Anda di halaman 1dari 45

9.

1 AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM


EKOSISTEM
Impak Aktiviti Manusia ke atas Ekosistem
1. Cabaran-cabaran hebat dunia hari ini telah
membawa kepada pelbagai projek pembangunan.
2. Sekiranya aktiviti-aktiviti manusia tidak dirancang
dan dilaksanakan dengan baik, akan mengganggu
keseimbangan alam semula jadi dan merosakkan
ekosistem.
3. Aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam
ekosistem adalah seperti:
a) pembangunan dan perindustrian
b) pertambahan bilangan kenderaan
c) pertambahan penggunaan pestisid dan bahan
kimia dalam
sektor pertanian
4. Kesan-kesan dari pembanguan tidak terancang
dan salah
pengurusan
ekosistem adalah:
a) Hakisan tanah
b)Banjir kilat (gambar foto 9.1)
c) Tanah runtuh (gambar foto 9.2)
d)Eutrofikasi (penyuburan tasik)
e) Pencemaran air,udara,terma dan bunyi

Foto 9.1 kejadian banjir kilat


tanah runtuh

Foto 9.2 kejadian

f) Pemanasan global (fenomena kenaikan suhu


bumi,juga dikenali sebagai kesan rumah hijau)
g)Penyusutan atau penipisan lapisan ozon
h) Perubahan iklim

i) Kepupusan hidupan
5. Jadual 9.1 merumuskan hubungan antara aktiviti
pemangunan yang tidak terancang dan disalah
disalah urus dan kesannya terhadap alam sekitar.
Pembangunan yang tidak
terancang
Perkembangan industri
ringan dan berat yang
tidak terkawal

Penerokaan hutan tanpa


kawalan (penyahhutanan)

Pembinaan bangunan
konkrit yang bertingkattingkat dan bercermin
Perlombongan berlebihan

Kesan buruk terhadap


alam sekitar
pencemaran
air,udara,terma dan
bunyi
penipisan lapisan ozon
kesan rumah hijau
hakisan tanah
kesan rumah hijau
perubahan iklam
pemanasan global
banjir kilat
penyahhutanan
pencemaran terma
kesan rumah hijau
hakisan tanah
banjir

Penggunaan baja yang


berlebihan

eutrofikasi
pencemaran air

Penggunaan pestisid dan


bahan kimia berlebihan

pencemaran udara
dan air
kepupusan hidupan
kesan rumah hijau
pencemaran udara

Pengguaan bahan api fosil


seperti petroleum dan
arang batu

Pembakaran bahan
buangan domestik

pencemaran udara
kesan rumah hijau
Jadual 9.1

Pencemaran
1. Pencemaran ialah perubahan sifat-sifat fizikal,kimia
atau biologi yang tidak diingini pada alam sekitar
dan disebabkan oleh aktiviti manusia.
2. Pencemaran mempengaruhi tanah,sungai,laut dan
atmosfera.Ia juga mengancam kehidupan dan
habitat manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan
serta ekosistem.
3. Jenis-jenis pencemaran termasuklah:
a) Pencemaran udara
b)Pencemaran air
c) Pencemaran terma
d)Pencemaran udara
Pencemaran udara
1. Pencemaran udara disebabkan oleh kehadiran
bahan-bahan pencemar dalam udara yang
berbahaya kepada hidupan dan persekitaran
2. Punca pencemaran udara adalah seperti berikut:
a) Pembakaran
i. Sampah sarap
ii. Hutan
iii. Sisa pepejal
b)Kilang perindustrian
i. Pembakaran bahan api fosil seperti
petroleum,diesel dan gas dalam kilang dan
stesen janakuasa

ii.

Industri pertanian yang menggunakan


bahan agrokimia seperti
baja,pestisid,insektisit dan herbisid
c)Kenderaan bermotor
Membebaskan gas-gas yang berbahaya dalam
asap ekzos kereta.

Foto 9.3 Asap daripada kilang menyebabkan pencemaran udara

3.Pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas


seperti sulfur dioksida dan oksida
nitrogen.Pembakaran sampah dan kepulan asap dan
asap dari ekzos kereta dan serombong kilang
menghasilkan karbon dioksida,karbon monoksida dan
jelaga (partikel karbon yang tidak terbakar).
4.Pertambahan gas karbon dioksida dalam
atmosfera banyak memerangkap haba dan
menyebabkan kesan rumah hijau.
5.Keadaan ini menyebabkan suhu bumi maningkat.
6.Oksida sulfur dan oksida nitrogen adalah gas
berasid yang larut dalam wap air untuk membentuk
asid seperti asid sulfurik dan asid nitrik.Asid ini turun
bersama air hujan sebagai hujan asid.Apabila
hujan,hujan asid menyebabkan tanah dan air sungai
berasid dan ini membahayakan tumbuhan dan haiwan
di dalam sungai dan di hutan.

