Anda di halaman 1dari 11

SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak,
lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta
sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk
menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta
pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu
dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan
sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam
menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya,


Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan
sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap
mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu
sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai
ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan
manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang
dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai
keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan
karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara
penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan
rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik
( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep
kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni
visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di
dalam kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan


Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan
halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa
bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang
dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan
ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga
diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan
pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang

disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka
masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia
yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan
tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran
logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang
ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta.
Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam
mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin ,
taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran
menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya


menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual,
seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan
lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu
aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik
yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa
warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan
menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam
pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan
peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi.
dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat
dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu
boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam
sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut
berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui
pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi
titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud
disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa..
Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang
berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama


sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat
meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang
dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi
hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam

aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk
menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak
akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut
irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak


melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.
Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh
dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan
menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok.
Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen
seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai
satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu,
guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan
pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan
peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan
teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka
lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang
mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk
menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih
efektif dan proaktif.

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh


danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan
kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain.
Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan
imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam
pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori
pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara
faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan


dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan
memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,
peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang
kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk
belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri
secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan
imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan
lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan


pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua
benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk
mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.


Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan.
QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri
dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan
intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan
pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan
matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan


pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa
terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan
kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan
hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam
kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai
kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru
hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk

menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses


pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi
pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti
pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan
kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam
proses membuat sentiasa ditegaskan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan


kemahiran belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku
pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat
mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan
warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat
mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.
Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member
ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan
kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.


Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita
mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori
dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan
tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku
akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.


Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak
dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu,
seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan
kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat
memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan
kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat
menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.


Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir,
bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita
untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat
mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu
mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan
objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps


Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat
taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan
komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan
kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir
seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian
melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam
pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru
harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian
pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang
berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses
P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

Integrasi, Penerapan, Penyerapan dan Aplikasinya


Pengertian Integrasi

Psikologi - bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur
perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani,emosi, rohani,
intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama
lain.

Sosiologi - perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara


seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru.

Pedagogi kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan
kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk
tujuan membantu dalam pendekatan

menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

2. Berbagai Jenis Integrasi

a) Penggabungjalinan

proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu


pelajaran yang integratif dan menyeluruh

Jenis-jenis Penggabungjalinan

i.Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu


mata pelajaran

iii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

(b) Penyerapan

Proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi


pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi
sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Ciri-ciri Penyerapan:

(i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai


pelajaran

(ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalamsatu


mata pelajaran

(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah
fleksibel.

(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan
unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan
yang lebih.

(v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses


penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam
aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis
dan mengira.

(c) Penerapan

Satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja
kokurikulum.

Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai


kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,ketuhanan dan
sebagainya

i) Pendekatan implisit penerapan secara tidak langsung seperti guru


berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dan lain-lain.

(ii) Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan


sebagainya yang bertulis tentang sesuatuperkara yang diharapkan dan yang
tidak diharapkan.

APLIKASI DAN KESAN-KESAN POSITIF PENERAPAN DAN GABUNGJALIN BIDANG


SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah


perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persekitaran, estetika dan

kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk Melahirkan individu yang berbudaya


dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif
dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang lebih bersifat holistik.

Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan
pergerakan) membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru. Antara
kesan-kesan positif daripada ketiga-tigabidang seni yang dimaksudkan ialah:

i. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam


mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh
beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi
Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori
pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap
pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap
daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid.
Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan
belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat
atau sequential.

ii. Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,


ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan
mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses
mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula
membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan
rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan.

iii. Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan
kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang
perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Ini
diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak
dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan
kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak
diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan
berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

iv. Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa


kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat


Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
v. Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru
menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik
kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang
lain.
Berdasarkan kepada kesan-kesan dan kepentingan yang diperolehi di atas,
dapatlah disimpulkan bahawa, seni dalam pendidikan ini banyak membantu
mengembangkan pelbagai potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat
membantu guru dalam menentukan jenis kaedah pengajaran yang boleh
digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid.
RUJUKAN
Seni dalam Integrasi. Diperoleh pada 11 April 2011 daripada http://atelynnsimplebutsmart.blogspot.com/2009/05/seni-dalam-pendidikan-integrasi.html
Seni dalam Pendidikan Education Resources: An Articles Journal. Diperoleh pada
11 April 2011 daripada http://kulanzsalleh.net/seni-dalam-pendidikan/seni-dalampendidikan-sdp

Anda mungkin juga menyukai