Anda di halaman 1dari 15

1.

ULASAN KRITIS JURNAL PENDIDIKAN


1.1 PENGENALAN
Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan
Negara ke arah yang lebih baik. Sebagai sebuah Negara yang berkembang pesat dalam
pelbagai aspek pembangunan, sector pendidikan perlu berkembang dan mengalami anjanakn
paradigm yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek pendidikan. Ini juga merupakan
satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan
antarabangsa.
Dalam tempoh beberapa dekad, pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai
perubahan yang mempunyai cirri tersendiri. Selepas kemerdekaan, Malaysia terus melangkah
untuk membina system pendidikan Negara yang beracuankan Negara Malaysia. Misi dan
matlamat dibina adalah jelas untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, masyarakat
yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan
memandang jauh ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifikdan teknologi masa depan.
Pada abad ke-21 Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran akibat
daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Oleh itu, cabaran Negara dalam system pendidikan adalah untuk membangunkan satu system
ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Kesannya, cabaran ini telah
mendorong Negara untuk membangunkan sumber tenaga yang mempunyai cirri-ciri K-Worker,
celik dan mahir dalam ICT, yang mampu bersaing di peringkat tempatan dan global serta
memiliki jati diti yang tinggi. Perubahan yang pantas ini telah menyebabkan system pendidikan
di Malaysia dalam abad ke-21 turut berubah selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Namun
demikian perubahan yang berlaku seharusnya tidak bertentangan dengan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia,
bersatu padu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan
sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara dan member peluang pendidikan
kepada semua warganegara (Jamil Ahmad, 2008)
Selain itu cabaran terbesar yang Negara hadapi dalam system pendidikan ialah cabaran
dalam menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengetahuan luas untuk
menghasilkan pelajar yang cemerlang dan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Bagi
menyahut cabaran tersebut, tenaga pengajar harus menyiapkan diri selaras dengan perubahan
system pendidikan Negara dengan mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik
untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti social dan moral
yang tinggi, bersifat futuristic dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan.

1.2 AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI GURU

Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek


iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan
tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri. Sebagai pendidik, guru
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan
kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang
berkesan.
Perkataan integriti pula bermaksud wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan
manakala ada pula yang menganggap intergriti sebagai soundness of moral principle yang
merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen, 2004).
Jika kita merujuk kepada maksud integriti menurut Kamus Dwibahasa DBP, 1985
integriti ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Rumusannya, integriti adalah
merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu.
Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang
wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat
dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan
sehari-hari. Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
Seorang penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri,
keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri.
Sebagai

penjawat

awam,

seorang

perlulah

telus

dan

tulus,

selain

memikul

pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain (Institut
Integriti Malaysia, 2004). Maka, tanggungjawab seorang amat berat dalam mendidik pelajar
dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada
masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik
dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan
didikan yang terbaik buat semua pelajar. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya
dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar.
Seorang guru yang berintegriti juga tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif
dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.
Dari segi P&P pula, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk
memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa
difikirkan untuk membentuk modal insan dan pelajar yang terbaik. Oleh itu, guru yang

berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang terbaik demi
melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika seorang guru yang
berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap
pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik setelah meneladani
perwatakan guru mereka.
1.3 TUMPUAN DAN REAKSI GURU DALAM PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN
Pelbagai

dasar

dan

pembaharuan

pendidikan

dilaksanakan

kerajaan

bertujuan

memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Matlamat akhirnya sudah tentu
untuk menghasilkan anak didik yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan
negara. Tanggungjawab guru untuk melaksanakan transformasi atau perubahan dalam
pendidikan negara sangat besar. Ia bermula daripada cara guru mengaplikasikan Dasar
Pendidikan

Negara

secara

berkesan.

Mereka mesti memahami agenda transformasi yang dilaksanakan. Justeru, jati diri guru
mestilah tinggi supaya mampu mengikuti rentak dirancang kerajaan dalam bidang pendidikan.
Guru perlu mempunyai rasa pertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap keberhasilan
operasi

institusi

masing-masing.