7.Kesan pencemaran udara terhadap kesihatan


manusia:
a) Bahan pencemar gas-gas berasid dan asap
menyebabkan
penyakit sistem respirasi seperti
bronkitis,sesak nafas,kanser peparu,asma dan
penyakit saluran respirasi yang lain.
b)Bahan pencemar itu memedihkan
mata,menyebabkan penyakit kulit dan konjunktivitis.
8.Kesan pencemaran udara terhadap habitat
haiwan dan tumbuhan:
a) Hujan asid meresap ke dalam tanah dan
meningkatkan keasidan tanah yang menyebabkan
nutrien penting melarutresap.Ini menyebabkan tanah
menjadi tidak subur.
b) Hujan asid dalam sungai dan tasik menurunkan
nilai pH air dalam habitat itu dan menyebabkan
pemusnahan banyak ikan dan organisma akuatik lain.
c) Hujan asid menyebabkan tanah menjadi terlalu
berasid,menyebabkan tumbuhan danpokok mati.Ia
juga merosakkan daun dan mengurangkan
fotosintesis.
d)Asap,jelaga,dan debu melekat pada permukaan
daun dan menutup stoma.Ini mengurangkan
penyerapan cahaya matahari oleh klorofil,dan
mengurangkan kadar fotosintesis tumbuhan.
9.Kesan pencemaran udara terhadap bangunan:
a)
Hujan asid mengaratkan struktur logam dan
menghakis batu kapur yang digunakan untuk
membina bangunan.

b)Jelaga dan debu menjadikan bangunan kotor.


10.Kesan pencemaran udara terhadap iklim:
a) Asap ,debu dan jelaga bergabung dengan
kabus (wap air) untuk membentuk jerebu
yang mengancam kesihatan.
b)Penigkatan kandungan karbon dioksida dalam
atmosfera menyebabkan suhu Bumi meningkat
(kesan rumah hijau).Akibatnya,bongkah ais
kutub melebur lalu menaikkan paras air laut
menyebabkan banjir dan perubahan iklim.

11.Kesan pencemaran udara terhadap


pertanian:
a) Jerebu menghalang cahaya matahari daripada
sampai ke Bumi.Debu dan jelaga menutup stoma
dan mengurangkan kadar fotosintesis.Oleh itu,ia
mengurangkan pengeluaran pertanian.
b) Hujan asid memusnahkan
tumbuhan,maka,pengeluaran pertanian
berkurang.

12.Jadual 9.2 menunjukan punca pencemaran


udara,bahan pencemar dan kesannnya ke atas
hidupan dan persekitaran.
Punca
Kilang simen,kuari,
Kilang papan

Bahan
pencemar
Debu

Kesan buruk
Jangkitan salur

Kilang
perindustrian
Pembakaran
sampah-sarap
Kenderaan
bermotor

Debu dan
jelaga

embakaran bahan
api fosil dan
sampah sarap
Asap dari ekzos
kenderaan

Karbon
minoksida

Karbon
dioksida

respirasi
Batuk dan bersin
Banggunan menjadi
kotor
Menyebabkan jerebu
Mengaburkan
penglihatan
Menghalang cahaya
daripada sampai ke
Bumi dan menutup
stoma.Maka,
mengurangkan kadar
fotosintesis dan
pengeluaran tanaman
Menyebabkan kanser
peparu
Gas toksik mudah
berpadu dengan
hemoglobin
berbanding
oksigen.Maka ia
mengurangkan
kecekapan darah
membawa oksigen
Menyebabkan kesan
rumah hijau yang
meninkatkan suhu
atmosfera
Perubahan iklim
menyebabkan
banjir,taufan dan
kemarau
Ais di kutub

melebur,menyebabka
n banjir

Sulfur
dioksida

Oksida
nitrogen

Memedihkan
mata,keradangan
saluran respirasi dan
peparu
Merosakkan tisu
peparu
Menyebabkan hujan
asid
Hujan asid mengakis
struktur logam pada
jambatan dan batu
kapur pada
banggunan
Merendahkan paras
pH tanah dan air
Menyebabkan
pengurangan
pengeluaran hasil
pertanian dan
kematian organisma
akuatik
Menyebabkan hujan
asid dan kesan hujan
asid
Merosakkan tisu
peparu dan
menyebabkan
bronkitis dan kenser
peparu
Memedihkan mata
keradangan saluran
respirasi

Asap dari ekzos


kenderaan
menggunakan
petrol
berplumbum

Plumbum

Toksik,berbahaya dan
tidak
terboidegradasikan.M
aka,
plumbum boleh
berkumpul dalam
badan.Bila ia
mencecah paras
toksik yang tinggi,ia
bolah menyebabkan

Aktiiti industri
pertanian

Bahan
agrokimia

Stesen kuasa
nuklear

Sinaran
radioaktif

Industri busa dan


dan earosol

Kloroflurokarb
on (CFC)

kerencatan otak
pada kanak-kanak
Boleh disalurkan pada
rantai makanan dan
berkumpul dalam
badan,menyebabkan
kemudaratan pada
organisma kerana ia
tidak
terbiodegradasikan
Menggangu proses
fisiologi
Toksik kepada badan
Menyebabkan mutasi
Mengakibatkan kanser
dan penyakit genetik
Penipisan lapisan ozon
Pemanasan global
(perubahan iklim)
Kanser kulit

