Anda di halaman 1dari 2

EDU M1 ISL

Permainan Tradisional
Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang
dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu
tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat
dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya.
Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut
dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan
tradisional kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat
masyarakat dahulu yang suka hidup
berkelompok dan juga senantiasa
mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan
tradisional ini yang boleh dimainkan secara perseorangan.
Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan aktiviti
permainan ini sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada perayaan-perayaan
atau majlis-majlis tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim
menuai padi. Umumnya juga masyarakat tradisional menjalankan permainan ini pada
zaman dahulu adalah untuk hiburan, peraduan tenaga dan sebagai perlambangan
adat resam suku kaum yang diwakili oleh masyarakat tertentu pada ketika itu.
Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat
kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah menjadi
sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula,
terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya
menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu!
TEROMPAH GERGASI

Permainan ini tergolong dalam permainan tradisional yang dimainkan oleh


masyarakat setempat di Negeri Sabah semasa perayaan-perayaan atau pesta.
Aktiviti permainan ini pada zaman dahulu sering dipermainkan oleh kalangan kanakkanak sebagai mengisi masa terluang dan hiburan mereka ketika ibu-bapa bekerja di
ladang. Alatan yang biasa digunakan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu ialah
batang dahan kelapa kering atau belahan bambu sebagai selipar gergasi yang
diikatkan tali sebagai penyangkut tapak kaki. Penggunaan alatan zaman dahulu kini
ditukar dengan menggunakan papan berukuran tiga (3) meter yang mempunyai
empat atau lima penyangkut kaki. Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4
orang atau hingga 5 orang dalam satu pasukan.

EDU M1 ISL
Sepak Raga
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari
permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak
takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa
lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah
rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Batu Seremban
Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini
gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan
dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil
sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan
dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban
selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di
mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata.
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam
permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah,
di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat
yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Go
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali
sebabgai weiqi di dalam bahasa Cina. Permainan ini kaya dengan strategi yang
kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go
hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.
Xiang Qi
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk
kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini
didapti telah mula dimainkan abad ke-4 selepas Masihi di China. Ciri-ciri yang unik
termasuklah pergerakan unik pao(meriam), peraturan yang melarang panglima
(seperti raja dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta
sungai dan istana yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Anda mungkin juga menyukai