Guru sekarang memiliki kemampuan dalam semua aspek perguruan sejajar kehendak
negara kerana daripada peringkat pemilihan calon guru, latihan, fasa induksi, pembangunan
profesionalisme berterusan sehingga ke peringkat penilaian serta pengurusan prestasi guru itu
sendiri,

dipastikan

sentiasa

berada

pada

tahap

tinggi.

Dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) adalah rujukan dan panduan untuk memperkasa dan
melestarikan guru berkualiti. SGM menggariskan kompetensi profesional perguruan atau
piawaian yang patut dicapai guru dan keperluan yang patut disediakan agensi dan institusi
latihan

perguruan

bagi

membantu

mereka

mencapai

tahap

kompetensi

ditetapkan.

Hasil satu soal selidik SGM yang dibuat pada 2010 menunjukkan tahap kompetensi
profesional guru secara umumnya adalah cemerlang. Secara ringkasnya, ada tiga peranan
utama seorang guru. Pertama, guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak
murid. Kedua, mengajar kemahiran dan ketiga, menerapkan nilai serta akhlak mulia dalam diri
pelajar.
Lantaran itu, guru yang hebat semestinya perlu mempunyai kemahiran mengurus dalam
segala

aspek

mengikut

sistem

pengurusan

yang

telah

disarankan.

Tugas guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan saja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,

penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai ejen perubahan.
Selain pendidik, pensyarah dan tutor, guru juga bergelar fasilitator, mentor, murabbi dan
mursyid.
Dalam

menjana

transformasi

pendidikan,

tugas

guru

bukan

hanya

sekadar

menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan membentuk bangsa supaya menjadi
insan

yang

berakidah,

dinamik

dan

berkualiti

di

dunia

dan

akhirat.

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya perumpamaan orang berilmu


pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi
dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun lautan, apabila ia terbenam atau hilang
dikhuatiri

akan

hilang

arah

tujuan.

Diriwayatkan Imam Malik pernah menolak tawaran untuk mengajar di istana bahkan dengan
tegas beliau mengatakan, ilmu itu didatangi bukan mendatangi.
Pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan
kepada

proses

sahsiah,

terutama

pelajar.

Kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka
kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana
pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya
tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang begitu
ramai. Pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial mereka.
Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng atau
terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna
dadah,

mencuri

dan

gejala

lain.

Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan kegiatan
jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan menyimpan bahan
lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah.
Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik
semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu
yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka secara
lebih

mendalam

dan

terkawal.

Sesungguhnya, guru berada di barisan hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang
akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.

Daripada perspektif Islam pun, profesion perguruan adalah suatu pekerjaan yang mulia di
sisi Allah dan banyak hadis Rasulullah yang menyarankan manusia menjadi pendidik atau
penuntut

ilmu

yang

menabur

bakti

mengajar

orang

lain.

Dalam Sirah Nabawiyyah sendiri, baginda menegaskan menuntut ilmu adalah suatu kewajipan
bagi setiap individu dan hendaklah diajarkan kepada orang lain walaupun hanya satu ayat.
Tambahan pula ajaran Islam menekankan kelebihan amalan pendidikan dengan meletakkan
seseorang berilmu pada darjat yang tinggi dan mulia. Maksud firman Allah dalam Surah AlMujadalah

ayat

11

bermaksud:

Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan imu
pengetahuan dengan beberapa darjat (kemuliaan). Dan Allah Maha Mengetahui segala yang
kamu kerjakan.
Bukan setakat itu kelebihannya, jika individu sedang menuntut ilmu pengetahuan tiba-tiba
meninggal dunia, beliau dianggap sebagai gugur syahid. Betapa besar ganjaran yang diperoleh
ketika

di

dunia,

apatah

lagi

ganjaran

yang

menanti

pada

hari

akhirat

kelak.

