Anda di halaman 1dari 1

Ucapan Hari Guru

Assalamualaikum,
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru -guru
dan seterusnya
rakan-rakan sekalian.
Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada Tuan Pengerusi Ma jlis kerana
memberi peluang
kepada saya untuk berucap dalam majlis yang mulia ini.
Hadirin sekalian,
Sebagaimana yang kita maklum Hari Guru disambut pada 16 Mei 1997 Perayaan
yang seumpama
ini disambut setiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah untuk men genang dan
menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini.
Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Tanpa guru , kita sudah tentu
susah untuk
mendapatkan pelajran dan pengajaran dengan sempurna. Guru ibaratkan
sebagai sebatang lilin yang
sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu jasa guru patutlah
dikenang dan disanjung tinggi.
Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri . Mereka membimbing dan mendidik
kita supaya menjadi
orang yang berguna. Oleh itu marilah kita semua belajar dengan be rsungguhsungguh agar tidak
menghampakan harapan mereka.
Hadirin sekalian
Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar , mengasuh
dan mendidik kami
tanpa jemu. Akhir sekali, kami meminta ampun di atas segala kesilapan yang
dilakukan oleh kami selama ini.
Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai