Anda di halaman 1dari 10

PERAYAAN KAUM BAJAU

Perayaan Regatta Lepa

Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan


kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut
bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan
pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan.
Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan
sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan
menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah
mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar
hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan
air, kayu api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang
sinonim dengan lepa.
Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai
lima hingga enam orang. Setiap lepa yang didiami sesebuah
keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan saiz yang berbeza di
mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam
bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot.
Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun
Seraya Merah. Lazimnya, lepa berukuran lapan meter panjang dan
dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis ukiran dan
warna.
Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zamanberzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke-14, ia
merupakan

pengangkutan

utama

untuk

membawa

muatan

pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu,


Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah
digunakan oleh para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam
di rantau Asia Tenggara pada awal kurun ke-15.
Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup
dan telah sebati dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat

berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam


persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun
tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu
lambang keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di
mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini.Kini, kebanyakan
masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat.
Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman
ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan
Regatta Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi
hari ini.
Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di
daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam
kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai
hari raya mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula
diperkenalkan

sebagai

perayaan

di

peringkat

daerah

dan

kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah.


Seterusnya

pada

tahun

2003,

Perayaan

Regatta

Lepa

telah

dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia


merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.
Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa
yang cantik.Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut
seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan
corak

awan

larat

dan

tulisan

khat

Hiasan

ukiran

tersebut

merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut


dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa
juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap
dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.
Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50
buah perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga
dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik. Usaha
menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa
sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan
ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai

pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam


perayaan ini.
Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu,
tarik

perahu

secara

berpasangan,

renang

dan

persembahan

kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi


perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan
pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita,
pakaian tradisional, alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.
REGATTA LEPA SEMPORNA, SABAH
25 - 27 April 2014 - Semporna, Sabah
Kepada

kaum

Bajau

Semporna,

'Lepa'

(sejenis

bot)

banyak

kegunaannya dalam kehidupan harian. Bot ini digunakan untuk


menangkap ikan dan kenderaan harian. Ia juga digunakan sewaktu
upacara perkahwinan dan persembahan kebudayaan. Kehidupan
unik berteraskan lepa ini dipusakai turun-temurun hingga kini.
Daerah Semporna, Sabah menyambut Perayaan Regatta Lepa setiap
tahun pada bulan April. Lepa merupakan suatu perkara yang
penting

dalam

kehidupan

kaum

Bajau

sejak

zaman

dahulu.

Perayaan Regatta Lepa merupakan tapak untuk memperkenalkan


dan mempromosi seni, budaya dan adat kaum Bajau yang
berwarna-warni. Setiap tahun pengunjung akan berpeluang melihat
sendiri keunikan pembuatan bot Lepa yang cantik disulami dengan
tarian dan muzik yang dimainkan di atas bot lepa.
Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat,
pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul.
Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat
termasuk di pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding.
Pertandingan utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.
Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi
pantai terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala
macam renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian
tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut.

Semua lepa-lepa ini akan beratur sambil bergerak perlahan


dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang
kenamaan untuk menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan
dipilih

berdasarkan

kecantikan

Lepa

dan

tarian

yang

dipersembahkan.
Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan
utama iaitu 'Acara Laut' di tepi pantai dan 'Pentas Budaya' dan
pameran di Padang Pekan Semporna. Pada sebelah malamnya pula,
pengunjung

berpeluang

untuk

menyaksikan

persembahan

kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian


artis tempatan dan nasional. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai
langit Semporna pada malam tersebut.
LEPA: Dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud
'bot'. Ia dipercayai berasal dari kamuniti nelayan yang menetap di
Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.
Regatta Lepa: Merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna
sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun
1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf
menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta
Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan
kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.
Daerah sunyi Semporna akan bergemerlapan dan berpesta apabila
menyambut Regatta Lepa. Di sepanjang jalan 'Sambulayang' akan
menghiasi

pandangan

disamping

pemidang

dan

iklan

yang

berwarna-warni. Bot-bot Lepa akan berlabuh disepanjang pantai


Semporna dan menghiburkan pengunjung dengan pelbagai tarian,
nyanyian

dan

muzik.