Begitulah hebatnya seseorang berilmu dan menyampaikannya kepada masyarakat agar


sesebuah komuniti tidak dibayangi dengan sifat jahiliah atau berada dalam kegelapan.
Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan perpaduan.
Guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa mestilah terbabit dalam
proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan
berkekalan. Maka, dalam menjayakan harapan tinggi bagi menjana transformasi sistem
pendidikan negara, guru perlulah banyak berkorban, bekerja kuat dan ikhlas serta bersedia
menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian
serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.
1.4 RUMUSAN
Dengan

dapat

memahami

prinsip

akauntabiliti,

guru

dapat

memahami

tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya


kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan
tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya
dengan penuh komited dan dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik
dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti
seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan
penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran
kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap
tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh
semua guru.
Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan
tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan
gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan
martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap
amanah yang di berikan.Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami
tanggungjawabnya

2. PENULISAN ILMIAH : KEPIMPINAN DALAM MENENTUKAN KEBERKESANAN


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1 PENGENALAN
Dalam perkembangan isu peranan kepimpinan dalam pendidikan, didapati banyak
kajian dilakukan terhadap kepimpinan pengetua (Crowther, 1997; Sashkin & Sashkin, 1993)
berbanding peranan kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut Banathy (1991) systemic
change adalah segala perubahan yang berlaku pada sesuatu bahagian dalam sistem organisasi
yang mempengaruhi keseluruhan organisasi dan seterusnya akan membawa perubahan baru
kepada organisasi tersebut. Apabila systemic change ini dikaitkan dengan peranan kepimpinan
guru, pengertian peranan kepimpinan guru adalah satu unit yang akan mempengaruhi
keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah. Perbezaan dalam pencapaian murid-murid
dalam sekolah turut dipengaruhi oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang
menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut
2.2 DEFINISI KEPIMPINAN GURU
Cubaan (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai usaha atau tindakan mempengaruhi
pihak lain dengan secara informal atau tidak formal bagi bertujuan untuk mencapai matlamat
yang dihasratkan. Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas
pihak yang dipimpin. Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002) mengatakan kepimpinan adalah proses
menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan
menjadi komited.
Southworth (2002), mendefinisikan peranan kepimpinan guru adalah berkait dengan
pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga
perkembangan murid. De Bevoise (1984), pula menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru
ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang
diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid. Oleh
itu, guru sewajarnya mengambil berat terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk
pembelajaran profesionnya mahupun perkembangan murid itu sendiri.
Berdasarkan beberapa definisi di atas, kepimpinan adalah sebagai seni atau proses
mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka
yang mana keterlibatan mereka adalah secara suka rela dan berusaha ke arah keberkesanan
dan pencapaian matlamat organisasi. Sungguhpun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan
daripada perspektif pendidikan, seringkali kepimpinan dikaitkan dengan peranan kepimpinan
guru di sekolah dan bilik darjah.

Matlamat umum peranan kepimpinan guru ialah untuk menambah nilai (value added)
atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan suasana pembelajaran murid.
Kemahiran dan kecekapan peranan kepimpinan guru yang diamalkan pentadbir sebuah sekolah
perlu ada istilah perkongsian bersama atau didelegasi kepada guru-guru yang terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat
memimpin guru ke arah kecemerlangan dalam program-program pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya, isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi penilaian guru dan murid, iklim
sekolah, kurikulum dan kokurikulum, sumber dan peralatan mengajar (ABM), kakitangan,
kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran jangka pendek/panjang, sokongan komuniti,
komunikasi dan interaksi antara pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi
kemahiran yang sewajarnya.
Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan
guru sebagai peranan kepimpinan guru memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan
kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan. Oleh
kerana pelbagai aspek pendidikan tidak statik dan seringkali berubah-ubah seperti program
pendidikan yang bertambah kompleks; peningkatan profesionalisme dan pengkhususan guru;
pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran;
harapan komuniti dan ibu bapa; dan perubahan kurikulum. Ini semua akan mewujudkan
desakan dan tuntutan baru yang perlu diambil kira dalam merealisasikan peranan kepimpinan
guru.
Hook dan Vass (2000) mendefinisikan peranan kepimpinan guru bilik darjah sebagai
satu kemahiran di mana guru menggunakan gaya kepimpinan untuk ketrampilan dirinya dan
berkomunikasi dengan yang lain. Selain dari itu, kemahiran ini adalah satu kebolehan untuk
mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak. Kemahiran ini juga
merupakan kebolehan guru untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat
menyakinkan serta mempengaruhi mereka. Peranan kepimpinan guru wujud dalam keadaan
dimana murid-murid memperolehi sesuatu maklumat atau input yang mereka tidak jangka dapat
capai di dalam setiap bilik darjah, atau setiap kali apabila terdapat perkembangan yang positif
yang secara langsung akan mempengaruhi personaliti mereka atau apabila seorang guru
mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap; atau setiap kali
muridmurid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang guru.
Menurut Hook dan Vass (2000), peranan kepimpinan guru yang berkesan memerlukan
guru yang memiliki kemahiran-kemahiran yang merangkumi, boleh mengembangkan
keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi; mempunyai kemahiran menghasilkan
hubungan yang berkesan; memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya; memahami

