Anda di halaman 1dari 14

ISU PELAJARAN JAWI DAN PERMASALAHANNYA

ISU JAWI DAN PERMASALAHANNYA

HURUF-HURUF JAWI YANG TIDAK BERSAMBUNG


ABSTRAK
Jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang
wajib dipelajari oleh setiap murid muslim di peringkat rendah . Namun adalah
menjadi masalah kepada murid dalam menguasai kemahiran penulisan dan
pembacaan Jawi. Murid lemah dan keliru dalam mengesan huruf-huruf yang
bersambung dalam membentuk perkataan. Oleh yang demikian, satu kajian telah
dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut .
Saya telah jalankan kajian ini kepada kumpulan sasaran saya, iaitu murid tahun 2
Perdana dari SK Kota Aur, Sik, Kedah seramai 24 orang. Majoriti kumpulan ini
adalah lemah dalam Jawi dan Al-Quran. Namun, merekalah pemberi semangat
kepada saya untuk berinovatif.
Guru telah memfokuskan kajian kepada huruf-huruf Jawi tidak bersambung
selepasnya., Berfokuskan kepada masalah tersebut guru telah membentuk satu
formula iaitu DAVA RAWAT A2Z : DAL-VA-RA-WAU-TA MARBUTAH -ALIFZAL-ZAI( 2 Z). Guru telah menjelaskan kepada murid bahawa, apabila hendak
menyambung sesuatu huruf, ingatlah DAVA RAWAT A2Z .
Berdasarkan kepada formula tersebut, guru telah menjalankan tiga aktiviti untuk
membolehkan murid mengingat formula dan dapat mengatasi masalah penguasaan
Jawi, iaitu :
1. Murid menyebut huruf - huruf yang ditunjukkan oleh guru berulangkali secara
individu,kumpulan dan kelas berulang kali.
2. Murid menghafal formula secara berintonasi , samaada intonasi ayat Tanya atau
intonasi ayat penyata.Mereka akan menyebut kepada guru setelah diminta berbuat
demikian.

3. Penilaian / Ujian bertulis . Penilaian dilakukan untuk menguji samaada mereka dapat
menyambung huruf atau sebaliknya dengan diberi sepuluh soalan berbentuk
subjektif yang pernah dijawab ketika ujian pra..
Hasil dari tiga aktiviti yang dijalankan, didapati ramai murid dapat menguasai
kemahiran Jawi. Mereka dapat menulis dan membaca Jawi dengan agak
baik.Perbandingan keputusan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan amat
memberansangkan.Seramai 23/ 24 orang murid mempunyai peningkatan selepas
ujian Pasca dijalankan.
Walaupun pelbagai cabaran telah dihadapi oleh guru untuk membolehkan murid
mengingat DAVA RAWAT A2Z tetapi saya berasa cukup berpuas hati kerana
tindakan inovatif yang telah diambil oleh guru telah Berjaya dengan peningkatan
pencapaian murid.Hanya seorang murid sahaja , iaitu murid KIA yang mampu
menyebut dengan bantuan guru.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Pelajaran Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu matapelajaran yang wajib
dipelajari oleh setiap murid Muslim di peringkat sekolah rendah.Manakala Pelajaran
Jawi adalah salah satu bidang dalam Pendidikan Islam,malah buku teks juga ditulis
dengan tulisan jawi. Menyedari hakikat ini, semestinya setiap murid

perlu

menguasai pelajaran Jawi , iaitu mereka dapat membaca dan menulis Jawi dengan
baik.
Dalam menguasai pembacaan Jawi, murid-murid mempunyai masalah untuk
mengenal huruf apabila bersambung, manakala dalam penulisan Jawi pula mereka
bermasalah untuk menyambung huruf-huruf dalam membentuk perkataan , Masalah
ini mungkin wujud walaupun mereka mahir dalam mengenal huruf tunggal Jawi
mahupun huruf-huruf Hijaiyyah ( al-Quran ). Keadaan ini akan menyebabkan mereka
sukar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan mengikuti pengajaran di dalam
bilik darjah serta bermasalah untuk menduduki peperiksaan dan ujian secara
bertulis.