Setiap

bot

lepa

akan

dihiasi

dengan

'sambulayang'. 'panji-panji', tipas-tipas' dan renda. Perayaan ini


mengundang ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri saban
tahun.
Acara-acara lain disepanjang perayaan ini termasuklah acara 'lumba
kelle-kelle', tarik-tali lepa, lumba renang dan menangkap itik. Pada
sebelah

malamnya

pula,

pertunjukan

'pentas

budaya'

akan

diadakan di Padang Pekan Semporna. Datanglah dan saksikan


sendiri perayaan hebat ini!

KESENIAN
Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya
ialah Tarian Limbai, Dalling Dalling, Igal - Igal dan Runsai

Tarian Dalling-Dalling ajau dan gal gal ajau

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan


Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa
untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah
mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di
Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling
di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dallingdalling dan gal gal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa
Semporna.

Pada

bekerjasama

tahun

dengan

1998,

Majlis

Badan

Galak

Perbandaran

Pusaka

Sandakan

telah
untuk

menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari


Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada
masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian
dalling-dalling

turut

mula

dikenali

di

daerah

Sandakan

dan

emporna.
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan
Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh
badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis
keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling
diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau
dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan
nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat
muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang
pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita,
terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang
lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dallingdalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan
oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam
keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan
sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan
menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai

yang terbaik oleh hadirin.

Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)

Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau


Kpta Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut
ketibaan

pengantin

lelaki

yang

diarak

ke

rumah

pengantin

perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan


dihentikan

sementara,

lalu

tarian

Limbai

dipersembahkan

di

hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat


menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat
ijab qabul yakni pernikahan.
Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini
mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang
wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang,
dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini
mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke
rumah.

Penari-penari

melambai-lambaikan

selendang

mereka

sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.


Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku
kaum bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis
perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara
enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian
ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu
pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan
perempuan.

Kalang Mpat

Kalang mpat merupakan salah satu nyanyian rakyat yang dimiliki


suku kaum Bajau. Di Borneo, orang-orang Bajau boleh ditemui di

Sabah terutama di sepanjang pantai barat Sabah, bermula dari


daerah Kudat sehingga ke Sipitang. Namun, tumpuan penelitian
ialah di daerah Kota Belud yang didominasi oleh suku kaum Bajau.
Suku kaum Bajau di daerah ini masih lagi mengekalkan budaya
tradisi ekspresif yang hanya digemari oleh kalangan generasi tua
sahaja.

Memandangkan

kalang

mpat

semakin

tidak

menarik

perhatian generasi muda dan generasi tua yang mengetahuikalang


mpat semakin berkurangan, maka kalang mpat menjadi salah satu
tarikan budaya yang menarik. Kalang mpatdicipta dalam susunan
kata-kata yang padat mengikut peraturan sebagaimana yang telah
ditetapkan. Peraturan yang disusun misalnya, dari segi suku kata
dan rima pada penghujung yang sesuai adalah berasaskan kepada
keperluan pernyataan yang disampaikan secara lisan. Menerusi
kalang, pemantunnya dapat menyampaikan pengajaran, sindiran,
rasa hati, perasaan dan hiburan dengan cara yang berkesan.
Penyampaiannya, dengan memilih kata-kata yang bersesuaian dan
rima menarik boleh membawa pengertian mendalam kepada
pendengar. Keseimbangan rima dan rangkap selalu ditekankan
dalam pembinaan kalang. Dalam keadaan ini, pendengar dan
pemantun dapat menilai dan membezakan antara kalang baik dan
sebaliknya. Pemilihan dan susunan kata-kata yang memperlihatkan
keseimbangan amat ditekankan kerana penciptaan sedemikian akan
melambangkan