bilik darjah adalah satu sistem; dan berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis
maklumat.
Bagi

menghasilkan

pengajaran

berkesan,

Fenstermacher

dan

Soltis

(1998)

menyarankan tiga pendekatan iaitu Pendekatan Eksekutif; Pendekatan Empati; dan


Pendekatan Liberal. Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di dalam bilik
darjah yang mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru
berperanan sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti
peranan kepimpinan guru sama ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan
berkebolehan mempengaruhi murid untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya
objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dengan merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah
pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin
akan terserlah dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi
kolaborasi bersama murid-murid ke arah pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Peranan kepimpinan guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang,
memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai
matlamat. Oleh itu, pemimpin harus berkebolehan dan berupaya mengubah penakulan tingkah
laku atau sikap subordinat bagi mendorong ke arah pencapaian matlamat.
2.3 CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU
Menurut Shippen dan Shippen (2004), seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang
berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan iaitu boleh membentuk dan menyampaikan visi yang
jelas di dalam bilik darjah Buhler (1995), mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel serta
keterbukaan (Zenger & Folkman, 2004), berkebolehan untuk memimpin dan menjadi contoh
serta teladan role model kepada murid-muridnya, bijak dan cekap membuat keputusan yang
memberikan kebaikan kepada muridnya dengan tidak menjejaskan kepentingan organisasinya
(Chek Mat, 2003), mengikis sifat mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan
kepentingan dan kebajikan murid-muridnya (Shippen & Shippen, 2004) walaupun kadangkala
mendatangkan kesulitan kepada dirinya sendiri, membuat pertimbangan yang seimbang dan
rasional bertujuan mengelak perasaan ketidakpuasan hati dalam kalangan muridnya, bersifat
jujur dan merendah diri bagi tujuan membina jalinan hubungan yang positif antara guru dan
murid secara telus (Zenger & Folkman, 2004), dan berusaha mengamalkan pembelajaran
secara berterusan untuk tujuan mempertingkatkan serta menambah ilmu pengetahuan dan
kemahiran diri. Menurut Kane (2001), ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh guru secara
pembelajaran berterusan akan meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas.

