Anda di halaman 1dari 6

Definisi Bahan Bantu Mengajar

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar


yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar
memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap
ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.
Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi
takrif yang tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui
bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah
pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan
pandanganseseorang. Atan Long ( 1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai
bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya
dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin.
Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.
Penggunaan bahan bantu mengajar member sumbangan yang amat besar dalam
mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan
pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah
dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran
zaman (OmardinAshaari, 1999).
Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran
dan
pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar
dapat
menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan
oleh guru semasa
menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih
mudah dengan
penggunaan bahan bantu mengajar, lebihlebih lagi bahan yang digunakan itu
bersesuaian
dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya
adalah untuk
mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak
dalam
penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana
persekitaran yang
sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur
semasa memberi
penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.
Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 )merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

memberi rangsangan dan minat murid-muird.


menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran dan
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan
pembelajaran mereka lebih kekal
menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh caracara lain,
menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.

dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan


perbendaharaan
kata.
ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat
menambahkan
lagi bacaan murid-murid.
Sebagairumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:
menjimatkan masa
dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
menyeronokkan murid-murid

Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan


Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan
bahawa butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur
bahasa dan penerangan bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu,
guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat
dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk
kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan
semula bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut
hendaklah diberi perhatian.
a)

Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan
menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada

bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat


mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.
b) Menjadikan dialog bersifat komunikatif
Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama
sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.
c)

Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna

Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan


objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya
dapat dikuasai.
d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal
Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal
membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik
di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.
e)

Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi
keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh
membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka
mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu
haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat,
kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran


Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih
dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada
murid-murid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam
proses pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya
akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian
oleh guru-guru.
a)

Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau
kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh
dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk muridmurid belajar sendiri.
b) Kos

Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan
sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan
pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan,
malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh
pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi
juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.
c)

Aspek-aspek Teknikal

Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh
digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh
didirikan di atas meja atau sebagainya.
d) Ketepatan Maklumat
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang
tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan
sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna
dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.
e)

Mudah Alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik
lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan
kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan
tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu
sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f)

Saiz/Pengelolaan Kelas

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu
difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh
dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus
memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan,
sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah,
atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu.
g) Jangka Masa
Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan
dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin.
Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan
perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.
h) Strategi Pengajaran Pembelajaran
Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat
atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa

pelajar, pengetahuan dan pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa
yang dirancang.
i)

Bentuk dan Fungsi

Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud


disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun
mengikut peraturan-peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan
tertentu maksud boleh disampaikan melalui non-verbal means tetapi
penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini,
bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang
dapat menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa
kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk
komunikasi verbal tidak akan berlaku.
j)

Ketepatan

Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat,


terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan
kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan
daripada communicative competence yang menekankan bahawa ada terdapat
peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa
adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat
menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan
dengan situasi ketika itu.
k)

Kepelbagaian

Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan


mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan
secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap variasivariasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai untuk
digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu.
Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan
geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan
medium (lisan dan tulisan). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasivariasi bahasa seperti ini adalah penting untuk ketepatan stilistik.
l)

Kemahiran Bahasa

Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran


membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran
menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap
bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang
demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan
satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.
m) Standardisasi dan Simplikasi

Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan


pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini,
bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para
pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan
berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan
pendidikan dan sosial dan sebagainya.
n) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan
Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah
penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para
pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga
mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan
pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai
sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan
kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan
semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang
digunakan.

Anda mungkin juga menyukai