikan papan hitam bersih;
padamkan semua tulisan yang tidak berkaitan;
rancang awal susunan yang akan ditulis di papan hitam;
sediakan lebih awal illustrasi yang kompleks;
tulis fakta penting sahaja;
guna kapur berwarna untuk memberi penekanan;
berdiri di sebelah papan hitam supaya tidak mengganggu pandangan pelajar;
dan
guna penunjuk untuk menerangkan sesuatu di atas papan hitam.
Stail pengajarannya pergerakan guru dari satu tempat ke satu tempat dalam
bilik darjah, suara dan hubungan mata.
(v)
OUM
Kemahiran Menyoal
Kemahiran menyoal merupakan kemahiran yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Ia digunakan dalam semua peringkat pengajaran. Penerangan
yang terperinci tentang penyoalan terdapat dalam Topik 6 modul ini. Apakah panduan
dalam kemahiran menyoal? Lihat panduan berikut:
mempelbagaikan soalan;
TOPIK 5
Latihan 5.2
Apakah kepentingan induksi set dalam penyampaian pelajaran?
(b) Penilaian
Penilaian adalah untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah tercapai atau
untuk mengetahui sama ada murid telah faham atau tidak. Penilaian hendaklah
berdasarkan apa yang telah dipelajari. Penilaian boleh dibuat secara lisan atau bertulis.
Guru perlu menulis soalan-soalan penilaian dalam persediaan mengajar. Kadang kala,
guru juga membuat penilaian formatif di mana penilaian dilakukan di sepanjang
pengajaran. Jika ini yang dilakukan, guru juga perlu menulis soalan atau sebagai alat
pengukuran untuk mengukur pencapaian objektif pengajaran dalam ruang kaedah
penyampaian dalam persediaan mengajar dan dalam bahagian penilaian pula nyatakan
penilaian dibuat secara berterusan.
84
OUM
TOPIK 5
(c) Tugasan
Tugasan seelok-eloknya mempunyai nilai sebenar, dan menyumbang kepada kefahaman
dan pengalaman pelajar. Tugasan yang tidak bermakna ialah tugasan yang tiada kaitan
dengan kursus dan hasilnya kurang berfaedah kepada pelajar. Tugasan yang diberikan
biarlah munasabah kepada pelajar dan dapat dilihat kekuatan akademiknya.
Ada beberapa panduan untuk memberi tugasan:
Tugasan perlu dirancang awal supaya apabila diberikan kepada pelajar, pelajar akan
mudah memahaminya.
Beri masa kepada pelajar menyalin tugasan dan jangan beri tugasan dalam keadaan
tertekan.
Minat pelajar kepada tugasan yang diberikan. Sejauh mana pelajar akan melakukan
tugasan itu bergantung kepada minat mereka.
Soal pelajar sama ada mereka faham atau tidak tugasan itu dan beri masa pelajar
menyoal guru.
Beri masa pelajar memulakan tugasan dalam kelas supaya jika ada masalah atau
salah faham boleh dibincangkan.
OUM
85
TOPIK 5
RUMUSAN
Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan bagaimana hendak menjadi seorang guru yang
berkesan. Untuk menjadi guru yang berkesan, ciri-ciri guru berkesan perlu difahami terlebih
dahulu, terutamanya yang berkaitan dengan kecekapan bidang, kepelbagaian kaedah
mengajar, penglibatan pelajar dalam pengajaran, enthusiasm serta susunan dan kejelasan.
Selain itu, untuk berjaya sebagai seorang guru, seseorang itu perlulah memahami pinsip
pengajaran dan pembelajaran, kurikulum sekolah, perlaksanaan kurikulum (seperti huraian
sukatan pelajaran dan perancangan pengajaran), persediaan mengajar (seperti komponen
persediaan mengajar, penyampaian dan penutup). Aspek-aspek ini penting bagi mencapai
kecemerlangan dalam proses pengajaran.
GLOSARI
Set Induksi
Sukatan pelajaran Sukatan pelajaran adalah satu dokumen bertulis untuk sesuatu mata
pelajaran. Ia disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
UJIAN 1
Bincangkan lima ciri-ciri guru berkesan yang yang berupaya meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran.
UJIAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? Menagapakah ia penting untuk
mengintegrasikan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam pembentukan
kurikulum sekolah?
86
OUM