Anda di halaman 1dari 7

Adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada

keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah


peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri
daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum
adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umumnya, kelaziman
atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam
kehidupan sesuatu masyarakat; dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau
agama yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang
disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.

Adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan
cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis penentu
sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah
masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka
sebagai menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan.
Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat
manusia semulajadi di mana lama-kelamaan telah menjadi satu kemestian
yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum
itu.

Asalnya perkataan adat ini adalah dari bahasa Arab yang bermaksud
kebiasaan. Istilah adat itu sendiri memberi pengertian yang agak meluas dan
dalam situasi yang tidak begitu terbatas. Boleh dikatakan setiap suku bangsa
mempunyai adat dengan pengertian masing-masing. Justeru, bagi
memahami maksud adat sesuatu suku bangsa itu kita harus menggunakan
atau memahami budaya dan falsafah hidup mereka.

Ramai sarjana juga telah membuat pelbagai penafsiran bagi istilah adat.
Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang
hidup bertatacara. Ini memperlihat kehidupan mereka berlandaskan normanorma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam, adat istiadat dalam
setiap suku bangsa itu semestinya terdapat perbezaan dan berlainan dari
cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, apa juga penafsiran dan
perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu, tujuannya adalah serupa,
iaitu untuk membentuk suatu masyarakat yang maju, dinamik dan progresif,
kerana adat dapat mencerminkan jiwa suatu masyarakat atau bangsa dan
merupakan suatu keperibadian dari suatu masyarakat atau bangsa.

Masyarakat Cina
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini.
Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan
sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah
berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan
rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu (
1644 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan
perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke
Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti
merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling
hampir dengan Asia Tenggara.

Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang
menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang
sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga
kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar
balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu.
Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung
membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.

Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha.


Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada
masyarakat Cina.

Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah preservatuon of the state and
the preservation of the family atau dalam perkataan ialah Hao. Hal ini jelas
dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu
Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan
Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan
keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak
secara sah.

Taosima merujuk kerada Tao yang bermakna way atau Principle iaitu
jalan kepada yang wujud. Daripada Tao wujud dua prinsip Yin dan Yang.

Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa
selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul
sebelum mati.

Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama
Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan
dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya,
manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya
supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia
mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat
demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan.
Agama Buddha juga ada menyentuh kepada cycle of life iaitu manusia akan
terus lahir, mati dan lahir semula.

Lawatan dan Kunjungan

Semasa mengunjungi rumah orang orang Cina, tetamu sebaik baiknya


duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan
rumah.

Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin


yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum
kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap
kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan
malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab sebab yang sangat
penting.

Kelahiran

Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung.


Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil,
memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.

Ibu yang mengandung mesti berjaga jaga supaya tidak terperanjat dengan
benda benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira
kira sebulan selepas bersalin.

Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya
kata kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat
diterima.

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan.


Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan
bayi. Hadiah hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah
keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.

Perkahwinan

Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina
mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi
perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara
yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan
kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan
zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak
tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.

Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan


apabila kanak kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya
tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan
Cina untuk berkahwin.

Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa.
Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa

masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak anak


mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi
peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang
sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia


semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :

Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai
suami isteri yang sah dari segi undang undang.
Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana
pengantin baru memberi teh kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk
minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan
akan dijemput.
Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah
untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.

Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah


pengumuman perkahwinan itu kepada kawan kawan dan dan saudara mara
mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung
kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu
tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna
merah. Sebaiknya baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju
yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna warna ini biasanya
dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.

Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah
mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau
menyebut perkataan perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana
atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.

Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira.
Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan
kertas berwarna merah.

Angpau dan limau mandarin amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina.
Biarpun diamalkan masyarakat cina, namun ramai yang mungkin tidak mengetahui simbolik di
sebalik setiap adat resam dan tradisi tersebut.
Mengikut kepercayaan cina, terdapat banyak pantang larang yang perlu diamalkan untuk
mendapat lebih tuah dan kemakmuran untuk tahun baru itu.
Antaranya Pengasas Good Feng Shui berkongsi bahawa keluarga kaum cina akan
membersihkan rumah sebelum perayaan.
"Sebelum masuk tahun baru kita buang segala barang lama tua bukan sahaja fizikal tetapi dari
segi fikiran apa fikiran dan pengalaman lama yang tidak baik sakit hati membawa tuah kurang
baik akan dibuang dalam hari itu." kata Kenny.
Bagaimanapun mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai akan
menghalau tuah.
Masyarakat Tiong Hua juga akan mengenakan pakaian baru pada hari berkenaan sebagai
simbolik permulaan tahun baru.
"Dia macamresetkita punyaenergysemua baru apa yang kurang baik sudah dibuang dalam hari
pertama semua diperbaharui dari segi fikiran fikizal, kasut baru semua baru." katanya.
Selalunya pada Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mengelak daripada bercakap kasar
atau kesat kerana ia dipercayai membawa malang.
"Biasanya budah nakal ahli keluarga tidak akan marah atau kalau budak buat salah supaya
mungkin budak pecah gelas ibu bapa mungkin cakap pecah itu tanda bagus untuk mencantikkan
keadaan yang kurang baik hari itu semua cakap baik sahaja." katanya lagi.
Antara pantang-larang lain yang diamalkan adalah tidak memakai warna hitam atau putih yang
merupakan warna berkabung.
Sementara itu, Kenny menegaskan jumlah angpau yang diberikan pula mesti berangka genap.
"Duit dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap. Kalau ada orang bagi RM6 perlulah
diberikan 1 keping RM5 dan 1 keping RM1. Bilangannya mesti genap. Genap membawa maksud
yang lebih sempurna. Biasanya kita akan elak beri angpau yang bernombor ganjil." tambah
Kenny.
Amalan memberi limau mandarin juga simbolik memberi tuah.
"Buah limau mandarin yang dipanggil "kam" dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah
kewajipan setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada
masyarakat Tiong Hua. Warna limau juga keemasan seperti memberi jongkong emas kepada
orang lain."
Namun terdapat segelintir yang juga memberikan buah epal sebagai simbolik kesihatan yang
lebih baik.
"Sekarang ramai juga orang yang bagi epal "ping kuo" bermaksud aman juga membawa maksud

kesihatan yang baik." tambah Kenny.


Tema tahun baru cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan
dihiasi dengan warna merah.
Read more at:http://www.astroawani.com/gaya-hidup/adat-resam-dan-pantang-larang-tahunbaru-cina-29179?cp