Anda di halaman 1dari 2

4/3/2015

Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Perbahasan

Perbahasan: Tinggal di asrama lebih baik daripada


tinggal di rumah
Kamu memasuki pertandingan perbahasan yang bertajuk 'Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di
rumah'. Kamu sebagai pihak percadangan.
*** *** *** *** ***
Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan para
pembangkang, guru besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Tajuk perbahasan saya pada pagi ini ialah
'Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah'.
Hadirin sekalian,
Tinggal di asrama lebih baik jika dibandingkan dengan
tinggal di rumah kerana di asrama murid-murid akan belajar
berdikari. Pelajar asrama perlu melakukan kerja-kerja harian
seperti membasuh baju, menggosok baju, membersihkan
tempat tidur dan lain-lain lagi tanpa bantuan daripada
keluarga. Oleh itu, mereka lebih cepat matang dan
berkeyakinan dalam membuat sebarang keputusan.
Selain itu, kehidupan di asrama dapat memberikan peluang
kepada pelajar untuk memupuk nilai-nilai persahabatan yang
kukuh. Mereka dapat bergaul dengan rakan-rakan, berkongsi
masalah, saling bantu-membantu dan lain-lain lagi.
Hadiri sekalian,
Pelajar yang tinggal di asrama dapat belajar secara
berkumpulan. Oleh itu, mereka dapat berbincang, bertukartukar pendapat dan tidak mudah rasa bosan dalam pelajaran. Oleh sebab itu, mereka akan lebih
cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan pula, pelajar yang tinggal di asrama juga akan lebih berdisiplin. Di asrama terdapat pelbagai
peraturan yang mesti dipatuhi seperti menepati masa, menepati jadual yang ditetapkan, menghormati
ketua dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, saya bagi pihak pencadang tetap menyatakan bahawa tinggal di asrama lebih baik
daripada tinggal di rumah.
Sekian, terima kasih.
data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B%

1/2

4/3/2015

Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Perbahasan

data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B%

2/2

Anda mungkin juga menyukai