Pencemaran air
1. Pencemaran air berlaku akibat pembuangan
bahan buangan domestik,industri pertanian
ke dalam sungai.Hakisan tanah juga
menyebabkan pencemaran air.
2. Punca pencemaran air:
a) Pembuangan kumbahan tidak dirawat dan
bahan buangan domestik ke dalam sungai
(Rajah 9.3)
b)Pembuangan bahan buangan industri
c) Pembuangan bahan buangan pertanian
d)Tumpahan minyak
3.Jadual 9.3 menunjukkan punca pencemaran air
dan kesannya terhadap hidupan dan persekitaran.
Punca
pencemaran air
Pembuangan
bahan buangan
domestik ke
dalam sungai

Bahan pencemar
Kumbahan
tidak dirawat
(tinja manusia
dan air
buangan)
Sampahsarap
Detergen

Kesan buruk
Menggalakka
n pembiakan
bakteria yang
menyebabkan
pemyakit
kolera,tifoid
dan desenteri
Menyebabkan
bau busuk
dan
menjejaskan
pemandangan

Pembuangan
bahan buangan
industri

Bahan buangan
pertanian
(melarutresap
dari ladang ke
sungai
berdekatan

Sisa organik
daripada
kelapa sawit
dan getah
Bahan toksik
daripada
industri
elektronik
seperti
arsenik,
plumbum,
merkuri dan
zink
Baja dan tinja
haiwan
mengandungi
nitrat dan
fosfat

Mencemarkan
air secara
fizikal.
Pereputan
sisa organik
mengurangka
n kepekatan
oksigen
dalam air.

Nitrat dan
fosfat itu
menggalakka
n
pertumbuhan
alga dengan
cepat di mana
alga itu
kemudian
akan
menggunakan
bekalan
oksigen di
dalam
air,kesannya
membunuh
ikan dan
organisma
akuatik yang
lain.

Bahan
agrokimia
seperti
insektisid dan
fungisid

Bahan
buangan
kimia dalam
jumlah yang
ketara itu
adalah
beracun
kepada
haiwan
akuatik dan
boleh
merosakkan
organ dalam
badan,
menyebabkan
kanser dan
pencemaran
bekalan air.
Tumpahan
Minyak yang
Menyebabkan
minyak
tumpah dari
kematian
kapal tangki
hidupan laut.
Menyebabkan
minyak
kematian
burung laut
dan anjing
laut.
Mencemarkan
pantai
Jadual 9.3 Punca Pencemaran air dan kesannya

Rajah 9.3 pembuangan kumbahan tidak dirawat dan bahan buangan


domestik ke dalam sungai

Eutrofikasi
1. Eutrofikasi berlaku akibat pertambahan baja
atau kumbahan dalam tasik,kolam atau air
sungai.
2. Pertambahan kandungan nitrat dan fosfat
daripada baja atau kumbahan menggalakkan
eutrofikasi.Ia menggalakkan pertumbuhan alga
dengan cepat,dan kemudian peningkatan populasi
alga yang cepat.
3. Alga yang tumbuh meluas itu menutup
permukaan tasik,kolam atau sungai.
4. Ini menghalang cahaya matahari daripada sampai
kepada tumbuhan di dasar air.
5. Akibatnya,tumbuhan dalam air mati.
6. Bilangan bakteria aerob yang menguraikan jisim
tumbuhan yang mati juga meningkat dengan
menggunakan oksigen terlarut dalam air.
7. Ini mengurangkan oksigen terlarut dalam air dan
menyebabkan haiwan akuatik mati.
8. Pertumbuhan alga yang cepat dan proses
penguraian oleh bakteria menggunakan bekalan
oksigen di dalam air dan dengan itu
meningkatkan keperluan oksigen biokimia (B.O.D).
Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D)
1. Keperluan oksigen biokimia (B.O.D.) adalah
jumlah oksigen yang digunakan oleh
mikroorganisma (bakteria dan alga) untuk
penguraian sisa dalam air.
2. B.O.D digunakan sebagai satu ukuran bagi
jumlah jenis bahan pencemar organik
tertentu dalam air.Maka,B.O.D boleh digunakan
untuk mengukur paras pencemaran air.

3. B.O.D yang tinggi menunjukkan kehadiran


bilangan mikroorganisma yang banyak,Ini
menunjukkan paras pencemaran yang tinggi.
4. Semakin tinggi nilai B.O.D,semakin tercemar
sampel air itu.
5.Air yang tercemar mengandungi jumlah bahan
buangan organik yang banyak.Maka,ia
mengandungi bilangan bakteria aerob yang
banyak untuk menguraikan bahan organik.Proses
penguraian ini memerlukan
oksigen.Akibatnya,banyak bekalan oksigen di
dalam air digunakan dan nilai B.O.D. adalah
tinggi.Kepekatan oksigen di dalam air adalah
rendah.
6.Semakin tinggi nilai B.O.D,semakin kurang
kepekatan oksigen yang terlarut dalam air.
7.Rajah skema berikut menunjukkan hubung kait
antara nilai B.O.D dengan pencemaran air,bilangan
mikroorganisma atau bakteria,kepekatan oksigen
yang terlarut dan bilangan haiwan akuatik.
Nilai B.O.D tinggi
aras pencemaran air
yang tinggi
bilangan bakteria banyak
kepekatan oksigen terlarut rendah
bilangan
haiwan
akuatik berkurang
8. Air
yang berkualiti
baik mempunyai nilai B.O.D
yang kurang daripada 0.5 mg oksigen per liter.
9. Larutan metilena biru digunakan untuk menguji
kehadiran oksigen dalam air.Keadaan kekurangan
oksigen menyebabkan warna metilena biru
dilunturkan dengan cepat.Oleh itu,air itu
mempunyai nilai B.O.D tinggi.
Pencemaran terma

