Anda di halaman 1dari 17

Jenis-Jenis Pendidikan

Pemulihan
Kuliah 2

Pemulihan KBSR
Aktiviti KBSR yang dijalankan dalam
kelas biasa untuk membantu muridmurid yang lemah dalam menguasai
sesuatu
kemahiran
yang
telah
dipelajari.

KIA2M
Program
yang
dikendalikan
oleh
Pusat
Perkembangan Kurikulum untuk membantu. murid
tahun satu menguasai kemahiran asas 2M. Muridmurid yang gagal ujian penapisan akan dilatih khusus
untuk menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis. Murid-murid ini dikehendaki menduduki ujian
Pelepasan sebelum dilepaskan tetapi bagi murid yang
gagal ujian Pelepasan tiga, mereka akan dimasukkan
ke kelas pemulihan pada tahun berikutnya.

PROTIM
Program pemulihan 3M yang dirancang untuk membantu
murid tahun enam menguasai kemahiran asas 3M. Program
ini dijalankan selepas murid tahun enam menduduki
peperiksaan UPSR.
Objektif pengajaran pemulihan pula adalah seperti
berikut :
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran
dalam kemahiran-kemahiran tertentu.
mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku
yang menjejaskan pembelajaran
memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan
diri dan sikap positif terhadap pembelajaran

Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang


Asli (PKMOA)
Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh
Kementerian Pendidikan untuk memenuhi keperluan
pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai
kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan
menjalani program Tahun Pemulihan selepas Tahun 2.
Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan
kurikulum Bahasa Melayu Tahun Pemulihan seperti berikut :
1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
Pemulihan
2. Modul Buku Aktiviti
3. Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan
magnet).

Program Literasi dan Numerasi


(LINUS)
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula
dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara.
Program LINUS yang bertujuan memastikan semua
murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran
asas membaca, menulis (literasi) dan mengira
(numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4.
Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian
daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang
disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu,
semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan
Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan
pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus
tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan
Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara
mengikut zon negeri masing-masing

PEMULIHAN KELAS BIASA

Program pendidikan pemulihan


dalam kelas KBSR

Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di


bawah tanggung jawab guru mata pelajaran KBSR. Guru
mata pelajaran sepatutnya menilai pencapaian murid pada
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut guru
membuat analisis terhadap pencapaian murid dan
seterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal
menguasai kemahiran yang diajar.
Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran
yang telah diajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu
melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan
segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan jika
dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul
kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasainya.

Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan


oleh guru mata pelajaran ini lebih berfokus kepada
kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar
pada waktu tersebut.
Program pemulihan dalam kelas KBSR ini
menggunakan sukatan mata pelajaran KBSR.
Jika murid yang telah mengikuti program
pemulihan dalam kelas KBSR masih lagi tidak dapat
menguasai kemahiran maka guru boleh
mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu
dengan lebih khusus dalam program pendidikan
pemulihan khas.

Proses Pengajaran
Pemulihan
1. Jejak - kenal pasti murid
2. Rancang perancangan yang sesuai dari
segi objektif, kemahiran, kaedah dan
teknik, aktiviti, pemilihan bahan serta
proses penilaian
3. Laksana melaksanakan langkah-langkah
pengajaran dengan berkesan supaya
objektif dapat dicapai
4. Nilai menilai pencapaian murid dan
keberkesanan P &P

LANGKAH PELAKSANAAN PROGRAM


PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA
i. Dijalankan selepas pembelajaran
berlangsung untuk murid bermasalah
sahaja
ii. Bimbingan individu
iii. Dijalankan semasa murid-murid lain
menjalankan aktiviti biasa
iv. Boleh dilaksankan secara berkumpulan
v. Bimbingan rakan sebaya digalakkan
vi. Murid yang telah menguasai kemahiran
boleh menjaklankan aktiviti pengayaan.

Kelebihan Pemulihan Kelas biasa


Menjimatkan masa
Kaedah kumpulan menggalakkan
pembelajaran
Membentuk semangat kerjasama
dan saling membantu
Menggalakkan persaingan dalam
kalangan murid

PEMULIHAN KHAS
Pendidikan pemulihan khas bermaksud
murid yang lemah akan ditempatkan dalam
kelas yang disediakan untuk pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pemulihan
Jenis-jenis :
Kelas khas
Murid pemulihan yang telah dikenal pasti akan
ditempatkan dalam kelas secara sepenuh masa.
Mereka hanya akan dihantar balik ke kelas biasa
apabila telah mencapai tahap prestasi yang ditentukan
atau telah menguasai kemahiran asas 3M.

PEMULIHAN KHAS

Sistem penarikan keluar (Withdrawal


system)
Murid pemulihan yang telah dikenal pasti
akan datang ke kelas pemulihan pada
waktu-waktu yang ditentukan untuk belajar
bahasa melayu dan matematik sahaja.
Mereka akan dihantar balik ke kelas (tidak
perlu datang lagi) apabila telah menguasai
kemahiran asas yang ditentukan.

Tujuan Pemulihan Khas


i. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran
dapat digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk mencapai objektif pengajaran
ii. Suasana pembelajaran lebih
menggalakkan
iii. Dapat merancang pembelajaran dengan
lebih berkesan
iv. Kemudahan yang disediakan dapat
digunakan secara efektif.

Cara untuk mengadakan Kelas


Pemulihan
Disyorkan tiga alternatif seperti berikut:
Sekolah-sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih
bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan
bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya
bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya
tiga atau empat orang.
Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas sahaja bagi
satu darjah, muridmurid untuk kelas pemulihan boleh juga
diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah
tidak melebihi lima belas orang.

Sekiranya murid-murid yang diambil untuk


mengikuti kelas pemulihan datangnya dari
satu kelas sahaja, maka bilangannya
hendaklah tidak melebihi enam orang.

Perhatian :Pemilihan mana-mana satu


alternatif hendaklah tertakluk kepada
perundingan antara guru pemulihan
dengan guru besar dan guru-guru asas

Anda mungkin juga menyukai