Masalah kurangnya penguasaan jawi di kalangan murid adalah berpunca dari


kurangnya penekanan dan kesedaran daripada pihak penjaga . Ibubapa dan
penjaga kurang menghiraukan anak-anak sekiranya mereka gagal dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dan Jawi.Keadaan ini menyebabkan murid kurang
memberi penekanan kepada Jawi.
Selain itu, sikap murid sendiri yang kurang berminat dengan matapelajaran Jawi dan
Pendidikan Islam. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap bahawa
pelajaran berkenaan tidak dinilai dalam peperiksaan peperiksaan dan mereka
mengambil sikap sambil lewa dalam mengikuti pelajaran tersebut.
Justeru, saya telah mencuba mencari jalan penyelesaian demi memantapkan
penguasaan jawi di kalangan mereka, sekaligus menjadikan mereka murid yang
pintar dan cekap Jawi.

2. FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN


Kajian ini adalah menjurus kepada kaedah menyambung huruf-huruf jawi dan alQuran di kalangan murid.Ini disebabkan murid-murid saya adalah terdiri daripada
murid-murid tahun dua yang kebanyakannya tidak dapat menyambung huruf-huruf
dengan betul.Melalui kajian yang dijalankan ini telah dapat menambahkan
kemahiran serta kefahaman murid tentang cara memindahkan maklumat yang
betul . Aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pencapaian kumpulan sasaran
dalam ujian bulanan, peperiksaan penggal dan peperiksaan akhir tahun.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
i.

Dapat meningkatkan penguasaan Jawi di kalangan murid sebaiknya.

ii.

Dapat menambahkan minat dan pencapaian murid dalam pelajaran Jawi.

iii.

Dapat memperbaiki kualiti pengajaran guru.


Objektif Khusus:

i.

Murid-murid dapat menyebut huruf-huruf yang boleh disambung selepasnya dengan


baik.

ii.

Murid-murid dapat menyenaraikan huruf-huruf yang boleh disambung selepasnya


dengan baik.

iii.

Murid-murid dapat menyambung huruf-huruf Jawi menjadi perkataan dengan betul.

iv.

Dapat membantu guru mengenalpasti masalah pembelajaran murid.

v.

Dapat membantu guru mengatasi masalah pembelajaran murid.

4. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Dua Perdana. Jumlah
murid ialah seramai 24 orang sahaja. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki dan 12
orang perempuan.Walaupun bilangan murid agak kecil, namun julat pencapaian
murid sangat ketara. Kesemua mereka terpilih untuk menjadi responden bagi
membantu guru memperbaiki strategi pengajaran dan membantu murid menguasai
kemahiran jawi sepenuhnya. Terdapat seorang murid KIA dalam kumpulan sasaran
ini. Jadual 1 menunjukkan jumlah responden yang terlibat.
Graf 1

Responden yang terlibat mengikut jantina dan kumpulan murid


Kumpulan murid mengikut jantina

Jantina
Lelaki
Perempuan

Lemah
3 orang
1 orang

Sederhana
6 orang
7 orang

Cemerlang
3 orang
4 orang

Jumlah
12 orang
12 orang

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1Tinjauan Masalah
Masalah murid dapat dikenalpasti melalui beberapa kaedah:
a) Soal jawab di dalam bilik darjah telah banyak membantu guru dalam mengesan
murid lemah dalam penguasaan jawi.
b) Pemerhatian dari buku latihan dan buku aktiviti murid telah menampakkan mereka
lemah Jawi.
c) Pertandingan membaca teks dan petikan Jawi di dalam bilik darjah. Kegagalan
murid membaca dengan lancar juga telah menguatkan lagi bukti lemahnya murid
dengan Jawi.
d) Analisa Ujian PKBS 1 menunjukkan Tulisan Jawi menjadi punca murid mendapat
markah rendah dalam Pendidikan Islam.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Jadual menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formula
DAVA RAWAT A2Z diperkenalkan
BIL

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

NAMA

M.RIEZMAN HAFIZ
M.IRFAN
M.EKHMAL
M.TARMIZI
M.QAYYUM
M.FAHIM AZIM
M.NUR NAJMI
M.FAIZ
M.AIMAN HAQEM
M.AMSYAR HASIF
M.AMIR
M.NAJMI
YASMIN BAITI