1. Pencemaran terma ialah pembebasan haba yang


berlebihan ke alam sekitar.
2. Punca pencemaran terma ialah:
a) Pembuangan air panas dari kilang,reaktor
nuklear dan stesen janakuasa elektrik.
b)Bangunan yang bercermin (gambar foto 9.4)

Foto 9.4

3. Kilang elektronik,stesen janakuasa elektrik dan


reaktor nuklear menggunakan air sebagai agen
penyejuk.
4. Air menjadi panas dan air panas yang terhasil
dialirkan ke dalam sungai atau laut akan
meninggikan suhu air.
5. Apabila suhu air menjadi 5oC melebihi suhu air
biasa,hidupan akuatik akan mati.
6. Kenaikan suhu air meningkatkan proses
penguraian bahan organik dan meningkatkan nilai
B.O.D.Ini mengurangkan kepekatan oksigen di
dalam air dan menyebabkan orgaisma akuatik
mati.
7. Air yang panas juga mengurangkan keterlarutan
oksigen dalam air dan menyebabkan pengurangan
oksigen terlarut dalam air.

8. Bangunan bercermin memantulkan sinaran cahaya


matahari daripada satu bangunan ke bangunan
bercermin yang lain.Ini menyebabkan haba
terperangkap di antara bangunan bercermin dan
meningkatkan suhu udara di sekitar kawasan
tersebut.

Pencemaran bunyi
1. Pencemaran bunyi ialah keadaan di mana terdapat
bunyi yang berlebihan di persrkitaran sehingga
mengganggu keselesaan hidup.
2. Kenyaringan bunyi diukur dalam unit desibel
(dB).
3. Telinga manusia hanya dapat menerima bunyi
yang kurang daripada 80 dB.
4. Punca pencemaran bunyi adalah:
a) Kapal terbang
b)Kereta api
c) Kerja pembinaan
d)Mesin dan jentera dalam kilang
e) Kenderaan di jalan raya
5. Kesan pencemaran bunyi termasuk:
a) Masalah pendengaran (pekak)
b)Sakit telinga
c) Sakit kepala
d)Gangguan emoso dan mental
e) Tekanan darah tinggi
f) Sakit jiwa

9.2 KESAN RUMAH HIJAU DAN


PENIPISAN LAPISAN OZON

Kesan Rumah Hijau


1.
Kesan rumah hijau adalah fenomena
peningkatan suhu atmosfera Bumi. Ini
disebabkan oleh haba yang diserap dan
terperangkap di dalam atmosfera Bumi
oleh gas tertentu (gas rumah hijau)
seperti karbon
dioksida,metana,klorofluorokarbon dan
oksida nitrogen.
2.
Gas rumah hijau ini, terutamanya
karbon dioksida, terperangkap dan
menyerap haba dalam atmosfera,
menyebabkan kenaikan suhu
atmosfera.
3.
Lapisan gas ini bertindak sebagai
lapisan penebat yang mencegah
tenaga haba daripada dipancarkan ke
angkasa lepas.
4.
Akibatnya, suhu Bumi meningkat
dan berlaku pemanasan global.

5.
Punca utama kesan rumah hijau
adalah pertambahan kepekatan gas
rumah hijau seperti karbon dioksida
dalam atmosfera.
6.
Aktiviti manusia berikut boleh
meningkatkan kepekatan karbon
dioksida dalam atmosfera yang
menyebabkan kesan rumah hijau.
Pembakaran bahan api dalam kilang
Pembakaran hutan
Penebangan dan penerokaan hutan
Pembakaran sampah sarap secara
terbuka
Pembakaran arang batu oleh stesen
janakuasa
Kenderaan bermotor
Penggunaan bahan
klorofluorokarbon(CFC)
7.
Kesan rumah hijau terjadi melalui
proses berikut:
Sinaran matahari ke Bumi
menembusi melalui atmosfera
sebagai sinar suria dan sinar
ultralembayung . Sebanyak 30%
sinar matahari dipantul semula
sebagai tenaga tinggi ke angkasa
lepas oleh lapisan atmosfera
manakala 70% akan menembusi
atmosfera itu.