keharmonian

pemikiran

ahli-ahli

masyarakat

tersebut. Berdasarkan contoh-contoh kalang yang diberikan, dapat


diteliti rima akhir yang berbeza antara satu kalang dengan kalang
yang lain, iaitu a-a-a-a; a-b-a-b.
Kalang dihasilkan secara spontan. Penciptaan sebegini lazimnya
membawa pengertian mendalam yang disesuaikan dengan suasana
tempat kalang dinyanyikan. Kebolehan menghasilkan kalang secara
spontan serta dinyanyikan dengan iringan muzik merupakan satu
kebolehan yang istimewa dan sangat dihargai pendengarnya.
Susunan struktur pantun itu sebagaimana puisi-puisi tradisional lain

menekankan keindahan susunan bunyi yang disampaikan secara


lisan. Dalam proses kreativiti (mencipta dan menghasilkan) kalang,
penciptanya sering melihat kepada latar belakang mereka sebagai
petani. Pekerjaan ini telah mengundang mereka untuk menyatukan
unsur-unsur pengetahuan, pengalaman mereka mengharungi hidup,
suasana

alam

sekitar

sebagai

latar

belakang

kalang.

Jika

diperhatikan dengan teliti, terpancar kandungan pemikiran yang


tersirat di sebalik bait-bait puisi tradisi ini. Kalang yang disertakan
berhasil memperlihatkan nilai-nilai muafakat, kesabaran, rendah
diri, persaudaraan, keprihatinan, kerjasama dan sikap tolongmenolong di kalangan ahli-ahli masyarakat ini. Sesungguhnya,
kalang-kalang
penciptanya.

tersebut
Di

memperlihatkan

dalamnya,

terkandung

watak

bentuk

manusia

kegembiraan,

kesedihan dan nilai-nilai murni dalam diri manusia penciptanya.


Selain itu, penciptanya juga turut menyerlahkan keindahan jagat
raya ke dalam kalang-kalang ini. Keindahan tersebut waima
berunsurkan flora atau fauna jelas tergambar dalam setiap bait
kalang itu. Keadaan ini membuktikan bahawa latar diri penciptanya
begitu akrab dengan alam sehingga tidak dapat memisahkan setiap
inci alam daripada kalang.
Pencipta

kalang

lazimnya

amat

peka

dengan

susunan

atau

peredaran yang dapat diteliti dari keharmonian dan keseimbangan


alam sekitar. Melaluinya mereka dapat menghayati kehalusan dan
keindahan alam ciptaan Tuhan. Suasana kehalusan dan keindahan
alam sekitar ini dapat memberikan inspirasi yang mempengaruhi
rasa

hati

dan

perasaan

anggota-anggota

masyarakat

untuk

dinyatakan pula dalam kehidupan harian mereka. Keindahan dan


kehalusan budi yang dicipta dan dihasilkan dalam kalang itu
disampaikan pula dalam bentuk tradisi budaya ekspresif. Dengan
menyampaikan

kalang

dalam

konteks

budaya

ekspresif

itu

bermakna keindahan dan kehalusan kalang itu dapat dihayati


bersama secara lebih mendalam dan bermakna. Melalui budaya

ekpresif itu, anggota-anggota masyarakat dapat merasai keindahan,


di samping memberikan mereka hiburan.
Melalui kalang mpat, kita mampu mengesan beberapa unsur yang
terselindung

di

sebalik

nyanyian

ini.

Unsur-unsur

tersebut

merupakan antara teknik penciptaan dan penyampaian yang


dilakukan oleh penyanyinya agar setiap baitkalang itu dapat
dinikmati keaslian dan keindahannya oleh pendengar. Secara tidak
langsung,

tradisi

gabungan

antara

berkalang
teknik

dalam

masyarakat

penyampaian

dan

Bajau

proses

penyanyi-pendengar yang telah berlaku sejak sekian lama.

adalah
interaksi