Anda di halaman 1dari 3

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada


golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai
Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada
Zaman Batu Baru (2500 Sebelum
Masihi)
Keturunannya Orang Asli di
Semenanjung Malaysia, Dayak di
Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai
Melayu Deutro. Berpindah ke Asia
Tenggara pada Zaman Logam kira-kira
1500 Sebelum Masihi.
Keturunannya orang Melayu di
Malaysia. Dikatakan lebih bijak dan dan
mahir daripada Melayu Proto. Bijak
dalam bidang astronomi, pelayaran dan
bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak
daripada Melayu Proto. Menduduki
kawasan pantai dan lembah di Asia
Tenggara.

Gambarajah di atas menunjukkan hasil


kajian yang dibuat tentang susur galur
bangsa Melayu bermula dari Nabi Nuh.
Berikut pula menerangkan bagaimana
pertalian hubungan bangsa Melayu di
Nusantara. Kumpulan pertama dan kedua,
dikenali sebagai Austronesia. Bahasabahasa yang terdapat di Nusantara
sekarang berpunca daripada bahasa
Austronesia ini. Nik Safiah Karim
menerangkan bahawa bahasa Austronesia
ialah satu rumpun bahasa dalam filum
bahasa Austris bersama-sama dengan
rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China
(rujuk carta alir di atas).Bahasa Melayu
termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan
Sumatera bersama-sama dengan bahasabahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias,
Lampung dan Orang Laut.
Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan
perkembangan bahasa Melayu kepada tiga
tahap utama
iaitu:

Bahasa
Melayu
Kuno
Bahasa
Melayu
Klasik
Bahasa
Melayu
Moden.
Bahasa
Melayu
Kuno
Merupakan
keluarga
bahasa
Nusantara.

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga


abad ke-13 pada zaman kerajaan
Sriwijaya, sebagai lingua franca dan

bahasa pentadbiran. Penuturnya di


Semenanjung, Kepulauan Riau dan
Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan
sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah


menerima pengaruh luar
Tidak terikat kepada perbezaan
susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih
mudah berbanding dengan bahasa
Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem
bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit
kemudian dikenal pasti menyumbang
kepada pengkayaan kosa kata dan ciriciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi
Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu


Bahasa Sanskrit terletak dalam
kelas bangsawan, dan dikatakan
mempunyai hierarki yang tinggi.
Sifat bahasa Melayu yang mudah
dilentur mengikut keadaan dan
keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu
bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan
huruf Pallawa:
Batu bersurat di Kedukan Bukit,
Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat
Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau
Bangka (686 M) Batu bersurat di
Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu
Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di
Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis
dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata pinjaman


Sanskrit

Susunan ayat bersifat Melayu


Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno
(Contoh: bulan - wulan)
Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh
dengan - dngan atau dangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam
Melayu kuno (contoh: berlepasmarlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa
Melayu kuno (Contoh: diperbuat niparwuat)
Ada bunyi konsonan yang
diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh,
h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden
(Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke
Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh
agama Islam yang semakin mantap di Asia
Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu,
bahasa Melayu mengalami banyak
perubahan dari segi kosa kata, struktur
ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu
bersurat yang penting:

Batu bersurat di Pagar Ruyung,


Minangkabau (1356). Ditulis dalam
huruf India. Mengandungi prosa melayu
kuno dan beberapa baris sajakm
Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit
daripada bahasa batu bersurat abad
ke-7.
Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh
(1380). Masih memakai abjad India dan
buat pertama kalinya terdapat
penggunaan kata-kata Arab seperti
kalimat nabi, Allah dan rahmat
Batu bersurat di Kuala Berang,
Terengganu (1303-1387). Diitulis dalam
tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab
telah telah digunakan dalam bahasa
Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan
bukti catatan terakhir perkembangan
bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14,
muncul kesusasteraan Melayu dalam

bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan
kepada tiga zaman penting:

Zaman kerajaan Melaka


Zaman kerajaab Acheh
Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting


ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan
Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:

Ayat: panjang, berulang, berbelitbelit.


Banyak ayat pasif.
Menggunakan bahasa istana
Kosa kata klasik: ratna mutu
manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
Banyak menggunakan perdu
perkataan (kata pangkal ayat):
sebermula, alkisah, hatta, adapun.

Ayat songsang
Banyak menggunakan partikel
``pun'' dan `'lah''
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan
Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa
Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,
berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British
merubah dasar menjadikan bahasa
Inggeris sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan. Semasa Malaysia mencapai
kemerdekaan, Perlembagaan
Persekutuan Perkara 152
menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara. Laporan Razak
1956 mencadangkan bahasa Melayu
sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai