Anda di halaman 1dari 6

Dengan tajuk di dada akhbar hari ini berbunyi Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah dan menteri

menyebut bahawa hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara
telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) maka saya ingin
mengimbau kembali ancaman dari kerja-kerja jahat COMANGO.
Saya ingin kongsikan kiriman yang telah saya tulis setahun lalu yang saya salinkan semula di bawah
ini. Apakah benar juga bahawa Ancaman Comango dijangka berterusan? Baca juga: Benarlah
Bahawa Agenda COMANGO Berterusan

Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO


Mungkin ramai lagi yang masih sangsi sejauh manakah ancaman COMANGO ini. Masih ada di kalangan
masyarakat yang tidak tahu pun ada isu penting yang mengancam umat Islam di Tanah Air ini. Masih
kedengaran hadirin yang terkejut dan baru sedar apabila kami lakukan sesi penerangan di seluruh
Negara tentang ancaman tuntutan COMANGO.
Bicara tentang COMANGO ini bermula dari satu proses Semakan Berkala Sejagat PBB di Geneva
(baca: Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?). COMANGO adalah gabungan beberapa buah NGO di
Malaysia yang telah menghantarkan beberapa tuntutan yang terkandung pelbagai ancaman terhadap
kedudukan Perlembagaan Persekutuan dan umat Islam keseluruhannya (baca: Apakah Tuntutan Hak
Asasi Manusia Terhadap Malaysia? dan juga Tuntutan COMANGO Menyanggah
Perlembagaan Persekutuan).
Namun dalam pada terdapat ancaman-ancaman sedemikian, masyarakat awam masih ramai yang
tidak peka dengan ancaman ini dan tidak kurang pula yang skeptik terhadap sesi penerangan yang
dibuat oleh NGO-NGO Islam, termasuk gabungan NGO-NGO Islam seperti MuslimUPRo
(klikhttps://www.facebook.com/muslimupro).

Dalam pada itu, Negara kita gempar membaca laporan ibu bapa Melayu ditahan di Sweden Disember
2013 kerana dikatakan memukul anak mereka untuk solat. Ramai yang memberi pelbagai komen.
Tetapi tidak ramai yang maklum bahawa apa yang berlaku ke atas pasangan Azizul dan Shawati jauh
di Sweden itu sebenarnya bakal akan berlaku di Malaysia. Ianya bakal menyumbat ramai ibu bapa ke
penjara dalam masa yang terdekat jika antara tuntutan COMANGO di Geneva terlaksana.
Apakah di antara tuntutan COMANGO tersebut? Di dalam cadangan yang paling utama yang
terkandung dalam laporan COMANGO kepada UNHRC untuk UPR pusingan kedua Malaysia bertarikh 11
Mac 2014 dipetik sebagai berikut:

Recommendations:
1.1. Remove all reservations and declarations on CEDAW, CRC and CRPD.

CRC yang disebut dalam cadangan mereka ialah


Child Rights Convention untuk perlindungan kanak-kanak. Malaysia telah menanda tangani CRC
namun, Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya tuntutan-tuntutan di dalam konvensyen tersebut.
Apakah perkara yang belum Malaysia laksanakan? Di antara perkara yang belum Malaysia laksanakan
ialah Perkara 14 yang memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih agama mereka sendiri
dan ibu-bapa yang menetapkan agama ke atas kanak-kanak mereka boleh dikenakan hukuman.
Suasana ini amat bercanggah dengan hadith Nabi s.a.w. bahawa Setiap bayi dilahirkan dalam
keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau
Majusi. Hadith sahih tersebut jelas meletakkan tanggung jawab ke atas kedua ibu-bapa.