Lebih kurang separuh daripada 70%


sinar suria yang menembusi
atmosera bertukar menjadi haba.
Kebanyakan tenaga haba yang
sampai ke permukaan Bumi diserap
ke dalam Bumi.
Sebahagian tenaga haba dipantul
semula ke angkasa lepas sebagai
sinar inframerah. Kebanyakan sinar
inframerah diserap oleh karbon
dioksida.
Kebanyakan haba dalam atmosfera
diserap oleh karbon dioksida dan
gas rumah hijau lain.
Akibarnya, tenaga haba
terperangkap dalam lapisan bawah
atmosfera menyebabkan suhu bumi
meningkat. Ini mengakibatkan satu
kesan pemanasan yang menyerupai
keadaan di dalam rumah hijau di
mana sinar matahari dan sinar
ultralembayung yang menembusi
panel kaca rumah tidak semuanya
dipantul semula ke atmosfera.
Sebahagian sinar ini terperangkap
di dalam rumah hijau sebagai
tenaga haba.
Fenomena ini yang meningkatkan
suhu Bumi dan atmosferanya
menyebabkan kesan rumah hijau.

Rajah 9.5 kejadian kesan rumah hijau

8.
Pengeluaran karbon dioksida akibat
aktiviti manusia telah meningkat
dengan cepat menyebabkan kesan
rumah hijau berlaku diseluruh dunia.
9.
Kesan rumah hijau menyebabkan
suhu atmosfera diseluruh dunia
meningkat.
10. Akibatnya, suhu di Bumi meningkat
dan keadaan ini dikenali sebagai
pemanasan global.
11. Akibat kesan rumah hijau
(peningkatan suhu dunia) adalah
seperti berikut:
Kenaikan aras laut

Disebabkan oleh ais dikutub


melebur
Menenggelamkan kawasan
rendah dan menyebabkan banjir
Perubahan iklim
Suhu atmosfera yang lebih
tinggi menyebabkan sejatan air
berlaku dengan cepat.
Akibatnya, berlaku kejadian
kemarau dan banjir yang tidak
menentu
Arah angin dan aras laut
berubah menyebabkan bencana
alam seperti ribut dan taufan
yang lebih kerap berlaku

Produkdiviti pertanian
Pengeluaran
tanaman
dan
haiwan
ternakan
berkurang
akibat kemarau(kekurangan air)
dan akibat suhu yang terlalu
tinggi
Di negara beriklim sederhana,
pengeluaran
tanaman
akan
meningkat semasa musim sejuk
kerana suhu sederhana tinggi
membolehkan
tumbuhan

PENIPISAN LAPISAN OZON


menjalankan
fotosintesis
dengan cekap
12. Kini, kandungan karbon dioksida
dan gas rumah hijau yang semakin
meningkat dalam atmosfera dijangka
akan meningkatkan suhu atmosfera
bumi sebanyak 1.5oC hingga 4.5oC
menjelang tahun 2030.
1.
Ozon ialah sejenis gas yang terdiri
tiga atom oksigen (O3).
2.
Lapisan ozon terdapat di lapisan
atmosfera yang dikenali sebagai
stratosfera, iaitu 20 50 km dari
permukaan Bumi.
3.
Lapisan ozon menyerap sinar
ultralembayung yang dan
menghalangnya daripada sampai ke
bumi.
4.
Kini, lapisan ozon semakin nipis
akibat pemusnahan gas ozon.
5.
Telah diketahui penipisan lapisan
ozon berlaku sepanjang kedua dua
Artik dan Antartika, membentuk lubang
ozon. Lubang ozon yang dijumpai di
antartika adalah sebesar benua
Amerika Syarikat.
6.
Penipisan lapisan ozon disebabkan
oleh penngkatan penggunaan

klorofluorokarbon(CFC) yang boleh


mengurai dan memusnahkan molekul
ozon kepada unsur lain.
7.
Bahan pencemar lain seperti
halogen, gas klorin dan oksida nitrogen
juga boleh memusnahkan ozon.
8.
Punca utama penipisan lapisan ozon
adalah penggunaan
klorofluorokarbon (CFC)
9.
Klorofluorokarbon digunakan
dengan meluas sebagai bahan
penyejuk dalam peti sejuk dan alat
pendingin hawa, bahan aerosol,
polistirena untuk pembungkusan
makanan, getah busa untuk membuat
kusyen, bantal dan tilam.
10. Proses pemusnahan ozon oleh
CFC.
Sinar ultralembayung memutuskan
ikatan atom klorin dalam CFC.
CL

F
Sinar

ultralembayung

CLatom klorin

CL
Molekul CFC
CL
dibebaskan

Atom klorin yang terbebas


bertindak balas dengan ozon untuk
menghasilkan klorin monoksida dan
molekul oksigen.
CI
CI
Ozon
oksigen

klorin
Monoksida

Atom oksigen yang bebas dalam


atmosfera akan memutuskan ikatan
klorin monoksida. Akibatnya, atom
klorin terbebas dan akan
memusnahkan molekul ozon yang
lain.
Atom
oksigen
bebas
CI
klorin
molekul

CI
atom klorin

monoksida
oksigen

bebas

11. Kesan penipisan lapisan ozon


menyebabkan sinar ultralembayung
yang berlebihan sampai ke bumi.
Terhadap alam sekitar
Peningkatan suhu persekitaran
(yang menyebabkan kesan
rumah hijau)
Perubahan iklim dan cuaca
Perubahan arah angin
Terhadap tumbuhan
Kadar fotosintesis menurun
akibat pemusnahan stoma dan
klorofil pada daun
Mengancam keseimbangan
ekologi dan pemusnahan
organisma akuatik seperti
plankton
Terhadap kesihatan manusia
Kanser kulit (melanoma)
Kerosakan mata atau penyakit
katarak
Kemerosotan sistem keimunan
manusia.