MARKAH

MARKAH

SEBELUM

SELEPAS

5
4
7
7
1
4
2
10
1
1
0
3
10

7
8
10
8
6
7
4
10
4
9
3
7
10

14
15
16
17
18

ZULAIKHA
SITI AISYAH
NUR AISYAH SYAZWANI
NUR SYARAFINA
NUR DINI ZULAIKHA

5
4
7
9
2

10
9
9
10
5

19
20
21
22
23
*24

SITI MARIAM
ATHIRAH
NURUL ANIS ADILLA
SITI NUR SYAZIRA
NUR NAJWA AFIQAH
NURUL FASEHAH

9
10
0
8
7
0

10
10
3
10
10
0

Murid KIA
Graf 2

Carta menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formula DAVA


RAWAT A2Z diperkenalkan
5.3 Tindakan yang dijalankan
Aktiviti 1:Menyebut Huruf : DAL VA RA WAU TA ALIF ZAL ZAI -Kad Huruf
Guru telah menunjukkan kad huruf setiap huruf-huruf yang tidak bersambung .Guru
telah menyuruh murid menyebut huruf dengan mengikut sebutan guru mengikut
kumpulan jantina setiap kumpulan berulang kali. Guru juga telah meminta beberapa
orang murid mengetuai murid -murid yang lain untuk menyebut huruf demi huruf
yang ditunjukkan secara bergilir.Di samping itu, beberapa orang murid telah dipilih
untuk mempamerkan kad huruf ,manakala murid-murid yang lain akan menyebut
huruf-huruf yang dipamerkan berulang kali.Guru juga menerangkan bahawa hurufhuruf yang disebutkan itu adalah merupakan huruf yang tidak boleh disambung
selepasnya.

Guru menunjukkan kad huruf untuk disebut oleh murid

Murid-murid menyebut huruf-huruf secara bergilir


Pemerhatian Aktiviti 1:
Murid-murid memberi respon yang sangat baik untuk menjadi ketua semasa
menyebut huruf-huruf. Mereka aktif mengangkat tangan untuk mengambil bahagian
sebagai ketua dalam menyebut huruf yang dipamerkan.Manakala murid lain turut
menyebut huruf-huruf yang disebut oleh ketua dengan baik.

Refleksi Aktiviti 1:
Semua murid dapat menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan dengan baik.Guru dapati
kaedah ini amat menyeronokkan murid dan berkesan.

Aktiviti 2:

Menghafal Formula : DAVA RAWAT A2Z

Guru telah menyebut DAVA RAWAT A2Z secara berintonasi, seolah-olah


membaca satu ayat. Guru juga menerangkan maksud dan pengertian DAVA
RAWAT A2Z ,iaitu Da mewakili huruf dal, masing-masing huruf Va, Ra,Wau,Ta
marbutah, Alif dan dua( two ) Z membawa maksud Zal dan Zai.
Guru telah meminta setiap murid menghafal formula secara berintonasi.Setelah
murid bersedia ,mereka diuji untuk menyebut formula seorang demi seorang.

Pemerhatian Aktiviti 2:
Murid-murid bersungguh-sungguh menghafal DAVA RAWAT A2Z secara
berintonasi. Beberapa orang murid berdialog dengan rakan menggunakan formula
ini dengan pelbagai intonasi,iaitu intonasi ayat tanya dan ayat penyata.Mereka
begitu teruja dengan aktiviti ini.Keadaan agak riuh. Dengan mudah mereka telah
dapat mengingat formula ini.
Refleksi Aktiviti 2:
Seramai 23 orang murid dapat menghafal DAVA RAWAT A2Z dengan baik dalam
masa 2 minit sahaja,manakala seorang murid yang terdiri dari murid KIA telah
mencuba sedaya upaya untuk menyebut formula, namun ia perlu dibantu oleh guru
untuk menyebut DAVA RAWAT A2Z .