Impaknya, situasi pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah menjadi lebih realistik,
sistematik dan terkawal.
Lashway (2002), telah membincangkan peranan kepimpinan guru untuk menjana
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran daripada program Leading Learning Communities
yang dibangunkan oleh National Association of Elementary School Principals (NAESP). NAESP
telah merumuskan peranan kepimpinan guru untuk menjana keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran iaitu; dengan mendorong murid-murid supaya mengutamakan usaha belajar;
menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi; menyesuaikan kandungan pengajaran dan
pembelajaran ke arah piawaian yang standard; menggunakan pelbagai sumber data untuk
menilai pembelajaran; dan mengaktifkan sokongan komuniti atau pihak yang berkepentingan
stake holder untuk kejayaan sekolah.
2.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IKLIM BILIK DARJAH
Hook dan Vass (2000), telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan cara
mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah iaitu; mencari
keseimbangan antara dorongan dengan teguran, membangunkan rapport bersama murid;
melibatkan murid dengan aspirasi dan harapan; mengekalkan hubungan kerja yang sempurna,
mengamalkan cara membuat pilihan yang bererti; memberi jaminan faktor keselamatan dan
keyakinan; meletakkan diri murid sebagai sebahagian daripada bilik darjah; fokus kepada
perkara baik yang dilakukan; dan ketrampilan guru.
2.5 MENJADI PEMIMPIN PENGAJARAN YANG BERKESAN
Glickman (1990) menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru akan dapat dijalankan
dengan berkesan sekiranya pemimpin tersebut mempunyai tiga kategori utama iaitu keperluan
menguasai ilmu pengetahuan yang luas; tugasan dan tanggungjawab; dan keperluan
mempraktik kemahiran dan kepakaran.
Seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah wajib menguasai pengetahuan
yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lancar. Apabila murid mengemukakan soalan, guru dapat memberi respon
yang positif dan memenuhi keperIuan ingin tahu murid yang mana keyakinan diri murid dapat
dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada murid, guru harus menekankan pada matlamat
setiap tugasan dan murid pula patut memahami prosedur menimba ilmu dangan penemuan diri.
Peranan kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana merangkumi
dua aspek iaitu kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta kemahiran teknikal. Kemahiran

intrapersonal dan interpersonal merupakan upaya meneka mood, tujuan, motivasi dan
perasaan murid sewaktu berdepan dengan mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru yang mengguna dan menguasai kemahiran ini akan berjaya menguasai
murid serta suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang berada di
dalam bilik darjah harus sensitif pada air muka, suara dan pergerakan anggota badan murid.
Kebolehan dan keprihatinan guru mengecam dan mengenal sifat murid di dalam kelas
membolehkannya memupuk budaya murid minat untuk belajar dan meneroka khususnya subjek
Sejarah yang menekankan fakta dan peringatan serta hafalan. Disamping itu, Guru Sejarah
perlu menguasai kemahiran ICT dan teknikal termasuk pengurusan alat bantu mengajar seperti
komputer, projektor LCD, Video, carta dan sebagainya bagi memperlihatkan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih berintraktif dan kepelbagaian. Dalam masa yang sama guru boleh
menggunakan borang, bahan edaran serta keratan akhbar untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif dan mencabar.
Menurut kajian Porter dan Brophy (1988) terhadap pengajaran, terdapat tujuh penentu
utama guru yang berkesan iaitu; dapat mencapai matlamat akademik dan sosialisasi,
mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam, penerangan yang jelas dan
terperinci; menjadi model dan melatih murid untuk memproses maklumat; membetulkan salah
faham permahaman fakta atau content dalam kalangan murid; memperkembangkan
pengalaman murid dan mendambarkan diri sebagai seorang guru yang reflektif.
2.6 MEMBENTUK AGENDA BILIK DARJAH
Agenda bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelan peranan
kepimpinan guru. lni akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan
akademik dan sosial murid-murid. Menurut Hook dan Vass (2000) ada empat kunci utama
dalam

agenda

bilik

darjah

iaitu

hak,

tanggungjawab,

peraturan

dan

rutin.

Ketika

mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerlukan satu respon yang
jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu keputusan ke atas
tingkah laku murid. la merupakan satu kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh murid
pada situasi tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan pertimbangan atas had
yang telah dipersetujui dan dipatuhi dari segi empat hak asasi murid iaitu; hak murid untuk
belajar; hak guru untuk mengajar; hak setiap individu untuk aspek keselamatan dari segi fizikal
dan psikologi; dan hak setiap individu untuk taraf penghormatan dan kemuliaan.
Berdasarkan hak asasi tersebut, pengurusan tingkahlaku dalam kelas adalah hak mutlak
guru dalam mengatasi kekeliruan yang timbul di dalam bilik darjah. Dalam pada itu, guru dapat
memenuhi tanggungjawab profesionalisme kerana berkuasa atas perlindungan hak individu

dalam aspek keselamatan. Murid mesti berasa kondusif dan selamat sebelum menjalani proses
pembelajaran yang berkesan.
Hak

dan

tanggungjawab

adalah

dua

perkara

yang

tidak

dapat

dipisahkan.