Apakah IMPLIKASI jika Kerajaan menuruti desakan


COMANGO untuk melaksanakan seluruhnya CRC tersebut?
1. Menjadi kesalahan bagi orang yang mengazankan ke telinga kanan dan iqamat ke telinga kiri bayi
yang baru lahir kerana itu adalah menetapkan agama ke atas bayi yang dilahir itu.
2. Ibu bapa boleh dijatuhkan hukuman apabila mengkhatan anaknya.
3. Ianya juga menjadi kesalahan untuk ibu bapa bayi untuk melakukan aqiqah dan seumpamanya
kerana itu termasuk dalam kategori menetapkan agama bagi kanak-kanak ini.
Jika ini berlaku nanti, maka berjayalah satu lagi tuntutan yang sudah lama mereka desak. Dahulunya
melalui Inter Faith Council (IFC), kemudian bertukar pelbagai wajah. Sebagai penerusan agenda
musuh kita ini, kini mereka menggunakan jarum COMANGO untuk mendapat tekanan dari luar Negara
ke atas Tanah Air tumpah darah ku ini. (baca: COMANGO Talibarut Asing?)
Maka terlaksanalah hajat mereka untuk membuangkan status agama dalam sijil kelahirian dan kad
pengenalan kita.
Apakah perlu kita berdiam diri memeluk tubuh?
Sesi Penerimaan Akhir (Final Adoption) untuk Kerajaan Malaysia dalam proses UPR kali ini akan
berlangsung di Geneva pada 20hb Mac ini. Sama-sama kita berdoa serta meminta Kerajaan Malaysia

bertegas menolak tuntutan-tuntutan COMANGO yang jelas menggugat kedaulatan Islam dalam
Perlembagaan Persekutuan. (kenyataan media MUAFAKAT)
Kami juga mendoakan delegasi NGO-NGO Islam di bawah naungan MuslimUPRo yang sedang berada
di Geneva agar diberi kekuatan serta kepetahan berhujah untuk menyanggah ancaman bawaan
COMANGO yang bakal menyesatkan umat di Tanah Air kita ini.
Insha Allah bersambung untuk melihat ancaman-ancaman lain lagi.
Nota: CRC secara penuhnya disebut Convention on the Rights of the Child

'Sayang anak tangan-tangankan....' mungkin hanya tinggal pepatah usang jika


cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk
menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dengan undang-undang baharu yang
menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah, menjadi kenyataan.
Malah, ibu bapa Islam yang mematuhi sabda Rasulullah SAW supaya merotan anak
yang tidak menunaikan solat apabila menjangkau usia 10 tahun, mungkin berdepan
hukuman berat seperti di Sweden, walaupun Islam menjadi agama rasmi di negara ini.
Penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan
Peguam Negara dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai
depan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul
Karim, berkata hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana
Malaysia telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
(CRC).
Perlu akur perjanjian
"Walaupun merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita, kita perlu
akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut," katanya
selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita
1Malaysia (PERWANI) Shah Alam kelmarin.
Seperti beberapa pertubuhan termasuk Pergerakan Puteri UMNO, yang memberikan
reaksi negatif terhadap cadangan itu dan meminta ia dikaji secara mendalam, kita juga
terkejut dengan langkah terbaharu kementerian berkenaan.

Apakah dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 yang dipakai sekarang, iaitu
Seksyen 31 dan Seksyen 33, memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau
denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan
anak, belum mencukupi?
Setahu kita, kes penderaan ke atas kanak-kanak di negara ini lebih kepada perbuatan
yang memang dianggap kejam seperti mengurung, tidak memberi makanan atau
memukul kanak-kanak secara fizikal.
Jika merotan dengan niat mendidik pun turut dianggap sebagai penderaan, bagaimana
dengan hukuman rotan yang dilaksanakan oleh guru disiplin sekolah bagi mendidik
murid dan pelajar melanggar peraturan? Justeru, perlu ada tafsiran jelas mengenai
hukuman rotan yang dianggap kesalahan jenayah. Jika semua hukuman rotan oleh ibu
bapa ke atas anak mereka dianggap jenayah, kita percaya ramailah, terutama di
kawasan luar bandar, terpaksa dihadapkan ke mahkamah.
Siapakah yang menjaga anak-anak pasangan yang disabit kesalahan itu apabila
mereka menjalani hukuman penjara? Apakah kita akan menjadi seperti Sweden yang
menyerahkan kanak-kanak terbabit kepada keluarga angkat ketika ibu bapa mereka
menjalani hukuman?
Jika ia hanya membabitkan denda, di manakah ibu bapa berpendapatan rendah
terutama di luar bandar, kebanyakannya petani dan nelayan, boleh mendapatkan wang
beribu-ribu ringgit bagi menjelaskan hukuman?
Mungkin disalahguna anak 'bijak'
Lebih membimbangkan lagi, undang-undang baharu ini mungkin disalahgunakan oleh
kanak-kanak yang 'bijak' dan nakal untuk tidak mengendahkan nasihat ibu bapa
mereka. Mereka tidak lagi takutkan hukuman rotan kerana tahu ada undang-undang
yang melindungi mereka.
Kesan jangka panjangnya, seperti berlaku di negara Barat, institusi keluarga bukan lagi
satu kebanggaan, sebaliknya kebebasan individu yang menjadi keutamaan. Anak-anak
tidak lagi menghormati orang tua dan apabila usia mencecah 18 tahun, ibu bapa tiada
lagi hak ke atas mereka.
Walaupun kebanyakan ibu bapa di negara ini tidak lagi merotan atau menyentuh anak
mereka kerana lebih suka menggunakan pendekatan psikologi dalam
mendidik/membesarkan anak, tidak kurang juga yang menyesal kerana tidak berbuat

