Anda di halaman 1dari 2

Definisi Inovasi

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja
yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur,
kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah membawa
banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah
mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan pembelajaran dalam pada
masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.
Perkembangan dunia dari zaman batu hingga kini memberi impak yang amat besar keatas
kehidupan terutama manusia. Manusia merupakan hidupan yang mudah belajar dan memahami apa
yang dipelajari. Kini kepesatan pembangunan adalah hasil dari kreativiti dan innovasi orang-orang
terdahulu. Disinilah impak pengajaran dan pembelajaran bermula. Kepesatan pembangunan serta
kemajuan ekonomi, sains dan teknologi bukan saja membawa kepada kemanfaatan, pada masa
yang sama juga banyak masalah yang timbul akibat dari ilmu yang diketahui.
Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Oleh
itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka telah mencipta
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif dan keratif bagi pelajar-pelajar
agar pelajar generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah
baru yang bakal timbul secara professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah berwibawa.
Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah (Problem-based
Learning)
Didalam

sebuah

kelas,

biasanya

terdapat

pelajar

yang

berlaianan

kebolehan

pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu yang sesuai
dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif dan cepat
bertindak bila didapati pengajarannya itu kurang menarik minat pelajar. Dalam menyediakan
perancangan pembelajaran, aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai urutan yang baik.
Teknik adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti merupakan satu kaedah berfikir
diluar kotak. Berfikir diluar kotak adalah satu cara menengok dunia dengan meneroka. Manakala

teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu cara atau teknik yang sangat baik
untuk mendalami permasalahan yang begitu komplek yang wujud masa kini. Antara teknik-teknik
yang biasa digunapakai ialah teknik brainstorming, Mind Mapping, simulasi, permaianan dan
lakonan.
Teknik Brainstorming satu cara pencarian idea yang terbaik. Ia merupakan curahan idea
yang dikumpulkan yang dalam keadaan yang selesa yang mana ia menghasilkan satu idea yang
diluar dari pemikiran atau digelar berfikir diluar kotak. Hasil dari teknik brainstorming ini,
membolehkan kita menggunakan mind mapping untuk menyusun idea-idea tadi dan
menghubungkaitkannya.
Simulasi merupakan satu mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk menggambarkan
situasi yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan dramatik kehidupan yang
sedia ada untuk tujuan pembelajaran tentang pengalaman sebenarnya.
Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat
berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Keseronokan
akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat menguasai pembelajaran yang
disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak.
Terdapat berbagai cara yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menyeronokkan pembelajaran. Apa yang penting ialah kreativiti dan inovatif guru dalam pengajaran
agar dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu yang dipelajarinya. Kaedah harus berubah
mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah
yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Sebelum
mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, guru harus memikirkan pekara-pekara berikut:1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar
4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada

Anda mungkin juga menyukai