IMPAK PENIPISAN LAPISAN OZON


DAN PEMANASAN GLOBAL KE ATAS
EKOSISTEM
1.
Penipisan lapisan ozon
membenarkan sinar ultralembayung
sampai ke bumid dan memusnahkan
plankton dalam rantai makanan.
Keadaan ini akan mengganggu
keseimbangan ekosistem dan
seterusnya juga mengancam ekosistem
lain dalam air.
2.
Sinar ultralembayung juga
mengurangkan bilangan stoma dan
klorofil pada daun. Akibatnya,
tumbuhan hijau yang merupakan
pengeluar dalam rantai makanan tidak
dapat menjalankan fotosintesis dengan
berkesan. Tumbuhan tersebut akan
mati dan komponen biosis dalam
ekosistem terganggu.
3.
Pemanasan global menyebabkan
atmosfera menjadi lebih panas,
menyebabkan kemarau dan perubahan
iklim. Oleh itu, komponen abiosis
dalam ekosistem terganggu. Keadaan
ini akan mempengaruhi taburan dan
populasi komponen biosis. Akibatnya,
keseimbangan pelbagai ekosistem di
bumi terjejas.

9.3 KEPENTINGAN PENGURUSAN


AKIVITI AKTIVITI PEMBANGUNAN
DAN EKOSISTEM YANG BETUL
Keperluan Pembangunaan
1.
Pembangunan diperlukan untuk
meningkatkan kualiti hidup dan juga
menampung keperluan pupulasi yang
semakin bertambah.
2.
Pelbagai projek pembangunan telah
dilaksanakan dalam pelbagai bidang
untuk menampung keperluan bagi
pembangunan.
3.
Bidang pertanian
a)
Penerokaan hutan dilakukan
untuk menyediakan kawasan tanah

baru untuk pembangunan


perindustrian, perumahan,
pertanian dan pembinaan lebuh
raya (Gambar foto 9.5). Projek
projek ini dapat meningkatkan
kualiti hidup dengan cara berikut:

Menyediakan tempat
kediaman

Menambahkan bekalan
makanan

Menyediakan kemudahan
pengangkutan

Foto 9.5 lebuh raya

b)
Hutan diteroka untuk sektor
pertanian meningkatkan hasil
tanaman dan meningkatkan taraf
sosio ekonomi masyarakat. Tanah

baru juga dibuka untuk projek


perumahan supaya dapat
menampung pertambahan
populasi(Gambar foto 9.6).

Foto 9.6 pembinaan rumah

c)
Teknologi moden telah
digunakan dalam pertanian dengan
membantu agensi kerajaan seperti
Lembaga Penyelidikan Getah
Malaysia (RRIM) untuk
meningkatkan produktiviti getah.
4.
Bidang industri
a)
Kerajaan sentiasa berusaha
untuk menarik pelabur asing untuk
melabur dalam sektor perindustrian
negara. Ini akan membantu
mempercepatkanperkembangan
dalam sektor perindustrian di
samping dapat menyediakan
peluang pekerjaan kepada rakyat
dan meninggikan pendapatan per
kapita negara.

b)
Strategi pembangunan luar
bandar melalui pembinaan industri
dijalankan untuk meningkatkan
kualiti hidup penduduk di luar
bandar. Pembangunan ini
menyediakan kemudahan
infrastruktur seperti projek
perumahan kos rendah, klinik,
sekolah, jalan raya, bekalan elektrik
dan bekalan air.
5.
Memandangkan populasi penduduk
dunia bertambah dengan pesat,
pembangunan perlu sentiasa
dijalankan untuk menampung
keperluan populasi.
Kesan Pertambahan Penduduk ke atas
Ekosistem
1.
Semua komponen biosis dan abiosis
dalam suatu ekosistem wujud dalam
keadaan seimbang.
2.
Dalam usaha untuk menampung
keperluan penduduk yang semakin
bertambah, banyak projek
pembangunan telah dilaksanakan.
3.
Projek pembangunan ini terutama
yang tidak terancang dan tidak terurus

akan mendatangkan kesan buruk


kepada alam sekitar dan mengancam
ekosistem.
4.
Oleh kerana peningkatan populasi,
projek pembangunan seperti
penebangan hutan akan memberi
kesan buruk pada ekosistem:
a)
Pemusnahan habitat semula
jaditumbuhan dan haiwan yang
mempengaruhi rantai makanan dan
jaringan makanan. Ini akan
menyebabkan ketakseimbangan
alam di dalam ekosistem.
b)
Ketakseimbangan di dalam
ekosistem boleh mengakibatkan
kematian ataupun kepupusan
tumbuhan dan haiwan.
c)
Hakisan tanah menyingkirkan
lapisan atas tanah yang subur,
menyusutkan kandungan garam
mineral tanah, mengakibatkan
tanah menjadi tidak subur dan
terbiar.
d)
Pemanasan global dan
pencemaran alam.

