Anda di halaman 1dari 4

Pendekatan P&P Seni Visual

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan
atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.Pengetahuan
seni dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar sendiri dalam konteks
social melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru disepadukan dengan idea
yang sedia ada, dan hasilnya kesedaran atas apa yang dipelajari.

KONTRUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Setiap orang mempunyai konsep seninya sendiri . Berdasarkan pengetahuan sedia
ada, pelajar terus membina pemahaman sendiri terhadap alam
sekitar Pembelajaran berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan idea baru dengan
idea sedia ada. Pengstrukturan semula idea dapat ditingkatkan semula melalui
strategi berfikir dan refleksi yang dirangsang oleh pengalaman. Pendekatan
Kontruktivisme menjadikan pembelajaran Seni Visual bermakna dan menyeronokkan.

APLIKASI KONTRUKTIVISME

Pencetusan idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan tajuk penting. Pelajar
berpeluang mencatat pengetahuan sedia ada sebelum dijalankan aktiviti melukis.
Pelajar menjalankan eksperimen tidak terbimbing untuk menguji sesuatu sebagai
usaha untuk membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada
Melalui projek pelajar mengadakan penyiasatan untuk menguji idea seni secara
membina pengetahuan dan secara beransur-ansur membina insiatif sendiri.

INKUIRI-PENEMUAN
Pendekatan Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran
melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal
dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan
sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan
prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.

Melalui aktiviti seperti eksperimen, pelajar akan mengkaji sesuatu fenomena dan
mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing pelajar untuk memahami
konsep seni melalui hasil inkuiri.

INKUIRI-PENEMUAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pelajar mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku
di sekeliling melalui aktiviti eksperimen, projek, perbincangan, simulasi dan lawatan.
Berdasarkan hasil inkuiri, pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat
kesimpulan sendiri serta menemui kajian seni dan membuat kesimpulan sendiri.
Guru berperanan membimbing.

APLIKASI INKUIRI-PENEMUAN
Dengan menjalankan Eksperimen, pelajar menguji perkara yang mereka hasilkan,
kemudian mencari jawapan yang telah dikaji. Melalui projek, pelajar diberi masa
yang lebih panjang untuk mengkaji sesuatu. Projek bukan sahaja melibatkan aktiviti
seni malah melibatkan kemahiran lain seperti nilai murni. Perbincangan merupakan
kaedah yang efektif untuk mencetuskan minda demi melanjutkan proses inkuiri dan
penemuan atas pengetahuan seni. Di samping itu, semangat bekerjasama dan
berkongsi pengalaman ditingkatkan.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan dengan pengalaman
harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Pengikut teori, pembelajaran ini hanya akan berlaku apabila pelajar dapat
memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada
mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan
hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitaran. Teori ini menggalakkan
guru memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi
pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks budaya, social, fizikal atau psikologi
untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pembelajaran PSV yang bermakna harus berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian
harian. Oleh itu, persoalan seni perlu dikatkan dengan kehidupan harian pelajar
secara eksplisit. Pembelajaran ini membolehkan pelajar menghayati kerelevanan
pembelajaran PSV dengan kehidupan sendiri.

PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua pelajar
menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada
prinsip bahawa setiap pelajar mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi
kepada pelajar untuk belajar mengikut kadarnya. Untuk pelajar yang sanggup
menguasai konsep dengan cepat, aktiviti pengayaan mengukuhkan lagi
pengetahuannya. Untuk pelajar yang belajar pada kadar yang lebih perlahan, aktiviti
pemulihan diberi untuk meningkatkan kadar pembelajaran.

PEMBELAJARAN MASTERI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Pembelajaran ini, topik seharusnya ditentukan dan dibahagikan kepada unit-unit
pembelajran mengikut satu hierarki. Guru bermula daripada satu unit pembelajran
dan pengajran dengan menggunakan kaedah pengajaran pembelajran yang
berkesan dan bahan bantu mengajar yang sesuai.

APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI


Pelajar menjalankan penyelidikan di pusat sumber atau melalui internet untuk
mengkaji tajuk yang telah diberikan
Dalam aktiviti berfikrah, pelajar menggunakan KBSB untuk mengupas idea dengan
lebih mendalam hingga menguasai idea berkenaan
Perbincangan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendalami konsep PSV
hingga tahap masteri yang lebih tinggi

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)


Dalam era maklumat ini,Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan pelajar
mengakses data dan maklumat untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran.
Selain bahan cetak yang konvensional, media ICT yang membolehkan pemerolehan
maklumat termasuk alat batu audio-visual, internet, perisian komputer dan lain-lain.

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Mod Tutorial penggunaan ICT sebagai praktis latih tubi. Maklum balas yang serat
merta untuk pembelajaran kendiri
Mod Penemuan Aplikasi ICT untuk memahami sesuatu konsep, seperti pengguna
perisian simulasi dan lain-lain
Mod Resos Melalui internet, muat turun untuk mencari bahan

Mod Perhubungan Berkomunikasi seperti e-mail


Mod Sokongan- Penggunaan ICT dengan perisian seperti pemproses perkataan,
pereka bentuk grafik
APLIKASI PEMBELAJARAN ICT
Melalui projek Kolaboratif dengan menggunakan komputer
Melalui penyelidikan mencari bahan melalui internet
Aktiviti Berfikrah, pelajar mengkaji sesuatu bahan seni menggunakan ICT

Anda mungkin juga menyukai