Tanggungjawab peranan kepimpinan guru berfokus pada tingkah laku murid untuk membuat
keputusan atau pemilihan secara positif. Sebagai seorang guru, usaha mendorong murid untuk
memilih tingkah laku yang bertanggungjawab ke arah peranan kepimpinan guru yang berkesan
adalah rumit. Guru harus mendorong murid supaya bertanggungjawab ke atas perlakuan dan
usaha diri demi mencapai kejayaan yang diingini.
Di sekolah, kita sentiasa menekankan kepentingan peraturan dan undang-undang
sekolah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kita perlu menekankan peraturanperaturan yang mesti dipatuhi oleh murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajran
berjalan seperti yang dirancangkan. Guru mesti membezakan antara peraturan dan rutin.
Peraturan pertama, memastikan guru dapat mengajar dan murid dapat belajar dalam
suasana yang kondusif. Disini tanggungjawab peranan kepimpinan guru akan memberikan
taklimat tentang peraturan dalam pertemuan pertama dengan murid murid yang menyentuh
perkara-perkara mengenai; peraturan bercakap/berbisik, respons kepada soalan, guru keluar
kelas, agihan buku dan bahan mengajar, permulaan pelajaran dan akhir pelajaran, bagi
memastikan mereka akur dan patuh pada pra-peraturan yang diberikan. Kedua, menetapkan
bahawa akan jaminan keselamatan fizikal dan psikologikal harta sekolah. Ketiga, untuk
menjaga hak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Ketiga-tiga peraturan adalah satu panduan
untuk guru bagi memastikan murid memahami serta mematuhi kehendak peraturan yang telah
diwartakan oleh sekolah.
Rutin berbeza dengan peraturan kerana rutin mengutamakan aspek pentadbiran dan
prosedur yang diperlukan supaya suasana bilik darjah terurus dengan baik. Rutin merupakan
satu set perilaku yang perlu dilaksanakan untuk membantu kejayaan murid. Selain itu, rutin bilik
darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menanda jadual kedatangan murid,
menyemak keadaan fizikal bilik darjah atau makmal, mengedar alat bantu mengajar, mengutip
dan memulangkan buku latihan dan sebagainya.
2.7 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN
Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapat memastikan
wujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Dalam konteks ini, pengarapan misi kelas dan murid harus jelas dan

mudah difahami. Guru-guru perlu mempunyai peranan sebagai membantu mempromosi bilik
darjah sebagai tempat untuk pembelajaran akademik, selain melaksanakan perkara- perkara
berikut: Penekanan kepada Pengajaran Asas; Jangkaan guru bahawa semua murid
berkebolehan mencapai kecemerlangan berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara;
Kewujudan satu sistem objektif pengajaran yang jelas untuk mengawasi Prestasi Murid; dan
mengimplimentasikan pelaksanaan pengajaran Sejarah secara berkesan, bersistematik dan
mempunyai keunikan apabila mempelajarinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah guru harus bertindak
membuat refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap sesi pengajaran. Sebelum sesi
pengajaran, guru hendaklah membuat refleksi untuk merancang dan bersedia untuk
memulakan

pengajaran.

Semasa

proses

pengajaran

guru

harus

bertindak

untuk

memaksimakan segala ilmu dan kaedah penyampaian berkesan dalam menguasai mood,
suasana serta interaktif dua hala bersama murid. Selepas pengajaran, guru refleks apa yang
telah dilakukannya, dipertuturkan dan direncana di dalam bilik darjah. Guru subjek sejarah
digalakkan menulis diari atas refleks diri untuk rujukan masa hadapan serta membaiki
kesilapannya. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru boleh
mengamalkan pembelajaran kolaboratif. lni bermaksud murid dalam keadaan positif dan
berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan dan bergaul mesra dengan ahli-ahli
kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik. Seterusnya, murid berfikir untuk
penyelesaian masalah yang ditujukan kepadanya. Guru pula perIu menentukan objektif
pengajaran yang sesuai dan menentukan saiz kumpulan umpamanya kumpulan yang bercorakheterogen membolehkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik. Dalam usaha mencari
penyelesaian masalah, murid perIu berbincang antara kumpulan, menjalankan sesi eksperimen
serta mencari rujukan samada daripada medium guru, buku atau internet. Dalam konteks ini,
guru sebagai pemerhati dan fasilitator menilai proses pembelajaran murid serta hasil tugasan
mereka. Dengan kaedah pendekatan ini, murid berpeluang untuk berkembang mengikut
kebolehan dan keyakinan diri khususnya dalam penerokaan pencarian fakta atau urutan
sejarah dari setiap penemuan dan aktiviti yang dilakukan. Di akhir sesi, guru harus memberi
pujian dan sokongan serta ganjaran ke atas usaha yang ditunjukkan oleh murid dalam
penglibatan mereka dalam proses pembelajaran yang aktif dan memanipulasi ruang bilik darjah
sebagai sumber berinteraksi yang berkesan.
2.8 RUMUSAN
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Penagajian Tinggi Malaysia
menghadapi kesukaran untuk membekalkan unjuran pengambilan guru Sejarah secara
konsisten berdasarkan kepada keperluan semasa dan pergerakan guru sejarah yang mengajar

tidak mengikut opsyen atas permintaan pentadbir sekolah. Permasalahan wujud apabila
terdapat permintaan dan kekurangan guru; guru-guru yang tidak mempunyai opsyen yang
sesuai untuk mengajar mata pelajaran tertentu; saiz kelas yang besar; calon temuduga opsyen
Sejarah yang tidak layak dan sebagainya. Kekurangan ini merupakan kekangan kepada
pengetua sekolah untuk melaksanakan peranan sebagai peranan kepimpinan guru. Masalah ini
telah menyebabkan mereka terkeliru mengenai cara yang sesuai untuk menyempurnakan
tanggungjawab sebagai peranan kepimpinan guru yang berkesan. lmplikasinya, ada kalangan
pengetua tidak dapat memotivasikan guru-gurunya ke arah kecemerlangan dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri
dalam aspek peranan kepimpinan guru disamping kepimpinan pendidikan. Berpegang kepada
teori, tanggungjawab guru terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya
ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab ini termasuklah
mengadakan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran, dan membimbing para murid
supaya kecekapan mereka dalam pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat
dipertingkatkan. Tanggungjawab guru termasuk juga memberi penegasan terhadap pencapaian
rnatlamat dan objektif pembelajaran, membuat keputusan, mengelolakan aktiviti serta bekerja
dengan guru lain supaya matlamat tercapai.
Kajian Hallinger et al. (1983) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah
sekolah sebenarnya memberi kesan yang mendalam perlu diambil kira dalam membentuk
model peranan kepimpinan guru yang berjaya. Peranan kepimpinan guru yang diamalkan oleh
guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi
kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak
termasuk

merefleksi

diri;

cuba

melaksanakan

pembelajaran

secara

kolaboratif

dan

penyelesaian masalah dalam menuju ke arah menwujudkan peranan kepimpinan guru yang
berkesan.

BIBLIOGRAFI

1.

Buku

Penilaian

Tahap

Kecekapan

PTK

Aspek

Kompetensi

Profesional.

m/s 147-151
2.mhtml:file://F:PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION.mht
3. http://www.scribd.com/doc/27154139/Ulasan-Jurnal-Peranan-Kepimpinan-Guru#scribd
4. http://pengajian-ipg.blogspot.com/2013/02/konsep-asas-kepemimpinan-guru.html

Anda mungkin juga menyukai