Langkah dalam Pengurusan Aktiviti


Pembangunan dan Ekosistem Untuk
Memastikan Keseimbangan Alam
1.
Aktiviti pembangunan tanpa
pengurusan yang terancang boleh
mengancam kualiti alam sekitar dan
ekosistem.
2.
Oleh itu, perlu ada satu keadaan
keseimbangan antara pengurusan
pembangunan dengan pemuliharaan
pembangunan dengan pemuliharaan
ekosistem untuk mengekalkan
keseimbangan alam sekitar bagi
menjamin kemandirian hidupan.
3.
Terdapat beberapa langkah yang
boleh diambil dalam pengurusan
aktiviti pembangunan dan
pemeliharaan ekosistem untuk
mengekalkan keseimbangan alam.

Penguatkuasaan undang undang


1.
Kerajaan Malaysia mempunyai
sistem perundangan untuk mengawal
dan melindungi alam sekitar. Sebagai

contoh, di bawah Akta Kualiti Alam


Sekitar 1974, 1985 (pindaan),
peraturan peraturan dikuatkuasakan
untuk:
a) mengawal dan mencegah
pencemaran alam (meliputi
pencemaran udara, air, terma dan
bunyi)
b) menyelaras segala aktiviti
pembuangan sisa dan menetapkan
had maksimum sisa untuk dibuang
c) mengawal pengeluaran bahan
buangan (jumlah, jenis, kandungan
dan kesan) supaya tidak
mengancam kualiti alam sekitar.
d) Mendakwa dan mendenda pihak
yang tidak mematuhi undang
undang untuk melindungi dan
meningkatkan kualiti alam sekitar.
2.
Akta-akta lain yang dikuatkuasakan
oleh kerajaan untuk melindungi alam
sekitar semasa pengurusan aktiviti
pembangunan adalah seperti berikut:
a)
Akta Kilang dan Jentera 1967 /
1983 untuk melindungi pekerja
daripada pendedahan bunyi yang

melebihi 95 dB selama 4 jam


berterusan
b)
Akta Racun Perosak 1974 untuk
mengawal penggunaan racun
perosak
c)
Akta Perhutanan Negara 1984
untuk melindungi dan memelihara
hutan serta hidupan liar di
dalamnya
3.
Penilaian kesan terhadap alam
sekitar (EIA) memastikan semua projek
pembangunan mesti mendapat
kelulusan kerajaan sebelum
memulakan kerja pembinaan. Ini
adalah untuk memastikan wujudnya
keseimbangan antara pengurusan alam
sekitar dengan projek pembangunan.

Penggunaan teknologi
Pelbagai penggunaan moden telah
diperkenalkan untuk mencari penyelesaian
kepada masalah pencemaran:
a)
Menggunakan bakteria pengurai
minyak untuk membersihkan
tumpahan minyak di laut
b)
Memasang cerobong pada kilang
yang mempunyai alat khas untuk

menapis zarah halus dan gas toksik


sebelum dibebaskan ke dalam udara
c)
Mengitar semula sampah sarap
seperti bahan kaca, logam, kertas dan
tin aluminium untuk melindungi alam
sekitar dan mengekalkan sumber
semula jadi
d)
Menukarkan sampah sarap organik
kepada biogas seperti metana yang
digunakan sebagai bahan api melalui
aktiviti pereputan bakteria
e)
Merawat sisa sisa toksik yang
berbahaya dari kilang dengan
menggunakan mikroorganisma untuk
menguraikan sisa toksik kepada bahan
yang tidak bertoksik
f) Menghasilkan petrol tanpa plumbum
untuk mengurangkan pencemaran
udara
g)
Memasang pengubah bermangkin
pada paip ekzos kenderaan untuk
menyingkirkan gas toksik seperti
karbon monoksida dan mengurangkan
karbon dioksida dari asap ekzos

Pendidikan dalam pengurusan sumber

Pendidikan alam sekitar diberikan secara


formal melalui sekolah atau secara tidak
formal melalui ceramah, pameran dan
media massa tentang pengurusan sunber
semula jadi:
a)
Pembaharuan sumber Bumi seperti
ikan dan kayu nalak
b)
Penggunaan semula sumber Bumi
melalui proses kitar semula bahan
buangan yang diperbuat daripada
kertas, aluminium dan kaca
c)
Mengurangkan penggunaan bahan
api fosil dan logam yang tidak mudah
diganti
d)
Menggunakan semula sumber
bahan seperti plastik dan botol