Guru sedang membimbing seorang murid KIA untuk menyebut DAVA RAWAT A2Z

Aktiviti 3:

Penilaian / Ujian bertulis

Guru telah mengedarkan soalan bertulis yang mengandungi sepuluh soalan subjektif
kepada 24 orang murid responden. Mereka dikehendaki menyambung huruf-huruf
tunggal supaya menjadi perkataan yang ditulis dengan betul. Soalan bertulis itu
pernah dijawab oleh mereka sebelum diperkenalkan formula.
Rujuk lampiran 1.

Guru sedang mengedarkan lembaran latihan untuk dijawab oleh murid

Murid-murid sedang tekun menjawab latihan yang diberi


Pemerhatian Aktiviti 3:
Beberapa orang murid tersenyum melihat kertas soalan yang diberi kerana soalan
itu pernah dijawab oleh mereka. Namun pada murid yang sederhana dan lemah,
mereka tidak menyedari bahawa soalan tersebut pernah dijawab oleh mereka. Pada
keseluruhannya murid sangat tekun menjawab soalan-soalan yang diberi.Terdapat

juga murid yang cuba untuk bertanya dan berbincang sesama mereka tentang
soalan yang diberi.
Refleksi Aktiviti 3:
Keseluruhan murid mempunyai kemajuan .Murid berasa bangga dengan
penguasaan yang diperolehi.Seramai 23 daripada 24 orang murid telah
menunjukkan perubahan berbanding sebelum didedahkan DAVA RAWAT A2Z.
Graf 3 menunjukkan murid yang mempunyai peningkatan dan tiada peningkatan

5.4Penilaian
Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati kajian tindakan yang
dijalankan ini telah memberikan impak yang agak baik dalam membantu murid-murid
meningkatkan penguasaan penulisan dan pembacaan jawi. Hasil dapatan daripada
kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam ujian PKBS 2.
Berikut adalah pencapaian dalam ujian sebelum dan selepas pendedahan.
BIL

NAMA

MARKAH

MARKAH

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

M.RIEZMAN HAFIZ
M.IRFAN
M.EKHMAL
M.TARMIZI
M.QAYYUM
M.FAHIM AZIM
M.NUR NAJMI
M.FAIZ
M.AIMAN HAQEM
M.AMSYAR HASIF
M.AMIR
M.NAJMI
YASMIN BAITI
ZULAIKHA

SEBELUM
62
44
48
48
44
78
22
92
56
56
76
85
87
80

SELEPAS
84
58
59
70
50
90
26
98
61
62
80
94
92
82

15
16
17
18
19
20
21
22
23
*24

SITI AISYAH
NUR AISYAH SYAZWANI
NUR SYARAFINA
NUR DINI ZULAIKHA
SITI MARIAM
ATHIRAH
NURUL ANIS ADILLA
SITI NUR SYAZIRA
NUR NAJWA AFIQAH
NURUL FASEHAH

78
54
85
60
52
84
46
84
80
14

84
80
98
63
78
88
56
92
88
20

Murid KIA
5.5Refleksi Kajian
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan , guru mendapati bahawa formula DAVA
RAWAT A2Z telah berjaya membantu meningkatkan keupayaan murid dalam
kemahiran membaca dan menulis Jawi . Saya berasa puas hati apabila usaha yang
saya jalankan membuahkan hasil 100% terhadap sasaran saya. Murid juga telah
cekap membaca dan menulis jawi ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.
6. Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan pencapaian murid setelah diperkenalkan formula DAVA RAWAT A2Z


kepada responden begitu memberangsangkan, saya telah berbincang dengan guruguru Pendidikan Agama Islam di sekolah saya untuk mengkaji pula bagaimana cara
yang sesuai untuk menjadikan murid lancar membaca Jawi. Kami akan merancang
apakah pendekatan yang harus kami lakukan untuk mencapai matlamat tersebut.

7. Rujukan

Zarina Binti Mahyuddin,Rasimah Binti Idrus,(2005).Pelajaran Jawi Tahun


2,DBP,Kuala Lumpur.

Matlob,(2003),Modul Cekap Jawi :Pandai Jawi Pandai Khat,Penerbitan Matlob,Kuala


Lumpur.
Buku Tinta Dikara Masalah Pengajaran dan Pembelajaran oleh Jabatan Pelajaran
Kedah dan Majlis Guru Cemerlang Kedah,Kedah.

Anda mungkin juga menyukai