Anda di halaman 1dari 19

Khas Buat Wanita Tercinta - Kenapa Mesti Wanita Menutup Aurat?

(33:21)
 
íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáäøóÈöíøõ Þõáú áÃÒúæóÇÌößó æóÈóäóÇÊößó æóäöÓóÇÁö ÇáúãõÄúãöäöíäó
íõÏúäöíäó Úóáóíúåöäøó ãöäú ÌóáÇÈöíÈöåöäøó Ðóáößó ÃóÏúäóì Ãóäú íõÚúÑóÝúäó ÝóáÇ
íõÄúÐóíúäó æóßóÇäó Çááøóåõ ÛóÝõæÑðÇ ÑóÍöíãðÇ
 
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh)
menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (33:21)
 
Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab
(bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).
 
Berikut saya point-kan beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas
secara ringkas:
 
1.      Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita
yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh
ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya
(Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita),
mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya
untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:
 
“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah
sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka
menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan
mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.” (09:67)
 
2.      Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “…karena
itu mereka tidak di ganggu”…. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu
perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu ‘show’ yang menayangkan
wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki
akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk ‘mendapatkan’ wanita yang
dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula
jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga
adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang
lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan
jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.
 
Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara
wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat). (33:32)
 
3.      Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “…supaya mereka lebih
mudah untuk dikenal…”. Ssebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat
dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan
muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba
dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam
tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia
adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
 
4.      Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian
saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki.
Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik
berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu
berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Saya ambil beberapa contoh
pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana
udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran
cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light
filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan
mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang
terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana
mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus
menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan
sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya
wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja
mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan
mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang
menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya
terbukti tiada kesan sampingan.
 
Renungan:
 
Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian ‘haram’ yang anda peragakan itu
lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba
menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa
anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya), maka anda di saat itu sedang
melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani
kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH.
Na’uzubillah…
 
ALLAHU ‘ALAM…
 
Yang benar,
Saudara Nawawi.
 
 
AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...  
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum
berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia
tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat
baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.
Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian
laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini orang lelaki
kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok
dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan
tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia
didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH
(dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4   wanita :  


1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya ,   dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini
:
1. suaminya,
2. ayahnya,  
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg
disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3.  taat  suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang


lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi
Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-
belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan
telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-
Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya
menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan
alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang
tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan
suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang
selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat
dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi
larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah
s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan
kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
   lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik
memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi
untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak
secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang
Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah
ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki
darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan
ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-
mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

AMIN.
Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9  
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan
anak-anakmu daripada mengingati Allah
(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang
yang rugi. 

Ayat : 11  
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai
ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI


BERSOLAT  , ia adalah WAJIB :

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan


ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang
perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan
solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.


Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di


dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah
sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang
mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke
otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau


begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000
orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah
kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari
kelemahan saya yang nyata.

email nie untok kite kongsi bersame dan juge memanfatkan nye..INSYALLAH.
semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T.
amin.assallamualaik um
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang
mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya
hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum
Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga
dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti
Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa,
Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang
merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki
dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan
kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari
Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-
orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama
ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.”
Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar
dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki
dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan
keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang
disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh
kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai
juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat
secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru,
hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam
kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita


Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya
adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut
sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur
(24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa
laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota
tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada
anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat
sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz
XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”,
katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan
(dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII
hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan
sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi
wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-
ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an
[An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak
tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya
menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu
Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)


Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan
rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar
rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di
pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai
jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin,
‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita
hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita
hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian
yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun
dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai
Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui
makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab
diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma
fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti
jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh
wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang
satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah
(Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian
rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga
menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu
tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan
lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak
keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini
(jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa
sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut
kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua
keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan
layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. 

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)


Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani
kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di
rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi
membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi,
walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di
bawah).
 
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak
menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau
fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat
menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak
demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent
sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain
penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada
dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa
wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin
(lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan
perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].
Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau
melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus
haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian
rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam
hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147,
Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah
Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi],
tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan
(tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
[TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram
menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan
berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang
jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan
mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan
dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang,
longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau
orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan
haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai
dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh
sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan
aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain
menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga
hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas
dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar
bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum
sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan
dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya,
sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah
keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan
Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia
tidak akan memperoleh apa-apa".
Wallahu ‘alam bi sawabAurat Wanita dari Firman Allah dan Hadis-hadis Nabi
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta
supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud FiFathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)


Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan
menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, IbnKhuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat
At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher


"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang
jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up)
dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung
yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan


"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:
Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." RiwayatMuslim dan Bukhari.

8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu
lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis
yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan
sampai pandangan
yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya
boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya
tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud danTirmidzi.

10. Mulut (suara)


"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda
SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak
yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan
menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al
Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia
telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii danIbn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli
neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan
Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya
dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

 KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari
Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan
mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah
kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu
memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan
hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di


sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka


terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh
diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia
adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH
KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.”
(an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala.
Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu
belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya
termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah
tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat
itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik
berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti
pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya


menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah
tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama
kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa
yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan
cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka
dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti
Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang
sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di
pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari
pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari
mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa
dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak
merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak
baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan
sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki.
Jadi jelas hukumnya adalah haram.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali
terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh
Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana
mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya
disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul);
perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan
gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya
boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk
dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan
memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk
diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh,
khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan
sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum
yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang
(penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,
yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada
perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk
syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium
sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada
tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena
itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat
memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-
Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk)
besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya
ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman
sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai
macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula
yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk
di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda
SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya),
tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka
dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain
yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan
membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau
lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang,
hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis


sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

‫يرحم هللا المتسروالت‬

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah
dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no
5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari
kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka
dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita
itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di
atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar
panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah
Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi


memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi
mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana
sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang
memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang
merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid
wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu
berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam
hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu
remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia
juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah
kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti
zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak
luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan
dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari
firman Allah ertinya :-

” Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada
keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup
aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-
aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk
dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan
ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup
kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT
dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « ..
yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri
sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah
maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati


bagaimana ‘trend’ sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan
‘dress code’ tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan
penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai
contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan
Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat
mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit
yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu
lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal
yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun
demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru,
sudah tentu ‘standard’ pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia
amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah
untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya.
Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya
baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-
macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak
elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?.
Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah
maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi
melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya
berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal
yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu
kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan
berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”

Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas
dan saya kerja dengan cemerlang”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT
boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan
RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca
Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik
maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah,
ia adalah hati” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di
peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa
menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran
hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah
harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai,
adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata
selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas
Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a
person’.

Anda mungkin juga menyukai