Pemeliharaan dan pemuliharaan


ekosistem
1)
Pemeliharaan dan pemuliharaan
tanah, air, flora dan fauna yang
berhabitat di hutan dan paya bakau
dijalankan melalui cara berikut:
a)
Penguatkuasaan Akta
Perhutanan Negara untuk
mengawal aktiviti aktiviti
perhutana seperti penerokaan

hutan, penebangan pokok paya


bakau, memburu hidupan liar dan
aktiviti pembalakan haram
b)
Penanaman semula pokok,
seperti rotan yang telah ditebang,
untuk menghalang hakisan dan
melarut resap tanah
c)
Mencegah pembuangan sampah
sarap, bahan toksik dan air panas
ke dalam sungai untuk
mengelakkan pencemaran air dan
mengekalkan keseimbangan
ekosistem
2)
Jabatan Perhutanan, Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara memainkan perana penting
dalam pemeliharaan dan pemuliharaan
hutan.
3)
Hutan aalah habitat semula bagi
tumbuhan dan haiwan. Maka sumber
semula jadi ini perlu dipulihara melalui
langkah langkah berikut:
1.
Penguatkuasaan undang
undang untuk melindungi
tumbuhan dan haiwan yang
terancam untuk mengelakkan
kepupusan

2.
Mencegah aktiviti pembalakan
yang tidak terkawal yang
memusnahkan habitat semula jadi
tumbuhan dan haiwan
3.
Mengawal pencemaran air dan
udara yang boleh mengancam
kehidupan tumbuhan dan haiwan

Amalan kawalan biologi


1)
Kawalan biologi adalah penggunaan
pemangsa semula jadi untuk mengawal
populasihaiwan perosak.
2)
Kawalan biologi dijalankan untuk
mengurangkan populasi haiwan
perosak dengan menggunakan
organisma lain iaitu musuh semula jadi
haiwan perosak tersebut. Kaedah ini
tidak menggunakan bahan agrokimia
seperti pestisid dan dengan itu, tidak
akan mengganggu keseimbangan
ekologi semula jadi atau mencemar
alam sekitar.

Penggunaan tenaga yang boleh


diperbaharui

1)
Bahan api fosil adalah sumber
tenaga yang tidak dapat diperbaharui.
Ini bermakna ia akan habis apabila
digunakan sepenuhnya. Maka, perlu
dicari sumber tenaga alternatif.
2)
Tenaga yang boleh diperbaharui
adalah tenaga yang wujud secara
semula jadi dalam alam sekitar dan
boleh dimanfaatkan untuk kebaikan
manusia.
3)
Tenaga yang boleh diperbaharui
tidak akan habis dan tidak
mencemarkan alam sekitar. Maka ia
adalah sumber tenaga alternatif yang
terbaik.
4)
Contoh contoh sumber tenaga
yang boleh diperbaharui adalah:
a) Tenaga solar
b)tenaga
angin
c)tenaga ombak
geoterma

d)tenaga

e)tenaga biojisim

Kecekapan penggunaan tenaga

1.
Kecekapan dalam penggunaan
tenaga mesti ditingkatkan untuk
mengelakkan pembaziran.
2.
Kecekapan bahan api kenderaan
dan mesin perlu ditingkatkan untuk
memberi prestasi yang maksimum.
3.
Menggunakan tenaga dengan cekap
juga akan membantu menjimatkan
tenaga.

Pengurusan Ekosistem
1.
Pengurusan ekosistem ialah usaha
untuk mengekalkan keseimbangan
alam sekitar melalui pemeliharaan dan
pemuliharaan sumber alam serta
melindungi ekosistem.
2.
Pengurusan aktiviti pembangunan
yang tidak terancang boleh
mengancam ekosistem.
3.
Selain itu, aktiviti harian juga
menyebabkan ekosistem terancam.
4.
Aktiviti aktiviti yang biasa
dijalankan secara berleluasa dan boleh
menyebabkan ekosistem terancam
adalah:

a)
Pembuangan sampah sarap di
merata tempat terutamanya
longkang dan sungai
b)
Pembakaran sampah sarap
secara terbuka
c)
Pembuangan air kumbahan ke
dalam longkang dan sungai
d)
Pembuangan bahan efluen dari
kilang ke dalam sungaiyang
menyebabkan pencemaran air
e)
Pelepasan gas berasid dari
kilang menyebabkan hujan asid
yang merencat tumbuhan dan
pokok.
5.
Untuk memastikan aktiviti ini tidak
memusnahkan ekosistem, langkah
berikut dicadangkan:
a) Undang-undang yang lebih ketat
dan pengawasan yang lebih rapi
dilaksanakan oleh pihak yang
berkenaan
b) Pendidikan diberikan kepada
orang ramai supaya mengamalkan
tabiat menjaga kebersihan
kawasan sekeliling dan menjaga
ekosistem

c) Mengadakan kempen hari bumi


atau kempen kebersihan di
kawasan perumahan dan sekolah
d) Mengadakan program mengitar
semula bahan buangan
e) Mengadakan program Hari Alam
Sekitar
(5 hb jun)
f) Menggalakkan murid sekolah
menyertai Kelab Pencinta Alam
g) Melaksanakan aktiviti-aktiviti
untuk memupuk kesedaran untuk
bertanggungjawab menjaga
ekosistem.

Anda mungkin juga menyukai