Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KESELURUHAN BINA INSAN GURU FASA 5

LAWATAN BENCHMARKING DAN LADAP

Alhamdullilah, program yang dirancang untuk Bina Insan Guru Fasa 5 ini berjaya
dilaksanakan seperti yang dirancang. Terdapat dua tugasan untuk program Bina Insan
Guru Fasa 5 ini iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Cemerlang,
Sekolah Harapan Negara atau Sekolah Berprestasi Tinggi. Untuk tugasan kedua pula,
kami dikehendaki menyediakan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) untuk guru-guru
sekolah yang menyentuh mengenai salah satu tajuk yang diberikan iaitu guru dan
perundangan, mandat dari KPM, Surat Pekeliling Iktisas, Pekeliling Perkhidmatan,
Fungsi JPN dan Sektor, Peranan PPD dan PKG.
Untuk Program Bina Insan Guru Fasa 5 yang dilaksanakan ini benar-benar
meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya.

Pengajuran Latihan Dalam

Perkhidmatan (LADAP) yang bertajuk Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan


(PPPB) telah memberikan kefahaman kepada saya tentang keperluan dan perubahan
yang harus dilakukan oleh seorang guru untuk menjadikan sistem pendidikan di
Malaysia mencapai tahap global sebagaimana yang diaspirasikan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia di samping pentingnya untuk meningkatkan keberhasilan murid bagi
memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja abad ke 21.
Walaupun tempoh perkhidmatan telah melebihi 15 tahun, namun sebagai
seorang guru yang berada di dalam zaman arus globalisasi dunia tanpa sempadan,
saya harus mendapatkan pengalaman yang baharu melalui pengetahuan dan
kemahiran terkini melalui pelbagai aplikasi talian secara atas talian (on-line).
Penguasaan guru dalam sesuatu pengetahuan itu haruskan diperluaskan dan
ditingkatkan ke tahap yang tinggi selaras dengan tugas dan tanggungjawab guru pada
masa kini.
Saya juga harus berupaya untuk meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan, cemerlang dan

menyeronokkan murid-murid di dalam bilik darjah bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan holistik selaras dengan hasrat di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Yang penting adalah dalam diri individu seseorang guru itu ialah untuk
meningkatkan amalan nilai profesional. Ini penting untuk memantapkan seorang guru
untuk menjadi seorang pendidik yang berkaliber dan memiliki jiwa seorang pendidik.
Seseorang yang memiliki jiwa pendidik ini akan menjaga etika perguruan dan memiliki
integriti

yang

tinggi

dalam

menjalankan

tanggungjawab

untuk

meningkatkan

keberhasilan murid.
Untuk tugasan yang kedua, lawatan penanda aras yang telah dijalankan
bersama beberapa orang rakan sekuliah benar-benar meninggalkan kesan dalam diri
saya tentang kejayaan yang telah diperolehi oleh rakan-rakan guru yang berkhidmat di
sebuah sekolah yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah
Harapan Negara. Perasaan kagum dengan kegigihan dan pencapaian mereka muncul
dalam diri saya apabila melihat prestasi cemerlang yang sentiasa diperolehi oleh warga
Sk Bukit Rahman Putra samada kejayaan akademik oleh murid-murid dan juga
kejayaan kecemerlang oleh warga pendidiknya.
Sekolah KebangsaaN Bukit Rahman Puta telah mendapat pengiktirafan Sekolah
Harapan Negara pada tahun 2011 dan pernah menerima Anugerah Baiah sebanyak
dua kali iaitu pada tahun 2011 dan 2012. Melalui Program Bina Insan Guru Fasa 5
telah memberi peluang kepada saya dan ahli kumpulan yang lain untuk meninjau
pentadbiran, iklim dan budaya kerja sekolah ini yang telah beberapa kali berjaya
mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah(UPSR).
Segala kejayaan dan kecemerlangan yang dikecapi oleh SK Bukit Rahman Putra
telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya akan kesungguhan yang
ditunjukkan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah ini.
hubungan yang erat dengan murid-murid mereka.

Mereka telah membina

Hubungan yang baik ini

membolehkan guru-guru membimbing, menasihati dan mengorek potensi untuk murid-

murid mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran di samping sentiasa


membimbing murid-murid menjadi insan yang sentiasa mentaati perintah Allah SWT.
Tugas
berlandaskan

yang

dilaksanakan

kepada

etika

dengan

profesion

penuh

komitmen

perguruan

dan

dan

kesungguhan

akauntabiliti

yang

dipertanggungjawabkan akan dapat membuahkan hasil demi untuk kejayaan dan


meningkatkan potensi murid-murid agar mereka berjaya dalam kehidupan.
Seorang guru perlu mempunyai keperibadian dan jati diri yang baik untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta ketrampilan diri dalam
profesion perguruan. Oleh itu, guru haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
masing-masing agar menjadi contoh dan teladan kepada murid-murid agar menjadi
insan yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan mampu untuk mengharungi era
kehidupan masa hadapan yang penuh cabaran.
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru Fasa 5 ini telah memberikan
pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang amat bermakna kepada diri saya
sebagai seorang guru akan memantap dan melengkapkan diri dengan nilai profesional,
pengetahuan dan kemahiran yang terkini secara berterusan bagi memastikan tahap
profesionalisme dan kualiti guru serta menteladani rakan setugas yang telah
menunjukkan sikap dan potensi yang cemerlang dalam meningkatkan potensi
kemajuan sekolah masing-masing.

Disediakan oleh :

...................................
(A'lawiah Binti Ismail)
PPG PraA, Sem 8
Ambilan Jun 2011-