Anda di halaman 1dari 4

INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK

Intervensi merupakan suatu teknik kanseling yang digunakan dalam sesi terapi. Terapi
untuk kanak-kanak adalah berlainan dengan remaja dan orang dewasa. Ini kerana
kanak-kanak

masih

kurang

matang

serta

menghadapi

masalah

kekurangan

perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi yang
abstrak.
Oleh itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai
jenis terapi. Antaranyaialah terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik
dan terapi biblio. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan media main,
cerita, lukisan dan alat muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara
semulajadi. Setelah membuat pembacaan, saya telah memilih untuk menggunakan
terapi bermain, terapi seni dan terapi bercerita di dalam sesi bimbingan kali ini.

TERAPI BERMAIN
Terapi bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat
membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Saya telah memilih terapi bermain terlebih dahulu kerana semasa saya membuat
pemerhatian, saya dapati klien saya sangat berminat dalam pemasangan model kit.
Oleh itu, saya telah menyediakan beberapa model kit bagi klien saya. Saya telah
mengendalikan sesi dengan duduk bersama di dalam ruang tempat bermain. Saya
telah susunkan bahan-bahan tersebut di tempat yang boleh diperoleh bagi setiap sesi
terapi yang diadakan.
Saya telah menjalankan terapi bermain secara diri-sendiri kepada klien saya.
Beberapa mainan diletakkan di hadapannya dan klien membiarkan bermain. Terapi
bermain

ini

membantu

memupuk

hubungan

guru

bimbingan

dan

klien.

Walaubagaimanapun, klien saya bosan dengan permainan tersebut kerana dia dapat
memasang dengan cepat dan menunjukkan reaksi yang negatif ketika diajak bermain.
Terapi bermain mungkin tidak sesuai untuk jangka masa yang lama dengan klien di atas
beberapa sebab. Yang pertama ialah permainan tersebut mungkin menarik bagi klien
tetapi klien saya mudah berasa bosan setelah dapat memasangnya. Apabila permainan
tersebut membosankan, klien tidak menunjukkan minat untuk bermain dengan
permainan tersebut. Sebab kedua ialah klien mungkin sudah bosan kerana telah
memasang model kit tersebut dalam matapelajaran reka bentuk dan teknologi.
TERAPI SENI
Terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses
kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan
emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni juga adalah kaedah untuk
menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh
dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.
Melalui ekspresi seni murid dapat memahami cara untuk mendedahkan
keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian
resolusi. Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk
membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya
bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaanperasaan terpendam yang dihadapi olehnya.
Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan
merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor
terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien. Melalui
kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan
masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan
serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.Selain itu, kanak-kanak juga
boleh menceritakan pengalaman dan menyuarakan perasaan atau emosi mereka yang
terpendam.

Dalam sesi bimbingan ini, klien dengan sukarela ingin melukis dan klien juga
berkata bahawa hobinya adalah melukis. Pada mulanya klien bosan bermain dengan
permainan yang dibawa oleh guru kerana dapat memasang dengan mudah bagi sesi
terapi bermain. Saya telah memberi sebuah kertas lukis padanya. Daripada situ, klien
mula melukis suasana bilik darjah yang berada di rumahnya. Kesempatan ini diambil
oleh saya untuk mendorong klien untuk meluahkan perasaannya mengenai rakan
sekelasnya

dalam

bentuk

lukisan.

Akhirnya,

saya

dapat

menggali

tentang

perhubunganya dengan rakan sekelasnya secara mendalam melalui terapi seni.

KESIMPULAN
Setelah menjalankan sesi bimbingan bersama klien selama tiga puluh minit, dapat saya
simpulkan bahawa klien saya mempunyai beberapa masalah disiplin. Yap ialah seorang
murid yang baik namun apabila diganggu, dia akan menggunakan kekerasan untuk
menyelesaikan masalah. Oleh itu, dia menjadi murid yang agresif dan sering bertindak
kasar. Yap sering bergaduh dengan rakan sekelasnya (Chong, 6 Sentosa) sehingga
membawa kecederaan.
Saya telah menemu ramah beberapa orang guru ( Puan Asiah [GPK 1] dan Puan
Rozlina [Guru Kelas 6 Sentosa]) untuk bertanyakan mengenai kelakuan dan sejarah
Yap di sekolah ini.Yap disahkan menghidapi masalah ADHD (Attention Deficit
Hyperactive Disorder) dan perlu mengambil ubat setiap hari. Hal ini tidak menjadi
penghalang untuk Yap belajar namun dia perlu mengambil ubat supaya dia dapat
mengawal hiperaktifnya di kelas.
Kebanyakkan guru mengatakan Yap semakin baik berbanding semasa di Tahap
Satu. Melalui pemerhatian dan maklum balas daripada guru, Yap sering keluar daripada
kelas dan membantu guru menghantar slip guru ganti. Walaupun dia sering keluar
daripada kelas, Yap jarang ponteng sekolah. Guru-guru juga mengatakan bahawa Yap
seorang murid yang boleh dipercayai dan tidak mencuri.

Setelah menjalankan sesi terapi bersama Yap, dapat saya tafsirkan bahawa sifat
agresifnya bermula daripada rumah. Yap membuat lukisan yang menunjukkan
abangnya mencekik, menumbuk dan memukulnya sehingga dia luka-luka dan
menangis. Ibunya juga dikatakan seorang yang garang dan sering merotannya.
Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui lukisan semasa menjalankan terapi seni dan
parut-parut yang jelas kelihatan di tangan dan mukanya.