demikian apabila anak mereka, selepas meningkat remaja terjerumus ke gejala sosial,
malah tidak menghormati ibu bapa.
Bagi sebahagian ibu bapa pula, ter-utama generasi yang sudah dewasa, dirotan oleh
ibu bapa ketika kecil dahulu, sama ada kerana tidak sembahyang, ponteng mengaji
atau pulang lewat malam, adalah kenangan seumur hidup.
Begitupun mereka amat berterima kasih serta terus menyayangi ibu bapa sehingga ke
akhir hayat kerana hukuman dengan rotan atau lidi seberkas tujuh itulah yang
menjadikan mereka manusia berguna serta mampu berbakti kepada bangsa dan
agama.
ALOR SETAR: Cadangan menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan
jenayah dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 tidak
relevan dengan budaya dan agama masyarakat di Malaysia.
Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Setiakawan Ummah Malaysia
(Setiakawan), Datuk Mat Nanyan Saad meminta Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat menarik balik cadangan itu.
"Saya terkejut dengan kenyataan beliau (Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim), kerana di dalam
Islam sendiri ada menyatakan bahawa ibu bapa boleh merotan anak-anak
bagi tujuan mendidik seperti yang disebut di dalam hadis Nabi Muhammad
SAW."
"Contohnya, ibu bapa diharuskan merotan anak-anak yang tidak mahu
menunaikan solat apabila sudah cukup umur," katanya kepada BERNAMA di
sini, hari ini.
Mat Nanyan meminta semua pihak tidak terlalu taksub dengan undangundang negara Barat yang memenjarakan ibu bapa yang merotan anak-anak
mereka walaupun untuk tujuan mendidik.
Beliau meminta pemimpin, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat
Islam menolak cadangan yang dibuat itu kerana jika cadangan itu diterima
pakai ia bakal menjadikan anak-anak "besar kepala."
"Cadangan yang dilontarkan itu perlu dikaji secara terperinci kerana ia
melibatkan banyak aspek. Jikalau ada kelemahan sebelum ini, kita kena
perbaiki," katanya.

Sementara itu, seorang bapa kepada dua anak, Mohd Fikri Abu Hassan, 33,
berkata, penggunaan rotan adalah untuk mendidik anak-anak supaya lebih
berdisiplin dan bukan sesekali bermaksud untuk mendera.
"Jikalau hendak merotan ikut cara yang dituntut oleh agama yang mana
jangan merotan di bahagian muka dan beberapa bahagian tertentu dan niat
merotan adalah untuk mendidik dan bukannya untuk menghukum dan
melepaskan geram," katanya.
Bagi pekerja swasta, Nordiana Shafiee, 30, pula mempersoalkan nasib dan
masa depan yang bakal diterima oleh anak-anak sekiranya ibu bapa mereka
dipenjarakan kerana merotan.
"Sekiranya ibu bapa dipenjarakan, apa yang akan jadi pada anak-anak
mereka. Adakah pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) atau pihak
kementerian akan ambil alih tugas menjaga anak-anak itu?" katanya.
- BERNAMA