Anda di halaman 1dari 6

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi


aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat
tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran

Prinsip Pentaksiran

Prinsip Pentaksiran

Pengertian Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan


supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang
atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi mengukur penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan)
yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan
tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar
biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk
mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian
berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu
memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara
memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Pentaksiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;

Proses

Maklumat

Langkah
Bukti tentang
/tindakan/operas
prestasi pelajar
i yang
dalam sesuatu
digunakan untuk
perkara yang
mendapatkan
ditaksir
hasil yang
dikehendaki

Penghakiman
Proses
pertimbangan,
kemahiran dan
nilai yang
pelajar perolehi
setelah melalui
proses
pendidikan

Produk
Pengetahuan ,
kemahiran
dan nilai yang
pelajar
perolehi
setelah
melalui proses
pendidikan

10

Tujuan Pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk
memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap
iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
2.1 Jenis Pentaksiran
2.1.1 Pentaksiran autentik
Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang
mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner
& Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak
mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi
maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti
yang disebut oleh HillS (1993)
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi
pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran
sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang
melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna
merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber:
Buku Educational Assessment of Students).

11

Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk
dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni
visual dengan rasional lain seperti yang berikut:
a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak:
- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan
tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati
ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanakkanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis
keperluan

kaedah

penilaian

ini

dalam

bidang

pendidikan

awal

kanak-

12

kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik

Persembahan tarian

Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya

Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science


fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan
Seni)Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti
Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk
pengumpulan portfolio.

13

Menghubungkan
Dapat mengungkapkan
pembelajaran dengan
secara total seberapa baik
pengalaman mereka
pemahaman akademik
sendiri, dunia mereka dan
mereka.
Kebaikan masyarakat luas.
kaedah
penilaian
autentik ini
kepada pelajar
Mengungkapkan dan
Menangani teknologi dan
memperkuatkan
berfikir sistematik.
penguasaan kompetensi
mereka.

Kesimpulan Pentaksiran
Autentik

Pentaksiran autentik yang


disarankan dapat mengukur
kemajuan kanak-kanak dari
pelbagai aspek perkembangan
kanak-kanak. Kaedah
pentaksiran ini juga akan dapat
memperbaiki penyediaan guru
dalam proses pernbelajaran dan
perkembangan kanak-kanak
untuk kesediaan ke alam
persekolahan yang lebih tinggi.

14

Anda mungkin juga menyukai